Jerangkung Dalam Studio

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia ruangan FS.Nama gua Joe berumur 20 tahun dan berasal dari Sarawak.Gua adalah vokalis untuk kugiran rock gua sendiri iaitu KarmaLimit.Gua ingin kongsi kisah yang gua alami sendiri dan masih terkesan sehingga hari ini.Actually,masalah gua ni jenis seorang yang pelupa.Kadang-kadang tu bila buka jam tangan nak ambil wudhu di singki pun boleh lupa nak ambil balik jam tu sampai gua sendiri lupa dimana gua letak jam tangan tu.

Okey done cerita pasal masalah peribadi gua hehe so let’s roll with my story.Kisah gua ni bermula bila KarmaLimit yang mempunyai empat orang ahli termasuk gua iaitu Shah(drummer),Yunus(bassist) dan Zul(guitarist) tahu kesudahnya!Alkisahnya,pada jam 8:30 malam gua mendapat panggilan dari seorang organizer konsert dan memberi slot pada kugiran kami untuk membuat persembahan di sebuah konsert bermula dari tiga hari lagi.Jadi gua seronok dan excited lah.Gua punya excited tu sampai lupa nak call ahli yang lain tentang berita itu.

Malam itu jugalah gua terus menunggang Honda EX5 gua dan menuju ke studio tempat kami selalu jamming.Okey,setibanya gua di studio tersebut gua terkejut kesemua ahli kugiran gua dh ada dalam studio.Gua dengan excited terus lah umumkan berita sebentar tadi.Dan mereka seronok dan kami mula melakukan latihan sebelum konsert tiga hari lagi.Tiba-tiba Zul mencadangkan gua untuk memuat naik latihan kami di ‘FB LIVE’,gua okey jer..Yunus pulak mencelah ‘Bro tak payah lah live.Nanti kena kecam lu pulak susah nanti’ ujar Yunus.Yelah Joe,gua agk pengsan friend lu tengok live kita nanti tambah Shah lagi sambil ketawa.

So saya ok je lah..Saya ikut jer walaupun Zul paksa akur akan keputusan Yunus dan Shah.Tapi gua hanya megambil ‘video’ pada telefon bimbit gua sahaja.Dapat pulak tengok mana part yang sumbang ke apa hehe.Jadi nak dijadikan cerita tu memang gempak lah jamming kita orang malam tu sampai lagu Khai Bahar pun kami ‘rock-kan’ haha.So habis je jamming tu gua balik awal sbab dh mengantuk sangat beb.Pukul 4:30 pagi baru selesai jamming!Purhh penat beb.Shah,Zul dan Yunus terpaksa balik akhir sikit sebab nak kemas segala instrument.Sebelum balik tu,Shah sempat pesan dgn gua ‘Video yang lu record tek boh dipost bro..Klk trok lu klk'(Video tadi jgn kau post ke laman sosial,teruk kau nanti) sambil ketawa.Mak aii Shah punya ketawa tu lain mcm dengan lirikan senyum nya..Seram gua hahaha..

Actually video yg gua dh record tadi gua belum tengok lagi just save saja.Keesokan harinya,gua bangun dari tidur..Lewat gua bangun beb haha pukul 2:30 ptg baru bangun beb.Penat! So,lepas mandi dan makan.Gua pun tergerak hati nak tengok video yang gua record semalam.Jari mula menekan butang punat play sesentuh di skrin pintar telefon gua.Mula-mula okey labi bila video tu nampak gua sorang jer tengah setup mic.Yelah diorang waktu tu tengah busy setup equipment masing-masing dan tidak termasuk dalam video tersebut.Selang beberapa minit bila ahli semua dengan instrument masing-masing.

Waktu tu barulah nampak kesemua ruangan studio sbab gua dh kasi adjust position telefon bimbit gua.Ya allah!Terkejut gua beb.Shah berkain putih mcm jerangkung!Begitu juga Zul dengan Yunus.Patulah semalam beria sangat tak nak gua post di media sosial.Gua dh cuak beb,gua panggil mereka bertiga datang ke rumah gua petang itu.Mereka bertiga punya terkejut terutama Shah ‘Gila ngutik tok bro.Sik penah2 cmtok eh,cuba lu crita dgn kmk org apa senaya terjadi'(Gila seram ni bro.Tak pernah-pernah terjadi macam ini.

Cuba kau cerita dengan kita orang apa yang terjadi sebenarnya).Jadi gua pun cerita lah dari mula sampai akhir.Hmm bila gua fikir balik kalau gua tak lupa call diorang ajak jamming malam tu kan elok.Takkan terjadi hal angker macam nk.Ini tak, dah lah pelupa,masuk studio main redah jer takda bagi salam.Paling seram bila kami tgh cover lagu Khai Bahar,jerangkung tu siap headbanging sampai kepala nya pusing ke depan dan kebelakang.Seram beb!Sekian dari gua,Joe Metal.Sorry jika tak seram,lantak lu orang lah sia.Gua nang dh cukup terasa ngutik beb.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

HeadOraza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

20 thoughts on “Jerangkung Dalam Studio”

  1. Alang² lu dh record video, share la kt mana² page paranormal… kitorg nk juga tgk mcm mana rupa jerangkung tu?? Klu x de bukti, cmna kitorg nk percaya cerita lu ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.