Maya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS.
Kalau cerita aku ini dipublish, terima kasih kepada admin FS. Aku sebenarnya tengah syok baca cerita cerita di FS ni, tiba – tiba teringat pengalaman aku dengan kawan aku masa belajar dulu. Walaupun dah beberapa tahun tapi masih segar di ingatan aku peristiwa itu.

Aku dulu belajar (diploma dan degree) dekat Melaka. Tak perlu lah aku sebut di institusi mana, tapi pembaca pun tahu kan, Melaka punya angker tu lain macam. Mungkin tapak sejarah kan, tapi kalau di ikutkan di mana mana sahaja di Malaysia ini merupakan tapak sejarah tapi Melaka punya paranormal activiti tu melebih pula. Mungkin sebab banyak institusi pengajian di sana, jadi paranormal aktiviti tu ramai yang rasa.

Aku dengan seorang lagi kawan aku, kita panggil dia Maya (bukan nama sebenar). Aku dan Maya memang berkawan baik, boleh kata ke mana sahaja aku berdua dengan dia. Tidur sekali, makan sekali, belajar sekali tapi yang pelik dia pandai, aku tak berapa pandai. Haha.

Maya seoarang yang cantik dan seperti mana semua orang tahu “makhluk – makhluk” ghaib juga suka pada kecantikan. Sepanjang aku berkawan dengan Maya, dia tidak lah selalu di kacau tapi Maya kuat mengigau. Maya mengigau yang menakutkan, bukan sahaja mengigau bercakap cakap tapi Maya juga mengigau dengan pergerakan. Contoh yang paling aku ingat ialah, satu malam bila kami sedang tidur di rumah sewa, malam tu panas sangat (Melaka memang panas), jadi kami tidur muka menghadap kipas masing masing. Atas katil yang sama tapi membelakangi sesama sendiri.

Disebabkan kepanasan kami berdua tidur tidur ayam, tahu tak seperti tidur yang tak tidur sangat disebabkan keadaan yang tidak selesa. Tiba – tiba aku rasa katil tu ditekan, seperti ada orang menghampiri aku, aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku diam kan saja, aku tahu tu Maya yang bergerak tapi kenapa hati aku tak sedap? Kenapa aku rasa takut sedangkan aku memang tahu atas katil tu ada aku dan Maya. Aku tinjau dari hujung mata aku, aku nampak Maya seperti menjengah aku, Dalam hati aku berkata “apahal perempuan ni, nak buat surprise ke apa”. Aku masih menutup mata dan aku dapat rasakan yang Maya bangun daripada katil dan keluar daripada bilik.

Setelah beberapa minit suasana senyap, aku bangun daripada katil dan mula mencari Maya. Terkejut dan terkujat nya aku bila aku nampak Maya sedang duduk di depan cermin di ruang tamu rumah sewa kami dan sedang membelai dan menyikat rambutnya. Macam puteri puteri lama zaman dahulu. Korang boleh bayangkan tak, pukul 2 pagi, dalam gelap gelita, Maya boleh bangun daripada tidur dan pergi sikat rambut di ruang tamu. Degupan jantung aku semakin kuat, betul ke Maya tu, Aku risau juga kalau kalau bukan Maya yang ada didepan aku tu. Bila aku datang dekat ternyata matanya tertutup dan bila aku panggil Maya, dia memang tak sedar, bila aku pegang baru dia sedar. Dan ya Maya memang mengigau. Dia tak sedar pun yang dia bangun dan berjalan keluar bilik. Itu peristiwa yang tak kan aku lupa.

Kami berdua tinggal dirumah sewa di kawasan kampung, rumah itu rumah banglo, besar boleh memuatkan 10 orang student. Tapi sewanya murah dan keadaan keliling agak gelap. Tapi aku dan Maya tak kisah sebab selesa. Walaupun boleh memuatkan ramai orang tapi kami dapat bilik dan bilik air sendiri. Tapi kami duduk di rumah itu tidak lama kerana pada satu malam pada hujung minggu kami di ganggu dengan gangguan yang sejujurnya kami juga tidak tahu apa.

Gangguan tu bermula dengan bekalan eletrik rumah kami putus, jadi bergelap lah kami. Dan diikuti dengan bunyi ketukan di tingkap tingkap. Kami yang ketakutan memangil polis dan yang pelik nya setiap kali polis datang. Rumah kami okay, tiada ketukan dan elektrik juga ada. Malam itu antara malam paling mimpi ngeri dalam hidup kami, polis datang 4 kali untuk memastikan yang kami bukan dikacau oleh budak budak nakal kampung. Akhirnya polis suruh kami bermalam ditempat lain kerana mereka juga tidak tahu cara menolong kami. Hujung minggu tu jugak kitaorang pindah rumah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

B

4 thoughts on “Maya”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.