Hotel hijau

-Hotel hijau-

Hi assalamualaikum semua aku Ck, ni pertama kali Aku hantar hasil penulisan aku dekat fs. Kisah yang nak aku cerita ni apa yg jd dekat hotel pertama aku kerja lepas habis belajar,cerita dia pendek saja tapi lain lain orang dan pengalaman yg mereka alami.

Hotel? Ya kisah ni terjadi dekat hotel, hotel tengah bandar pun ada hantu tau walaupon hotel to baru lagi. Beberapa hotel dekat area bandar aku kerja semua ada cerita dia yang tersendiri, tp sekarang ni Aku cerita pengalaman daripada bekas pekerja pekerja hotel hijau ni.

_ siapa tu??_
-Pak Man ni bekerja sebagai security dekat hotel ni. Baru masuk 2 bulan lalu sebelum aku masuk. Kira kami masuk sebelum opening hotel la, hotel baru lagi . Dia selalu kena kalau shift malam tapi siang pun ada jugak kena cuma tak extreme macam malam lah, dia cerita pengalaman pertama kali dia kena dekat hotel ni (Aku dalam ni adalah Pak Man).

“Hari tu aku kena kerja malam berdua dengan Joe sampai jam 8am, tapi macam biasalah aku dengan Joe duduk dalam bilik security sambil sambil tengok facebook. (Tak da bos la katakan tu duduk main fon je diaorang ni). Bilik security tu ada tingkap putih yang jenis tolak tolak tu, besar cermin tingkap dia tu masa tu tak tinted lagi tau”

“Aku masa tu duduk depan tingkap tu si Joe pulak duduk adap tv besar yang paparkan cctv yg ada kat hotel ni”. “Tengah dok leka adap fon tu aku perasan daripada ekor mata ni macam ada orang jengah aku. Aku angkat la kepala nk tengok siapa sekali tak da siapa pon, aku pon tunduklah main fon balik ,lepas tu ada dok menjengah balik cara dia jengah tu macam kepala saja tapi badan belakang dinding, bila aku angkat muka nak tengok siapa hilang pulak.

Empat kali aku kena Aku pon terus bangun keluar bilik nak tengok siapa main cak cak tu. Nak kata budak fo (front office) tapi hotel ni baru lagi belum operasi lagi, fo kerja siang saja. Aku pun pergi jenguk dekat balik dinding tu tengok tak da siapa pon, aku jalan lagi sampai dekat tangga naik ke kitchen atas tu tengok tapi gelap je tak da siapa aku pun pusing dan turun tangga nak masuk dalam bilik balik ”

“Hiiikk…hiikkk…hikkk..hikkk.” Aku dengar suara orang gelak macam tersedu pun ada, perlahan tapi dekat suara tu , aku pusing balik nak tengok tapi senyap pulak (dah abis tersedu kot) tak lama tu dengar bunyi tapak kaki berjalan turun tangga aku pun tunggu je la nak tengok siapa turun, bila bunyi tu da dekat sangat dengan aku berdiri, dia berhenti tapi tak ada bayang orang langsung, kosong je sumpah kosong je.

“Meoww..meowww” aku toleh belakang nampak ada kucing hitam dekat belakang sambil pandang aku lepas tu blah macam tu je. Aku pandang dekat tangga tadi balik memang kosong je, aku pon pusing terus masuk bilik duduk diam je. Joe masa tu pandang aku senyum-senyum tanya aku pergi mana tadi aku pun cite apa jadi tadi Joe cakap “adalah tu nak bagi tau kita yang dia pun ada”.

Tiba tiba “kreakkk..” Aku tengok pintu bilik security terbukak dan Joe pun masuk.. aikkk??? Aku cepat cepat pusing tengok joe yang duduk depan tv tadi tu , KOSONGGGG…tercengang Kejap aku, aku pandang balik dekat Joe yang baru masuk tu aku tanya “kau pergi mana?”
“Kan aku berak kejap tadi dengan kau, lupa ke? Siap gelak sakan lagi kau sambil tengok video, video apa kau tengok tadi?” Aku masa tu mampu tersengih je la.

