KAWAN AKU ADAM PART Akhir

PART Akhir

Senyuman bakal pak ipar aku amat menenangkan jiwa dan raga, begitu jugak mak ipar. Patut la Dahlia ni sejuk je mata aku pandang.
Walaupun muka ayu dia tak matching dengan perangai garang tahap ala-ala singa jadian tapi aku.. aih.. memang lemah betul la kalau dengan Dahlia ni.
Penangan senyuman bakal pak dan mak ipar aku berjaya membuatkan aku lupa sekejap pasal nenek kerepot muka terlebih cun yang hampir bagi aku free kiss.

Tapi.. elok je aku pandang tepi.. nah amek kau, aku terus menggila bila nampak Adam duduk kat sudut tepi dinding tenung aku.
Masa ni aku terus meronta-ronta nak lari, otak aku “blank”. Muka Adam automatik mengingatkan aku dekat bini tua dia tu balik.
Muka berkedut seribu , taring sampai dagu, lidah panjang cecah leher dengan mata member bulat terbeliak macam bola golf.. Allah..
Buruk dia.. aku tak pernah jumpa satu makhluk pon yang seburuk tu!
Aku dah tak kisah dah masa tu kat rumah bakal pak ipar ke rumah pak aku ke, yang aku tahu aku tak nak hadap lagi si Adam ni!
Aku nak balik Ipoh! Bagi aku balik rumah mak bapak aku! Aku nak balik !
Abang Dahlia terpaksa bergelut jugak la dengan aku masa tu sebab aku dah “lost control” gila.
Masa aku tengah sibuk mengganas nak lepaskan diri, mata aku terpandang dekat pintu rumah Dahlia sekaligus membuatkan aku longlai lagi sekali.
Mana taknya.. Aku nampak nenek yang sama tengah elok je tercongok mencangkung “statik” kat tepi kereta Dahlia sambil menyeringai kat aku, kalini dia bawak geng do..
ada lagi sekor berdiri tegak je kat belakang pokok mangga rumah Dahlia.
Yang tu aku aku tak tahu la bini kedua Adam ataupun abang ipar dia sebab benda tu gelap tinggi macam bayang-bayang je.
Daripada terjerit-jerit nak balik ,aku terus terdiam pastu tenung je kat luar macam orang hilang semangat.
Dahlia kata masa tu muka aku macam habis redho dah. Nampak hantu pun nampak lah. Dah tak boleh nak buat apa dah.
Aku pun tak tau la bala apa aku dapat ni. Seumur aku hidup tak pernah langsung aku teringin nak tengok benda merepek macamni.

Malam tu lepas sesi berubat apa semua aku terpaksa tidur rumah Dahlia. Begitu jugak dengan Adam
(sebab pak ipar risau kalau apa-apa jadi kalau kitorang balik. Dengan aku tengah otak tak “centre” , Adam pon tak sesudah dengan mental sengih-sengih dia).
Tapi disebabkan aku terlalu takut benor gayanya dengan Si Adam, maka Pak ipar aku yang cukup memahami telahpun mengasingkan tempat tidur kami.
Aku tidur dalam bilik tetamu manakala si Adam kena tidur sebilik dengan abang Dahlia.
Sebelum tidur pak ipar sempat bagitau aku yang aku tak perlu takut sebab “benda” tu tak boleh masuk dalam rumah dia.
Mungkin dia nak bagi sikit ketenangan kat diri aku yang tengah lembik masa tu. Aku hanya mampu tersenyum tawar je.
Memang la hantu tu tak boleh masuk pak.. tapi tuan kepada hantu tu dah ada dah pun kat dalam rumah ni..Hantu yang tu paling saya takut pak.

Takut punya pasal, aku tak ingat la dah berapa ratus kali aku zikir malam tu sampai lah aku tertidur kepenatan.
Tapi macam biasa la geng. Si Adam dengan bini dia tu memang tak bagi can kat aku nak tido.
Aku pon tak tahu la apa masalah dorang laki bini ni OBSES sangat dekat aku.
Masa aku tengah tido aku dengar bini dia main ketuk-ketuk & cakar tingkap bilik.
Tapi disebabkan aku tahu dia tak boleh masuk, takat boleh garu-garu tingkap je, maka aku tenang la sikit.
Tapi bila suara Si Adam dah mula panggil nama aku dengan nada sayu sambil ketuk pintu, aku dah mula tak tentu arah.

