KEJADIAN SERAM DI SMKA TANGOK

Kisah ini berkisar di sebuah asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tangok, Bachok. Mesti ramai yang pernah dengar kisah-kisah misteri dan mengerikan dari tempat ini kan? Mungkin juga korang pernah mengalaminya sendiri.

Kali ini kisah ini diceritakan sendiri oleh suami aku yang merupakan bekas pelajar SMKA Tangok. Nama dia Nas (bukan nama sebenar).

(*Aku akan ceritakan dari perspektif suami aku)

********
Untuk pengetahuan korang, asrama SMKA Tangok ni dibina di kawasan tapak perkuburan lama Jepun. Mengikut sejarah, kapal-kapal Jepun berlabuh Di pantai Bachok semasa mereka ingin memasuki Malaysia. Di situ banyak pertempuran berlaku di antara pihak Jepun dan pihak British menyebabkan ramai terkorban di kawasan tersebut.

Ekoran daripada itu, banyak kubu-kubu lama Jepun yang terbiar dan dihancurkan untuk tujuan pembangunan. Salah satunya, pembinaan SMKA Tangok.

Maka, bermacam jenis cerita yang didengar mengenai tempat ni. Ada yang siap pernah tengok tentera Jepun berkawad. Tapi kali ini cerita ini berkenaan kejadian di asrama SMKA Tangok.

Nama aku Nas. Aku dah duduk kat asrama ni sejak dari tingkatan satu (2001) lagi sehinggalah tingkatan empat. Tapi kejadian ni terjadi semasa aku di tingkatan dua kalau tak silap.

Dorm yang aku duduk ni menggunakan katil dua tingkat dan dalam tu ada 20 orang pelajar. Katil aku tingkat atas dan kawan aku Sudin (bukan nama sebenar) kat katil bawah. Aku dan Sudin ni kira rapat jugalah. Dia ni jenis gila-gila dan peramah. Tapi dia suka lepak dengan budak-budak nakal.

Nak dijadikan cerita, malam tu Sudin dan kawan-kawan dia dah rancang nak lepak kat koridor. Macam biasa, merokok. Sekolah dah kata tak boleh. Yang tak boleh tu lah nak dicubanya. Acah-acah ‘rebel’ la konon. Selalu juga dia ajak aku. Tapi aku tolak. Taknak aku terlibat dengan masalah. Tapi Sudin pun tak pernah nak paksa aku.

Dalam jam 12 tengah malam, Sudin dah bersiap nak keluar dorm senyap-senyap. Masa tu lampu dorm semua memang dah tutup. Wajib. Kalau pengawal nampak lampu terbuka, mereka akan datang periksa.

Aku ingat lagi masa tu Sudin pakai baju t-shirt warna oren sebab aku masih berjaga waktu dia keluar.

Jadi malam tu, aku dengar cerita dalam empat lima orang yang lepak dengan Sudin. Lama juga dorang lepak. Ada dalam setengah jam.

Pastu tak lama, sedang dorang asyik berborak dan layan rokok, salah seorang daripada mereka ternampak ‘Pak Guard’ sedang buat rondaan.

“Woi Pak Din! Pak Din!” tepik Komeng.

Apalagi, macam kera la dorang bertemperian lari. Bukan main laju lagi mereka turun tangga gara-gara takut terkantoi dengan Pak Din.

Dalam kekalutan berlari tu, malang tak berbau dan Sudin tersadung kat tangga. Semasa dia terjatuh, tengkuk dia terkena kat bucu tangga tu dan dia pengsan kat situ. Mungkin terkena tulang belakang kot. Aku pun tak pasti. Tapi yang pasti, Judin koma.

Memang kecoh la satu sekolah dengan kes tu. Dan aku rasa, selepas kejadian tu kawan-kawan Sudin yang selalu lepak dengan dia tu insaf sekejap la kot.

Lepas tu, kami terima pula berita yang menyedihkan. Sudin menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa minggu koma. Kami yang satu dorm dengan dia punyalah sedih. Yela, teman sebilik kan. Hari-hari jumpa. Hari-hari borak. Tup tup, meninggal. Tapi aku rasa, kawan ‘selepak’ dia lagilah kesal.

Sejak peristiwa tu, peraturan asrama diperketatkan dan pengawal pun diarah agar memeriksa semua sudut bangunan supaya perkara-perkara tak dingini terjadi.

Ada seorang pengawal ni, rapat dengan aku. Sebab aku selalu borak dengan dia. Kitorang panggil dia Pak Zal. Dia ni memang berani weh. Kalau korang dengar pengalaman-pengalaman dia semasa jadi pengawal keselamatan, boleh meremang bulu roma.

Aku tak pasti dah berapa lama selepas kejadian Sudin tu, mungkin setahun kemudian kot. Pak Zal ada cerita kat aku pasal pengalaman dia semasa cuti p*****l kat sekolah aku ni.

Pada satu malam, macam biasa Pak Zal akan jalankan rutin pemeriksaan harian. Dia akan buat rondaan kunci jam (clocking) di sekitar kawasan sekolah dan asrama.

Tengah duk periksa tu, dia perasan ada lampu terpasang kat satu dorm ni. Dia pun pelik. Ada pelajar ke? Dia mesti tahu kalau ada orang keluar masuk sebab setiap ‘gate’ ada pengawal yang akan jaga.

