Gundik makhluk halus

Assalamualaikum, nama aku ika(bukan nama sebenar). Aku sudah berkahwin selama 3 tahun. Dalam masa 1 tahun pertama perkahwinan aku tinggal dengan ibu aku sendiri, tetapi berlaku sedikit pertelingkahan antara aku dengan abg aku, so aku decide ajak husben aku stay dekat rumah ibu dia. (aku bahasakan ibu husben aku lepas ni sebagai mak).

Jadi selepas berpindah disini la terjadinya kisah ngeri dalam hidup aku yang lama sangat aku dan suami aku dapat tahu.
Rumah mak mentua aku ni dia bahagi 2. Aku duduk rumah yang belakang, rumah belakang masuk dari pintu tepi dan ada 2 buah bilik, jalan ke dapur ada satu lagi pintu kita boleh kunci, tapi bila aku masak aku akan nampak ruang tamu dan pintu bilik dari dapur. Dapur rumah mak aku ni besar siap boleh parking kereta. ahhahah.. ok, settle pasal rumah untuk korang bayangkan macam mana kan.

Pada mulanya aku dan suami aku tidak merasa apa-apa yang aneh sebab memikirkan rumah mak sendiri, jadi tak adalah memikirkan perkara yang buruk. Rutin harian aku, aku selalu bangun pukul 5 pagi untuk masak bekal ke tempat keje. Husben aku ni memang malam jek merayap, balik pukul 1 atau 2 pagi pergi lepak dan main badminton dengan kawan dia. Aku memang takut duduk rumah sorang sebab rumah tu sunyi tambah plak jalan m**i jadi tak ada dengar motor lalu.

Kat sini aku mula diganggu sewaktu tidur, aku selalu mimpi dipersetubuhi dan selalu mimpi ngeri yang membuatkan aku meronta meminta tolong dalam keadaan separuh sedar. Nak dikatakan setiap hari aku akan mimpi sampai husben aku bebel juga sebab ganggu dia tido la. Setiap hari nak kena kejutkan aku time aku menjerit dan meronta tu.

Kalau aku mimpi seram atau dipersetubuhi tu aku dapat rasa yang ada orang tengah tengok aku tepi katil aku, kadang aku dapat lawan kadang aku tumpas juga. Korang paham-paham lah kalau aku tumpas jadi apa. Kalau aku sedar lepas mimpi tu aku tak bole sambung tidur ditempat yang sama, kalau tidak aku akan mimpi lagi dan diganggu lagi. Itulah seharian kehidupan aku diganggu dan dipersetubuhi oleh makhluk halus.

Selepas 1 tahun lebih aku duduk rumah tu, aku dah dapat detect sesuatu yang pelik. Aku tengah masak untuk bekal keje didapur dan aku nampak langsir bilik tidur aku bergerak ke depan nampak macam orang baru keluar dari bilik, aku panggil suami aku dia tak jawab, aku jengah tengok suami aku tengah tidur. Jadi aku cerita dekat suami aku, dan dia buat tak tahu jek. Kalau nak tahu kat rumah ni kalau rasa diperhatikan dan ternampak bayang orang tu dah biasa, aku buat tak tahu jek sebab tak nampak betul-betul Jadi aku anggap macam perasaan aku jek.

Aku ni ada satu penyakit, setiap hari aku akan terjaga pukul 3 pagi atau pukul 3 lebih, ni masalah aku sampai sekarang tak settle walaupun aku dah pindah rumah, dari anak dara tetap sama juga mesti terbangun. Jadi sambung cerita, aku terbangun pukul 3 lebih, alang-alang terbangun aku pun pergi la tandas untuk melepaskan hajat kecil. Tengah aku melepaskan hajat kecil ni, tup..tup.. menusuk bau wangi masuk hidung aku. wangi sangat2.. bau pandan dan bunga cempaka yang tak pernah aku bau dan aku merasa tandas tu macam berasap dah. Aku pon cepat-cepat siapkan hajat aku dan masuk bilik kunci pintu.

Esok pagi aku cerita dekat suami aku, dan seperti biasa dia cakap aku mengarut sebab dia tak pernah kena ganggu. Sampailah satu hari aku pergi jalan dengan suami aku dan aku sampai rumah dalam 12 lebih macam tu. kali ni aku tak diganggu tapi husben aku plak kena. hihihi.. tu lah dia tak nak percaya cakap isteri dia. Dia kena ganggu macam ni, Husben aku balik tu dia terus mandi, lepas dia mandi dia kunci pintu dapur tu. Aku nak menunaikan hajat terus dia cakap dia temankan tanpa aku tahu sebabnya. Selalu jangan haraplah nak dia teman walau kau takut nak pergi sekalipun.

Ok lepas husben aku teman aku, aku tidur dalam bilik, biasa aku kena ganggu dan aku bangun tengok husben aku kat ruang tamu tengok tv kuat-kuat. Aku terus duduk sebelah dia tanya kenapa tak tidur, dia cakap tak bole tidur sebab ada puaka mengilai, menangis dekat telinga dia tapi ketika tu aku tak dengar apa-apa pun. Suami aku pun suruh aku tidur sebelah dia jek depan tv sampai lepas subuh baru bunyi tu hilang suami aku dapat tidur. Kalau korang nak tahu malam tu suami aku dah keluar rumah nak tengok apa tapi tak ada apa-apa yang muncul cuma dia nampak dari dalam rumah kat tingkap dapur tempat aku masak bayang cik penanggal. Tapi bila dia keluar tak ada dan tak nak pulak benda tu tunjuk betul-betul.

Keesokannya aku decide nak tanya ustaz apa yang ganggu aku. ustaz tu cakap ada benda duduk rumah tu dan dia jadikan aku gundik dia, aku masak pun dia yang makan dulu. itulah sebab aku selalu mimpi dipersetubuhi. ustaz tu cakap nak selamat pindah la. Jadi balik tu aku serta merta terus stay rumah ibu aku semula sebab tak nak ambil risiko. hahaha. Terus balik rumah mak kejap packing baju..nampak sangat penakutnyakan. Kalau korang nak tahu kat rumah tu aku sembahyang, mengaji, baca yassin tapi tetap juga benda tu tak pergi ya. kang ada plak yang cakap tak sembahyangla, tak mengajilah.. hahaha..

sebab aku cerita benda ni dekat mak mentua aku. Dia sound dia cakap mak duduk sana tak pernah kena gacau, ngaji dan solat lah selalu…. tak kan ada pape tak. macam tu la mak mentua aku cakap…. geram rasanya sebab kita dah buat tapi tetap juga kena gacau ya. Mungkin mak mentua aku marah sebab aku cakap rumah dia ada bendakan. ok sambung semula.

Lepas jumpa ustaz tu, then aku ambil masa duduk rumah ibu aku terus cari rumah lain. Rumah mak mentua aku tu aku takde pergi lagi…. serik rasa. Ustaz tu cakap rumah tu memang tak boleh duduk, kalau orang duduk tak sampai 1 tahun tak kan tahan dan akan pindah. Dan aku la yang paling lama masuk rekod tinggal dekat rumah tu.. ahhahah.. ustaz tu cakap dekat aku, boleh tahan berani lama duduk situ…. jadi ada lah ustaz tu ubatkan supaya benda tu tak ikut aku .

Sekian terima kasih…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

tiha

3 thoughts on “Gundik makhluk halus”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.