Maskot Kedua

Waktu sekolah rendah, aku suka betul bila sekolah anjurkan hari sukan. Rasa macam pergi pesta. Pesta? Yalah, aku bukannya bersukan pun. Paling tidak, aku beratur sebelah lori Milo sampai lima kali.

Antara perkara yang menarik perhatian aku waktu sukan juga adalah maskot sekolah kami (yang dipakai oleh cikgu PJK) yang suka benar menari pelik-pelik. Terhibur jugalah. Tengok arnab sebesar manusia tergelek-gelek depan kitorang.

Tapi sebenarnya, bila sebut tentang maskot ni, ada benda yang aku nak cerita dekat korang. Perkara ni berlaku tiga tahun lepas. Waktu aku darjah tiga.

Aku ingat lagi hari sukan pada tahun tu. Sebab pada hari tu aku perasan ada maskot kedua pada hari tu. Mungkin juga tak ramai yang perasan. Yang aku tahu, satu yang dipakai oleh cikgu PJK aku, Cikgu Jazlan. Yang satu lagi tu, nampak jauh lebih lusuh. Entah muncul dari mana.

Tak macam maskot sebenar kami yang asyik cuba hiburkan orang, dia ni asyik duduk dekat blok hujung. Jauh dari padang. Aku perasan kewujudan dia pun sebab aku sengaja duduk jauh dari padang, nak mengelak dari dipanggil masuk acara. Aku perhati saja maskot ni. Dia tak bergerak-gerak sangat. Cuma sekali-sekala dia gerak-gerakkan kepalanya.

Mungkin baru sedar yang aku tengah perhatikan dia, dia lambai dekat aku. Aku pun lambai semula. Kemudian, dia buat isyarat tangan suruh ikut dia. Aku pun bangun, nak ikutlah. Dia dah jalan jauh ke depan. Lepas tu aku nampak dia masuk ke dalam stor penyimpanan perabot lama. Lama aku tunggu, dia tak keluar-keluar.

Baru aku nak jenguk kepala, aku dengar orang panggil aku dari jauh, “Samad!” Aku toleh, tengok-tengok Cikgu Disiplin.

“Orang suruh pergi padang, kamu duduk terhendap-hendap dekat sini buat apa?!”

“Saya… saya…” tangan aku dok tuding-tuding pintu stor tu.

“Saya, saya. Saya apa?! Dah, pergi!” Jerkah Cikgu Disiplin yang memang sengaja cari alasan untuk marah orang. Aku, apa lagi? Mencanak-canak ke padang. Sempat aku toleh, tengok cikgu tu buka pintu stor tu, dok tinjau-tinjau. Mungkin dia nak tahu apa yang aku nak tunjuk tadi.

Okay, selesai cerita hari sukan tahun tu. Mana part seramnya? Tiga hari selepas hari sukan tu. Isnin. Hari yang lebih aku ingat berbanding hari-hari lainnya.

Budak-budak blok hujung complaint, kata mereka asyik terhidu bau busuk. Sampai cikgu-cikgu yang mengajar pun turut tertanya-tanya puncanya. Selepas dapat aduan, makcik-makcik cleaner pun jalankanlah tugas diorang. Cari dari mana arah punca bau tu.

Rupa-rupanya bau tu datang dari dalam stor penyimpanan perabot. Bila mereka periksa, dalam bilik tu ada sarung maskot lusuh yang kelihatan kotor dan basah. Yang peliknya, gaya maskot tu duduk bersandar atas kerusi, macam ada orang dalam tu. Mereka syak sarung itulah punca baunya.

Makcik-makcik tu tak berani nak dekat, cikgu-cikgu lelaki pun dipanggil untuk periksa. Cikgu Jazlan sebagai cikgu paling berani dan macho pun dengan selambanya buka kepala sarung tu.

Tercampaklah kepala sarung tu dari tangan Cikgu Jazlan bila dia tersadung-sadung berlari keluar. Terbalahak dia muntah dekat longkang luar stor tu.

Berdasarkan cerita diorang, masa mayat Cikgu Disiplin tu dijumpai,seluruh badannya dah semakin reput menggelembung. Cecair dah mula keluar dari rongga-rongga badan. Mungkin disebabkan udara dalam sarung tu terlampau berbahang, mayatnya rosak lebih awal dari yang sepatutnya.

Selepas polis datang soal siasat, rupa-rupanya selain aku ada juga beberapa orang pelajar yang nampak maskot tu pada hari sukan tu. Sama juga, maskot tu cuba panggil-panggil diorang. Tapi diorang jauhkan diri, tak mahu. Sampailah aku pula yang dipanggilnya.

Katakanlah pada hari sukan tu Cikgu Disiplin tak terserempak dengan aku. Akukah yang akan berada dalam sarung tu?

Sekejap… masa Cikgu Disiplin tanya aku buat apa hari tu, aku yang dok tuding-tuding bilik stor tu. Kemudian, barulah cikgu tu jenguk ke dalam stor.

Jadi… Cikgu Disiplin tu m**i sebab aku ke?

