Kerana Harta Anak Yatim

11 FEBUARI 2020
1.15 AM

Assalamualaikum..

Admin & Pembaca FS sekalian,

Nama aku Botak. Hari ini aku sendiri akan bertentang mata berjumpa imam, bilal dan pihak AJK SURAU Dot..Dot..rahsia.. ditempat aku tinggal ini. Aku mahu ceritakan hal sebenar di dalam perselisihan salah paham antara aku dengan masyarakat disini.

Sebab apa.??!

Dan kenapa.??!

Aku akan ringkaskan. Aku dok sini sewa di flat Dot Dot..rahsia. Aku datang ke surau ini buat pertama kali dengan ayah mertua ada hajat dan sambil itu menunaikan Solat Zuhur. Hajat aku kemari untuk meminta izin pada pihak surau tanam uri anak kedua yang baru lahir.

Tiba di perkarangan surau, aku ditegur oleh sorang pemuda..pakai baju merah..belagak ala-ala Abang kawasan.. Dia halang kami dari memasuki Surau. Aku marahlah.

” Ini rumah Allah, Aku datang nak Solat kot..Apsal aku tak boleh masuk.??! ”

“Orang lain je boleh! kau..aku cakap sila berambus.. Baliklah! kau Solat pun bukan Allah terima amalan kau, siall..”

“Agak2 lah..Kau siapa nak judge aku.??! Kenal pun tidak, sukati kau ke halau orang..
Jom la bertumbukk! ”

” Berambus lahh.??! Kau da lupa ke? Kau ada aniaya anak dara orang! Kau rogol anak orang lepastu kau larii sini… Tanak bertanggungjawab. Datang ke tempat kami buat maksiat..Tu anak dara mana kau beranakkan tu.”

” Siapa cakap..??! Aku rogol anak saperr pulakk ni..??! Ada report polis.??! Woii..syial la, aku dok rumah menyewa dekat sini, bayarlah.. pakai duit kau ke.??! Aku datang dengan Abah mertua aku la. Selamber badak kau je cakap bini aku camtu..”

” Duit.!! Kau jangan cite bab duit la, syiall. Kau pon terima dari sumber duit kerja2 haramm. Rosak anak dara orang pandaii..pilih kaya2 pulak tu.. kau dah sapu licin duit dia kau kebas lepastu cabut larii sini. Jantan  takguna.. Perogol bersiri..
Siapp kau.??!..
Bapakk! Dia datang ceritakan semua hal sulit kau padaku tadi. Nahas kau kena cekup.??!
Kau tak boleh larii..
Bapak dia mahu menuntut bela dan balas dendam..”

” Mana diaa.??! Bapak perempuan itu dekat mana sekarang! Oh..ya. Berapa, kau terima upah buat kerja bodoh ni.! Buat cerita fitnah.. ”
Aku meyirapp muka mamat ni! Cakap takde fakta, main hembus je. Baru aku nak bagi penumbuk, letup muka mamat poyo ini..

” Sudahhh! Biarkan dia Botak. Mulut dia, yang penting kita uruskan urusan kita datang disini..” Abah mencelah. Kami teruskan hajat kami walaupun dihalang. Kami jumpa bilal di situ.

” Itu kau tak perlu tahu..Aku nak kau berambuss! Lagi bapak perempuan yang kau rogol itu cakap jangan mudah kesian dekat kau.??! Muka nampak suci..Play Victim..Puiih!
Jangan percaya bilal, perosak anak dara orang. Kang habis anak dara orang kampung kita dia kekah, bilal..
Perogol bersiri..
Dia datang sini buat onar bilal, kang larii lah tu pindah ke tempat lain.
Dia orang luar bilal jangan benarkan dia masuki surau, habis dia curi barang berharga surau..penagih ini!..
Tengok muka pun tahu, mana ada duit..
Duit pon mencuri dari anak orang kaya je.”
Pemuda itu mempengaruhi bilal.

Aku benar2 menyirap habis..beberapa kali aku nak blahh..tapi ditahan abah. Abah memang seorang penyabar. Aku amat bersyukur dapat Ayah mertua yang penyabar..even fitnah tentang aku sangat terukk sejak kebelakangan ini.. tentang rogol anak orang kot! Siapa dengar pon jadi hot. Si perlakunya buat cerita hot ini masih samar.