“Haris.. bukak la pintu.. Sampai hati kau buat aku macam ni..
Kite kan kawan baik.. bukak la Ris..
Okla kalau kau tak nak bagi aku masuk pun takpela. Tapi kau bagi la dia masuk…
Siannnn dia.. Dia suka kau Ris.. Hihihi.. Haris.. Bukak la Haris..
Dia nak teman kau tidur lagi malam ni Ris.. Bukak eh? Aku tauuuu kau dah jaga.. Bukak tingkap sikitttt je..Nanti dia masuk sendiri.. Hihihi”

Masa ni aku dah tekup telinga guna tangan sambil “repeat mode” sebut Allah Allah dalam nada berbisik sebab aku takut dorang laki bini dengar suara aku.
Habis lencun baju aku do kene peluh bercampur air mata jantan yang laju je mengalir keluar. Haih.
Bila fikir balik, keadaan aku masa tu sebijik macam orang yang ada “depression” macam dalam “movie” yang pernah aku tengok sebelum ni.
Adam dengan bini dia kacau aku tanpa belas kasihan malam tu sampai sejam sebelum azan subuh tak silap aku.
Pagi tu dengan berbaki 3 hari cuti, aku dengan segala hormatnya balik ke rumah parents aku. Pergi jahanam la dengan Adam & bini tua kerepot dia tu.
Menyesal gila aku tak ikut je bebudak tu semua pergi glamping. Kalau tak mesti aku tak jadi mental macam Si Adam.

Aku rasa si Adam ni ada masalah jiwa. Tapi masalah dia kat sini.. masalah jiwa dia tu tempias kat aku.
Lepas peristiwa hitam tu, aku banyak kali kena “refer” pergi kaunseling dengan “prof” (Dia kata aku nampak macam sentiasa serabut).
Classmate aku semua perasan perubahan aku.
Datang kelas mata sembab, muka high memanjang (sampai ada yang ingat aku amek benda bukan-bukan) pastu pantang ada “break” aku bantai membuta macam bertahun tak tidur, yang hanatnya Yassin cuma perasan perubahan aku bila aku dapat dekan semester tu (hasil takut tido malam so aku settle sume coursework, enhance skills drawing dan study macam esok nak kiamat. Ada jugak rupanya positive effect dari penangan Si Adam ni eh? haha) . Bangang betul, dia boleh tanya “sejak bila kau pandai do Ris? selalu result sume atas pagar je” .
Dahlia yang selalu macam garang nak mampus bila nampak muka aku, terus layan aku baik-baik & selalu teman aku tido kat library bila dia takde class
(sebab dia dah tau pasal masalah aku dengan bini Adam, kalau tak memang haram la nak layan aku baik-baik).
Aku hidup macam takde hala tuju. Tetiap minggu kalau boleh aku nak balik rumah “parents” aku. Aku tak nak duduk dengan Si Adam.

Tapi masa ni aku bersyukur gila ada kawan macam Ehsan. Dialah satu-satunya makhluk kat rumah tu yang perasan perubahan aku.
Ada satu hari tu Ehsan slow talk dengan aku tanya aku ada masalah dengan sesape dalam rumah ke? sebab dia tengok aku dah lain.
Tak banyak cakap macam dulu, asek sensorang. Akhirnya aku terpaksa jujur dengan dia yang aku ada “problem” sikit dengan Adam.
Tapi aku tak cerita la pasal Adam dengan bini dia.
Ehsan ingat aku dengan Adam gaduh sebab berebut awek, aku pun iya kan jela sebab aku tak tahu nak cakap macam mana kat dia pasal benda ni.
“Last” sekali Ehsan dengan baik hatinya “offer” tukar bilik dengan dia.
Dia bagi aku duduk sebilik dengan Yassin. Sumpah aku terharu gila masa tu.
(Ehsan ni walaupun perangai kekadang macam gampang asek lupe sume benda, tapi dia la yang paling matang dalam rumah ni. Stock-stock abang long).
Memula aku risau jugak nak tukar bilik, kang Adam dengan bini dia “attack” Ehsan pulak macam mana?
Tapi seminggu dia duduk bilik dengan Adam aku tengok member “happy” je siap boleh main sep sep tom tom gamaknya dengan Adam. Aku syak bini Adam tak berkenan kat Ehsan.

