Kisah Abah Merawat Pesakitnya yang Disihir

salam semua pembaca fs. disini saya (sy) ingin bercerita tentang pengalaman yg sy alami..kejadian berlaku dlm tahun 1999..kisahnya bermula..

Arwah abah sy seorang pakar perubatan tradisional. Beliau mngubati pelbagai penyakit..hingga la suatu hari..

“ikat dia cepat jgn bagi dia lari lagi”..teriak abahku pada pembantunya. ada seorang wanita yg dibawa oleh ahli keluarganya berjumpa abah. Wanita ini dikatakan meracau racau dan berlari sambil berbogel disaat pernikahannya. Ahli keluarganya memberitahu abah disaat tok kadi sedang mengakad nikah pada pagi kejadian,tiba2 wanita itu pengsan dan apabila tersedar wanita itu menjerit2,meracau dan dia berlari sambil menanggalkan pakaiannya.. orang ramai pun panik dengan keaadaan itu..
Dipendekkan cerita ahli keluarganya pun membawa wanita tersebut berjumpa abah.

Apabila abah mulakan perubatannya,wanita tersebut menjerit2 dan berlari sambil menanggalkan bajunya..abah pun meminta pihak wanita itu dan pembantu abah pegang wanita itu..ibu wanita itu pun memakaikan semula pakaiannya.. abah pun merenjiskan air yg telah dibaca² (jampi) ke muka wanita itu..dgn wajah yg bengis dan biji mata putih berwrna merah,wanita itu pun menjerit2.

.”SAKIT..SAKIT..SIAL KAU.AKU TAK GANGGU KAU KENAPA KAU BUAT AKU SAKIT..BODOH..”

wanita itu berteriak pd abah..”KALAU KAU TAKNAK SAKIT KAU KELUAR DARI TUBUH WANITA INI!..” pinta abah ku kpd wanita tersebut..abab tahu yg bercakap dgn nya itu bukanlah wanita tersebut..tetapi jin / syaitan yg telah merasuknya .

“HEY ORG TUA..KALAU AKU KELUAR AKU AKAN M**I.TUAN AKU SURUH AKU TINGGAL DALAM TUBUH WANITA NI..AKU TAK AKAN KELUAR, BODOH..”seiring dgn ketawa mengilai wanita itu berkata.. “KALAU KAU TAK NAK KELUAR, BAIK AKU AKAN SAKITKAN KAU DAN AKAN BAKAR KAU.KALAU KAU KELUAR AKU AKAN PASTIKAN TUAN KAU TAK KAN APA2 KAN KAU JIKA KAU PILIH UTK MEMELUK ISLAM.”abah aku pun buat perbincangan dgn ‘benda’ yg ada dlm tubuh wanita berkenaan..

Lama juga abah membuat tawaran sampai ‘benda’ tu tak tahan sakit..”baik aku akan keluar, tapi aku tak nak peluk islam aku nak kau pastikan tuan aku tak akan hukum aku..” benda tu membuat tawaran terakhir pd abahku.. “baik aku akan pastikan tuan kau tak akan hukum kau jika kau keluar dari tubuh badan wanita ni”..kata abahku tanda setuju..”aku ada syarat jika kau nak aku keluar dari tubuh wanita ni…!”katanya. dan abah pun balas “baik,apa syaratnya?”…
“sediakan aku sebaldi air longkang yg kotor.aku nak minum baru aku boleh keluar dari tubuh ni”..maka mencarilah pembantu abah ku air longkang sebaldi seperti permintaan ‘benda’ itu..

Gullpp..gullp..gullp.. sebaldi makhluk tu minum air longkang tersebut.. (aku yg loya tengok..yela tengok yg minum tu wanita yg dirasuk bukan makhluk tu…) kemudian makhluk tu pun berkata “aku akan keluar sekarang..aku akan pegang janji kau supaya aku tidak dihukum..” selepas itu kami semua lihat benda hitam keluar dari mulut wanita tersebut. dan wanita itu pun muntah..muntah berwarna hitam,hijau dan akhir sekali dia memuntahkan beberapa batang paku serta beberapa helai rambut.. Dan dia pun rebah dan pengsan..

Wanita itu pun dibawa masuk kedalam rumah dan direhatkan sementara dia tgh tidak sedar diri. Ahli keluarganya pun bertanya pada pd abah apa yg berlaku..menurut kata abahku,wanita ini terkena sihir. wanita ini ada berkawan dgn org lain namun wanita ini tidak berminat untuk berkahwin dgn lelaki tersebut dan dia memilih lelaki lain utk dikahwini..lelaki tersebut pun berdendam dan hantar sihir pada wanita berkenaan.. abah pun cakap pada keluarga wanita itu supaya jangan risau sebab abah dah pastikan ‘benda’ tu tak akan ganggu lagi.. setelah hampir sejam wanita tersebut tidak sedarkan diri dia pun bangun seperti org yg bingung..setelah minum air yg diberikan abah wanita itu kembali semangat..
Abah pun menasihati wanita tu supaya jika ada hati yg dia pernah lukakan mohonlah ampun dgn cara yg baik..setelah semuanya ok mereka semua pun beransur pulang..

Keesokannya.. (pagi x ingat jam berapa)
“Assalmmualaikum.. ” ada org beri salam dan abah pun menyambutnya.. “waalaikumsalam”..”Tuan haji tolong jangan seksa sy..sy janji tak akan kacau lagi wanita tu.sy dah maafkan salah silap dia”..kata seorang lelaki berkulit putih wajah seperti kacukkan cina setelah abah mempelawanya masuk rumah..dia menangis sambil melutut pada abah..”aku tak akan seksa kau jika kau tidak ganggu wanita itu lagi dan kau tidak menggunakan perkara syirik lagi..!”..pinta ayahku..dan lelaki itu pun setuju..abah memberinya air yg dijampi dan menyuruhnya pulang…

Selepas hampir setahun kejadian itu, kami mendapat berita bahawa wanita itu dah pun bergelar ibu.. “Alhamdulillah”..kata abahku..
maaf jika cerita panjang dan x seram..walaupun telah lama berlalu namun aku masih teringat lagi kejadian itu..
sekian

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jangan lupa klik SHARE di bawah ni ye..

 

shasha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.7]

8 thoughts on “Kisah Abah Merawat Pesakitnya yang Disihir”

  1. WTFish !!! minum air longkang sebaldi !! Uek !!!!!! serius aku ase geli,jijik nak muntah bile bayangkan, leh muntah hak tuih puih uek. xde seram tapi jijik siut, k bye

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.