Aku pun tak sangka, si bilal ini pun mudah terpengaruh otak dia. Mentang2 aku orang luar.. bilal pon join provoke aku. Abah pun cakap sepanjang hidup, Abah tak pernah jumpa orang2 surau buat macamni pada kami. Menangis aku tengok abah kata begitu. Aku benar2 kesal bawa abah bersamaku tinggal di sini. Abah datang menjenguk anak perempuan kesayangannya berpantang dan melihat cucunya baru lahir. Tapi ini pulak didengari..

Abah berpesan, aku kena kuatkan hidup dan anggaplah ini ujian Allah pada insan yang terpilih..
Aku bukan tak berani lawan, cuma aku tiada saksi untuk menerangkan keadaan punca sebenar.

Tapi hari ini, aku sudah bersedia. Orang yang mulut puaka Si perlaku itu sudah kena sumbat masuk penjara..hahaha. Bukan aku yang hantar DIA masuk penjara.  Aku tak pernah buat report polis pasal DIA yang PSIKO , MENTAL dan otak mengila ini.

Aku pernah diserang pukul curi banyak kali, diupah samseng, sabotaj harta benda, Provoke kejam, ugutan bunuh, Tohmahan, Pernah DIA datang nak tikam aku guna senjata tajam banyak kali ( Alhamdulilah umurku panjang ),  setakat fitnah memang sudah bersepah DIA lakukan.. Aku mampu bersabar.

Tapi itulah aku takpernah berasa gentar akan musuhku ini.
DIA sedang gali lubang..DIA sendiri.. ( terjerat dengan tindakan bodoh diri sendiri. )

Semuanya benar! DIA adalah musuh aku paling lama berbelas-belas tahun aku diekori dan diserang tektik hendap..Operasinya mudah, mahukan aku menderita.

DIA bijak, Segala taktik DIA lakukan mesti aku takde saksi, DIA mesti ada kawan tukang rakam..Badan je besar tapi penakut orangnya. 1by 1 bila bersemuka ajak berlawan dengan aku mesti takut..larii..geram aku.

SIAPA DIA.??

SIAPA PARTNER DIA.??

Semua bermula disini.. Aku masih Sekolah Menengah Kebangsaan Dot Dot rahsia. Sekolah ini terletak di Selatan tanahair dan ramai pelajar dari Bangsa Melayu dan Cina hanya sedikit India dan lain2. Aku tingkatan 2 dan kenal sorang budak perempuan ini dari kelas 6, aku kelas 4…Hahaha. Kami sebaya.

Aku namakan dia Gee ( lupa nama ). Gee aku lihat sentiasa sorang. Dan apa yang pelik sikapnya itu, Semua pelajar katakan dia gila.. Aku tanye jugak kawanku yang lain dari sumber mana yang katakan dia itu gila.

“Orang gila mana boleh datang sekolah sini..” Aku tak percayalah, aku buat siasatan sendiri memang tak jumpa dari mana orang buat fitnah ni. Semua cakap mulut ke mulut sahaja.

Aku berani perkenalkan diri dekat Gee, aku cuba bantu Gee. Memang susah Gee paham niat baik aku. Proses itu, berbulan lamanya. Gee akhirnya setuju aku jadi kawan walaupun pelajar perempuan ramai pulaukan dia. Ada gak kawan baik aku nasihatkan jangan rapat dengan Gee, bahaya. Aku ambik risiko.

Aku tak peduli cakap orang lain..jenis aku menilaikan peribadi seseorang semua sama..kawan. Even budak dikatakan jahat, nakal aku tetap terima berkawan. Aku side Natural. Aku jenis kepala buat hal syok sendiri. Siapa arahkan aku..aku duku kepala dia.. Hahaha! Aku jenis keras kepala.

Aku sejak Cik Ponti 2 kali rasuk dari cerita PONTIANAK AJAK KAHWIN yang aku post di blog FS, hibjab aku terbuka. Aku lihat Gee takde langsung dari masalah gangguan Makhluk halus. Tapi aku hairan Gee kena gangguan mental terukk.. bercelaru fikiran, ketakutan melampau.. halusinansi.. kesan dari tekanan mental dari dalam dan luar fizikal. Gee seorang perahsia. Aku tahu Gee cuba lindungi sesuatu dari hal kehidupannya.