3am giliran aku round satu hotel, tengah sedap jalan dekat tingkat 1 area function hall 1 tu tiba-tiba telinga kiri aku ada orang dok main tiup tiup. Aku pusing tengok tak ada sapa pun. Aku pun jalan je la, round punya round punya round aku dekat area parking belakang banggunan, kira da habis round lah jadi jalan masuk bilik security nak tido. Baru je jalan tiba-tiba aku rasa bahu belah kiri aku ada orang tepuk sekali je, aku dah malas nak toleh toleh lagi sebab dah tentu lah tak da sapa pon, cepat cepat aku jalan masuk bilik layan mata.

Lepas seminggu baru aku cite dekat Joe, terkejut Joe dengar “patutlah bila aku jerit “Woii time berak pon nak bergelak sakan ke” kau tak layan aku tapi dok gelak je tak henti, aku pun senyap je la.”

tong sampah

Ni cerita daripada abang Putra dengan anak buah dia Lan, diaorang ni bahagian stewards kira cuci pinggan, longkang, sapu dan mop kitchen, standby steno ehh banyak lagi lah kalau nak cite pasal keje stewards ni. Kalau ada function stewards lah yang selalu balik lambat sebab nak tunggu function habis baru boleh cuci pinggan, mop dengan buang sampah lagi.

Satu hari tu ada function Chinese set habis lambat kira pukul 12 lebih la baru habis, kitchen dengan fnb da siap kemas kemas area diaorang lepas tu balik jadi tinggallah abang Putra dengan Lan ni je dekat tempat cuci atas dekat dengan function hall. (Aku dalam ni adalah abang Putra)

“Masa tu Lan dekat sink nak tolak bakul pinggan ke dalam mesin, aku pulak dekat tempat budak budak Fnb letak pinggan dengan cawan kotor tu nak susun pinggan semua dalam bakul past dekat Lan lah, sebelah aku ni ada tong sampah hijau besar tu( Kira sebelum susun pinggan dalam bakul tu dia buang sisa makanan dalam tong sampah dulu).”

“Lepas susun pinggan dalam bakul tu aku pusing nak buang sampah yang lain dalam tong sampah tu sekali sampah sisa makanan tu jatuh atas lantai. Cari tong sampah rupanya ada kat belakang aku, aku tarik letak kat sebelah aku sambung buat kerja balik malas nak fikir lebih lebih.”

“Tengah duk buang sisa lepas tu susun pinggan dalam bakul tu tiba-tiba depan mata aku dia pergi tarik tong sampah tu jauh dekat pintu keluar. Terkejut aku kejap dengan Lan, Beku kita orang kejap sebab takut tapi takut kena marah dengan chef esok kalau tinggal kerja gitu saja aku pergi tarik balik tong sampah tu sambung buat kerja tapi aku dengan Lan diam je la tak cakap apa-apa, sambung balik buat kerja ada dalam 15 minit macam tu tiba tiba
“Bedeganggggg…” tong sampah besar tu jatuh terbalik. Kan berat isi dalam dia, kalau aku terlanggar paling kurang pun bergerak je tak kan sampai tergolek gitu, lepas tu pulak dia pergi main pintu pulak bukak tutup. Aku dengan Lan apa lagi cabut je la lari ikut tangga tinggalkan je, tak sanggup aku nak adap lama lama lagi. Esok tu aku datang awal pagi bersihkan cepat cepat sebelum chef datang.

“Masa aku dengan Lan da lari sampai kat parking tu Lan cakap masa dia tengah basuh basuh tu daripada ekor mata dia ada nampak benda tu lalu pergi balik dekat pintu tapi acah acah tahan je lah, da sampai tong sampah tergolek dia pon tak tahan lagi dah lutut gigil dah, choww je la terus.”

Baiklah sampai sini saja ya cerita ni. Ada masa insyaallah Ck acah acah buat cite lain pulak ya. sekian

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

cK

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.