Merana Kerana Perbuatan Bekas Suami 2

Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana siarkan kisah aku MERANA KERANA PERBUATAN BEKAS SUAMI. http://fiksyenshasha.com/merana-kerana-perbuatan-bekas-suami/
Kali ni aku Cuma nak repost je. Edit balik cerita mana yang korang semua tak faham. Maaf kerana korang tak faham jalan cerita aku.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Eyla. Nama samaran je ni. Bukan nama betul. Berusia 29 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah apa yang berlaku dalam hidup aku sendiri. Maaf sekiranya cerita yang ingin aku sampaikan ni tak menepati tahap keseraman yang korang nak. Aku berkahwin awal ketika usia 19 tahun dan mempunyai ada pada usia 20 tahun. Perkahwinan aku tak lama. Aku tak sebumbung dengan bekas laki aku. Aku stay dengan family aku. Sebaik diijab kabulkan, hanya 2 hari dia balik rumah lepas tu makin jarang. Kalau berjumpa pun atas ‘keinginan untuk bersama’ di mana-mana hotel. (Dah macam ayam dah aku rasa diri aku masa ni). Tapi aku bodoh masa ni. Ikut je. Perkara berlanjutan sampai aku mengandung beberapa bulan.

Apa yang sering menjadi tanda tanya adalah aku sering kali jadi seperti lembu dicucuk hidung. Mengikut segala kemahuan dan rentak bekas suami. Sejujurnya saat kami berjauhan, aku selalu tekad untuk berpisah namun langsung tiada usaha yang aku lakukan untuk itu. Seolah-olah segala tindakan aku terbatas. Dari awal aku bernikah sehingga saat aku nak melahirkan, aku masih lagi ditanggung hampir 100% oleh orang tua aku. Bekas suami aku hanya berikan nafkah sebanyak RM 200 sebulan. Tanpa menyediakan tempat berlindung.

Aku selamat lahirkan anak sulong aku pada mei 2008. Dan kami bercerai pada sept 2008. Sebab aku dah malas nak fikir lagi. Malas nak jadi isteri atas kertas atas sekadar pemuas nafsu. Ok buat pengetahuan korang bekas suami aku ni beza lebih kurang 20 tahun dari aku. Sebelum aku bercerai, aku dapat tau bekas laki aku ni dapatkan aku dengan cara salah. Dengan ilmu guna-guna. Jenuhlah pula mak aku ikhtiar bawa aku berubah. Last-last aku sendiri minta cerai. Aku ni dah macam lembu kene cucuk hidung. Bodoh je bila bekas laki aku layan aku serupa ayam!

Masa tu aku ikut dua pupu aku, Kak Ema balik ke rumah mertua dia dekat Perlis. Kebetulan bapa mertua Kak Ema diberi kebolehan untuk mengubat orang. Masa aku ke sana kandungan aku lebih kurang 5 bulan. Masa ni aku tipu bekas suami aku. Aku kata aku balik ke kampung. Dia takkan berani munculkan diri kat rumah family aku kalau aku tak ada. Yang ni aku tak tahu sebab apa. Hari ke-2 aku di rumah mertua Kak Ema, Kak Ema panggil aku duduk dengan bapa mertua dia. Aku lupa dah nama bapa mertua dia. Tapi aku bagi jela nama Pak Mat eh. Pak Mat ni kata dari hari pertama aku sampai lagi dia dah nampak aku lain. Dia tanya aku apa masalah. Aku pun ceritalah masalah aku.

“Suami saya tak balik rumah. Kalau nak bersama je baru datang jumpa saya. Yang saya tahu sekarang ni dia bersekedudukan dengan sorang janda. Orang Pantai Timur (Aku tak nak mention negeri mana). Saya ni kalau berdepan dengan dia tunduk je. Bila dia tak ada dengan saya, memang saya berangin satu badan.” Pak mat hanya tersenyum dengar cerita pendek aku. Dia bertanyakan nama bekas suami aku dan aku berikan. Dia juga ada minta gambar, pun aku ada bagi. Apa dia buat dengan gambar tu tak pula aku tanya. Sebab tak lama kemudian, dipulangkan semula pada aku dan dia minta aku simpan dalam lipatan baju dalam almari. Katanya nanti dia akan nampak jalan balik.