“Semester” baru lepas tu, aku dah kena “intern” untuk 3 bulan. Jadi kurang la aku berjumpa dengan Si Adam. Lega… lega kau kata? Tak. Tak lega.
Sebab setiap gerak geri aku sentiasa rasa macam ada orang perhati dan ikut.
Tak kira la kat office ke, kat rumah ke, mana-mana aku pergi aku rasa macam aku kena “follow”.
Mungkin jugak tu hanya perasaan aku. Mental aku masa tu tengah tak stabil lagi hasil penangan Adam.
Sampai lah aku dapat panggilan dari bakal pak ipar aku.
Masa tu sumpah aku tak “excited”. Haih..
Lepas daripada hal hari tu, aku rasa macam dah takde can je dengan Dahlia ni.
(Mana tak nya, mak pak dia mesti dah tahu aku jenis lelaki macam mana. Member suruh mengucap aku boleh pulak istighfar. Nak benam muka kat parit mana ni woi!)
Bakal pak ipar ajak aku datang rumah dia. Ada buat makan-makan sikit katanya.
Puas pagi tu aku hafal segala doa qunut, doa iftitah bagai sume “incase” pak ipar nak test ilmu agama aku.
Sampai je aku kat rumah Dahlia, pak dengan mak ipar dah tunggu kedatangan aku dengan senyuman manis.
Semua manis, makanan manis, air manis, kata-kata manis, aku je tak manis sebab muka masih tebal dengan insiden lepas.

Gedebak-gedebuk lepas makan apa semua aku pun “man to man talk” la dengan bakal pak ipar aku.
Perbualan yang aku dah jangka akan jadi tapi tak kuduga intipatinya (pergh ayat. haha)

Pak ipar : Haris.. Ayah Cik nak cakap sikit. Ayah Cik tahu kamu tak solat..
Takpa, ayah cik tak marah.. Manusia ni Haris, semua berbeza.
Ada orang yang mudah terima arahan, ada yang susah nak terima arahan, ada yang nak tahu dulu semua hal berkenaan arahan tu baru dia terima dan ada yang awal-awal lagi dah menolak.
Lumrah manusia Haris..
Ayah Cik tahu Haris perlukan masa.. takpa amik la seberapa banyak masa pun kamu mau untuk jadi orang Islam yang betul-betul Islam nak..
Tapi Haris.. satu je Ayah Cik nak ingatkan.. Kita tak tau bila ajal kita nak sampai..
Lagi lama kita tangguh, lagi singkat masa yang kita ada kat dunia ni..
Solat lah nak..
Haris ni anak yang baik.. Dari hari pertama Ayah Cik tengok muka Haris, Ayah cik dah tau Haris baik..
Nakal tu biasa lah.. Ayah cik pun dulu nakal jugak.. Solat ye nak?
Takpa.. kalau kamu lupa macam mana nak solat toksah malu.. kita ni semua manusia biasa ja..
Ayah cik faham.. Belajar solat balik dengan Ayah cik ye?
Kita mintak ampun… mintak maaf dekat Allah sama-sama ye nak?
Takpa.. Allah maha pengampun.. maha penyayang.. Haris anak yang baik.. Semua orang ada kisah silam.. Kita sama-sama berubah ye nak?

Baru dengar mukadimah dari pak ipar je aku dah sebak. Dah berapa tahun aku tinggal solat Ya Allah..
Dah berapa lama aku tak puasa? Dah berapa lama aku tak sentuh Quran? Semua persoalan tu terus datang kat otak aku bertubi-tubi bila aku dengar ayat pak ipar aku.
Aku cuma mampu tertunduk tahan air mata je masa tu.
Sampai bila-bila aku akan ingat ayat bakal pak ipar aku ni.
Lembut sangat pertuturan dia, cara dia ajak aku kembali sembahyang, cara dia mengingatkan aku untuk jadi orang baik. Allah..
Hanya dengan cara lembut dia nasihatkan aku cukup untuk buatkan aku rasa nak bertaubat masa tu jugak.

