Kisah Sadam

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Hai gais!! Kali ni aku nak bercerita mengenai kejadian misteri yang pada hemat aku tak logik! So sebelum masuk bab cerita, berikut merupakan hukum2 logik yang aku belajar dulu untuk refresh!

Hukum norma Logik menurut islam terbahagi kepada 4
Pertama – zat, setiap segala sesuatu mestilah datangnya dengan zat atau berjisim contohnya asap, api, air, daging, kayu dan sebagainya jadi jika tiada zat, maka tertolak lah ia dari segi logik!
Kedua – sifat, andaikan sebijik gelas, sifatnya gelas adalah untuk mengisi air, atau menakung cecair atau bendalir.
Ketiga – asma’, asma ialah nama, segala sesuatu yang wujud, pasti mempunyai nama, hatta sekecil-kecil kuman sekalipun pasti ada nama
Keempat – af’al, iaitu tujuan, apakah tujuan nya di jadikan atau diciptakan hingga ia wujud di alam kita bersama kita. Maka segala sesuatu didalam se’isi’ alam pasti ada tujuannya ‘dijadikan’. Maka bertepatanlah dengan ayat 191, surah ali-imran yang mana Allah berfirman yang di antara lain menyebut bahawa Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia

Jadi berbalik pada cerita misteri ringkas mengenai kawan aku yang bernama Sadam semasa dia belajar pada lewat 90’an di sebuah IPT di ibu kota

Sadam ni aku kenal dari pusat jamming, boleh tahan skill gitar dia, banyak dipengaruhi muzik ber’genre’ grunge. Dan Sadam ni hobi pada masa lapangnya adalah mengumpul setem ( like…. whatttt??? Serius lah!!! Ada lagi ke orang dengan hobi mengumpul setem ni? Aku ingat dah pupus bersama pupus nya dinosours! Hahaha…. Nak eksplain kat orang pun malu, “hobi saya mengumpul setem!” bahahahaha)

Begitulah sedikit intro tentang Sadam. Dia pernah cerita kat aku, yang dia tinggal di flat ‘luar’ dari kolej, sebab asrama yang disediakan hanya untuk ‘freshie’ ataupun budak semestar pertama je.

Kata Sadam haritu study week sebab next week dia akan ada exam besar, dan dia dah janji dengan roomate dia untuk study sama-sama kat rumah.

Lepas keluar beli dinner, dan settle ‘melantak’ dengan room mate dia, diorang berdua je malam tu dan mereka adalah student dari course yang sama, senanglah nak ‘discuss’

Sadam tinggal kat flat tingkat 9, yang jaraknya 30 minit kalau naik motor untuk ke kolej. Kata dia ‘living cost’ tinggi di KL, nak tak nak, kena sewa ramai-ramai, 7 orang dalam satu rumah 2 bilik, dan sewa di ‘charge’ berdasarkan kepala, satu kepala 200 ringgit!

Kata Sadam lagi, katil dia terletak betul-betul sebelah tingkap sliding yang terbukak, dan dia study sambil duduk melunjur atas katil, manakala kawan dia pulak duduk ‘properly’ di meja study.

Malam tu masa tengah ‘super extra fokus’ pada buku yang dia baca, dia terdengar bunyi loceng… Loceng macam kat stesen keretapi lama…

Bunyi tu makin lama semakin dekat… Dan Sadam tak hiraukan sangat pun, sebab dia tengah ‘fully capitilized’ kepala otak dia untuk ingat formula penting dari buku yang dia baca

KLING….KLING……..

Aiskleemmmmmm….. Aiskleeemmmmmmm…

Bunyi lagi…

KLING…..KLING….

Aiskleemmmmmm….. Aiskleeemmmmmmm…

Sampailah betul-betul sebelah tingkap dia….

Seorang apek naik basikal dengan kotak 4 segi aiskrim besar kat belakang, baju kemeja hijau takde corak dan pakai topi berkebun berhenti betul-betul sebelah tingkap dia….

“alek (adek), lu mau aiskleem kaa?” kata apek tu

“bro, ko nak aiskrim tak?” Sadam menoleh dan tanya member dia

“boleh jugak!” member dia reply, member pun bizi, bukan ada nak fikir apa-apa ke, anyway aiskrim je kot…. Bukan isu besar sangat pun… Haha

“bolehlah uncle, kasi gua aiskrim calong dua!” Sadam balas pada uncle tu.

“okay…. Ni haaaaa…. Semua sekali ampat puluh sen!” balas uncle tu sambil aiskrim bertukar tangan

“thank you aa uncle!” kata Sadam

“thank you, thank you… ” uncle tu jawab sambil berlalu….

So Sadam kata dia sambung study, sambil mulut dia menjilat, mengigit dan makan aiskrim lemak2 manis tu….sampailah ke gigitan terakhir…..

Dan bila dia bangun nak cuci tangan, the momment dia berdiri je….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

“BROOO!!!!!!!!!” kata Sadam

“terkejut aku!!!! Pehal??” balas kawan dia

“KITA KAT TINGKAT 9 NI!!!!!” kata Sadam

“MANA ADA ORANG JUAL AISKRIM KAT LUAR TINGKAT 9!!!” Sadam dah separuh menjerit!

Disebabkan terlampau terkejut, kawan Sadam, muntah on the spot atas buku yang dia study!

Habis keluar muntah berbau masam dengan air yang banyak…

Dan spontan Sadam toleh keluar tingkap….

Apek tu tengah baeeekkkkkk…… je stop sambil duduk atas basikal dan lambai2 tangan kat diorang!! Lepastu dia sambung kayuh basikal dan PUFFFF hilang!!

“aku pulak pastu muntah kat situ, rip!” kata dia sambil tergelak, masa dia cerita kat aku

“perut aku, spontan jadi mual, bergelodak, rasa panas!” kata dia lagi

Diorang dua2 lari keluar dari bilik!

Lepas cuci mulut dari kesan muntah, duduk kat hall je tunggu member2 lain balik rumah! Muntah diorang, pagi esok baru bersihkan kata Sadam.

Penyudahnya malam tu tak habis study, tidur berkelubung dalam selimut, esoknya demam… Sampailah ada roomate lain bawak diorang pegi syifa’ dan mintak tolong pagarkan sekali rumah!

Kata Sadam, “kalau nak ikutkan logik, memang tak logik, sebab penjual terawang-awang jual aiskrim dari tingkat 9! Tapi ‘feel’ makan aiskrim tu memang real, sampaikan muntah kita orang banyak air, seolah-olah macam air dari aiskrim yang cair! Patutlah aiskrimnya pun berharga 40 sen je… Mana ada lagi aiskrim calong macam tu punya murah!”

Sampai sekarang kata dia, kalau di ingat-ingat semula, langsung tak masuk akal…. Aku kata, benda halus, ko nak nilai dari norma logik, memang jahanam laa jadik tak ‘tally’, apek tu je dah takde kriteria logik mengikut Islam, takde ‘zat’….

Pesan dia sebelum menutup cerita, jangan biasakan bukak tingkap sebelah malam, especially apartment2 tinggi… Dan jangan tidur dalam keadaan tingkap terbukak! Tu lagi satu jenis bahaya jugak tu, kalau tak diganggu mahluk halus, takut burung terbang lewat tengah malam, terbabas masuk bilik korang, barulah nak mengelupor tutup tingkap…

Haha, sekian cerita misteri pendek aku, moga terhibur!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.3]

4 thoughts on “Kisah Sadam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.