“Suami kamu ni memang sukakan kamu. tapi cara dia dapatkan kamu ni salah. Janda yang bersama dia ni pun gunakan cara yang salah pada suami kamu.”

Aku terdiam bila dengar kata pak mat. Sungguh sebenarnya masa ni aku dah tawar hati dengan bekas suami aku. Kalau boleh aku tak nak dah jumpa dia lagi. Jiwa aku tersiksa. Hati aku sakit.

“Tak apalah. Kamu simpan gambar tu macam yang pak mat cakapkan tadi. In shaa Allah, dia akan balik pada kamu.”

Setengah jam selepas perbualan antara aku dan pak mat, aku terima panggilan dari bekas suami aku. Dia tanya bila nak balik. Rindu katanya. Aku cakap tak tahu lagi sebab aku balik pun tumpang orang. 3 hari aku di Perlis. Balik dari Perlis aku bermalam di rumah Kak Ema sebelum mak aku ambil aku balik ke rumah. Sampai je kat rumah, aku terus buat apa yang pak mat pesan.

Malam tu aku terima 1 pesanan sms

‘Mandrem abang ke?’.

Aku terkedu. Bila masa pulalah aku mandrem dia. Aku diam. Langsung tak balas. Perjalanan hubungan kami masih sama. Berjumpa atas keinginan dia untuk bersama. Sehinggalah aku bersalin.

Sepanjang tempoh berpantang, aku dijaga rapi oleh emak dan ayah aku. Bekas suami aku? Jangan di tanya ke mana. Sehari sebelum aku bersalin, aku macam orang gila menangis dalam wad. Buat pengetahuan korang, aku dimasukkan ke wad akibat jantung baby yang lemah dan terpaksa induce. Sehari sebelum aku selamat melahirkan, bekas suami aku melawat aku dalam wad dan bertanya aku sama ada anak dalam kandungan tu adakah anak dia atau bukan. Itu yang buat aku menangis macam orang gila. Nampak je mak dan ayah aku menghampiri katil aku, dia cepat-cepat berlalu. Melihat aku yang bengkak mata macam tu ayah bertanya kenapa aku menangis sampai bengkak mata. Aku ceritakan pada ayah apa yang berlaku.

Ayah aku bukanlah jenis yang suka campur tangan urusan rumahtangga anak-anak walaupun dia tahu macam mana keadaan aku. Masa tulah ayah aku bagi kata putus.

“Lepas kau habis pantang ni, ayah nak kau buat keputusan sama ada berpisah atau jadi isteri atas kertas.” Aku diam mendengar kata dua yang ayah aku berikan.

Aku selamat lahirkan bayi lelaki melalui pembedahan dengan hanya ditemani oleh mak dan ayah diluar bilik pembedahan. Mak aku sempat call bekas suami aku dan dia cuma katakan dia ada mesyuarat. Sungguh mak dan ayah aku kecewa ketika tu. Selepas habis pantang, aku terus menetap di rumah aku. Sebelum bersalin aku dapat rumah. Tapi aku tak terus duduk rumah tu. Ayah aku yang cuci dengan adik-adik aku. Lepas habis pantang aku duduk berdua dengan anak sulong aku. Nak dijadikan cerita beberapa bulan lepas aku bercerai, aku selalu nampak kelibat dekat ruang tamu rumah aku. Masa tu aku jenis tidur tak tutup pintu bilik.

Mulanya aku buat tak tahu je. Anak aku pula masa tu jenis tidur lambat. Aku selalu layan tv kat ruang tamu. Lepas je pukul 10 malam aku rasa ada benda berdiri dekat pintu rumah aku. Aku duduk PPR je. Dahlah dekat PPR ni memang selalu je ada gangguan dengar orang tarik kerusi, orang drill, main guli, menumbuk dan macam-macamlah bunyi yang tak masuk akal waktu tengah-tengah malam. Bila aku ternampak kelibat tu melalui ekor mata aku, aku terus toleh. Tak ada apa pun. Aku pun buat bodoh jela. Tiba-tiba anak aku menangis menjerit-jerit. Masa ni dia lebih kurang dalam 7 bulan macam tu. Aku pun angkat dia masuk bilik lepas tutup suiz kipas, lampu & tv. Rumah aku tak pernah aku biarkan gelap.