Satu hari aku jumpa Gee secara berdua dan aku paksa Gee ceritakan perkara hal sebenar. Gee bocorkan kisah peribadinya.

GEE…

Anak yatim..
Dan anak tunggal.
Family dia sudah lama meninggal dunia.
Harta ditinggalkan arwah mak ayah dia tersangat banyak, Gee dibesarkan oleh mak sedaranya.
Mak sedara Gee merupakan seorang Ustazah pengajar subjek Agama Islam ditempat kami berlajar dan mengajar dikelas Gee sekarang.( Aku panggil UMI ye..)

Kehadiran aku dihidu UMI. UMI dapat tahu aku rapat dengan Gee. Satu hari, aku lihat sendiri..Teruk gila Gee kena penderaan fizikal.. nampak lah lebam2 kena rotan dan pukul.

Aku start mengamuk, aku bukan jenis kaki report. Benda kalau salah didepan mata, aku memang cepat berangin. Biasa tindakan drastik aku ambik pendekatan nasihat dahulu. Aku bersemuka dengan UMI di surau sekolah.

Aku cakaplah :

” Tergamak seorang Ustazah dera anak yatim, Ustazah orang berpegang pada Agama kot. ”
Bukan niat aku nak malukan atau masuk campur urusan peribadi keluarga mereka cuma aku nak kepastian niat UMI ini.

Dari bertekak mulut aku dengan UMI, baru aku nampak peribadi UMI secara peribadi. UMI mengakui memang dia mahukan Gee jadi gila sebegitu. Tiap2 hari UMI paksa Gee makan ubat. Ubat khayal rasanya. Barulah terbelang dia terbongkar. Semua terjadi memang dirancang baik dan ia angkara UMI. UMI sebagai pemegang Amanah harta milik keluarga Gee. So, rabun mata..ada niat tersembunyi lebih2 lagi Gee anak tunggal.. WOW! Dinner Chicken derr..

Oh! Aku lupa nak bagitau, DIA yang aku bagitau di awal perceritaan itu adalah DIA dan UMI partner.. suami isteri kot! Mereka berdua berkomplot. DIA merupakan seorang guru mengajar subjek di kelasku( Aku panggil C.S ).

Maksudnya, hanya aku dan Gee sahaja tahu niat jahat sepasang suami isteri ini. Seorang guru Agama berpengaruh dan seorang guru memerangkap guru disiplin 2, berkongsi MAKAN hasil anak yatim secara sembunyi. MALU kot kalau kantoii.. memang keluar paperr cina tajuk cite hot item selling..’CIKGU MAKAN..CIKGU KENYANG..DUIT FREE LORR..’

Start dari kes itu, aku kena pukul dan ugutan sangat kejam..memang mereka berdua target aku tak bersuara dan matilah senang cerita. Gee takut buat report polis disebabkan Gee dibawah umur dan masih dibawah jagaan mereka berdua. Aku takde saksi kuat nak dakwa mereka disebabkan aku datang dari sekolah luar. Pengaruh rakan sebaya belum kuat lagi.

Sepanjang aku berada disekolah apa yang terjadi pada diriku..

Boleh bayangkan ke.??

Haha.! menanges korang kang..

UMI dan C.S bergabung kot nak buang aku dari sekolah. C.S badan besar tinggi orangnya, suka guna kekerasan, upah orang dan peras ugut.

UMI kan perempuan, kecik orangnya..suka Play Victim.. dan fitnah orang. Mulut berbicara seorang Ustazah umpama manis ada gula, sampaikan semut pun datanglah.. Apa yang diucapkan semua murid dan guru termakan hasutan. Aku difitnah paling teruk iaitu Memperkosa Ustazah.. WHATT..!! The Hell.. satu sekolah percaya..Setann betul! Aku kena gantung sekolah dengan satu word yang dilontarkan Ustazah.. ‘ MEMPERKOSA..’

