Knock Knock

Hi , pertama sekali terima kasih FS sebab bagi aku peluang untuk menulis dekat sini , selalunya aku share cerita aku ni dekat Wechat, bukan nya aku nak takutkan kawan aku ke apa , tapi benda ni aku alami sendiri.

Pengalaman ni aku rasa masa tahun lepas , lepas aku dengan family aku balik dari umrah . Aku bagi gambaran rumah aku ni dulu ye , rumah aku ni dua tingkat tingkat atas walaupun siang tapi dia tetap suram dan gelap . Aku dua beradik je , adik aku lelaki so bilik dia berasingan dengan bilik aku . Kawasan rumah aku ni depan belakang India (bukan nak racist ye) korang faham je lah org India ni diorg kerap sembayang and buat acara ritual diorg .

So, ceritanya bermula begini , masa lepas aku STPM , aku tak bekerja dalam 2 bulan gitu , aku kerap duduk rumah sorang-sorang, parents aku kerja, adik aku sekolah , dah duduk sorang kan mestilah bangun lambat , mereput atas katil main phone . Kadang-kadang masa aku tengah main phone tu ada orang ketuk pintu bilik aku “knock knock” aku terdiam nak pastikan betul ke ada org ketuk ? Lepas tu , aku akan sambung main phone lagi . Dan dia akan bunyi lagi seolah-olah kejut aku bangun . Lepas tu aku akan bangun mandi, kemas katil dan aku dengar ada org buka pintu tutup pintu dekat bawah rumah , dengar orang tengah buat kerja dekat dapur , dan kadang-kadang aku akan dengar ada orang dalam bilik parents aku sedangkan parents aku bekerja .

Mula-mula aku anggap benda tu cuma fantasi aku je . Sampailah…..
Ibu aku sakit . Mula-mula ingat sakit biasa . Sampailah dia bukak cerita pada kami, yang kalau dia period , dia kerap sangat nampak benda hitam berupa orang dalam bilik dia . Aku dah mula seram dah bila dia cerita macam tu . Dulu, aku ni jenis tak reti tidur awal, mesti tidur dalam 3-4pagi tengok movie .
Selepas tu, ayah aku jumpa seorg pakcik ni pergi berubat . Ibu aku ni sakit d***h dia tak stabil , sampai dr dah tak tahu nak descibe d***h dia ni kemana perginya . Muka dia pucat, lesu , kadang-kadang mcm orang tak bermaya langsung . Masa pergi berubat tu, aku ikut . Pakcik tu tanya apa masalah semua , dan dia gambarkan setiap sudut rumah aku , dia minta izin pada ayah aku untuk buang benda yg tumpang dalam badan ibu aku dengan guna ayat Quran and tarik bnde tu melalui ibu jari kaki, masa tu aku kesian tengok ibu aku menangis sakit .

Lepas dah buang tu , ibu aku lembik baru lah pakcik tu bukak cerita dalam rumah aku tu ad dua ekor hantu raya . Seekor bertenggek dekat atas almari hiasan , satu lagi dekat dapur . Rupanya selama ni aku tak berfantasi . Korang bayangkan lah lepas dia cerita tu aku macam tak senang duduk dalam rumah sebab mesti benda tu dah tahu aku ni sedar kewujudan dia dalam rumah aku tu !

#Kisah 1
Masa tu ibu aku nak tutup tingkap dekat tuang tamu depan rumah dah nak marghib kan , tiba-tiba datang seorang nenek terbongkok-bongkok , dia tanya ibu aku , “baru nak belajar ngaji ye? Nak nenek ajr kan ?” Lepas tu nenek tu mengilai . Ibu aku balas “aku tak perlu kan kau!” Ibu aku tutup tingkap lepas tu nenek tu hilang . Ibu aku memang mengaji merangkak-rangkak tapi dia jenis orang yang gigih belajar . Untuk pengetahuan korang hantu raya ni boleh ikut kita mengaji sama-sama . Kira susah nak buang dia kalau dia dah bersarang dekat rumah kita .

#Kisah 2
Lepas dah tahu benda tu ada dalam rumah aku , aku kerap tidur bukak lampu sebab ada satu malam ni, aku tidur lambat aku ternampak mata merah menyala tengah perhatikan aku dekat tingkap .aku terus mula belajar tidur awal . Korang bayangkan lah macam mana nak tidur dengan lampu bukak terang gila dalam bilik ? Kadang-kadang aku pusing kiri , pusing kanan , meniarap baru lah tertidur . Masa aku tak tidur lagi , pintu aku kena ketuk lagi kali ni bertalu-talu diketuk “pappppp pappppp pappppp papppppp.” Macam paksa aku bukak untuk masuk .

Lepas tu berhenti kejap dia ketuk lagi “papppppp pappppp pappppp papppppppp.” Aku masa tu tak payah cakap , berpeluh-peluh , baca ayat semua berterabur , menangis . Paling aku tak tahan bila tombol pintu tu dipulas-pulas macam ada orang nak masuk. Sampai part tu aku terus pejam mata tak bukak dah , sebab satu benda aku pikir , “kalau aku bukak dia depan mata aku mampus aku.” Terus tertidur sampai pagi. Since kejadian malam tu aku tidur awal . Pukul 10 paling awal aku tidur .
Sekarang rumah aku dah bersih dah pakcik tu dtg bersihkan . Aku pun tidur dah tak payah tutup lampu.

Tapi bila ibu aku datang bulan je dia akan nampak benda tu meronta-ronta nak masuk dari luar pagar rumah kami. Aku ada terbaca jugak hantu raya ni dia attract pada anak dara , mungkin sebab aku anak dara dalam rumah , dia kerap ganggu aku . Jadi , dekat sini aku nak nasihatkan sikit , pada perempuan , khususnya anak dara tidur tu pakai sopan-sopan sikit , jgn masa tidur terselak sana sini . Tak elok . Sekian tu saja pengalaman aku . Wallahualam .
Sesungguhnya yang baik itu dtgnya dari Allah SWT , yang buruk tu dtgnya dari saya sendiri .

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

4 thoughts on “Knock Knock”

  1. Aku pun macam ni.tp,semua org x percaya.kecuali ayah aku.bila aku cerita dia diam je.bila aku sorang2 kena tinggal kat rumah,mcm2 jd.Bila balik cuti,aku tak pernah dapat tido awal.asal nak lelap je mula lah.aku tunggu mak aku bangun baru aku tido

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.