Kolej Kayu Dalam Hutan

First of all aku bukan nak burukkan kolej aku tau. Just nak cerita pengalaman sepanjang ada kat sana. Masa tu tahun 2013 baru lepas dapat result SPM. Oleh sebab aku punya permohonan UPU tak dapat, so abah aku decide la nak hantar dekat satu kolej kat rumah ni. Kolej ni terletak di Kelantan and bersebelahan dengan kem pengakap. For your infomation, aku pun baru tau yang kat situ ada kolej, haha.

So blablabla aku pun masuk la sana as student diploma. Masa tu intake Jun and jumlah student semua kos masa tu tak sampai pun 100 orang. Masa tu hanya ada 4/5 kos je dan kos aku paling ramai la ada dalam 40+ orang gitu. Korang da boleh nampak la kan cam mana situasi bilangan student dengan asrama kayu yang terletak dalam hutan. Hahah

Ok cukup ! Lepas je daftar untuk asrama, aku dapat la blok 1 bilik 11 or b1/11 which is blok paling hujung dengan blok2 lain but dekat dengan blok siswa punya. But still blok tu terpisah dengan blok2 lain and antara blok aku dengan blok lain tu ada satu blok yang tak diguna. Blok tu memang takde sape pun yang berani masuk or kacau. Even makcik cleaner pun just bersih sampah2 kat luar tu je. Dalam memang tak masuk sebab katanya ada ‘tuan’. Patut la senior aku dulu pantang betul ada junior yang main kat situ.
Ok benda yang nak diceritakan bukan pasal blok tu sebenarnya. haha. Ni haa pasal blok aku b1/11. Dah namanya 11 memang duk hujung la kan. Tepi bilik aku tu ada bilik tv tempat kitaorang buat kerja.

Alkisahnya satu malam tu aku ada gayut dengan sorang kawan ni. Bukan pakwe k. Korang ni memang la suka bersangka sangka kan haha. Aku gayut dengan sorang junior ni. Dia tgh Spm pastu dia cakap la pasal halatuju dia nak sambung belajar blablabla. Masa tu aku gayut kat beranda depan pintu bilik JAM 11.30 MALAM k. Haha. entah spirit apa yang buat aku berani sangat nak stay sampai jam tu. Aku tak tahu la budak lain da tidur belum tapi for sure dorang memang takde la main kat luar beranda macam aku ni. Masa tu sunyi je dengan angin sepoi2 tambah pulak lampu jalan yang merah oren tu kan romantik gitu. ahaha.

So sedang asyik aku bergayut, tup2 hujan renyai2. Alamak tiba2 pulak tak sedap hati. Takde apa kot. Aku cuba la nyanyi lagu yang “hujan rintik2..air bergelora..” (kalau korang ingat) bagi hilang takut tu. Aku terus sembang dengan dia. Tapi masa tu pulak la line buat hal. Tersekat sekat dengar suara dalam phone tu. Adoi. And then sekali lagi angin pulak tiba2 sapa aku. Kuat pulak tu tapi kejap je. Seriously aku tak bohong. Masa tu jantung aku dupdap dupdap. Kencang weh !

And guess what. Phone aku tiba2 mati sendiri and bunyi desir cam bingit melalui phone tu. Kalau kita letak phone kan biasa bunyi ‘tupppp’ lama kan. Haa cam tu la tapi kali ni macam pelik la. Aku cam “eh dah kenapa tiba2 takde line”. Dalam hati dah tak sedap ni. Tiba2 aku dengar bunyi orang nyanyi lagu “hujan rintik2..” tu. And suara tu suara aku sendiri yang nyanyi tadi. Seolah2 suara aku tu dirakam sebab bunyi angin sekali. Gila kau tak takut !! Aku apa lagi laju la masuk bilik.

Dah tu, aku cuba call dia nak tanya kenapa tiba2 takde line tadi. Then dia angkat. Korang rasa apa yang dia jawab ? ” akak, saya letak phone dari tadi lagi sebab senyap je. Ingatkan akak dah tido” ya Rabbi, terkejut gila aku dengar dia cakap macam tu !! Habis tu yang dari tadi tu aku cakap dengan siapa wehhh !! Meremang habis bulu roma aku. Jantung rasa nak tercabut. Gila tak takut !! Aku letak phone then tarik selimut tutup muka. Dalam hati “ya Allah, jangan la benda tu ikut aku masuk bilik”. Habis ayat berterabur bak hang aku baca sampai la aku tertidur dengan sendirinya.

Esoknya aku bangun, aku tak cerita kat siapa2 pun include roomate aku. Entah la takde mood ke tak berani. But since kejadiaan tu, memang aku jadi budak baik terus. Aku tak stay up sampai tengah malam dah kecuali kalau roomate aku tak tidur lagi. Kalau tak pukul 10 memang atas katil dah. huahua.

Ok done. Sekian dari aku budak kolej berhantu. Ada lagi cerita best yang jadi kat kolej aku sebenarnya. Nanti ada masa aku cerita pulak ye. Korang yang tahu siapa aku or kenal kolej ni diam2 sudah la ye. Muehehe.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nurul Aimi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

42 comments

  1. mmg seram. aku dpt bayangkan keseramannya tu sbb aku pun penah ada pengalaman mistik – dalam handphone.

    sambung lagi pengalaman lain ko tu. thanks for sharing.

  2. Bekas tapak kolej matrikulasi ke? Dulu kypm.. Tepi pantai…sbb mmg dekat ngan kem pengakap n hostel smua cam umah panjang tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.