Aku sekolah dipandang macam seorang banduan penjenayah, salah sikit! Cari aku..Saper?? Guru disiplin lah iaitu C.S meluru datang bab beri hukuman. Aku kena rotan tanpa usul periksa. Aku berbunyi je..pangg! Aku cakap bukan aku lakukan pun terus pangg! Aku kena pukul C.S disekolah secara terang2an atau sembunyi..lebam2.. berdarah terus aku cabut sekolah. C.S bijak, Operandinya pandai berlakon masa aku berseorang terus serang bertalu-talu. Bila didalam kelas berseorangan pun, pukul curi dan blahh.

Sampaikan Guard sekolah pun malas nak tahan aku lari keluar sekolah. Hari2 nages sorang2 di kelas. Pihak sekolah tutup sebelah mata. Kau nak mengadu kena pukul. Jap! Lagi masuk bilik rawatan, C.S jugak hentak aku lagi suruh tutup mulut. Bila aku kena pukul dengan C.S, aku akan cabut lari sekolah. Pihak sekolah semua salahkan aku. Hari2 mesti ada mulut longkang berbunyi..Fitnah namaku. Aku diharamkan masuk kelas Agama Islam, sejarah, B.I, Mate, Kemahiran hidup, 2 kelas memihak padaku BM dan Kemahiran Hidup berlajar sulaman camtu..

Kawanku bukan taknak membantu. Tindakan drastik akan diambil segera keatas pelajar lain yang bersama denganku. Ada dikalangan pelajar dibayar jadi musuh dalam selimut sebagai informer C.S dan UMI. Kadang2 pelajar yang diupah itu membuli aku. Aku ingat lagi ada sorang pelajar cina diupah UMI untuk menikam aku guna pisau tapi aku sempat mengelak hanya tangan yang cedera dan yang menjadi mangsa pengawas sekolah cedera di perut. Kes itu paling berat! Kecoh satu sekolah. Aku pulak dituduh subahat, budak cina itu dijadikan kambing hitam. UMI biasalah terlepas. Huru hara sekolah bila pelajar cina tuntut keadilan yang setimpal.

C.S dan UMI bersama guru2 lain, mereka bersubahat. Belanja makan hari2 guna duit anak yatim, otak guru pun dibasuh mudah ikut telunjuk mereka berdua.  Bilik guru mereka paling Champion..High ranking dihormati even semua tahu apa yang mereka buat keatasku adalah terang2an salah dan melanggar etika perguruan. Siap cop gambar wajahku di papan tanda murid bermasalah..WANTED!. Belum lagi kalau ada perhimpunan sesi petang, aku kena berdiri dihadapan secara paksa namaku dipanggil naik ke atas pentas dipertonton murid2 lain sebagai pelajar contoh murid paling bermasalah.

Geng C.S dan UMI mula sabotaj markah ujian penilaian. Baru aku ambik ujian exam, kertas ujian kena koyak. Dia cakap aku tak layak ambik peperiksaan. Aku kelas yang ke-4 tapi diorang tak bagi aku turun kelas paling last takut aku bergaul dengan budak2 jahat. Lagi pun dikelas ini, ada anak buah mereka memerhati gerak geri aku.

Aku pernah disogok UMI RM500.00, suruh Memohon maaf dan mengaku semua kesilapan di atas perbuatan tindakan aku keatasnya. Kau nak tahu aku buat apa dengan duit dia..Aku ambik duit dia semua..buat2 kira semuanya note 50.. lalu aku campak duit tersebut pada muka UMI.

“Aku cakap ini duit anak yatim, haramm.. aku taknak subahat dengan kau, Setan! Lagi satu, kau tak pernah anggap aku anak murid kau kan..so! Aku balas balik.. Jangan suka2 panggil aku datang kemari..kau tak layak! Puiihh..” Aku blah.

UMI kalau panggil mesti dengan niat nak kenakan ke atas aku. Benci aku orang Play Victim ini, aku jalan bila bertentengan dan bertemu dekat lorong bilik darjah, mesti UMI pura2 nanges buat2 jatuh badan cakap aku tolak dia. Kena rotan aku degan C.S. Ada saje taktik kotor diambil dan tindakan diberikan padaku.

