Hajat ibu

Tajuk : Hajat Ibu
Assalamualaikum smua. Perkenalkan aku Erah peminat FS dri Brunei. Di sini aku ingin menceritakan dan ingin tahu apakah jawapan kamu pada soalan Ku di akhir cerita ini dan juga akan ku selit kan bahasa Brunei pada skrip2 di dalam penulisan.

Nenek : Hajah(ibu saudaraku yg prtama), cuba kau call lagi jah si Ana(bukan nama sebenar). Suruh ia lawat aku di hospital ani. Aku sakit pun ia nda peduli kah? Bagitau mama sakit tenat sudah ni.

Hjh : Maaaaa, berkali2 ku tipun sudah, berkali2 kami ke rumah nya, ia nda mau jawab ia nda mau buka pintu pagar rumah nya. Ia subuk(jenguk) saja dari tingkap lapas atu tutup nya tabir( langsir).

Nenek sakit leukemia. Aku dalam lingkungan 7 tahun. Nenek rindu pada makcik Ana. Makcik Ana tak nak jenguk nenek Kat hospital sebab merajuk dan aku kurang pasti atas sebab apa. Sebelum nenek sakit nenek selalu pergi rumah makcik Ana , nenek turun depan pagar sambil panggil nama makcik berkali2. Makcik Ana cuma buka langsir separuh lepas tu tutup smula. Aku sendiri melihat perkara tersebut. Tergamaknya seorang anak membuat perkara sebegitu terhadap insan yang bergelar ibu.

Beberapa hari nenek nangis ingin berjumpa makcik Ana. Ibu ku dan makcik hajah hanya mampu memujuk nenek untuk bersabar. Tak lama nenek duduk hospital, ajal datang menjemput. Pihak keluaga ibu pun meminta tolong pihak radio untuk menyiarkan khabar kepergian nenek bagi saudara2 jauh yang tak dapat nak contact.

Seminggu kepergian nenek dah pun berlalu. Kami di datangi sebuah kereta putih perlahan masuk kehalaman rumah pada petang tersebut. Sepasang suami isteri keluar dari kereta tersebut dengan nada suara sedih dan menangis teresak2. Makcik Ana! Baru nak datang????? Ujar ku di dalam hati. Ibu dan yang lain2 semua jemput makcik Ana naik kerumah. Kita orang(aku dan sepupu2 aku yg pain) siap pasang telinga nak tahu kenapa baru nak datang. Makcik Ana pun buka cerita.

Dia cakap dia dengar nenek meninggal dari khabar radio. Khabar tersebut mengabarkan sekian binti sekian telah kembali ke rahmatullah pada seminggu yang lalu dan sekian2. Makcik Ana dengan suami terkilan mendengarnya. Sebab baru semalam nenek datang ke rumah. YAAA Allah. Tapi bagaimana??????? Seperti biasa makcik Ana cakap,nenek datang panggil nama Ana buka pagar mama datang. Tapi Kali ni berbeza, nenek datang seorang diri tanpa kereta mahupun kenderaan yang lain. Dengan hati yang masih merajuk makcik Ana hanya menjenguk dari jendela dan tinggalkan. Suara nenek masih terdengar sayup diluar rumah meminta supaya pagar rumah dibuka untuk bertemu. Tetap juga tidak dihirau kan sehingga suara itu perlahan2 hilang di telan malam.

Ibu dan yang lain turut menyatakan nenek dah seminggu pergi. Tapi makcik Ana dengan suami tak boleh nak terima jawapan tersebut sebab semalam nenek betul2 datang depan pagar rumah. Siapakah yang datang? Nenek ke? Hajat nenek belum tercapai. Apakah semangat nenek yg nak menyampai kan hajat tersebut? Atau??? Sekian…..

Nasihat ku pada semua, sayangi dan hargai orang tua kamu. Minta maaf dan ampun dari mereka walau tiada salah silap. Sedekah kan lah mereka Al-fatihah bagi yang sudah pergi mahupun yang masih hidup. Minta lah restu dari mereka agar hidup kita di berkati yang maha Esa.

.

Erah
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

11 comments

  1. Aiikkk….????
    Cemane ko boleh menangis2 pastu beria kate terkilan x dpt jumpe nenek tu sedangkan selama ni berkali2 ko ignore org tua tu merayu2 depan pagar????

    Akak ingatkan, akak harapkan dr awal yg Makcik Ana tu kena mandrem sbb tu die jd pelik camtu…
    Ghupenyer idookkk…
    Die dan SUAMI sedar dengan setiap apa yg berlaku selama ni…

    Aaaiiissshhh…
    Hangen plak ghase hati ni…
    Menyirap bandung soda ais lebih dibuatnye…

  2. Amboiii cik ana..ko dh takot la tu..dh derhaka pastu kene seru depan rumah bru nk kalut balik kg acah2 sedih..
    time org tua tu sihat idak pulak nk jengok..elok la nenek tu jenguk ko plak ari2 panggil ana ana ana silap aribulan mau digendang periuk kuali umah ko plak..hahahaha mental la ko ana

  3. mungkin ada sebab knp ana tu xnak jumpe..nak menurun agak nye..tapi anak taknak..mungkin je..tak kate betul pun..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.