Pak ipar : Haris tau tak kenapa Haris seorang je kena ganggu dengan Adam dan makhluk tu?

Aku : “Sebab saya yang paling jahat dalam rumah tu ke Ayah Cik? ni semua balasan sebab saya dah lama tinggal solat?”

Pak ipar : “Bukan.. Haris tak jahat, dalam dunia ni takda sorang pun jahat.. yang jahat tu perbuatan kita.. bukan diri kita..
Kalau Haris tanya semua penjenayah kat luar sana tu mereka nak jadi orang baik ke jahat?
Mesti semua cakap nak jadi baik. Kalau diri kita ni jahat, hati kita takkan pernah terdetik pun untuk jadi baik..
Haris kena ganggu, sebab Allah sayangkan Haris..
Allah hadirkan Adam yang penuh dengan masalah dalam hidup kamu, sebab Allah sayangkan kamu.. Allah nak bagi hidayah..
Tak semua orang berpeluang dapat hidayah macam ni..
Allah nak kamu kembali ke jalan yang benar.. Allah rindukan kamu..
Allah nak Haris berubah jadi mukmin yang kuat..
Adam dah cerita kan semua kat Ayah Cik.. Masa sekolah dulu kamu je yang sudi ambik berat pasal dia..
Kan Ayah Cik dah cakap, Ayah Cik tau Haris ni baik budaknya..”

Masa ni aku dah petak betul. Bila masa pulak aku pernah ambik berat pasal Si Adam? Seingat aku daripada “form 4” aku cuba sehabis mungkin mengelak dari dia ada lah.
Di pendekkan cerita, dari saat tu lah aku mula berubah..
Aku belajar solat balik, aku belajar hafal semula surah-surah lazim, aku mengaji..
Betul la kata Pak ipar aku.
Pertemuan semula aku dengan Adam ni besar hikmahnya.
Adam dah bagi impak terbesar dalam hidup aku.

Adam ni sebenarnya jadi macam ni sebab dulu masa dia kecik-kecik dia duduk dengan atok nenek dia kat kampung.
Mak bapak dia jenis yang “workaholic” gila, jadi member senang cite memang ada tok nenek dia jela.
Masa tadika dia cite kat aku ramai tak nak kawan dia sebab dia “takde” mak bapak.
Tetiap hari dia balik mengadu kat nek dia orang tak mau kawan dia. Tapi nenek dia selalu cakap “takpe, nenek ada. Nenek kawan dengan Adam ya”
Jadi member selalu la main gasing, masak-masak, kawen-kawen dengan nek dia je la kot?
Sampailah satu harini Adam dah sekolah rendah kawan-kawan dia tolak buli dia sampai jatuh masuk parit.
Dia balik nangis-nangis kat nek dia, masa tu la nenek dia offer dia “kawan”. Nek dia kata kawan tu baik, nanti kawan tu tolong jaga si Adam kalau ada orang buli.
Lebih kurang “bodyguard” la. Maka masa tu Adam kata dia pun mula gembira akhirnya ada kawan.
“Kawan” dia ni semua perempuan. Ada 3 orang. Masa pertama kali nek dia kenalkan kat si Adam, dorang pun kecik je macam Adam.
Tetiga baik, selalu teman si Adam pegi mana-mana je. Bila Adam membesar, kawan-kawan dia pun turut membesar.
Dia kata tetiga “cantik” sangat (Allah.. cantik lagi nenek aku Dam).
Tapi masa dia masuk sekolah menengah dua daripada kawan dia tu hilang entah kemana.
Yang tinggal sorang ni je, tapi kat sekolah dia jumpa ramai “kawan” baru.
Sebab tu la dia tak kesah pon orang tak nak kawan dengan dia.. Rupanya member dah ada cable hantu besar kat sekolah daa.