Malas nak fikir panjang, Pak Zal pun naik ke tingkat di mana dorm tu terletak. Berani gila! Dah la lampu koridor pun tak dipasang. Memang gelap gelita waktu tu. Hanya harapkan cahaya dari lampu suluh jela. Masa kat koridor dorm tu, dia tengok dorm kiri kanan semua lampu terpadam. Tapi dorm kat tengah tu je berlampu.

Dia pun jenguk ke dalam dorm tu. Melilau mata dia melihat. Tiba-tiba kat satu sudut dia ternampak sesuatu.

“Aik.” Pak Zal pelik.

Ada seorang pelajar sedang duduk kat katil hujung seorang diri. Semua pelajar sepatutnya dah diarahkan pulang ke rumah masing-masing semasa cuti p*****l. Macam mana boleh ada yang tertinggal pula ni?

“Assalamualaikum.. Dik. Buat apa seorang-seorang kat dalam ni? Adik tak balik kampung ke?” tanya Pak Zal.

Tapi budak tu diam je. Salam pun takĀ  jawab. Dia cuma menunduk merenung lantai dengan pandangan yang kosong. Aku yang dengar pun dah seriau, inikan pula yang tengok depan mata.

Pak Zal dah mula fikir lain dah. Dia cuba sekali lagi menegur. Tapi tetap juga tiada jawapan.

“Ah sudah. Ni bukan manusia ni. Saja nak kacau aku.” kata Pak Zal di dalam hati. Dia faham benar dengan situasi tu. Macam-macam benda dia dah lalui sepanjang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Tak pelik pun bagi dia. Tapi yela, tetap membuatkan dia seram sejuk. Terkumat kamit dia membaca surah.

“Kalau kau bukan manusia, jangan ganggu aku. Aku cuma nak buat kerja aku untuk mencari rezeki yang halal.” kata Pak Zal. Pastu dia terus tutup suis lampu. Bila dia suluh semula ke sudut tadi, budak tu dah hilang da.

Cepat-cepat dia tutup pintu dan teruskan rondaan macam biasa. Haha. Memang tebal betul semangat dia. Kalau aku mesti dah lari lintang pukang.

Pastu aku tanya la Pak Zal.

“Macam mana rupa budak tu Pak Zal?”

“Hmm.. badan dia macam gempal-gempal camtu. Rupa dia tak pandai la Pak Zal nak terangkan.” Pak Zal menggaru kepala yang tidak gatal.

“Gempal?” aku sudah mula syak sesuatu.

“Dia pakai baju apa Pak Zal? Ingat tak warna baju dia?”

“Kalau tak silap aku, dia pakai t-shirt, warna oren.”

“Sah!” spontan aku menepuk tangan. Adakah budak yang Pak Zal nampak tu sama dengan orang yang aku kenal?

“Dorm tu tingkat berapa eh? Pak Zal nampak budak tu duduk kat katil mana?” masih juga aku nak pastikan.

“Kat tingkat dua. Rasanya kat katil hujung. Katil bawah.”

Meremang weh. Bulu roma semua mencanak naik. Betul lah. Dorm aku kat tingkat dua. Dorm kami semua katil ‘double decker’. Katil aku kat hujung. Dan Sudin tidur kat katil bawah!

“Tu dorm saya tu Pak Zal. Memang betul la dia.”

“Dia siapa? Kamu kenal ke?”

“Pelajar yang Pak Zal nampak tu kawan sebilik saya. Sudin. Arwah Sudin.”

“Innalillah…”

“Pak Zal pernah dengar kan pasal budak terjatuh kat tangga dan koma kemudian meninggal?”

“Haaa pernah. Tahun lepas kan kejadian tu?”

“A ah. Saya rasa, dia la orangnya yang Pak Zal nampak tu.”

“Hmmm.. Syaitan ni Nas, dia boleh menyerupai sesiapa sahaja. Tujuannya untuk menyesatkan manusia. Tapi kalau kita buat tak tahu dan selalu ingat Allah, dia takkan boleh kacau nyer. Ingat tu.” panjang berjela Pak Zal bertazkirah.

Aku pun mengiyakan je. Ada benarnya juga cakap Pak Zal tu. Tapi setakat ni, takda lagi aku alami apa-apa gangguan macam tu. Tak tahu lah kalau ada rakan dorm aku yang terkena tapi memilih untuk taknak cerita. Kepada arwah Sudin, rindu kat kau bro. Semoga tenang kau kat sana. Al-fatihah.

********

Tu jela untuk kali ni. Banyak lagi kisah-kisah angker/misteri kat SMKA Tangok ni. Kisah yang aku alami sendiri pun ada. Tapi nanti kalau rajin aku hantar lagi kisah aku. Terima kasih sudi baca. Kalau ada ex-student SMKA Tangok yang tahu pasal cerita ni, komen la kat bawah ye. Terima kasih FS sudi post cerita saya.

-Jenja-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Jenja

7 thoughts on “KEJADIAN SERAM DI SMKA TANGOK”

  1. Zaman saya pun banyak sangat kisah seram yang jadi. And mostly jadi 2 tahun sekali. Waktu saya form 1, waktu saya form 3 then wktu saya form 5. Semua tu saya alami sendirišŸ„“

    Reply
  2. Aku dulu belajar are situ jugak… Tp uni awam la… situ dulu kan mcm padang gersang, tibe buat asrama student, batch aku first duk situ.. Pernah gak kena kacau..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.