Tamat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mulut Puaka

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

209 thoughts on “Maskot Kedua”

  1. ehh, garang kan cikgu disiplin dulu2? aku dulu kalau bertembung dgn cikgu disiplin, ketooooo lutut2.

    kalau ko tanya aku, ye, mmg salah ko. hahahhahah

    ~aku komen bila free je, bila takde keje. huhu
    ~malam2 aku komen kalau takde benda nak buat yelah, bujang kan, takde komitmen

    Reply
  2. errr, maaf kalau bertanya di sini.

    soalan, korang punya phone, ada masalah mcm aku tak? kena bukak app whatapps dulu baru whatapps masuk?

    #tanyajer
    #jgnkecam
    #huhu

    Reply
  3. seramnyaaaaa! Cikgu disiplin tu masok bilik tu ke? Macam mane die ade dalam maskot tu? huishhhh.

    Aku ade perasaan takut dengan maskot. Dulu waktu aku konvo tadika 6 tahun, ade maskot ayam kepsi happy meal tu, kawan2 aku yang lain semua dok seronok pi dekat maskot tu. Aku pulak pi duduk sorang2 tempat jauh dari maskot. Ape yang takut sangat dgn maskot tu aku pun tak tahu. Sampai sekarang jugak aku masih ade rasa takut2 dengan dak dak maskot ni walaupun aku tau manusia yang ade dalam maskot tu.

    hahahahahhahahahha k bai

    Reply
  4. Wah angker betul maskot tu. Sampai sekarang ke misterinya tu? Memang kalau dah kau ikut maskot tu masuk memang dah arwah rasanya. Btw dapat rasakan jalan cerita ni seram walaupun pendek tapi padat.

    Reply
  5. Lol kalau korg nk tau yg gmbar tu killer bunny pmbunuh dlm deepweb dia bnuh org yg rsa dia ptut ada 1 family dia bnuh dah sruh si bapa makan daging isterinya sendiri…

    Reply
    • Ya..btul tu..tp ada ksilapan d situ..killer bunny nie sbenar nya pmbunuh upahan scara percuma..tp yg teruk nya..pas dia dpt b***h sorg target tu..dia minta pula target org lain tuk d b***h..klau x org yg request tu akan d b***h..
      Yg 1 family tu maskot lain..diorg jg sorg pmbunuh..suru suami mkn sup usus istri nya dlm mangkuk..

      Reply
  6. Hantu ???

    Maira share dekat sini je la ye. Sebab tak panjang mana pun..

    Ceritanya, sehari sebelum cuti Deepavali hari tu, Maira nak balik kerja dalam pukul 7pm macam tu. Tiba-tiba kereta tak boleh start. Maira decide balik naik bas. Tapi tunggu bas smpai dua jam lebih. lastnya Maira balik jalan kaki je la. Sebab dari office ke rumah tak jauh mana sebenarnya. Kalau naik bas pun tambang RM1 je.

    Nasib tak berapa baik malam tu, time Maira naik jejantas tiba-tiba bunyi macam orang seret kasut. Bila toleh belakang tak ada sesiapa. Bila jalan lagi, bunyi lagi. Maira jenguk juga ke bawah, kut la ada orang sebelah bawah ke. Tapi memang tak ada, kereta yang lalu lalang je.

    Maira terus buka langkah seribu bila bunyi tu makin dekat. Sampai dekat bawah jejantas tiba-tiba terbau wangi. wangi macam bau bunga. Dari kawasan bawah jejantas tu memang tak ada sesiapa dekat atas jejantas tu. Pelik! Bunyi tu dari mana???

    Reply
    • “Dia”nak ikut maira balik rumah tu disebabkan selipar dia dah putus maka diseret seretnya lah selipar dia tu untuk bagi hint akan kewujudan dia. Kot ler. Maira dah lah sorang sorang masatu berani tak berani agaknya ya dat time dgn segala bunyi bunyian angker semua tu.

      Reply
        • Memang takut sangat kalau dah sampai berlari turun tangga sampai terseliuh kaki tu. Sebelum ni pernah ke balik waktu macam tu? Atau haritu je nasib tak best?

          Reply
          • selalu tak pernah balik lambat sampai macam tu.. maira salahkan bas.. sebab tunggu bas tp xde. hahahaha & memang haritu nasib sangat tak best

  7. Dulu teringin nk join maskot konon boleh buat perangai gila2, menari gelek tonggek sakan sbb orang tak nampak muka. tp skrg pun ada perasan teringin, lepas baca cerita ni pun, masih teringin jugak. HAHA

    Reply
          • BUKAN AKU LAH YG KOMEN KALAU CAKAP BUKAN2 NI. HARITU JURIFS DEDAHKAN EMAIL AKU. AKU TAK TAHU SAPE YG GUNA EMAIL AKU NI. BUAT ONAR PULAK,

          • Serious lah medical? Juri Fs dedah email kau? Macam mana dia boleh dapat? Pelik aih. Ada kena mengena dengan dia ke?