Malam tu aku nampak atas almari aku perempuan rambut panjang, mata merah. Korang boleh imagine tak macam mana hantu dalam cerita ring tu merangkak? Macam tulah posisi dia duduk atas almari aku. Dia duk tenung je aku. Masa ni anak aku dah tidur. Aku nak bangun badan rasa berat. Nak capai hp kemain jauh lagi hp masa tu, dalam hati tak tau dah ayat apa aku baca. Semua jadi tunggang langgang. Duk tengok dia tenung je. Aku pun capai selimut selubung 1 badan. The best part, dia boleh main cuit sana, cuit sini bila aku dah selubung tu. Tak cukup tu, aku dengar dia cakar dinding. Aku ni memang spesis penakut. Ketuk-ketuk tingkap bilik aku. Tingkap bilik aku ni mengadap jalan raya. Tak ada balkoni pun! Yang eloknya aku ni duk tingkat nun berbelas di atas. Dalam takut tu aku baca je apa yang aku boleh baca sampailah terlelap. Esoknya aku mandi siap-siapkan anak aku, berdesup aku pergi rumah ayah aku. Nak mengadulah. Nak buat apa lagi.

Bila aku cerita apa yang jadi ayah aku pun buka cerita.

“Malam yang kami buat baca doa kat rumah kau tu, ayah pasang 2 lilin. 1 tu dah lama pasang. 1 lagi ayah pasang lewat. Tapi lilin yang ayah pasang lewat ni dah nak habis sedangkan yang dah lama pasang tu separuh pun tak sampai lagi.”

Aku dah terdiam seketika dengar cerita ayah. Lama baru aku tanya kenapa.

“Masa baca doa tu, ada benda duduk dekat lilin tu. Dia tak bagi buat semua tu. Dia tak suka. Dia nak rumah tu biar masuk macam tu je. Tanpa sebarang bacaan doa atau ayat suci.”

Aku dah meremang. Masa dorang buat doa selamat tu, just sedara mara je. Tak sampai 10 orang pun. Masa tu rumah aku belum ada letrik lagi. Orang TNB tak pasang lagi. Plus PPR aku duduk tu baru je dalam proses permindahan. Then aku teringat 1 benda. Rumah aku pasang grill kat tingkap tandas dan tingkap bilik depan. Sebabkan tak ada ampai baju. Aku ikat tali dari grill tingkap tandas ke tingkap bilik. So ada tali ampaian melintang pintu masuk rumah aku. Aku ceritalah kat ayah aku yang sebelum bercerai dulu, bekas laki aku pernah marah aku sebab buat ampaian macam tu. Dia cakap, “habis ilmu jatuh”. Yang ni memang aku tak faham. Tapi aku tengok ayah aku dah sengih. Aku rasa nak menangis masa tu. Yela bayangkanlah aku ni duduk berdua je dengan anak aku. Anak aku tu pula bukannya tau apa.

Tak lama lepas peristiwa tu, aku sakit. Sakit yang doktor sendiri tak dapat detect. Bekas laki aku memang tak henti-henti masej aku ajak jumpa. Aku buat tak layan je. Sebab hati aku sakit. Tapi entah macam mana dia ajak jumpa 1 hari ni, aku boleh setuju. Jumpa dekat kedai makan berhampiran tempat kerja aku. Dia ajak aku kahwin balik dengan dia lepas perempuan yang dia kahwin selepas aku tu tinggalkan dia sebab curang dengan askar. Padan muka kau! Rasakan macam mana sakitnya dipermainkan. Aku tolak mentah-mentah. Balik kerja aku cerita kat mak ayah aku, dorang mengamuk sebab aku pergi jumpa. Masa ni aku tengah hangat berkasih dengan polis bantuan 1 tempat kerja dengan aku. Masa tu dia dalam proses nak meminang aku. Tapi tak lama lepas tu, lebih kurang sebulan dari hari aku jumpa bekas suami aku tu, dia minta hubungan kami diputuskan. So aku pun redha. Mungkin sebab status aku sebagai janda anak 1.

