Kata Membawa Padah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat tegar FS.. Pertama sekali, terima kasih kepada admin sebab sudi publish
kan cerita saya.. Saya Izz yang pernah share cerita ‘Encik Po’ follow aku..
Terima kasih sebab beri komen yg positif pada cerita saya yang pertama ‘Encik Po’ follow aku..

Saya cuba kurangkan ‘huhuhu’ sebelum saya teruskan cerita saya saya nak jawab beberapa soalan yang kawan-kawan tanya masa cerita saya yang pertama tu. Kebanyakkan benda yang kacau saya ni kadang-kadang ayat al quran yang dibaca main-main depa tak lut lansung..? Silap hari bulan benda tu yang tegur bacaan salah. Saya biasa berpengalaman tu. Benda tu siap pelekeh dan gelak jaa. ‘Yang ni hang hantar nak lawan aku’ benda tu cakap berlagak giler rasa menyampah pon ada. Ok jom cerita..

Kali ini saya nak kongsi lagi pengalaman ‘manis’ saya lagi. (Saya guna aku ye maaf kalau terkasar). Nak baca ni baca pelan-pelan kalau baca laju takot tak faham cerita aku ni. Kadang-kadang ayat aku ni pening jugak.. ?

Sebelum aku nak teruskan cerita mari aku nak bagi gambaran dulu keadaan dorm aku. 1 dorm ada 10 orang. Katil double tuu kiranya ada 5 la. Korang pernah tgk dadu yang 5 bintik hitam tuu. Haa macam tu laa kedudukan katil kitorang. Dan kiri kanan berderek locker. Memang buka pintu nampak tepi locker la. Dan locker aku hujung tepi tingkap dan katil aku katil tengah bawah. Ok ini baru intro sebab nanti senang aku nak citer detik ‘manis’ tu nanti..

Ok cerita dia petang tu dekat dorm. Kami ahli dorm nii kebetulan malas nak turun sukan jadi melepak dalam dorm ja laa. Sampai laa kawan aku buka cerita tentang jenis hantu yang macam mana korang paling takut. Macam-macam laa jawapan. Ada yang melompat laa. Mengesot macam-macam laa.. akhir sekali aku cakap
“Aku paling seram hantu merangkak. Tapi bukan yang merangkak macam baby tu, ni yang merangkak tak betul tu, dengan kepala senget” sambil aku buat gaya hantu tu.. Kawan-kawan aku kata weih “Izz hang jangan buat pasal laa.. Haish”..
Hahaha aku gelak ja tengok muka sorang-sorang cuak..

Malam tu seperti biasa aku ni suka seterika baju sekolah pukol 1 pagi. Biasa laa budak asrama taknak berebut dengan orang. Lebih kurang pukol 1.30 pagi aku habis seterika. Aku balik laa bilik aku. Macam biasa dah gelap dan ahli dorm aku pakat tido dah.. Tinggal sorang jaa member aku yang tak tido lagi.. aku panggil dia Nan..
“Izz baru habis seterika ka?”
” yup, kejap lagi aku nak keluar lain nak pi tandas .”
“Ok, lepas hang masuk jangan lupa kunci pintu tau”
“Beres boss”..
Nan ni style yang kalau tak cukup ahli dorm memang dia tak boleh tido.. Hang memang terbaik laa babe. Ok sambung balik..

Balik dari tandas tu aku kunci pintu macam biasa laa. Dan aku terus pergi ke locker pakai bedak sejuk. Kulit muka pon kena jaga juga la.. Masa aku lepas pakai bedak sejuk aku tutup la pintu locker aku dan aku ternampak satu lembaga hitam rambut panjang berdiri tepi pintu dorm aku. Lain macam dah aku rasa nii. Dan tiba-tiba ja bunyi cicak. Kuat giler, aku tengok laa atas kot kot laa nampak cicak tapi tak nampak pon. Haih aku pon terfikir laa ‘ ade ke cicak dalam dorm aku ni, selama aku duduk dorm ni hidung cicak pon aku tak nampak lagi’.

