Kisah Misteri Dedek 4

Assalamualaikum readers FS. Bertemu lagi kita dalam segmen seram shit by kak Yong. Hahaha. Sebelum aku mula story, sekali lagi aku beritahu bahawa umur Dedek sekarang dah 7 tahun yang bermaksud Dedek dah darjah 1. Jurang perbezaan umur aku dengan Dedek tersangatlah jauh.

Okey, skip cerita pasal umur Dedek tu. Okey now aku cerita macam mana Dedek boleh tahu pasal aku story tentang dia di FS. Korang mesti dah excited gila nak tahukan macam mana situasi tu terjadi? Rilex… Tarik nafas dan lepas. Pastikan langsir bilik korang tertutup. Takut ada yang skodeng korang kat tingkap pula. Kalau baca waktu malam, sila buka lampu dan jangan sendirian. Hiks!Hiks!

Okey, let’s begin the story. Sekarang aku kat Perak tengah bercuti kat rumah opah aku ni. Family aku nun jauh di KL. Untuk pengetahuan korang, aku baru je konvo di U**. Alhamdulillah. So, belum bekerja lagi la sebab feeling-feeling nak rest panjang sikit.

Hari tu Dedek ada call aku. So borak punya borak dia tanya aku. Aku ada umpat dia ke? Aku pelik la masa bila pula aku umpat. Lepas tu dia tanya lagi, “habis tu kenapa yong story pasal Dedek kat orang. Dedek tahu Yong buat apa kat kampung.” Serius aku dah cuak time tu. Otak aku cuma dapat fikir yang aku share story pasal dia kat FS. So, aku admit la aku cerita kisah kelebihan dia kat FS.

Dedek diam masa tu. Lepas tu dia ketawa. Dia cakap mesti readers FS takut baca kisah pasal dia. Dia kan berkawan dengan hantu. Aku pun ketawa ajelah. Aku tanya Dedek macam mana dia tahu aku story pasal dia kan. Jawapan dia? “Dedek kan ramai kawan. Kawan dedek pun kenal Yong. Sebab tu dedek boleh tahu.” Masa tu aku dah memang start gelabah. Kawan mana pula Dedek berkawan ni. Sumpah aku cuak. Mata aku confirm la dah pandang sekeliling.

Lepas tu Dedek cakap “Yong mesti nak tahu kan kawan Dedek? Kawan Dedek tu tinggal kat pokok pisang belakang rumah opah. Dia la beritahu Dedek, Yong umpat dedek.” Then Dedek gelak. Sumpah psiko giler adik aku. Terus aku cakap aku nak tidur sebab tak nak layan psiko Dedek yang kadang-kadang buat jantung aku nak gugur. Kau tahu Dedek boleh cakap apa? “Yong takut ekkk? Takpe, dia tak kacau Yong. Dia kan kawan Dedek”. Tanpa cakap banyak terus aku bagi salam dan letak call.

Lepas tu, terus aku minta opah tidur dengan aku. Atok? Tidur bertemankan bantal ajelah. Hahaha. Opah tanya aku dah kenapa tetiba minta teman. Aku pun cerita la pasal Dedek tu. Opah tak terkejut sangat pasal pokok pisang tu. Sebab opah pernah nampak Dedek cakap sengsorang kat pokok pisang tu dulu. Untuk pengetahuan korang, belakang rumah opah aku ni memang ada serumpun pokok pisang. Lagi satu, boleh pula opah aku ketawa bila aku cakap aku story pasal Dedek kat FS., “itu la Yong. Gigih beno cerita pasal Dedek buat ape. Kan dah kantoi. Nasib dia tak suruh je kawan dia jumpa kamu. Kalau idok, nangis le kamu sebab takut. ” Sampai hati opah gelakkan aku. Sob! Sob!

Okey setakat tu dulu aku cerita pasal Dedek dengan korang. Lepas ni kalau aku nak bercerita kena minta izin dulu la dengan Dedek. Kang ‘kawan’ dia report aktiviti haram aku kat dia, boleh kena heart attack aku ni. Dah la kuat psiko adik kesayangan aku tu. Huhuhu. Nanti, aku story lagi okey. Sekian, dari kak Yong.

Kak yong

14 comments

  1. Kawan Dedek tu mesti perati je kak Yong kat mana mana.
    nasib baik lah dedek cakap kawan dedek tak kacau kak Yong.baca lah doa doa ye kak yong.

  2. Kak Yong,kalau ada story citerlah.bialah berapa ribu episod pon.haha best
    Lagipon memang rasa nak tahu cam ne orang yang berkawan dengan …… .
    Kirim salam kat Dedek.?

  3. Ekekekekeee…
    Tang umur tu mcm.menjawab soalan den yooo…
    Den cume ingt beza korg 16 tahun,tp lupe umurnye,heheheheh…
    Baguihler dedek, siap psg spg mat bond kooo…
    Seb bek kwn jenis sporting, bg report jer xde buat tndkn pape…
    Bgtau dedek ANTIE PULIE kem salam…

      1. Senangler mak pas bersalin tu…
        Leh harapkan si kakak tlg babysit adik…
        Sng dh blh harap dan disuruh2…
        Ade staff asben dlu xde anak…
        Amik anak angkat…
        Bile ank tu umur 21thn wife die prgnnt dan melahirkan…rezeki…
        Anak angkat tu udah gaya dpt anak bkn dpt adik,heheheh…

    1. Sbb kakyong kena mengadap dedek dlu mohon hak cipta terpelihara sblm publish kt sni…
      Tu blom plak dedek claim royalti…
      Heheheheeh…

  4. Alah Kak Yong……pendek bebeno ni. Tak nyempat nak meremang. Kak yong pujuk ler Dedek kasik story mory kat sini. Kabo ke dia, kami sayang Dedek, sebab Dedek special sikit. Kirim salam ke Opah dengan Atok ye.

  5. Arghh!! Tidak!! Yong!! Jgn tinggalkan kami!!??
    Btw, mmg best cite yong ngn dedek ni.. kalau aku jd yong, aku bgtau adik aku, suh ckp ngn ‘kengkawan’ dia, xbaik skodeng org..malu weh..haha

  6. aje nyerr..teman bce semua dr part 1 smpai nih..seram pn ade ,,kalkor pn ade..haha
    kmu kene brani sket yongdpt adk gni..kmu lyn kn ajer..ajak dia bsembang pasai kwan2 dia..
    cter ler part lg part2 lain psl si cedek nih..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *