Kenapa Nana Nie II / Dia Kacau Aku!

Assalamualaikum. Oke la aku nak sambung pasal Nana. Kenapa nie Nana! Isi da ada ye cume ending macam harem hahaha. Da memang cite dia macam tu. Takkan nak edit lain dari lain. Kan kann. Memang macam tu betul tak tipu. Hahahaah okeoek

Nana nie budak paling nakal dekat asrama bukan kolej ye tapi asrama. Dia suke kacau orang. Contohnya masa tengah malam ada orang nak pergi tandas dia boleh tutup lampu. Dia ketuk pintu tandas tu. Dia buka air. Sampaikan budak tu takut dia pindah sekolah. Ada yang dia kacau orang tido contoh dia pegi satu ke satu bilik. Dia akan check pintu sape yang tak berkunci. Sape yang lupe nak kunci bilik nasib la kena.

Dia punye nakal ya Allah tak tahu nak cakap . Bole terkeluar jantung . Dia boleh pakai telekung berbedak dekat muke. Dengan lampu suluh dekat muke. Cube la kome buat dekat rumah tengok muke kome macam mane. Haa macam tu la dia buat. Ohh yee Nana nie bukan kacau sorang. Macam yang aku cakap malam dia kena rasuk. Kawan dia pon kena histeria. 6 orang budak nakal dekat asmara nie. Aku, Mira dan Ain tak pernah kena sebab kiteorang dah tahu tu deme .

Ada satu harituu aku pegi tandas konon Nana and the geng nak kenakan aku . Tapi deme ingat aku datang sorang. Padehal Mira dengan Ain ade je skali cuma aku pergi dulu. Mase aku tengah lepaskan hajat. Time tula Nana sume mengacau. Mule tu aku takut la jugak. Last-last aku dengar suare Mira “korang xde keje lain ke nak kacau orang” kantoi la deme punye keja. Tapi budak asrama deme percaya sangat benda-benda macam nie. Bile cakap nana yang buat semua tak berapa nak percaya. Tapi semua tu yang buat benda tu rasa seronok ada yang tolong kerja dia. Yang buat benda tu marah ehem ehem…

Ada satu harituu Nana and the geng pergi lepak belakang asrama. Sebab tu masa dia kena rasuk dia ada dekat belakang asrama. Tengah pagi pukul 2 3 macam tu. Ada yang rancang nak main spirit konon nak bagi semangat lagi nak bagi semua group diorang nie berani, diorang pon lukis la papan spirit ambik lilin. Dekat asrama memang akan ada lilin. Kalau contoh elektrik takde lilin la penggantinye. Oke bile dioanrg dah start nak main ade orang bagi duit syiling. Syiling 5sen . Diorang pon sebut laa, “SpiritX3 datang la kepada kami. Kami seru kau kemari”, * masa aku tulis nie pon aku nak rasa seram nie pulak nak main.

Memang semangat keberanian diorang tinggi la. Terutama Nana. Ape semangat pon tak tahu. Sorang dua da rasa semacam tapi duit syiling tak gerak-gerak . Diorang punye bersemangat nak main tapi benda tu tak bergerak langsung. Nana nie pon pergi cabar benda tu. Dia bangun dia pandang sekeliling sambil cakap, “woiiii keluar laa. Aku nak tengok kau, aku nakk cakap dengan kau nie. Woi kau pekak ke” menjerit-jerit Nana cakap. Ade yang tarik Nana “ish kau nie Nana, nanti dia datang betul2 kang!” sorang dari diorang tegur Nana. Dia rasa Nana da melampau. “Pehal takut kalau takut kau tak payah join kiteorangla, pergi balik tido. Woii dengar tak. Okey takpe kau tak nak keluar ye aku tahu kau nak darah kan, tunggu kejap”. Yang lain terkejut dengan sikap Nana, ade yang senyum yang sokong Nana . Ada yang rasa Nana melampau.

Semua terkejut bila Nana datang bawak tong sampah berisi tuala wanita yang masih berdarah. “Nah makanan kau, eee jijik lah kau. Dah jom blah bukan benda tu nak muncul pon. Kite da jadi hantu kite jelah yang muncul” jawab Nana. Diorang pon balik ke asrama.

Haa sebab tu benda tu marah. Dia cabar benda tuu. Siap bawak benda yang tak sepatutnye
Sekian. Terima kasih. Ha nak tambah ape pulak . Bagi tahu . Nanti akan ku turuti hahahaha bye selamat malam . Jangan pandang belakang ye awak kalau tak nak sesuatu jadi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. Citer ni x tergantung tapi ni part yg sebelum nana kerasukan tu…
    Flashback ar kirenyeee…

    Selepas2 itu nana n da geng tu ade kena kacau lg tak???
    Diorg msh meneruskan xtvt mengacau org tak???

  2. mungkin sbab ending cerita sblum ni x panjang sbab tu pembaca ingt cerita trgantung, kalau boleh detail lagi keadaan nana sblum dia sedar baru la jelas ending dia ye dik.. ape pun tahniah dik kerana berani mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.