Tapi kekadang dia sunyi. Sebab dia tahu kawan dia tu semua bukan manusia.
Adam kata masa form 4 dia nak sangat berkawan dengan aku. Dia suka tengok cara hidup aku. Ramai kawan, orang semua senang nak berkawan, tak pernah sensorang.
Tapi dia tahu aku tak nak kawan dengan dia, jadi dia pun teruskan lah berkawan dengan kawan-kawan ala-ala zombie dia tu…
Sampai lah “insiden” satu hari ni jadi yang buatkan si Adam ni salah faham ingatkan aku ambik berat kat dia.
Cite dia.. masa tu aku pakai kasut baru pegi sekolah, pastu masa aku tengah tunggu abang aku habis kelas dia, Si Adam ni macam kena buli la dengan budak form 5.
Dorang dok acah gangster tolak-tolak Si Adam sampai nak terpijak kat kasut baru aku dah.
Aku pon bengang la, benda sikit punya susah payah aku tolong pak aku cat satu rumah baru dapat kasut “Converse”(masa ni sape pakai Converse kira hebat la.haha),dorang nak main pijak-pijak pulak. Nyirap la aku..
Nak buli pon jejauh la sikit kan? Maka sebelum kasut aku jadi mangsa, aku pon “sound” la dorang.
Amende aku cakap pon aku tak ingat sangat la sebab cite dah lama, tapi aku rase ayat aku lebih kurang macam “sakai ah nak buli-buli junior”.
Tapi yang pasti dorang tak boleh nak debik aku walaupon member bengkek je dengan aku sebab masa tu abang aku ketua pengawas.. Hahaha
Pasal benda ni la Si Adam ingatkan aku ambik berat kat dia.. Padahal aku lagi kesahkan kasut aku.
Jadi dari situ bermula la Si Adam ni perhatikan aku dalam diam.
Sampai aku sambung study mana pun dia “follow”. Masa Adam terus terang kat aku pasal benda ni, jujur aku cuak do.
Benda kalau perempuan buat, boleh lagi la aku terima. Ni lelaki woi. Alaaahai. Seram je aku dengan kau ni Dam. Haih..

Aku rasa korang mesti dah boleh agak kan sampai sini yang arwah nek si Adam ni membela..
Tapi Adam kata arwah nenek dia tu baik sangat orangnya. Dia pun tak tahu kenapa nek dia membela benda-benda gitu.
Adam kata “kawan” dia yang tinggal sorang tu awalnya baik dan tak pernah muncul dalam wujud selain manusia.
Tapi lepas je arwah nek dia meninggal, benda tu terus makin hari makin mengganas sampai dia pun takut.
Dia dah mula tunjuk wujud rupa buruk dan menakutkan dia tu.
Benda tu jugak selalu macam hasut Si Adam.
Aku tak paham sangat la maksud dia “hasut” tu macam mana.
Tapi aku rasa mungkin masa Si Adam dok buat perangai seram dia tu, sebenarnya benda tu yang suruh. Takpun benda tu yang “control” Adam.
Benda kalau kita fikir logik, sape je nak tenung orang dengan mata terbelik sambil menyeringai kan?
Dah la dia punya tenung tu boleh makan masa lama siap pakej tak berkelip. Manusia normal takde yang boleh buat macam tu.

Sekarang ni aku, Adam & Yassin dah nak masuk 2 tahun duduk sewa rumah sesame lepas kitorang grad.
Yassin pun dah tahu pasal penyakit Si Adam ni. (Ehsan, Zafrul & Ammar masih tak tahu satu apa pun sampai sekarang.)
Nasib baik la Si Yassin ni dikurniakan dengan otak yang “blur” dan “loading”.
Ada sekali tu dia cerita kat aku yang masa dia tinggal sorang kat rumah, dia dengar bunyik perempuan nangis teresak-esak.
Dia boleh pulak fikir yang tu bunyik jiran sebelah nangis sebab gaduh laki bini dan terus sambung tido.
Bila aku cakap yang rumah kitorang belah kiri kosong, kanan pulak nepal jantan je yang duduk barulah sel-sel otak dia berhubung.
Alaahai Yassin. Haha.
Tapi bagus jugak dia “gifted” dengan otak “blur”. Takde lah member jadi penakut macam aku.