UMI pernah hendak pujuk hatiku dengan belanja aku makan. Hari2 ada makanan ditaupaw di atas mejaku. Aku buat apa ya..! Setiap makanan dihantar aku buang. Setel. Aku takpernah sentuh dan jamah.

Luar diwaktu masa sekolah, C.S upah orang samseng bunuh aku..rancangan mereka semua gagal.. sehingga sekarang C.S pun masih tak percaya..GAGAL segala tipu muslihatnya hendak bunuh aku.

Mereka lupa.. Segala perancangan dan muslihat jahat, Allah lagi Maha Mengetahui dan Melindungi aku. Panjang umur aku. Alhamdulilah.

Tingkatan 4 dan 5 aku pindah di sekolah baru. Tapi itulah C.S ada pulak dinaikan pangkat dan dilantik guru Disiplin 1. Aku ada seorang guru side aku, Cikgu N. Dia perwatakan alim dan lemah lembut dalam perilakunya. Cikgu N ada kelebihan Istimewa. Satu hari Cikgu N, meminta izin scan aku nak lihat kenapa semua guru disini benci kehadiran aku.

Lama dia scan sambil geleng kepala lihat aku yang terseksa dari sekian lama diperilakukan sebegini. Aku berpihak yang benar kot.. Berani berjuang sorang2.. lindungi seorang anak yatim dianiyai. Cikgu N muka merah tiba2 je tarik aku ke bilik pengurusan guru, terus marahkan C.S dengan bagi amaran jangan dekati aku lagi dan guru2 yang bersubahat kembalilah ke jalan pangkal.

Cikgu N berpesan:

” Cikgu sanggat berbangga jumpa seorang wira seperti kamu, tapi sekarang kamu kena buktikan segala hal sebenar pada semua orang..” Aku pun terkejutlah, aku tak habis cerita hal rahsia ini tapi Cikgu N sudah mengetahui dahulu. Aku makin berani dan lantang bersuara.

Pengaruh rakan sebayaku makin mengila ramai. Aku start balas dendam pada anak buah C.S dan siapa pelajar yang pernah jadi informer C.S. sejak dahulu. Budak2 yang side C.S dipulaukan dan disuruh pindah sekolah. Pengaruh C.S sudah dibuang dan tiada seorang pelajar pun hormat C.S walau dia seorang guru disiplin even masuk kelas C.S ajari sentiasa kosong. Tiada seorang pun menyebut panggil C.S, cikgu.. Semua pelajar boo.. boikot dan benci C.S guru mengajar.

Nampak aku kejam kan..hahaha.
C.S mana pernah berubah, sama je perangai dia. Guna kekerasan, hari2 lepas balik sekolah aku dipukul. Bila aku cedera teruk, baru pihak kaunseling jalankan siasatan ke atasku. Aku fight sorang2 kot, mula2 pun kaunseling sekolah kena brain wash dengan C.S. Penilaian guru disiplin dengan cikgu kauseling jadi rujukan kertas utama. Penilaian aku, awal2 dicop penganas dicampak keterangan macamtu je. Berat sebelah.

Kes C.S pukul aku semakin teruk. Aku cakap aku buat report polis atau ambik tindakan ke atas C.S. Pihak sekolah gantung C.S dan diturunkan pangkat bukan lagi guru disiplin sekolah. C.S pernah serang aku diluar sekolah banyak kali, tapi kali ini dia salah tikam orang. Jadi, kes polis dan dibuang pihak sekolah semasa aku tingkatan 5.

Selepas tamat sekolah.

Waktu itu hari raya, Aku jumpa Gee itupun secara tidak dirancang apabila dijemput anak buah C.S iaitu Amin datang ke rumahnya, pangkat Mak Long Gee lah ni..

Amin ini sepupu Gee dan sebayaku, salah seorang musuh dalam selimut, dia yang aku pulaukan di sekolah. Ingat sudah berubah, rupanya niat mahu mengenakan aku dalam diam.

Amin call C.S dan UMI datang beraya secara rahsia. Patut lah beriya jemput aku beraya dirumahnya. Dia pasang jerat kenakan aku. Syiall betul..aku ingat dia nak mohon maaf tapi sama je perangainya, nak balas dendam. Siap kau, Amin.. aku tahan sabar, pak sedara dia ramai..siapp tunjuk gengster, Amin tunjuk taring dialah. Amboii! Aku tetamu kot, nak layan gaduh jomlah luar..aku hot tapi tahan dari dalam. Masih bersabar. Aku rasa memang berperang disini.

