kisah seram dari kecil

Assalamualaikum FS dan Semua..

Nama aku izza , cerita yg lama aku simpan sampailah umo aku now dah 26,masih segar dalam ingatan hingga kini,dari kecil berlarutan hingga sekarang.

KEJADIAN PERTAMA.(makhluk bulu sado)
Masa aku umur 4 tahun,abah aku ni askar dan berpindahlah kami dari Sarawak ke kem kluang,rumah kitorang ni rumah flet lama yg ada sliding door untuk sidai baju.
Dalam satu malam abah aku ni kenalah bertugas,jadi tinggalah aku,mama Dan kakak aku.
Dalam jam 11 malam masa mama aku tgh tengok tv,kakak aku leka tgh main kat ruang tamu,mmg malam tu agak sunyi,org dah tidur agaknya la.
Tiba2 pintu sliding bergegar,mama n kakak dah diam tak cakap ape2.
aku yg umur 4 tahun ni mmg tgh jujur,haha..biasalah budak2 kan.aku nampak kat ampaian dekat balkoni ada makhluk hitam berbulu berbadan sado mata merah tengah bersidai dekat ampaian besi dekat balkoni sebalik sliding door umah aku,
aku terus tunjuk n bagitau mama aku,mama aku mmg dah rasa x sedap hati la masa tu,dia x nampak ape aku nampak malam tu.
Terus dia tutup tv bawak kakak aku n aku tido dalam bilik n kunci pintu,gangguan bkn setakat tu jer.
masa semua dah cuba nak tido lepas kejadian tu.Setiap pintu rumah aku diketuk satu2.Dan sampailah pintu yg kitorang tgh tido,makhluk sado tu cuba nak bukak.ketuk mcm nak roboh.dan lama kelamaan hilang bila sampai waktu subuh.
Dan rupanya rumah yg aku duduk tu mmg x de sape yg berani bertahan lama sbb gangguan2 tu,jiran tengok pun heran kitorang leh bertahan hampir 6 bulan.yg herannya makhluk sado tu aku jer nampak.

KEJADIAN KEDUA (makhluk hijau)
Maka pencenlah abah aku dari askar,berpindahnya kami dari kluang ke pasir gudang,abah aku sewa rumah flet sementara nak tunggu rumah baru kitorang siap,
masa tu aku dah 8 tahun.
Hari pertama aku masuk rumah tu,aku sebenarnya dah rasa tak sedap hati dan rasa nak demam.Aku tengok satu persatu bilik dan ada satu bilik ni mmg buat aku rasa seriau,maybe perasaan aku je kot,
abah aku bagi bilik tu kat aku n kakak aku
Bermulalah hidup baru dekat pasir gudang tu.Hari pertama aku tido kat bilik tu tak de ape2 maybe aku tido m**i sbb maha letih.
Hari kedua masa aku tengah nyenyak tido,kakak aku tido sebelah aku,aku tersedar sekejap sbb telinga aku rasa berdesing, aku lelapkan semula mata,aku dengar nama aku disahut berulang kali.
“angahhhh bangunlahhh,bangunlaaahhh”
mcm ni la yg rasa dipanggil berulang2 Kali,
nama aku angah kalau kat rumah sbb aku no dua,hehe
masa tu aku cuma dua pilihan nak keraskan diri tido atau cuba nak buka Mata,tapi hati ni meronta nak tahu ape yg panggil aku memalam buta ni,
sekali aku buka Mata..
JENG JENG JENGGGGG
Makhluk hijauuuu!!! bertaring Mata merah serta gondol!!
TOYOL depan Mata aku wehhh,LIVE show gitu,face to face..hahaha
Dengan keadaan takot aku teriak mama aku,tapi sayang tak de sape pun yg dengar,yg peliknya kakak aku keras membatu kat sebelah tido m**i terus,
lepas aku jerit.lintang pukang makhluk tu berdesup hilang ikut dinding umah aku.
terus aku pejam mata rapat2 n terlelap,aku.
Aku sedar jer aku pagi tu demam panas lepas kejadian malam tu,aku tak dapat nak cerita terus pada family memandangkan masa tu sel2 otak aku tak berhubung dengan baik,terkejut agaknya.lepas seminggu baru aku berani cerita.start dari aku demam panas n selamanya aku tido ngn parent aku termasuk kakak aku.

KEJADIAN KETIGA. (siapakah)
Masa ni aku dah umo 15 tahun,sekolah aku ada buat perkemahan bulan sabit merah, dekat tanjung balau.dipendekkan cerita malam tu ada jungle tracking dari jam 12 malam.
Syarat2 semasa jungle tracking dilarang menyuluh lampu ke atas pokok atau dimana2 pun semasa aktiviti dijalankan.
aku bawak jugaklah torchlight in case ada emergency kan.
Jadi bermulalah pengembaraan merendah hutan,jam dah 2 pagi masih meredah hutan..turun naik,letih sangat..kaki ni jgn cakapla dah calar balar dikerjakan oleh duri2 liar.
sampaila jam dah 4 pagi,jadi laluan utama untuk balik ke kem tak boleh lalu sebab air pasang,jadi dudukla kami pelajar semua,guru dengan ketua yg membawa kami masuk ke dalam.
Dalam keadaan letih aku lupa syarat2 tadi,memandangkan aku pelajar yang paling hujung Dan guru pun tak nampak aku keluarkan torch light,aku terus suluh ke arah atas pokok yg x jauh dari aku anggaran 50 meter,memula tak ada apa2..
sampai la aku suluh ke bawah pokok berderau d***h aku. jantung ni jgn cakap,laju berdegup,muka dah sejuk,badan dah lemah,
aku nampak seseorang yg berbaju putih,labuh,lusuh,muka menunduk ke bawah..rambut tak penah potongg,fuh panjang,
mulut aku ni dah terkumat kamit baca doa yg entah aku pun tak tahu,terus aku turunkan tangan aku dari terus suluh makhluk tu.simpan torch light,sambil kaki ni gigil berjalan terus jadi pelajar paling depan,hahaha
Jadi ketua kami buat keputusan memandang air masih pasang maka terpaksalah kami redah jugak air pasang tu,maka semua pelajar buat aksi junjung kasut n beg,jarak nak ke tempat kem tak jauh dah.
Jadi sampaila kami ke kawasan kem jam 4.45 pagi
kepala otak aku masa ni tengah tak betul dalam keadaan masih terkejut aku nampak sekumpulan remaja perempuan tengah main bola jaring,riuh sungguh,aku pun tanya kawan aku kumpulan mana yg main tengah2 pagi ni,
dia pandang aku semacam dia kata tak takde sesiapun kat padang tu.
Abis ape yg aku nampak?
Dan aku masih nampak Dan kaku,
atau cuma halusinasi aku?
terus aku balik kem,Mandi,sementara nak tunggu azan subuh aku rehat sekejap sambil pilirkan kejadian tadi,
sungguh aku masih terkejut..

Ada lagi kejadian2 aneh yg aku lalui sampai sekarang.Mata ni mudah nampak ataupun kebetulan,ada masa aku cerita lagi.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Izzah
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.6]

2 thoughts on “kisah seram dari kecil”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.