Bila aku dah mula solat, alhamdulillah aku mula tenang. Sikap penakut tu masih ada dalam diri aku tapi dah tak seteruk macam waktu insomnia dulu.
Adam yang dulunya manusia paling aku anti dan yang aku label sebagai pembawak bala sekarang jadi kawan baik aku selain Yassin.
Korang tak sangka kan? Aku pon tak sangka. Haha
Dia berubat dengan pak ipar aku (dan masih berubat) tapi dalam pada masa yang sama member pergi “appointment therapist” jugak tetiap bulan.
Alhamdulillah aku dah tak terkejut sangat bila nampak dia tetiba naik seh kembali kepada hobi sengih tanpa sebab dia.
Aku dah boleh tunjal kepala dia bertalu-talu bila dia hampir nak kena sampuk dengan bini dia.
Kadang-kadang tu memang takut. Tapi aku selalu ingat pesan pak ipar aku,
“ALLAH ADA UNTUK LINDUNG KITA SEMUA TANPA TERLEPAS PANDANG WALAU SESAAT”
Adam pon dah ada tunjukkan tanda-tanda semakin pulih. Tapi dia masih nak berkepit je dengan aku ( not in kunyit way).
Jadi aku selalu gak la angkut si Adam ni balik rumah parents aku. Mak aku pon dah anggap dia macam anak angkat.
Kesian sebenarnya Si Adam ni. Semua berpunca sebab dia takde kawan. Makanya ade sesape nak volunteer jadi awek Adam tak?
Ciri-ciri yang diperlukan mestilah tak takut dengan bini model iklan syampu dia.
Sape yang “suggest” Dahlia aku debik kau nanti.

Maka dengan ini habislah cerita pasal KAWAN AKU ADAM.
Buat pengetahuan korang, semua nama dalam cerita ni aku dah tukar (Kecuali nama Yassin. Sebab Yassin tu aku sorang je panggil. Orang lain panggil nama dia lain. Haha).
Gila kau aku nak letak nama sebenar. Kantoi la nanti.
Ni pun adik dengan kawan sepejabat aku dah “suspicious” dengan aku sebab member rupanya ramai yang layan FS daa.
Ala tapi nama-nama aku tukar ni pon sipi-sipi je dari nama sebenar.
Aku jugak dah mintak izin Adam sebelum share cerita ni dengan korang dari part 1 lagi.
Dia okay je, siap suruh pesan kalau boleh tolong kawan-kawan korang yang ada masalah “depression” & seangkatan dengannya.

Terima kasih bebanyak la kawan-kawan sebab sanggup tunggu part 3 ni.
Maaf aku tak dapat nak submit awal sebab dalam masa 2 minggu ni aku dapat terlalu banyak berita yang mengejutkan.
Aku ingatkan bila dah settle kes Adam ni.. Peluang aku untuk hadap benda-benda macam ni dah habis la.
Rupanya ada lagi eh spesis Adam ni? Tapi versi perempuan pulak..
Apela nasib ko ni Haris..

Oh tak lupa jugak, tolong doakan aku berjodoh dengan Dahlia. Dah dekat 5 tahun dia pegang title “bakal awek” aku.
Mungkin aku dah boleh upgrade kepada “bakal bini”?
Aku doakan korang semua sihat dan ditemukan dengan orang yang boleh membawa korang kembali jalan yang benar macam bakal pak ipar aku.. (eceewah) Amin..

Salam.

HARIS HENSEM & BAIK.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

HARIS HENSEM

27 thoughts on “KAWAN AKU ADAM PART Akhir”

  1. HAHAHAHAHHA..ni cerita palingg lawakk and santai pernah saya bacaa…semoga awak berjodoh lah dengan bakal awek awak tu

    Reply
  2. Akhirnya …
    berakhir sudah kisah Adam dan bini-bininya …
    sungguh menyeramkan dan menakutkan …
    Semoga Adam sembuh dan baik sedia kala,seperti Insan-insan yang beriman lain dan menjalani hidup yang penuh bermanfaat …
    Sila sambung kisah baru pulak …
    yang Versi Perempuan pulak …

    Reply
  3. πŸ‘πŸ‘πŸ‘ bestt terbaik bro, slalu org igt klau prangai cm setan ni xkna kcau hahah, mgkin setan tu rsa trjejas kot ko lg piaw pda dia hahahah… pak ipar cmna πŸ€”