Lebih kurang setahun lebih lepas peristiwa tu, perut aku membusung. Sini puncak segala gangguan terhadap aku. Dahlah membusung, orang kata aku pregnant takde laki. Bukan orang lain yang bercakap tu. Mak cik aku sendiri. Aku pasrah. 1 hari Allah akan bentangkan kebenaran. Tu je yang mampu aku pujuk hati aku masa tu. Aku tak boleh tidur malam. Anak semakin jauh dengan aku. Terpaksa biar duduk dengan ayah aku sebab emosi aku terganggu. Aku bukan gila! Kau bayangkan malam-malam dia muncul kat balkoni dapur. Tenung aku yang sibuk nak buat susu anak. Tenung aku yang nak ke bilik air. Duduk depan pintu rumah, bila aku pandang slow je mengundur dan menghilang disebalik dinding.

Baru nak lelapkan mata dengar bunyi perabut kena seret makin lama makin kuat. Dinding luar dekat tingkap bilik aku tu dia main cakar-cakar. Siap mengilai. Bila aku pandang arah tingkap berdesup dia terbang. Bila keadaan semakin teruk, pak cik aku tolong pagar rumah. Tapi tak lama tembus juga benda tu masuk. Makin dipagar makin ganas. Ayah aku tak betah tengok keadaan aku. Terus ajak Abang lang, anak kakak ayah bawa aku berubat kat Rawang. Aku tak ingat nama tempat tu. Mulanya aku tak nak ikut. Tapi abang lang pancing kata nak pergi makan roti canai. Kat sana sedap. Aku memang suka makan roti canai masa tu. So aku pun ikut. Anak aku, mama abang lang & isteri dia tolong tengok-tengokkan. Memang dorang tak bagi bawa. Aku pun tak syak apa sebab elok je anak aku main dengan sepupu sepapat dia.

Masa dalam kereta aku dah jadi cacing kepanasan. Aircond yang sejuk aku cakap panas. Aku marah ayah aku. Aku cakap panas. Ayah diam. Tapi aku yakin masa ni abang lang ada baca ayat sebab tu aku kepanasan. Sampai je kedai roti canai tu, aku order buat selamba. Aku dah tak kepanasan lagi. Tengah aku makan datanglah sorang lelaki ni lebih kurang sebaya ayah aku. Dia tenung je aku tapi aku buat bodoh je. Cuma telinga aku dapat menangkap butiran ayat yang diucapkan pada abang lang.

“Kuat ni. Bukan calang-calang sebab tu boeh tenung aku macam tu”.

Aku buat tak tahu sebab aku tak rasa ayat tu ditujukan pada aku. Lepas makan, abang lang bawa kami ke rumah pak cik tu. Aku berkeras tak nak masuk rumah tu. Ayah pujuk dan aku ikutkan juga setelah berkali ayah pujuk. Sebaik aku duduk bersimpuh, kaki aku sejuk. Aku mengadu kat ayah. Ayah pegang kaki aku. Sungguh sejuk macam air batu. Aku makin tak keruan. Pak cik tu pujuk aku minum segelas air lepas diorang berbual. Aku tak dapat tangkap butiran perbualan dorang tapi sebaik habis segelas air kosong aku minum, aku terus nak muntah. Apa yang keluar aku tak tahu sebab aku ditegah buka lampu bilik air.

Seingat aku, aku menangis tanya siapa buat aku macam ni. Semua tak nak bagitahu. Malam tu aku buat solat hajat. Aku mohon Allah tunjukkan siapa. Tak lama pun, aku dapat dari mimpi. Semuanya perbuatan bekas suami aku. Bahkan aku juga dapat petunjuk yang dia menggunakan ilmu orang asli. 2 hari aku termenung. Akhirnya aku tekad tanya ayah dan akhirnya ayah mengiyakan mimpi aku.
2-3 bulan lepas tu aku rasa tenang sikit walau perut aku makin membusung. Lepas reunion family belah ayah aku sebelum puasa, aku jadi rapat dengan sorang abang sepupu aku. Anak arwah mak long aku. Abang zil.

