Lif Yang Bawak pergi ‘SITU’

Hi & assalamualaikum gaisss! Haritu ada terbaca kisah seram pasal lif. So hari ni nak cerita versi aku. Tapi kisah ni bukan terjadi kat aku tapi kat member aku. Nama dia Aisyah. Ada 3 kisah kesemuanya, so lets start! 🙂

KISAH 1
Waktu ni Aisyah berumur 7 tahun. Satu hari tu family Aisyah nak ziarah rumah saudara kat sebuah pangsapuri kat KL. Macam semua pangsapuri, mesti guna lif kan? So family Aisyah ni guna la lif untuk naik ke tingkat 16 di mana rumah saudara Aisyah ditempatkan. Nak dijadikan cerita, waktu dah sampai tingkat 16 tu,  boleh pulak family Aisyah tertinggal Aisyah kat dalam lif. Takde sorang pun perasan Aisyah tertinggal. Maklumlah, Aisyah time ni kecik lagi. Dengan ramai sepupu yang ikut family Aisyah, takde sape perasan.

Aisyah pun tak gelabah sangat. Relaks je. Dia yang tak tau apa2 terus tekan butang (G). Bila sampai, pintu lif pun terbuka. Dan yang ada depan lif tu cumalah dinding yang disusun batu bata. Seolah2 jalan m**i. Kalau keluar dari lif pun cuma akan bertembung dengan dinding tu je.

Aisyah pun tanpa membuang masa, dia tekan satu2 butang setiap tingkat sebab dia tak ingat rumah sedara dia tu tingkat mana. Bila sampai je tingkat 16, abang dengan sepupu dia tengah baru nak turun cari Aisyah. Abang dia apalagi mengamuk la kat Aisyah.

Masa pun berlalu, family Aisyah pun dah nak gerak balik. Time nak turun tu, ayah dia pergi tekan (G). Aisyah kelam kabut larang ayah dia. Bila ditanya, Aisyah pun cerita kan apa yg jadi. Cerita budak 7 tahun sape nak percaya, so diorang pun gelak sakanlah kat si Aisyah ni. Bila dah sampai ground floor, semuanya normal. Takde dinding tu. Aisyah pun pelik laa. The end.

KISAH 2
Waktu ni Aisyah dah meningkat setahun, iaitu dah lapan tahun. Satu hari tu, mak Aisyah ada kursus kat KL dan kebetulan ada rezeki, ayah Aisyah dapat voucher penginapan satu keluarga kat sebuah hotel kat PJ. So memandangkan waktu tu school holiday, family Aisyah pun pergi menginap kat hotel tu. Hari kedua kat hotel, dalam pukul 7 pagi macam tu. Aisyah dan abang dia (10 tahun) turun ke tingkat bawah guna lif untuk pergi breakfast. Turun punya turun, pintu lif pun terbuka. Tapi yang terkejutnya, yang muncul bukan lobby hotel tapi sebuah parking lot lama yang tak digunakan lagi. Parking lot tu sangat2 gelap dan yang ada cuma kereta2 buruk je.

Si abang ni, tiba2 berani untuk keluar dari lif nak jenguk parking lot tu. Bila si abang dah keluar, tinggallah Aisyah dlm tu. Tiba2 pintu lif tertutup! Aisyah apa lagi, meraung ketakutan lah dalam tu. Abang dia pun ketuk pintu kuat2 sampai pintu lif terbuka. Diorang terus ke tingkat yg menempatkan bilik diorang. Bila dah sampai, pintu lif tak terbuka lah pulak!!! Adoiii macam2 dugaan dua beradik tu.

Diorang pun ketuk pintu dan jerit sekuatnya bila dengar suara orang dari luar lif. Tapi malangnya, orang kat luar tak dengar. Aisyah makin kuat menangis, abang dia teruskan ketuk sampai lah pintu lif terbuka sendiri. Diorang terus melulu masuk bilik diorang.

Bayangkan Aisyah dan abang dia hilang sampai pukul 9 pagi. Dua jam hilang! Ayah si Aisyah ni bila dah dengar cerita, dia pun tanya lah pasal lif tu kat sorang makcik cleaner. Makcik tu jawab, “lif ni dah lama rosak. Dulu ada kes budak2 hilang waktu main kat lif ni”. Apa lagi parents Aisyah pun mengamuk kat pengurus hotel. Dah tau lif rosak, asal tak letak papan tanda. Ish3. The end.