Lama aku lepak, diorang layan aku bukan macam tetamu beraya. Pukul curi ala budak2 hingusan. Aku sabar je. Tiba-tiba Gee datang, terkejut aku Gee disini. Gembira aku lihat dari perubahan Gee yang ceria dan cantik.

Gee memohon maaf padaku kerana melibatkan aku didalam masalah family dia dan aku jadi mangsa. Orang yang terdekat dipanggil family dia pun tak sudi bantu Gee. Aku orang luar sanggup mengadai nyawa selamatkan Gee.

Aku panggil Amin duduk sebelah aku. Aku memang nak brain wash Amin bodoh piang ni.. Sekali Amin panggil satu family dia duduk bersila dekat kami berdua. Good Job, Amin. Mak Amin duduk sebelah Gee.

Aku mulakan perbualan pertama..

” Gee.. Siapa yang tahu rahsia kita? ” Aku.

” Hanya kita berdua, Gee tak pernah bagitau siapa lagi.? ” Gee berahsia.

” Cite lah dekat MakLong.. Mak Long pun sedia mendengar..” Mak Amin.

” Diorang bercinta mak dalam diam, sibuk nak rancang kahwin la tu..” Amin mencelah.

” Kau diam, Amin.. sebuk je. Gee tolonglah aku. Cuba lihat sekeliling kau, Gee. Diorang semua ini sedara mara kau. Orang yang sampai mati bersama kau kelak dan sampai bila Gee nak diam dibuli. Aku pun jadi mangsa.. Ni Amin yang bodoh ini pun bersubahat dengan mak pak sedara dia yang kejam tu. Sampai bila Gee?? Kita berahsia. ” Aku balas geram pada Amin, biar otak berfungsi sikit.

” Kau jangan libatkan aku masalah korang berdua..Syialll..!! ” Amin memaki aku.

” Kau ingat aku taktahu kau call saperr datang kejap lagi..?? C.S dan UMI kan..?? ” Amin berang kantoi niat dia kenakan aku. Gee dengar je nama C.S dan UMI terus menangis teresak-esak.

” Mak Long..Gee takut.!! Tolong Mak Longgg.. Gee taknak jumpa mereka berdua. Gee benci bersemuka C.S dan UMI.” Gee start meraung..

” Sudah lahh tu..Gee. Mak Long akan halau mereka bila tiba nanti.. Tapi! Gee kena ceritakakan pada Mak Long. Apa mereka telah buat dekat Gee, Anak buah Mak Long ini. ” Menangis Mak Amin disisi Gee.

” Mak Long.. Gee kena dera! Sejak dari dulu mereka dera Gee macam binatang Mak Long. Dipaksa makan ubat khayal hari2 buat Gee jadi orang gila. Mereka tamakk! Mereka hanya mahukan harta wasiat Mak Abah Gee. Habis separuh harta pusaka dikebas. Hari2 Gee dipaksa buat kerja rumah macam orang gaji. Kalau tidak ikut arahan mereka, Gee akan dipukul tanpa belas kasihan..tak diberi makan minum. Gee pernah pergi sekolah berbirat satu badan dirotan dan dibelasah.. Berapa kali Gee berniat hendak bunuh diri Mak Long dan Budak lelaki ini yang berani pertahankan Gee semasa Gee disekolah..” Menangis Gee semahu-mahunya. Begitu perit kisah hidup Gee lalui semua mak pak sedara mereka bercucuran airmata mendengarnya. Amin yang lelaki pon menangis.

” Mak Long yang patut bersalah, Gee. Sepatutnya, Mak Long yang diamanahkan untuk jaga kamu Gee. Mak Long minta maaf. Mak Long berjanji pada diri sendiri, tiada siapa lagi berani sentuh anak buah Mak Long sepanjang Mak Long masih hidup. Mak Long malu pada arwah adik-beradik Mak Long bila bersua diakhirat kelak. Mak Long tidak jaga sebaik2 nya amanah Allah diberikan pada Mak Long. Ini orang luar yang sanggup terima lindungi kamu, terima kasihlah nakk. Makcik terhutang budi.. ” Mak Amin bersalaman denganku.