    Reply
  4. Best best!! Cuma bab nama pak & mak ipar tu rasanya bukan ke patut jadi ‘pak & mak mentua’? Sori kalo silap =)

    Reply
  5. Cerita best sangat…ada campur ii genre…apapun aku harap kau buat lah Episod Dahlia…nak dengar juga…jangan putus asa oky…ingat pesan “bakal pak mertua kau”😊

    Reply
  6. apa benda pak ipar wei? pak mertua la! Soft reminder, dah 5 tahun tu dok main tarik tali dgn Dahlia, masuk meminang terus la bruh. Kalau takmau jugak, eloklah dua2 move on cari jodoh lain.

    Reply
  7. Takper Haris. If Dahlia taknak u, I ada.. ahaks πŸ˜‰
    Ske sangat dgn cara haris ni. Kelakar tapi baik..
    Kalau Haris nk berkenalan dgn I boleh bg ig u.. Nanti I Dm ok? πŸ™ˆ

    Reply
  8. Puteri – Amin, trimas kak. Teman memang harap bebeno kami berjodoh. hahaha

    Macho – Trimas bro. Tula aku pon harap sangat dia cepat sembuh. Tak larat kengkadang nak hadap bini dia tu. Haih.. Amin .

    Redhator – Amin

    Bukan ustaz abu – Insha Allah kalau panjang umur aku share pasal tu pulak. Tapi kes ni bru sangat bro. Aku tunggu reda
    dulu untuk elak benda buruk.

    Eky – Amin. Trimas dik. Hahaha

    Nadya – Dah jangan tuntut-tuntut sambungan lagi. Haha

    Nisa – Trimas.

    Edidu – Haha kuajo kau. Tapi tu la, aku pon rase setan-setan tu nak jadikan aku geng dorang do. Tu yang kemain member raging aku tu. Pak ipar alhamdulillah sihat.

    Sri temasik – Insha Allah bro.

    Ryung – tula aku pon tak sangka boleh ngamsui dengan si Adam ni. Haha.

    Kak long wan – Haha Haris lebih selesa gelar pak ipar kak. Pak mertua panjang bebeno. Maaf..

    Buwung puyuh – Uish mane boleh do. Ni website cite seram bukan baituljannah bro. Haha. Tengok ah kalau aku rajin nanti aku selit-selit sikit pasal Dahlia kalau aku ada submit lagi post kat FS ni.

    Not Dahlia – Sebab Haris memang hensem & nama real Dahlia sipi-sipi je dengan Dahlia.

    Putang ina mo – Trimas kak. Memang tujuan share ni awalnya nak bukak mata orang pun. Kesian kat orang macam Adam. Dengar ada saka je semua orang lari.

    Sukatila – Haha tengah in progress bro. Nak pinang anak orang ni diri aku kene cukup semenggah dulu sebelum nak bimbing dia. Tolong
    doa yang baik-baik untuk aku.

    Lily – Haha trimas baca.

    Maisara – Haha Insha Allah Dahlia nak je kat aku.

    Hazri – Maafkan teman bro.

    Izt – Trimas baca bro.

    Steve – Insha Allah bro. Kes baru sangat. Kalau aku share sekarang ada yang jumpa mayat je ni kang.

    Reply
  9. Lega dah bc citer ang smpai habis, ayat pak ipar ang tu mmg menyentuh jiwa dan raga, elok2 seram jadik sedih, tiber jadi klaka plak, xpe la yang penting semua dah baik2, sila la kongsi lagi cerita2 yg bole beri iktibar kat org lain. tq

    Reply
  10. NAK TAHU CERITA PASAL ADAM VERSI PEREMPUAN LAKKKKKKKKKKKKK
    TOLONG LAH CERITAAAAA.
    AKU DAH ADDICTED DENGAN CERITA KO NI HARIS OIIIIIIIIII
    😭😭😭😭😭😭😭

    Reply
  11. Kalau adam hensem dn tinggi kau email aku skrg ! Nk kenal japπŸ˜‚ aku tk heran bini dia nnti aku trik rmbut dia smpai botak!! Mk aku dh tnye asl aku tkde bf skang ni😭

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.