Dia ni dah lama menghilangkan diri, dah lama jauh dari sedara mara. So bila reunion tu, dia nekad tak nak terputus hubungan lagi dengan sedara mara. Masa ni aku masih membusung dan emosi aku kembali tak stabil sebab gangguan yang aku rasakan dah hilang mula kembali lagi. Hari tu hari sabtu, lebih kurang 3 minggu selepas raya. Abang zil ajak aku melawat pak cik aku di Port Dickson. Disebabkan aku tahu jalan, jadi dia ajak aku temankan dia. Aku bawa anak aku sekali. Malam tu selepas ziarah pak cik aku, kitorang tak terus balik. Abang zil bawa aku dan anak aku jalan-jalan kat teluk kemang.

Masa ni aku rebah. Aku tak ingat apa yang jadi. Tapi menurut abang zil, aku pengsan tak sedarkan diri. Pagi tu bila aku sedar, kami dalam perjalanan balik ke kampung ayah. Sampai 1 simpang nak masuk dalam kawasan kampung, aku dah nak buka pintu kereta tapi tindakan abang zil buat aku terselamat dari terjun kereta. Aku menangis merayu ajak dia balik KL. Dia pujuk aku cakap nak jumpa mak cik kitorang. Tapi aku tahu dia tipu bila dia masuk ke simpang lain. Sampai depan rumah tu dia parking, aku tak keluar. Anak aku ikut dia keluar. Sebelah kiri aku ladang getah. Sebelah kanan aku rumah kawan abang zil.

Cik Lan namanya. Dia ni bekas anak murid arwah atok aku. Dia ubatkan aku dari jauh. Seinci pun tak dekat dengan aku. Tapi tahap kepanasan aku tu dan serupa Kena panggang hidup-hidup aku rasa. Seksanya. Selesai je, cik lan bekalkan air dengan limau. Untuk mandi dan untuk minum. Garam dan lada hitam untuk pagar rumah. Kami balik KL dan malam tu juga abang zil pagarkan rumah aku. 3 hari aku ditegah tidur kat rumah. Aku balik ambil baju je. Sepanjang 3 hari tu aku tidur rumah ayah. Dan ayah selalu tak tidur perhatikan aku. Tidur aku sering terganggu. Aku sering meracau. Sedangkan aku rasa lena sangat tidur aku. Tapi ayah pula kata sebaliknya.

Selepas 3 hari aku balik ke rumah. Aku duduk je dalam bilik, ada 1 bau daging busuk dan aku tak tahu dari mana datangnya. Setapak kaki aku melangkah keluar dari pintu bilik, bau busuk tu hilang.
Puas aku geledah 1 bilik dan aku terjumpa 1 daging busuk. Aku tak tahu dari mana datangnya. Yang aku ni bodoh alang pergi buang macam tu je. Daging tu bulat macam daging burger. Walau dah busuk tetap tak berulat. Aku dah buang baru aku cerita kat ayah dan abang zil. Masa nilah abang zil kata patut bakar. Aku cakaplah aku mana tahu. Lepas pada tu aman, perut aku beransur pulih. Dan masa nilah abg zil ajak aku kahwin dan tak lama lepas tu kami bernikah.

Lepas tu aman. Tak ada dah gangguan dan aku tau dari siapa punca gangguan tu. Dalam aku fikir semuanya dah berakhir rupanya tak. Saban tahun ada je gangguan yang aku terima. Aman seketika lepas tu ada balik gangguan. Adik aku diganggu. Pocong duduk di tepi pintu bilik. Bila tidur je selimut dia di tarik. Kalau kawan-kawan dia datang rumah, makin seronoklah benda tu kacau. Sampai adik aku demamlah. Dan sehingga ke hari ni, aku masih diganggu. Bahkan anak aku turut nampak. Sampai takut nak ke bilik air dah anak aku tu.