” Mak Longg.. Gee haramkan walaupun sesen sekalipun C.S dan UMI ambil harta pusaka Mak Abah Gee. Biarkan mereka berdua merangkak di Akhirat nanti..”

Aku bersalaman semua untuk pulang ke rumah. Amin aku tarik keluar dan kita berbicara di bawah pokok rambutan berdekatan rumahnya.

“Bodoh punya sepupu, kerja kau dekat sekolah hanya nak nayai aku apsal..??! Dari form 2 hingga form 5..Aku dipilih jadi mangsa kau ke bodoh.!!” Aku bagi penumbuk dekat muka Amin.. hot aku tadi dibayar sekarang. Sebaiklah time raya, kalau bukan memang aku non stop bertumbuk. Amin ini aku panggil dia disekolah samseng kg dusun. Nak orang hormat dia jadi ketua..tapi itulah salah side pilih musuh.

Amin menangis mohon maaf. Aku pesan dekat Amin..jap lagi C.S dan UMI datang, tolong lindungi Gee. Kesian dekat dia, lama dia menderita. Aku bersalaman dan terus pulang.

Bila makan harta anak-anak yatim, Allah bayar cash!  Hidup diorang tidak pernah tenteram. Duit anak yatim habis dibedal, UMI aku tak ambik tahu. C.S dibuang sekolah. Tu yang C.S ekori aku dari habis sekolah sehingga kini dekat 20 tahun kami bermusuh. Aku tak pernah balas C.S buat padaku.

C.S setiap tahun datang cariku, dekat rumah.. jiran tertangga.. ditempat kerja.. surau.. buat fitnah. Ada aje upah orang fitnah burukkan aku. Tujuan C.S hanya satu hendak balas dendam.

Terakhir aku jumpa C.S.. 2 jam menangis tanpa henti..bukan aku yang report polis.. Majikan aku yang ambik tindakan disebabkan C.S buat huru hara di tempat aku bekerja. Majikan aku rasa prihatin dengan tanggungjawab umum untuk mengekang penjenayah Psiko ini.

Pengajaran

* Jangan subahat atau mengambil harta anak yatim.

* Aku patut buat report polis awal, aku baru tahu adik aku pun diganggu PSIKO ini.

* Jangan mudah terima berita palsu. Yang aku hairan masyarakat di sesekelingi aku mudah terperdaya. C.S cerita sikit! Pung pangg..! Pung pangg! Selit duit sikit semua percaya kisahnya. Aku cakaplah duit korang terima dari Hasil Harta Anak Yatim, terus duduk termenung.! Lain kali minta sejuta..sebilion ke?? Ini RM20 hinggit! RM50 hinggit terima suapan terus tiket free masuk Neraka. Nilai kecik, kira subahat tau.

* Jangan gentar, Allah itu ada dipihak yang benar..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

BOTAK

17 comments

  1. Babi nyer manusia mcm tu…tu mmg patut masuk penjara…dok dlm neraka mereput…belajar agama jd ustazah to perangai kalah setan

  2. Dahsyat kisah saudara ..hebat perjuangan saudara …
    Semoga terus tabah …
    Sesungguhnya Allah swt Maha Melihat dan Maha Adil …
    Sungguh tak percaya Ustazah dan cikgu berperagai Iblis …
    Walaupun beragama Islam …hati dan jiwanya tak semestinya Islam …hanya atas kertas saja …
    Masha Allah …

  3. Tahniah kerana bertahan.. Allah akan balas setimpalnya nanti.. Ya Allah kesiannya Gee.. Mmg xkira ustazah atau ustad mrk manusia juga, mudah dipengaruhi syaitan dan iblis.. Semoga Botak dan fmly sntiasa bahagia dan diberkati.. Amin..

  4. ada mcm cite tamil sikit.deyyy! tapi takpela memang minat tamil pon. pening boleh tahan. sebbek paham.
    best! long live botak. Allah bless u ngan pemili ya.
    nak tanya, encik botak bintang apa?
    timakaceh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.