KISAH 3
Ok time ni Aisyah dah 10 tahun. Satu hari tu family Aisyah kena balik kampung sebab ada urusan. Pastu kebetulan ada sorang kakak saudara Aisyah (kak Nisa) volunteer nak jaga Aisyah. Kak Nisa kerja sebagai dokter yang bedah mayat tu. So Aisyah pun teruja kena jaga dengan kakak dokter. Satu hari tu, kak Nisa bawak Aisyah gi hospital sebab Aisyah teruja nak ikut kak Nisa. Dah habis urusan kak Nisa, diorang pun turun ke ground floor menggunakan lif.

Dalam beberapa minit. Lif pon berhenti menandakan diorang dah sampai ke tingkat yg dituju. Tapi bila pintu terbukak, yang ada depan mata diorang adalah bilik mayat! Kalau ye pun nak berhenti ke tingkat yang ada bilik mayat, mesti akan ada laluan (koridor) ke bilik tu baru lah sampai ke bilik mayat. Ini tak, bukak pintu terus terpampang bilik mayat! Bayangkan macam mana dalam bilik mayat, ada lif! Dan depan diorang ada sekujur tubuh kaku yang kak Nisa terima pagi tadi untuk dibedah siasat. Tapi masalahnya, patutnya mayat tu dalam keadaan tertutup mata dan kedua tangannya disilangkan atas dada dia. Tapi yg berlaku adalah sebaliknya, mayat tersebut waktu tu dalam keadaan mengiring dan mata terbukak luas memandang ke arah mereka berdua.

Kak Nisa gelabah sangat. Rasa macam nak pengsan pun ada. Tapi Aisyah relaks je. Ye lah, kalau Aisyah tahu cerita sebenar pun, mesti dia dah pengsan dulu. Kak Nisa pun tekan butang G banyak kali then lif tu pun bergerak ke tingkat bawah. Sampai je tingkat bawah, kak Nisa dan Aisyah terus melulu masuk ke dalam kereta milik boyfriend kak Nisa yang dah sedia tunggu kak Nisa. Kak Nisa pun cerita apa yg jadi, terus boyfriend dia pasang surah2 kat radio kereta.

So habis ketiga2 kisah! Amacam? Okey dak? Sorry ler kalau tak seram. Tapi bagi aku kisah ni sangat2 unik. Dan sampai sekarang Aisyah tu dah fobia nak naik lif walaupun orangnya dah besar panjang. Sekian nanti ada cerita, aku story lagi… k bye!!!

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 comments

  1. Serius seram.. Ada unsur2 panik kat situ.. Cerita no 3 paling tak leh hadam. Fuhh… Dulu pernah kerja kat bangunan lama yang tempat parking lot dia ditutup. Dan lif akan skip tingkat tu. Tapi masa ada budak kene rasuk pintu lif tu terbuka pula kat tingkat tu. Hmmm… Nasib la..

  2. kisah no 1 tu lebih kurang dgn pengalaman sy masa stay dekat 1 hotel kat KL bulan 12 yg lepas. before ni dah pernah stay di hotel tu bberapa kali. masa tu nak check in hotel da dekat nak maghrib. sy,adik dan emak naik ke bilik dlu lepas dapat kunci bilik. masuk lif tekan tingkat 11 kot(tak ingat bilik tingkat brapa). tengah syok berbual dgn mak n adik semua dlm lif tu, tibe2 lif brenti dekat 1 level(tingkat 5 kalau tak salah). sedangkan sy memang takde tekan level lain pn mase mule2 masuk. yg lagi scary, keadaan sama mcm kisah kat atas tu. pintu lif terbukak, tapi yg ada ada jumpa dinding kayu mcm plywood yg ditutup dekat pintu lif tu. terus sy cepat2 tekan button tutup dan terus semua senyap. sampai sekarang sy terpikir kenapa pihak hotel tu tak tandakan button lif utk level tu kalau betol level tu memang da tak digunakan. ntah laa… * * sorry tercerita panjang pulak

    1. Kan , saya pun terfikir kenapa mak ayah depa biarkn budak kecik naik lif x rasa bahaya ke , kang jadi perkara yang x diingini susah pulak .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.