Hasil dari perkahwinan ke 2 aku, aku dikurniakan 3 orang anak. Dah kesemua anak-anak aku boleh nampak sehingga hari ni. Kalau anak aku yang no 3 tu nampak benda-benda macam ni dia akan bersilat. Aku tak tahu kenapa tapi lepas pada tu memang tak de dah benda tu. Pernah 1 hari tu anak aku tumbuk dinding tingkap bilik aku. Masa tu aku dapat rasa ada benda bertenggek kat tingkap. Buat pengetahuan korang anak aku ni baru 3 tahun. So kalau bawa dia keluar memana dan nampak dia bersilat tu, memang kitorang akan ambil langkah berjaga-jaga.

Anak aku tak pernah menuntut silat dari sesiapa. Apatah lagi usia dia baru 3 tahun. Dan yang terbaru, aku sakit lagi. Aku pasang ruqyah. Aku merengek kepanasan. Aku dalam bilik masa tu. Aku cakap kat suami aku yang aku nak keluar sebab panas sangat. Aku tak tahan. Aku nak tutup ruqyah tu tapi dia tak bagi. Jadi aku nak keluar pun dia tak bagi. Lebih kurang 10 minit lepas aku cakap nak keluar, suami aku keluar pergi dapur. Buat susu anak. Dia masuk je bilik tanya aku panas lagi tak. Aku cakap dah kurang. Dia ajak aku mandi tapi aku kata sejuk. Aku berkeras tak nak mandi.

“Dia dah balik dah. Sebab tu dah tak panas lagi.” Aku buat tak tahu je apa yang suami aku cakap. Yang aku tahu aku cakap aku nak tidur.

Esoknya masa suami aku kat tempat kerja, dia hantar whatsapp bagitahu kenapa dia cakap benda tu dah balik. Rupanya ada yang menunggu aku keluar dari bilik. Tingkap ruang tamu aku tak tutup masa tu. Suami aku nampak langsuir bertenggek kat tingkap tu. Elok je suami aku pandang dia, dia terbang. Suami aku cakap tak tahulah apa akan jadi kalau aku yang keluar masa tu. Suami aku dalam proses nak bawa aku balik berubat lagi sekali tapi macam yang pernah jadi sebelum-sebelum ni, semua gagal. Kandungan aku juga pernah hilang ketika usia 10 minggu. Kalau korang nak tau, gangguan ni terjadi akibat perbuatan syirik orang. Bukan hanya dari bekas suami aku yang aku terima kini tapi juga dari orang lain yang aku sendiri tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku. Aku mohon maaf sekali lagi kalau cerita aku ni tak menepati tahap seram yang korang harapkan. Aku ni tak pandai menulis sangat. Dan aku harap kali ni korang faham jalan cerita aku.

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
eyla

9 thoughts on “Merana Kerana Perbuatan Bekas Suami 2”

  1. sekarang baru faham jalan cerita. Macam mana busung tu hilang? Lepas buang daging busuk tu ke? perut terus kempis ke macam mana? huhu takutnya macam2 manusia buat untuk kepentingan diri.

    “Masa ni aku tengah hangat berkasih dengan polis bantuan 1 tempat kerja dengan aku.Masa tu dia dalam proses nak meminang aku. Tapi tak lama lepas tu, lebih kurang sebulan dari hari aku jumpa bekas suami aku tu, dia minta hubungan kami diputuskan. So aku pun redha. Mungkin sebab status aku sebagai janda anak 1.

    Lebih kurang setahun lebih lepas peristiwa tu, perut aku membusung. Sini puncak segala gangguan terhadap aku.

    Bukan hanya dari bekas suami aku yang aku terima kini tapi juga dari orang lain yang aku sendiri tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku.”

    So, bukan bekas suami je la yang buat? bekas kekasih sekali yang menghantar ke? huhu macam2 jadi dalam satu masa, semoga tabahlah penulis dan semoga cepat sembuh.

    Reply
  2. Good ..good…lg senang sket paham bila dh edit balik
    Ank yg No 3 tu maybe Allah beri keistimewaan utk sama2 lindung Ibu n family dia dr anasir buruk..InsyaAllah..think postive yer dik..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.