Kisahku Bermula di Sini

Asalamuaikum . Terima kasih sudi siarkan cerita aku . Aku nak berkongsi cerita aku dengan pembaca tentang mata aku yang mudah sangat melihat benda ghaib .

Sebelum aku mulakan , aku kenalkan diri aku sebagai Karim bin Zema . Semestinya itu nama samaran aku . Bila zaman kolej dulu , bila cikgu praktikal suruh perkenalkan diri , aku kenalkan diri aku pakai nama Karim tu lah . Ok cukup .

Untuk cerpen kali ini , aku hanya akan cerita tentang penampakan di tempat tinggal aku . Ianya terletak diantara Sungkai dan Slim River , Perak . So boleh lah buka Google Maps tengok kampung apa yang aku maksudkan .

Peristiwa pertama , zaman aku sekolah rendah , darjah lima , di rumah sendiri , dah beberapa kali aku ternampak penampakan . Firstly , aku dulu lasak . Dulu nak pergi mana mana je kena jalan kaki , nak kata jauh tu tak lah sebab aku ada jalan shortcut , iaitu dengan meredah kebun , lalu belakang rumah orang , rentas sungai . Dan satu hari azan maghrib buat aku sedar yang aku lambat balik ,lalu aku gunakan segala jalan pintas yang aku katakan dan sampai juga kerumah disambut dengan hinggapan tali pinggang di badan . Lalu aku pun mandi , dulu mandi pakai air kolah , so ketika aku nak cebok air tu , dengan jelas aku nampak tangan berenang renang dekat kolah tu . Hanya tangan sahaja . Aku pun berlari keluar , bagitahu nenek aku , dan nenek aku marah2 aku pula . Pelik . So aku pun sambung mandi dengan penuh ketakutan .

Lepas mandi , aku makan dengan keluarga aku . Kami semua makan bersila . Ketika kami asyik menjamu selera , tiba tiba aku rasa mengigil . Dan aku ternampak seekor ular tedung , hitam pekat kulitnya dekat belakang mak aku . Sebenarnya aku tak nampak ular tu , tapi aku dapat rasa . Aku pun campak pinggan yang berisi ikan bakar tu dekat ular tu , tapi tak kena pun . Ular tu pun lari entah kemana , dan aku pun lari lah ke hujung dapur bersebelahan tingkap .

Dan dekat tingkap tu sekali lagi aku kena kacau . Tingkap tu menghadap paya belakang rumah aku . Aku ternampak ada tangan someone mengetuk tingkap rumah aku . Sudah , dengan family aku semua kelam kabut pasal ular tadi , siapa pula yang mengetuk tingkap tu . Tapi disebabkan aku fikir ular tu lagi seram , so aku abaikan aje tangan tu .

And finally , malam tu juga dalam 2 pagi , dahaga lah . So aku pergi dapur capai cawan dan tuang air lalu meneguknya . Lalu ke sinki sebab nak basuh lah cawan tu . Tiba2 aku teringat pasal tangan tu . Aku pun buka tingkap tadi , and guest what ? Aku ternampak dari jauh , ada kain putih terbang dari satu pokok ke pokok lain . Dengan jelas aku nampak kain tu berkibaran , and aku kaku lidah kelu . Tak mampu buat apa . Aku rasa lepastu aku pengsan kot sebab bila aku bangun , tengok aku atas katil .

So aku teruskan jelah kehidupan aku seperti kebiasaannya dengan harapan tak ada apa yang buruk . Tapi bila aku pergi ruang tamu , bila aku mendongak , aku nampak pula sisik2 ular . Hmm terus murung aku .
Dan semenjak tu , aku mudah sangat nampak benda2 macam ni . Aku pernah nampak hantu galah , yang berdiri dekat jalan , sampai aku kena lintas bawah kangkangnya. Aku pernah nampak langsuir , yang terbang dari tiang elektrik ke tiang elektrik yang lain . Mungkin langsuir tu ada ilmu electrical enggineering . Aku pernah terlibat secara langsung mencari kaki seorang penunggang yang putus akibat kemalangan . Ya , kaki tu disorok . Aku pernah dengar hilaian seorang wanita yang mendayu2 , tapi disebabkan aku ni dah terbiasa , aku keringkan hati yang pernah retak ni dan buat tak tahu .

Aku rasa cukuplah sampai kat sini . Sengaja aku tak cerita yang seram2 sebab selepas ni aku nak cerita something yang lebih seram terjadi kat kolej aku . Yang buatkan aku tiba2 rasa sangat takut . Jadi , tunggu cerita aku selanjutnya akan datang . Dan terserah korang nak percaya atau tak dekat cerita aku , bak kata pepatah barat ‘ if im so wrong , why you listen all night long ‘ . Haha ok ini lirik lagu .So aku harap kita akan berjumpa lagi dalam cerita aku akan datang . Adios . Asalamualaikum .

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Karim Bin Zema

30 comments

  1. Seram x seram..
    Dia macam tok nak makan cili.. Tapi x berani nak pecahkan..(perumpamaan aku sukati aku)

    7/10
    * story line ada..
    * next time cantikkan lg karya awak..
    * teruskan menulis.. Kritikan pembaca jadikan sebagai cabaran utk awak terus berkarya..
    * kipidap dongibab writer

  2. Mcr kettew???

    Tak seram sangat dan hambar sebab laju sangat. Kenapa tak cerita apa jadi selepas orang kecoh ada ular? Orang lain nampak ke tak ular tu sebenarnya? Siapa yang angkat penulis ke katil? Dia tak tertanya ke kenapa penulis pengsan depan tingkap?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *