Kisah Seramku di Kolej 7 Pada Tahun 2001

Cerita ini berlaku seketar tahun 2001, masa tu aku masih di semester 2 dalam bidang Perakauan di sebuah Universiti Ternama malaysia.   Pada waktu itu aku antara pelajar yang bertuah dan bernasib baik kerana layak untuk mendapat bilik asrama, tetapi malangnya, aku dan seorang lagi teman ku, kami telah di tempatkan di bilik yang paling hujung aras ke3.

Kolej tersebut pula antara kolej tertua di Univerisiti itu. Orang sebut “tigaserangkai”. Nama kolej ada sikit serupa sebuah kolej di UKM. Sejak mula aku memasuki bilik tersebut aku mula berasa tidak sedap hati.  Keadaan bilik yang kecil dan bersih tetapi suasana sekeliling yang sunyi membuat aku berasa seram sejuk, bila dijengah keluar tingkap, hanya hutan yang dapat kami lihat.
Semasa aku ingin memasukkan pakaian ku ke dalam almari, secara tiba-tiba aku merasakan seperti angin menghembus keluar dari almari tersebut, tetapi aku tidak menghiraukan.  Rakan sebilik ku kerap keluar malam lepak maple dan dengan itu juga aku sering bermalam berseorangan di bilik tersebut.  Pada suatu malam, ketika aku bersendirian mengulangkaji, aku terdengar seperti ada sedang bergerak-gerak di atas katil rakan sebilik ku. Bila aku toleh, tiada sesiapa di atas katil tersebut.

Pada waktu itu, aku sudah mula rasa takut, tetapi aku cuma menganggap aku tersilap dengar.  Ketika aku hendak tidur, aku menoleh ke arah katil rakan sebilik ku itu, aku mula terfikir kembali adakah benar apa yang aku dengar tadi?  Kerana terlalu letih aku terlelap, tetapi aku dikejutkan dengan bunyi kerusi yang diheret dengan perlahan dan bunyi tersebut datangnya dari arah meja study rakan sebilik ku.  Tuhan saja yang tahu betapa aku terkejut pada waktu itu.  Malam itu aku tidak tidur sampailah aku terdengar bunyi azan subuh dan aku bergegas ke surau. Surau pula jauh di bawah blok wanita .

Selepas subuh berjemaah, tidur lah aku di dalam surau.
Aku tidak menceritakan kepada sesiapa hal tersebut kepada rakan sebilik ku, aku bimbang akan menakutkannya.  Tetapi, anggapan ku salah, rupa-rupanya rakan ku itu pun diganggu mahluk tersebut.  pada waktu petang selepas kami balik dari kuliah, aku terus ke bank islam dalam universiti untuk menjelaskan yuran bersama dua lagi rakan ku yang lain dan teman sebilik ku balik ke bilik dan terus tidur kerana keletihan.

sedang dia nyenyak tidur, dia merasakan ke dua kakinya digenggam begitu juga tangannya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan, antara sedar dan tidur, dia telah melihat seperti sebuah keluarga berada di dalam bilik kami itu. Bila rakan ku itu menjerit, seorang wanita yang kelihatan seperti ibu dalam keluarga tersebut telah menutup mulut rakan ku itu.  Tetapi rakan ku berusaha melepaskan diri dan berdoa di dalam hati, setelah sekian lama dia bergelut dengan “Keluarga” tersebut, barulah dia mampu melepaskan diri.  Ketika dia menceritakan  kepada ku, barulah aku menceritakan pengalaman ku.  Sejak itu, kami sering diganggu.  Mujurlah gangguan tersebut tidak mencederakan dan juga memberi gangguan mental kami,  kami hanya kuatkan semangat sahaja.
Tibalah waktu peperiksaan akhir semester tersebut, jadi banyaklah penghuni kolej yang tinggal berdekatan KL dan PJ pulang ke rumah masing-masing untuk menghabiskan cuti belajar masing-masing.  Tetapi aku dan rakan-rakan ku yang lain, kami mengambil keputusan untuk berada di kolej agar dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran.
Pada suatu malam, kami mengulangkaji pelajaran kerana keesokan pagi kami bakal menduduki kertas yang pertama.  Pada malam tersebut kami tidur lewat dalam masa pukul 2.45 pagi, aku berasa amat letih dan terus tertidur. Apabila aku bangun, aku melihat rakan-rakan aku yang lain telah tidur, jadi aku berfikir untuk tidur semula. Selepas itu, aku mendengar ada bunyi aneh “sssshhhrrttt..sssshhhrrttt…” datangnya dari arah pintu bilik kami, jadi aku menoleh ke belakang dan melihat ke arah pintu.

Aku amat terkejut bila melihat seekor lembaga yang sangat hodoh berada didepan aku.  Rambut nya panjang dan botak ditengah, muka nya berkedut seribu,bongkok tujuh dan memiliki kuku panjang dan berwarna hitam.  Lembaga tersebut ingin datang menghampiriku dan ingin mencekik ku, aku terlalu takut pada waktu itu dan aku telah menendang mahluk tersebut, aku dapat merasakan lembaga tersebut seperti aku telah memijak air.  Setelah itu aku berdiri untuk melihat mahluk tersebut tetapi ia telah tiada lagi di dalam bilik tersebut.  Aku tidak dapat melelapkan mata lagi, aku terus-terusan berdoa sehingga pagi tiba.  Lalu aku menceritakan kepada rakan-rakan ku yang lain, sejak itu, kami semua balik ke rumah masing-masing kerana takut diganggu lagi.
Setelah cerita seram bilik kami itu tersebar, rupa-rupanya bukan kami sahaja yang diganggu, banyak lagi rakan-rakan yang berada di aras dan blok yang sama telah diganggu,ada yang melihat orang ketiga tidur di dalam bilik, ada yang diganggu terdengar bunyi flush  ketika mereka ke tandas dan banyak lagi cerita yang kami dengari.
Tetapi itu hanya tinggal kenangan, kami semua telah menamatkan pengajian kami, dan berharap, pengalaman yang kami alami itu tidak lagi berlaku ke atas junior kami.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

klik SHARE tanda anda dah baca. Share anda amat bermakna

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.4]
akil mahmud

10 thoughts on “Kisah Seramku di Kolej 7 Pada Tahun 2001”

  1. Alhamdulillah spjg sy di kolej kdiaman tersebut..sy cume pernah terkena satu gangguan shj..ttp tidak teruk sgt.. myb sb blok sy tu bdekatan dgn dewan mkn..dewan study pun betul2 di bawah.xsunyi sb jd tpt laluan student

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.