Kisah Asrama Atas Bukit

Assalam warga FS dan ribuan terima kasih kepada admin sekiranya ceritaku ini disiarkan. Banyak cerita mistik yang awesome dekat page ni dan aku pon terasa nak share. Aku nak share cerita masa aku mula2 masuk asrama sekolah menengah form 2. Sekolah tu di Taiping berdekatan kawasan bukit. Berhutan jugak lah. Masa aku masuk asrama ni, aku merupakan antara 1st batch yg masuk sebab asrama tu baru siap dibina.

Time tu memang excited lah sebab 1st time masuk asrama kan. Macam biasa, selalu tempat baru tak boleh terpisah lah dengan gangguan. So masa awal2 tu, ada lah junior aku x tau yang lepas prep ada supper (minum malam). Dia naik bilik terus. Lupa pulak nak explain. Asrama aku tu blok lelaki dekat dengan hutan, tengah2 dewan makan dan asrama sekolah menghadap sekolah. Sekolah tu bukan dekat tau, kami kene turun bukit cross padang baru lah sampai sekolah.

Ok sambung. Junior aku ni naik bilik sesorang. Dia pelik lah nape xde orang sangat dia tengok tengah2 blok tu. Elok je dia pusing ke bilik dia yang menghadap hutan, dia ternampak ada sesusuk tubuh tergantung dekat besi tingkap dengan muka yang mengerikan. Rambut panjang serabai tenung tajam kat dia. Dia nanges beb. Lelaki tak lelaki lah. Ada jugak member aku nampak something dekat lubang air keluar kat tempat wuduk surau lelaki. Nangis2 jugak dia. Bende terbang, bunyi2 semua ada lah.

Kalau aku cerita pelajar lelaki dah nanges2, pelajar perempuan apatah lagi. Banyak jugak lah yang kena histeria. Sampai lah satu hari ni, satu asrama jadi huru hara. Aku ingat satu malam kemuncak ni. Antara maghrib ke isyak kami baca yassin and solat hajat. Pastu lepas isyak prep. Lepas prep, supper kejap and sambung balik baca yassin, zikir kat surau blok lelaki. Serius hari tu kalau aku ingat balik, punya lah letih beribadah. Haha. Masa tu jahil and malas nak solat semue.

Lepas habis baca quran zikir semua, setiap 2 bilik kami gabung ahlinya jadi satu. So satu bilik ada 8 orang jadi 16 org lah. Rapat katil, sempit x sempit sumbat ja. Takut punya pasal. Pastu sebelum tutup lampu, setiap bilik tu azan. Bayangkanlah kalau ade 20 bilik, 20 kali azan lah kedengaran satu asrama.
Then tak lama tu terdengar jeritan warden suh turun bawah semua orang. Die nak buat roll call.
Aku dalam hati dah palat dah, roll call pebendenye orang dah berkubu elok dah.

Rupenye die sound kami semue. Warden tu aku panggil cikgu R (arwah dah, al fatihah buatnya). Dia cakap korang ni bakal pemimpin, tindakan yang korang buat malam ni sangat memalukan. Bunyi nye agak kasar sebab masa tu aku pikir ape salah kami gabung katil, azan semue tu. Then cikgu R sambung, takkan lah bende halus ni kacau sikit kami dah huru hara camni. Kalau dia kacau setahun, kami pon nak huru hara setahun ke?

Dia sambung lagi suatu hari nanti kalau kamu semua jadi pemimpin, ada masalah lagi besar dari ni and macam mana kami nak handle? Banyak lagilah nasihat dia and apa yang dia cakap tu ada point. Kami pon tiba2 ada semangat luar biasa lepas tu. Korang tau, start dari malam tu gangguan dah makin kurang and aku rase kami blok lelaki ni jadi lagi syaitttooonnn daripada setan yang dah sedia ada termasuklah aku. Haha. Pelajar perempuan pon x silap aku kurang dah, ade pon sikit2 je. Gangguan pon kurang sampai lah ke akhir tahun tu.

SENIOR DIUSIK AKIBAT BUAT BENDA TAK ELOK

Ade satu kisah ni lawak jugak lah. Senior aku, tengok majalah seksi pebende ntah. Then dia gi ke jamban maybe nak lepaskan ‘hajat’. Bukan hajat sakit perut tu. Member die sorang lagi x tido lagi. Yang senior gersang ni masuk2 jamban tiba2 macam gelabah. Member die yang tak tidur lagi ni dengar macam pintu jamban tertutup kuat dan dalam keadaan tergesa-gesa. Tak lama pastu senior yang gersang ni keluar jamban terus baring atas katil dengan muka yang pucat. Esok tu dia demam dan dia ceritalah malam tu die nampak pocong separuh badan keluar dekat lubang siling depan pintu jamban die. Dia pon gelabah lah. Haha, amekaw akibat mende x elok.

So yang lain biasa2 ja gangguannya takot aku cerita nanti cliche pulak ngan cerita sebelum ni. Oklah sampai sini jelah cerita pasal asrama aku di Taiping. Next year tu aku masuk asrama MRSM dan ada kisahnya jugak. Kalau ada rezeki aku pos lagilah cerita. Terima kasih kepada yang sudi membaca. Salam dan t.care uolss.

Rehs

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

5 thoughts on “Kisah Asrama Atas Bukit”

  1. Loorrr…
    Yg sesi beribadah smpi lps supper bace yassin tu ats ikhtiar student sendiri ke…
    Ingtkan cgu yg suruh…
    Baguihlah hampa naa…
    Part kesyaitonan lg kritikal dr setan tu mmg haruuuu…
    Patutlah dh jarang kena ganggu…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  2. Wahai penulis,
    Tak kisahlah siapa pon gerangan si penulis.. Ketahuilah kamu bahawa Kita satu sekolah.. And sama batch I believe.. Kau masuk asrama tu time tingkatan 3 kan.. Sama Lah Kita, first batch yang masuk asrama tu.. Huhuhuhu.. And Alfatihah utk Cikgu R..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.