Hilang bermain di Kolam Renang resort

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.Terjadi pada tahun sekitar 2010,begini kisahnya ketika saya masih dalam top management di sebuah resort di Langkawi..

kisah terdahulu
https://fiksyenshasha.com/seram-resort-di-langkawi-1/

BILIK RESERVE untuk “MEREKA”

Ramai foreigner menginap di resort ini,kenapa walaupun bad review dan facilities yang dinyatakan di internet.Jangan tanya sebab saya pun tak tahu pelaris apa owner pakai.KAmi sebagai staff sudah sedia maklum ada satu kolam renang yang besar di tengah-tengah blok penginapan resort. Kolamnya agak cantik dan luas dikelilingi dengan hiasan poko tropika yang semulajadi dan tiruan.Memang tempat yang best suasananya untuk santai sambil mandi cahaya matahari.

Namun ada sisi gelap yang tidak diketahui akan pengunjung bahawa sudah 2 kali budak mati lemas disedut oleh pam air di kolam renang itu.Seperti biasa bila ada kematian ni,berpusu-pusu jin dan syaitan nak menjelma menyerupai orang yang dah meninggal dan menakutkan bani manusia.

Ramai mat-mat saleh yang akan telefon saya selaku incharge sebab nak buat aduan.Mereka ternampak susuk budak bermain di sekitar kolam reanng bergembira seorang diri sambil gelak ketawa bagai.Kita staff memang dah faham dan hanya ye kan sahaja dan datang buat-buat suluh sekitar kolam renang.

Pada suatu hari, seorang mat saleh ni datang dengan keluarganya seorang isteri dan seorang anak lelaki dalam umur lingkung 10 tahun. Mereka dari Aussie dan dari accent mereka seperti dari kawasan pendalaman.Agak pekat bunyi sebutan mereka ni mcm Steve Irwin lebih kurang.Pada hari mereka sampai ke hotel, malam itu si suami menelefon saya dari service phone di ground floor. Lebih kurang dalam pukul 3 pagi saya terima panggilan, kelam kabut sambil mamai jawab panggilan.

Si suami cakap anaknya hilang dari bilik bila dia tersedar nak ke toilet. Dia cakap pintu bilik juga tidak berkunci bila diperiksa. Saya pun cuak dan risau sebab ini keselamatan pelancong yang boleh menjejaskan nama resort. Saya terus bangun dan mengarahkan beberapa staff menolong saya mencari anak pelancong di sekitar hotel dan kolam renang. Habis seluruh pelusuk kami cari bahkan di bawah rimbunan pokok buluh juga habis digeledah. Untuk makluman belakang resort ni ada 2 buah kubur yang dikatakan sudah berusia ratusan tahun(penduduk setempat yang kata, kalau salah bukan niat nak tipu ye).Kubur ini dikatakan milik seorang pawang yang hidup 2-3 ratus tahun dahulu menurut penduduk. Saya pun risau akan keselamatan pelancong, maka saya kumpulkan staff yang lain dan mula cari iktihar macam mana nak cari budak yang hilang ni.

Lalu saya mohon pada Allah swt untuk petunjuk.Kami semua berdoa dan mengalunkan beberapa potong ayat dari surah Yaasiin dan Al Ankabut.Saya dan 4 orang staff mengeliling kawasan hotel sambil meneruskan membaca ayat-ayat suci. Tiba sekumpulan ayam hitam muncul di depan kami dan diam x bergerak. Kami haran kerana di kawasan hotel tak pernah nampak sekawanan ayam lagi-lagi yang berwarna hitam.Ada lebih kurang 7 ekor ayam dan semua ayam itu memandang tepat kearah kami.Saya mula berpeluh dan saya lihat yang lain juga mula ketakutan.Kami cuba halau ayam berkenaan namun ayam itu tak bergerak langsung dan tak berbunyi.

Kami rancakkan bacaan surah-surah dan saya mula membuka gerakan campua bersedia meghadapi segala serangan dan rintangan. Tiba-tiba angin menderu hembus ke arah kami dan ayam-ayam itu semua hilang dan ghaib sekelip mata di depan kami. Semua terkejut dan tergamam sebab ini di luar akal kotak pemikiran manusia.Angin bertiup selama beberapa minit. Setelah angin berhenti kami terpandang sesama sendiri dalam keadaan yang pelik. Sebab kini kami berada betul-betul didepan kubur yang dikatakan berusia ratusan tahun dan sebuah buaian muncul diantara kami dan kubur itu.Di atas buaian itu adalah anak mat saleh yang hilang tadi sedang menangis teresak-esak. Saya terus meluru ke arah budak itu dan membawanya keluar dari buaian itu. Dibacakan ayat kursi sebanyak 7x dan saya hembus di ubun-ubun budak tersebut.Air tawar juga saya buatkan dan sapu ke muka budak itu dengan selingan bacaan Al Fatihah.

Alhamdulillah budak itu selamat dijumpai dan diserahkan kepada ibu bapanya sebelum subuh menjelang.Esoknya setelah keadaan kembalii reda saya mula selidik dan bertanya pada budak itu melalui ibu bapanya bagaimana dia hilang. Kata mereka begini.

Me: How did your son manage to get out of the room?
Steve : he said a young boy call him from the window of my room. Asking to play outside, suddenly the door open itself without using the access card.
me: What happen next?
Steve:the boy said he wants to play hide and seek at the pool, so my son follow him.Then the boy jump into the pool but my son hesitate to follow as he is scared of water.
Me: lucky you, otherwise your son might drown and dead.
Steve: Thanks to god.Then my son said another boy appear and drag him to this swing and just left him there alone to count until 100.My son started feeling scary and cried for his mommy.
Me: Thanks to God, He helped us in finding your boy..
Steve: Thanks mate,really appreciate it.
Me: No problem, cheers

Saya menerangkan kepada mat saleh tu kawasan ini agak “keras” sedikit dan supernatural. Dia memahami dan akan lebih berhati-hati jika menginap dimana-mana selepas ini.

Nantikan kisah seterusnya di lokasi sama bertajuk “ADA SILAT PUN KECUNDANG”

[email protected]

Wassalamualaikum wbt

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
Hilang bermain di Kolam Renang resort
8.2 (82.12%) 66 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

7 comments

  1. cerita best. hope lepas ni, kalau ada hotel2 or homestay yg horror, bagi la hint landmark sekitar tempat tu kalau xnak mention nama tempat tu ye. senang nak jejak lepas ni hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.