Lepas tu aku tengok balik kat tepi pintu. Aik benda tu tak da dah. Dalam hati tu aku duk kata ‘haih bayangan hang je kot Izz’ tapi Serius memang dah rasa lain macam dah dan jantung aku ni berdegup kencang. Aku pergi kat katil.. Aku tanya Nan.
“Weih Nan, hang dah tido ka?”
” tak lagi.. Aku tak boleh tido la”
” hang dengar bunyi cicak tak tak tadi? Kuat giler kot. Eh sat Dorm kita ni ada cicak ke?”
” aku dengar, ntah laa aku pon tak perasan plak”

Tiba-tiba masa tuu ada bunyi penyangkut dengan besi locker kuat giler bunyi sampai ada yang terjatuh. Locker hujung belah kanan. Aku belah kiri, terus kitorang tersenyap sekejap, bunyi kipas jaa.. Tiba-tiba masa tu suasana jadi suram seram je. Terkejut doo dengan bunyi tu tiba-tiba. Semua dah tido kot tinggal kami dua orang ja yang tak tido lagi. Setelah terdiam sekejap tu Nan cakap kat aku..
” Izz tido jangan lupa buat adab tido, selamat malam”
” baik inshaaAllah. Hang jugak. Selamat malam”

Pastu aku duduk bersila atas katil aku duk baca-baca apa yang patut. Masa tu laa aku ternampak benda yang paling aku tak nak nampak. Korang bayangkan.

Benda tuu hitam legam, mata merah, merangkak keluar dari hujung locker belah kanan yang bunyi penyakut berlagar tu. Cara dia Merangkak tu yang macam aku cerita petang tadi tu. Kepala dia senget. Rambut dia yang panjang tuu tutup separuh muka dia. Nampak sebelah ja mata dia. Dia merangkak laju giler kearah hujung kaki katil aku. Seram giler dah serupa citer hantu cina yang merangkak tu tapi ni lagi menyeramkan.. gulp memang hati aku ni dah berdebar giler ni.

Nasib laa hujung kaki aku tu penuh baju duk sangkut kat situ. Jadi aku tak nampak laa apa jadi lagi. Terus aku baring menelentang zikir supaya tenangkan hati. Waktu aku tido menelentang tuu aku nampak dekat hujung belah kiri kaki aku tuu dia duk berdiri. Tapi di sebabkan dia tinggi aku tak nampak dah la muka dia hanya nampak badan dia yang hitam.. gulp dan berpeluh sejuk jugak laa badan aku. Terus aku mengiring belah kanan. Aku duk berdoa “Ya Allah selamatkan aku”. Sampai laa aku tertido…

Esoknya, Nan tegur aku..
“Hang tak apa-apa kan? Aku risau benda tu masuk badan hang plak”..
Terkejut aku. Ehh mana Nan tahu ni ada benda kacau aku semalam. Terus aku tanya
“Eh mana hang tahu ni?”
” Aku nampak semalam benda tu. Perempuan hitam, rambut panjang giler, mata merah, tinggi dia lebih sikit dari kepala katil kat tepi katil hang.”
“Seriously ?, hang nampak tak benda tu buat apa kat aku?”
” Benda tu tenung hang jaaa. Pastu aku rasa dia perasan aku ternampak dia. Tapi benda tu still tenung hang”…

Serius aku terkejut giler Nan citer macam tu kat aku. Dan kebetulan masatu DJ member dorm aku yang tido atas katil aku terdengar. Dia pon cakap la
“Oh patut laa pon, aku kena kacau jugak semalam.”
“Hang kena apa?”
“Semalam benda tu tarik rambut aku banyak kali. Geram aku”.
Aku dgn DJ ni tido bersilang.. Kepala dia kaki aku. Kaki aku kepala dia. Jadi benda tu duk dekat hujung kepala DJ laa. Aku tanya lagi..
“Pastu hang buat gena kat benda tu?”
“Kali pertama aku buat bodo jaa.. Dah kali kedua ketiga ni aku tak tahan terus aku marah dia. haishh. Aku bangun tengok benda apa tarik rambut aku ni. Tengok tak nampak apa-apa pon..”
Aku, Nan terdiam ja tak tahu nak cakap apa dah..

Sejak tu aku serik dah nak cakap benda apa yang aku takot. minta maaf semua kalau cerita aku kali ni tak seram mana.. Sebab hidup aku ni dari darjah 5 sampai ke umur aku 18 tahun ni asyik dengan benda ni ja. Jadi aku dah lali dengan benda ni.. Sebab tuu aku citer dah tak seram. Tapi masa aku kena tuu semangat tak kuat lagi. Jadi memang cuak laa.. Hahaha.. Tapi kalau nampak yang seram cuak jugak laa.. Tapi ustadz aku pernah pesan kalau nampak buat bodo jaa. Jangan layan.

Terima kasih sebab sudi baca sampai habis.. Moral dia jangan laa cakap pelik-pelik dan cakap benda-benda yang mengarut, tengok dah muncul betul.. Huhu..

Assalamualaikum…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

izz

2 thoughts on “Kata Membawa Padah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.