          • HARITU MASA ADMIN TENGAH NAIK TARAF BLOG NI. DALAM PADA MASA YG SAMA, KITA NAK KOMEN, AKAN KELUAR NICKNAME DAN EMAIL. SI JURIFS TU PEGI TEPEK EMAIL AKU DEKAT RUANGAN KOMEN NI. AKU TAKTAHU LAH SAPE YG CLONE AKU NI. TAPI AGAK2 LAH, EHHH, MARAH PULAK AKU, DAHLA CAKAP BUKAN2. MENJATUHKAN NAMA AKU PULAK.

          • Hahahahahahahaha kenapa aku rasa lawak sangat ni hahahaha. Makanya siapa yang terperasan email kau tu dia copy paste lah agaknya macam tu? Dah juriFS letak kat comment email kau tu so sampai sekarang lah ada kan comment yg ada email kau tu? Mak aih. Bahaya weh siapa siapa je boleh jadi dak medical yg sebenarnya.

          • Faz haritu masa admin tengah setting page FS ni.. memang byk email org lain yg keluar time kita nak komen. email & username. kebetulan JuriFS dedahkan email medicak dekat komen dy.. entah pasal apa entah masa tu medicak ngn JuriFS kecohkan.. maira pun tak baca sangat..

          • Dan si medical pun mengaku ke tu email dia atau juriFS yang kantoikan dan try log in guna username dan email budak tu? Ramai kena macam ni? Atau dia sorang je?

          • ramai yg kena. maira pun perasan. time nak post komen.. keluar username & email sape ntah. terus delete je. Tp nasib medicak tak berapa best sebab JuriFS terus tepek email & username dy dekat komen & medicak memang cakap tu email dy.

  8. Lain mcm j.abistu ap dapatan sisatan polis tu.xkn kes dtutup cmtu j.pak2 ust xkata apa2? Pakguard xkan xperasan kete cikgu tu ada kt skola 3 hri?

    Detektif conan da akak..huhu

    Reply
  9. 3 tahun lepas,time hang darjah 3.
    Jangan cakap aku,penulis ni umuq 12tahun.

    Perghhh. Menangis cikgu BM baca karangan tahap dewa hang ni diknon.

    Reply
  10. ishhh ishhh…cerita benar ke nie cu? kalau cerita benar nenek nak cari sekolah mana…hihi…

    nenek dlu kat sekolah suka masuk acara lari2, mmg semua acara nenek sapu..hehehe..tandas sekolah nek dlu pon mmg angker,,satu hari tu nenek nak pegi tolet, ajak kwn nek teman kan…tgh syok2 layan “bnda” ni nak kluar, tetiba dengar org ckp, “cantikkkk…cepatttt..” ulang 3 kali.. suara nya sayup n meleweh2 (mendayu)..nek pon cakap la, kejap wei, kejap.. sekali kluar tgk takde org.. nek pi la tanya kat kawan nek, wei safiah, ko ke yg panggil aku suruh cpt td…mana ada, aku da blah tggal kan ko td, lama sgt.. siot ko erk.. da tu, sape yg panggil nama aku suruh cepat, cepat td…ishhhh…

    sejak aritu, nenek telah bersumpah, takkan ke toilet walau ape pon yg terjadi…huhuhu…

    Reply
  11. ADMIN, BOLEH KOT AMBIK TINDAKAN NI. BUKAN AKU YG KOMEN NI. MELEBIH2 PULAK AJAK HISAP GAM KETUM BAGAI.

    ~WEI, KO, TAK BEST KOT MAIN2 CLONE MCM NI. KO DAH TAHU EMAIL AKU, TAK PAYAHLAH GUNA. NAK KETUM KE, DADAH KE, GUNALAH NICKNAME KO SENDIRI

    Reply
  12. Comelnye maskot rabbit tu!! Mata diaaaa. Btw seram bila timbuk persoalan gitu. Jeng jeng jeng.. memang dia panggil sebab nak b***h kot..

    Reply
  13. Time skolah dulu x pernah skola aku sediakan maskot. Untungla skola penulis ni ada maskot, bertambah meriah sukan skolah.
    Tapi dulu kalau ada maskot pun, aku tak sempat jugak nak gi bergambar, semua acara aku nak masuk. Hahahaha..

    Reply
  14. cerita pendek je weh . tapi agak scary ah . after tahun tahun seterus nya takda kes lagi ke ? kisah zaman silam sejarah maskot tu ke ? takde pape ke . aku curios sehh

    Reply
  15. Tu ar jd cikgu disiplin tu jgnlah garang sgt…
    Sesekali cubelah dgr penjelasan anak2 murid…
    Jgn main tengking dan hukum jer…
    Udahnye makan diri sendiri…

    Dik…
    Atau lebih sesuai, anak…
    Iyeke ko ni darjah 6 skrg???
    Tgk elookkk jer karangan ko ni…
    Kompem UPSR BM dpt A ni…

    Reply
    • Iyee lah kn.. betul ke darjah 6 skrng? Aku baca part ne “Perkara ni berlaku tiga tahun lepas. Waktu aku darjah tiga.” Terus aku dok pikir,betul ke neyh??

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.