Janin asrama

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada fiksyen shasha seandainya kisah aku ni disiarkan. Aku budak perempuan kelahiran Sarawak. Daerah tu takyah la sebut nanti takut terbuka aib orang yang nak aku ceritakan ni.

Cerita ni jadi tahun ni. Masa bulan Oktober terjadi dekat asrama sekolah aku. Oleh disebabkan norma baru sekarang ni, setiap bilik asrama hanya boleh dihuni dalam lingkungan 6-12 orang saja ( bergantung pada keluasan bilik). Setiap katil dalam bilik tu jarak 1m ( sebab SOP la kan) tapi disebabkan satu kejadian dalam bilik asrama ni semua lupa SOP semua tidur atas lantai.

Ceritanya macam ni, semua murid ada kelas study malam dekat bilik darjah. Jarak bilik darjah dengan asrama kiraΒ² dalam lingkungan 1km. Jauh dan memenatkan sebab kena panjat bukit. Asrama perempuan kami ni lokasi dia di belakang bukit dan dikelilingi hutan. Manakala asrama lelaki lebih jauh lagi dan dikelilingi hutan.
Setiap malam kelas study habis pkl 9pm. So semua murid asrama balik ke asrama. Kami ada banyak bilik asrama. Aku bagi nama ni blok asrama bintang ( ni bukan nama real aa). So kawan aku ni dia penghuni bilik ni. Disinila terjadi kisah seram ni. ( start sini “aku” ni adalah kawan aku).

Selesai sahaja mencuci kaki aku terdengar jeritan dari arah bilik aku. Aku segera berlari menaiki tangga menuju ke bilik asrama aku. Disitu aku nampak roommate aku muka pucat sambil tunjuk dekat satu lipatan tilam. [ bilik ‘aku’ ni ada extra katil and tilam. Setiap tilam tu memang dibiarkan terbentang. Even before kosongkan bilik nak turun study malam tu memang tilam tu dibentang sebab cikgu suruh. ] so agak pelik la waktu tu nampak tilam tu dilipat. Aku pun menuju ke arah tilam tu dan membentangkannya. Masa ni rasa nak pitam pun ada sebab dekat tilam tu area yang dilipat tu ada setompok d***h dan sekujur tubuh fetus yang fresh lagi. Saiz fetus ( bayi yang belum matang) sebesar lengan. Dia ada nampak shape bayi manusia la pada usia tu tapi belum besar sangat.

Masa ni semua yang kat bilik tu panik. Masing2 tertanya tanya siapakah yang membuat perkara tersebut. Penghuni asrama bintang semuanya kurus2 kalau ada yang pregnant pun mesti akan jelas nampak baby bump. Ada juga segelintir yang mengatakan yang itu berkemungkinan angkara hantu. ( ye la pkp berbulan bulan takda org duduk asrama. Mungkin ada mahkluk yang menumpang ) Malam tu kecoh satu asrama termasuk dengan warden sekali. Penghuni asrama bintang semua nya tak dapat tidur.

Keesokkan harinya Mayat fetus tu dibersihkan dan d***h semua tu dihantar sample ke hospital utk dikenal pasti kepunyaan manusia ataupun benda lain. Tilam tersebut dibiarkan disitu, kalau nak bakar or buang, pihak sekolah kena dapatkan kebenaran sebab tilam hak kerajaan. Malam tersebut, penghuni asrama bintang balik dari kelas study malam seperti biasa. Mereka masa tu rasa ok sikit sebab tilam tu dh dibersihkan. Tapi sebaliknya yang terjadi apabila mereka sampai ke asrama. Tilam yang semalam tu walaupun dah dibersihkan tompok d***h tu waktu mereka sampai kelihatan d***h merah masih fresh. Waktu tu aku dan roomate yang lain dah tahu yang tu confirm angkara benda lain.

Malam tu kami tidur pasang lampu malam. Selang beberapa saat lepas lampu dimatikan. Roomate aku nampak bayangan bayi sedang merangkak atas katil tu. Dia terus menjerit, aku pun terus on balik lampu. Malam tu kami tidak endahkan SOP terus tarik semua tilam tidur dekat lantai area kosong tu. Semua susun tilam jauh dari katil tu. Malam tu, kami semua susah nak melelapkan mata. Selain takut, lampu tidak ditutup. Aku kalau dalam keadaan terang memang tak dapat tidur. Hari semakin malam. Entah macam mana, mungkin sebab dari semalam pun tak dapat tidur kami semua terlelap.

Jam kira2 pukul 2-3 pagi, aku rsa rusuk aku dicucuk cucuk. Aku buka mata nampak kawan aku diselubungi selimut dari kepala sampai kaki, jari dia tak hentiΒ² cucuk aku suruh bangun. Aku almost nak marah dia apabila telinga aku tertangkap suara org menangis. Dia tanya aku guna bahasa iban ‘ dik bisi ninga bunyi orang nyabak kah’ ( bm: kau ada dengar bunyi org menangis kah?) Tanpa buang masa aku terus buka selimut dia join dia. Masa tu aku nampak muka kawan aku tu berpeluh peluh. Masa tu dia kata [ aku translate terus bm la ] ” aku terbangun dengar benda tu nangis, dia tadi goncang2 tingkap kita. Aku takut laaa.”

Masa ni kami dua shja yang dah bangun so kami pergi bangunkan org sebelah aku. Ternyata dia sudah bangun tapi pura2 tidur sebab takut. Akhirnya kami semua masing2 sudah bangun tapi takda sorang pun yang berani berbuat bising. Kami mengamati bunyi tersebut. Ada kala dia menangis ada kala dia mengilai. Dan suara dia tu datang dari arah katil tersebut. Katil tu cun2 dekat hujung berdekatan dengan tingkap.

Pada pendapat aku la, mungkin apa yang jadi semalam telah menarik perhatian mahkluk tu. Malam tu kami semua takut nak tidur. Next day tu kami semua dibenarkan pihak sekolah balik. Takda sorang pun berani nak tinggal. Termasuklah murid asrama bilik lain yang mengetahui hal tersebut. Sebelum balik tu semua murid asrama disoal siasat pihak polis. Dan tilam tu sudah dibakar oleh pihak sekolah selepas mendapat kebenaran dari pihak atasan dan beberapa upacara sembahyang diadakan di asrama.

Selesai perkara tersebut kami semua balik ke rumah. Minggu tersebut aku pergi dan balik ke sekolah guna kenderaan sendiri. Aku terpaksa bangun awal ke sekolah sebab jarak nya jauh. Aku lebih sanggup bangun awal daripada kena kacau di asrama. At least aku dapat tidur lena. Tentang sample d***h tu, sampai harini still tak tahu kepunyaan manusia or hantu. Cikgu/warden sahaja lah yang tahu kisah sebenar.

Jikalau benar perkara tersebut angkara manusia, ambillah pengajaran. Janganlah terlibat dlm kegiatan sebegitu. Menggugurkan bayi sama erti nya dengan m******h. Dalam setiap tindakan, ingatlah RISIKO TANGGUNG SENDIRI. Jangan nak main lepas tangan pergi gugurkan d***h daging sendiri bila dh terlanjur.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Penghuni asrama

3 thoughts on “Janin asrama”

  1. Best πŸ‘πŸ‘πŸ˜€πŸ‘πŸ˜€πŸ˜€πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸ‘πŸΏπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.