Kacau

Aku mengusap perutku sambal membaca Al-Fatihah. Dalam hati ini berbisik. “Fatihah ini mama hadiahkan untuk kamu” satu tendangan kecil diperutku menyentuh tapak tangan. Sudah 5 bulan kandunganku. Perut tak lah sebesar mana. Bayi baru pandai menendang. Aku teruja mengandungkan anak ini. Ini anak sulung kami.

“Belum tidur lagi?” suamiku menghampiri aku yang masih menjulurkan kaki di atas tilam katil. Aku tersenyum manis sambil menggeleng kepala. Suami menarik kepalaku untuk direbahkan dibahunya. Tangan kiri suami menyokong badan ku yang semakin berat dan tangan kanannya mengusap perutku lembut.

“Tadi kan bang, Ja jumpa kawan lama. Dia pandang Ja dari atas sampai bawah. Mata dia, tajam sangat. Takut Ja!” kataku memulai cerita. Memang sebegitu rutin kami, sebelum tidur, bercerita dulu apa yang berlaku di siang harinya. “Kenapa dia tengok macam tu?. Tak kan berkenan dengan Ja. Dia perempuan kan? Respon suamiku.

“Itulah. Muka dia kusam sangat. Dengan pandangan mata dia yang menakutkan tu. Lama juga kiteorang dok sembang dengan dia. Paling sram, dia cakap mak dia ada saka. Dia cerita bagaimana saka tu menghantui rumah mereka. Merinding bulu roma ja” ceritaku. Suami memelukku erat. “Dah. Cerita seram, abang tak nak dengar. Tidur lah. Jah penat tu seharian di luar hari ini.” Aku mengangguk.
“Abah hadiahkan Al-Fatihah untuk anak abah. Bismillah … “ aku membiarkan suami memegang perut boyotku. Amalan membaca Al-fatihah ini kami amalkan semenjak bayi beberapa minggu lagi. Sebelum suami menyelimuti badanku, kami saling meminta maaf.

Aku terjaga dari tidurku apabila telinga ini mula menangkap bunyi ketukan di luar pintu bilik. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku lihat pintu bilik sudah terbentang luas. Dalam gelap yang hanya disuluhi lampu meja, aku cuba menangkap sesuatu objek hitam yang seakan tergantung ditepi pintu.
Lensa mataku tidak dapat menangkap imej apakah itu kerana penglihatan aku kurang jelas. Aku rabun. Aku mula panic apabila sesuatu yang aku fikir objek itu mula bergerak perlahan menghampiri ku. Aku berpaling pada suamiku. Dia lena dibuai mimpi. Belum sempat aku cuba untuk menggerakkan suami, seekor makhluk berjubah hitam dengan matanya yang berwarna hitam, bibir kehitaman dan berwajah pucat mayat itu telah berada diatas badanku.

Wajah dia mirip kawan lama yang aku jumpa siang tadi. Bagai diragut hatiku. Terkejut, takut, panik dan segala rasa takut bergumpa dalam sekujur tubuh badan aku yang mula mengeras dan tidak dapat bergerak ini waima kepala aku sekalipun. Makhluk itu merenung aku tajam dan menyeringgai. Tangannya ingin memegang perutku. Dengan kudrat yang ada, aku membaca segala surah yang terlintas dikepalaku.

Namun, aku gagal mengusir makhluk yang aku anggap sebagai iblis itu. Dia ketawa melihat aku semakin lemah. Mengalir air mataku. Kuku tajamnya terasa mencengkam dibahagian ari-ari ku. Aku ingin meraung. Namun, suaraku terkandang di peti suara. “Bismillahi masyaAllah!” aku melontar ayat itu dalam hati dengan selemah-lemahnya. Iblis yang ingin merobek perutku terhenti dengan memandang marah padaku.

“Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah! Bismillahi masyaAllah!” sebutanku semakin lama semakin jelas dan akhirnya ia keluar menembusi kerongkong. Iblis itu enggan mengalah walaupun dia tidak berada lagi diatas badanku. Kini dia menempel di syiling betul-betul atas tempat tidur kami. Kudrat apa yang aku ada walaupun badan masih mengeras sehingga aku nyaring-nyaring mengalunkah kalimah Allah.

“La hawlawala quwwataillabillahil aliyula’adzim. ALLAHU AKHBAR!” berdesup bagai angin kencang iblis itu menghilang dengan degupan pintu bilik yang ditutup semula. Aku menangis teresak-esak. Mungkin mendengar tangisanku, suami terbangun lalu menggoncangkan badanku. Entah dalam sedar atau mimpi. Aku melihat bilik berada dalam keadaan normal. Tidak menyeramkan seperti apa yang aku lihat sebentar tadi. Segera aku mendakap suamiku dengan tangisan lalu menceritakan apa yang telah aku lalui.

“Iblis, syaitan memang suka ganggu orang tengah mengandung. Lagi-lagi umat Muhammad. Mereka suka menyesatkan umat Muhammad. Jam dah pukul 4 pagi juga ni. Kita tahajjud sama, dan mohon perlindungan daripada Allah. Ja jangan takut. Ja takut, dia suka. Ja berani, dia tak akan ganggu Ja. Abang tahu, isteri abang ni kuat dan taat” kata suamiku sambil mengusap belakangku dengan lemah lembut. Aku menangis lagi. Perasaan takut itu sukar dihindari. Ini bagaikan pertarungan maut dengan malaikhat ghaib.

“Mohonlah perlindungan daripada Allah. Dia yang menjadikan sekalian makhluk. Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, dan segala kebaikan dan kejahatan adalah kehendak Allah.”

Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca kisah ringkasku ini.

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

Nur Ain

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.