Midnight Dobi

Pertama sekali, terima kasih kepada admin sebab publishkan cerita aku. Ni second story aku harap tak da lah orang nak kecam, aku cuma nak kongsikan pengalaman aku ja untuk semua orang baca. Cerita aku ni tak delah seram mana tapi bagi aku seram lah juga sebab aku yang kena. Hahaha. Sebenarnya, dobi tak ada kena mengena sangat pon dengan kisah aku ni, tapi disebabkan dobi tu la aku melalui apa yang aku lalui ini. Aku dah merepek ni. Sebelum aku merepek lagi teruk, jom la baca.

Ok pertama sekali aku nak kenalkan diri aku. Nama aku Elle. Aku ni student salah sebuah IPTA dekat Kuantan, Pahang. Tak payah lah aku nak sebut nama IPT aku ni. Aku menyewa dekat taman perumahan dekat dengan kolej aku. Aku menyewa dengan 5 kawan-kawan aku, Arin, Lily, Julie, Jaja, Shasha.

Nak dijadikan cerita kitorang ni suka pergi dobi tengah-tengah malam . Ada satu hari tu lepas habis siap assignment semua, aku dengan housemate aku nak pergi dobi la macam selalu. Dalam pukul 9 malam macamtu. Tapi malam tu cuma Lily, Julie, Jaja dengan Shasha je yang nak basuh baju. Aku dengan Arin tak mau join sebab kitorang decide yang diorang berempat tu pergi naik kereta, lepastu aku dengan si Arin ni hanya pergi makan je naik motor. Lepas mendobi baru diorang join aku dengan Arin melepak kedai makan.

On the way nak ke kedai makan tu aku yang bawak motor, si Arin ni pulak bonceng aku. Macam biasalah aku dengan Arin ni kepala gila-gila sikit. Sepanjang jalan ke kedai makan ni kitorang tak sudah-sudah gelak macam pontianak hilang taring ada je modal nak gelak besar-besar. Sampai simpang nak ke kedai makan tu memang gelap gila lagi-lagi aku ikot jalan dalam cepat sikit nak sampai. Dalam gelak-gelak tu aku terpandang sorang pakcik tua ni berjubah putih, bertongkat, berjanggut panjang putih siap beserban lagi dok tenung kitorang, muka macam marah. Aku dah telan liur rasa macam tak sedap hati dah tapi si Arin ni boleh lagi dok gelak-gelak dekat belakang. Aku ingat dia ni tak nampak jadi aku diam jelah sampai kedai makan.

Dalam setengah jam macamtu sampailah budak 4 ekor ni nak makan sekali. Lepas makan kitorang pon nak chaw lah balik rumah. Masa dalam perjalanan balik rumah si Arin pulak bawak motor, sebab nak keluar area tempat makan tu akan ada roadblock tiap-tiap malam. Aku pulak takde lesen. Pintu hati tak terbukak lagi nak ambik lesen. haha. Si Arin ni pulak ada lesen tapi tak konfiden nak bawak moto. Macam biasa lah kitorang gelak gelak atas moto dok borak apa tah aku tak ingat. Lepas ja pada roadblock tu si Arin tiba-tiba berhenti tukar position suruh aku yang bawak. Dia berhenti betol-betol bawah bukit berhantu (kata orang-orang yang duduk dekat sini lah. Kalau tipu orang tu, tipu lah aku).

Tiba tiba datang 2 orang budak laki moto EX5 biru dok tanya aku “Tadi ada roadblck tak dekat sana?” Aku dengan lurus bendul kalah pembaris pon jawab “Ada lah.” (Kalau nak tahu kenapa aku cakap lurus bendul tunggu sampai ending). Aku pon meneruskan perjalanan sambil gelak gelak dengan si Arin ni tapi aku pelik bila aku tengok side mirror budak 2 ekor tu dok kejar aku macam nak main polis sentri. Aku dah cuak terus lah pecut motor macam nak tercabut meter. Ya lah aku dah tak fikir lain takot diorang ni perompak ke apa. Dalam dok kalut tu tiba-tiba si Arin mengadu nak muntah. Ah sudah buat perangai pulak si Arin ni. Aku malas nak layan sebab pikir dia main main. Aku jalan terus ja. Tapi si Arin ni macam dah nazak sgt dok cakap nak muntah nak muntah. Aku pon masuk satu kawasan perumahan aku park betul-betul bawah pokok mangga bagi Si Arin ni muntah.

Tapi aku nampak mamat dua orang tu tunggu kitorang dekat hujung lorong masuk taman perumahan tu. Lepas muntah tu dia mengadu sakit pinggang pulak. Sakit sampai Arin ni berguling macam popia (betol tak tipu) dekat jalan tar. Sambil tu aku sempat jeling kat hujung lorong tengok tengok mamat dua orang tu dah tak da. Aku dh cuak dah . Arin tiba tiba macam sakit sangat , tadi dok elok ja gelak gelak tak ingat dunia. Dalam cuak tu Arin mintak aku bawak pergi hospital sebab pinggang dia sakit sangat. Tak sampai seminit boleh pulak dia pengsan dekat situ, aku dah takut tak tau nak buat apa tak kan nak angkat dia bawak pegi hospital naik motor. Gila ke apa. Kalau kecik tak pa lah jugak.

Tiba tiba datang lah abang-abang hensem kawasan perumahan tu dekat aku. Dia offer nak hantar pi hospital bawak Arin aku pon setuju jelah dah ada orang nak tolong. Dalam kereta tu aku call budak budak rumah yang dah balik naik kereta tu suruh pegi hospital. Abang penyelamat tu bawak punyalah laju kancil turbo dia sampai aku rasa macam nak terbang dah dekat belakang. Punyalah dia risau dekat si Arin ni sampai dia langgar semua traffic light (tak tahulah kalau bulan depan bederet surat saman sampai. hahaha). Mulia sungguh hati abang tu.

Sampai ja hospital housemate aku pon sampai. Terkejut jugak aku cepat betol diorang sampai. Bawak kereta ke jet. huhu. Lepas abang penyelamat tu pon tolong uruskan urusan si Arin ni. Tunggu punya tunggu dalam pukol 3 pagi macam tu doktor pon keluar panggil aku masuk. Doktor pon cakap dia ni macam kena batu karang. Pelik bin ajaib kitorang sebab sebelom ni Arin sihat walafiat je. Aku iyakan ajalah dan masa tu aku tak syak benda benda mistik lagi. Lepas aku uruskan bil rawatan, kitorang pon bawak lah si Arin ni balik rumah macam biasa, tapi si Arin ni dok mengadu sakit pinggang.

Sampailah keesokan harinya, tinggallah aku, Arin dengan Lily ni dekat rumah. Lagi 3 ekoq tu dah berambus balik kampung sebab ada hal. Haaa part ni baru nak start kejadian mistik yang menganggu. Malam tu bapak Arin datang, dia bawak aku dengan Arin pergi makan malam. Lepas makan malam tu dalam pukul 9 lebih kami pon balik lah. Masa sampai tu aku turun dulu sebab nak bagi ruang lah Arin dengan ayah dia berborak. Masa aku turun, aku perasan anak jiran aku dalam umur 4 tahun macam tu berdiri dekat pagar rumah aku. Aku senyum pandang dia. Tak lama lepas tu si Arin ni pon turun nak masuk rumah, lepas dia lalu je depan budak tu budak tu terus menangis ligat, macam kena pukol, siap tunjuk tunjuk dekat Arin. Time tu bulu roma aku dah berdiri tegak dah. Pasal apa pulak dia menangis sakan ni padahal tadi elok ja pandang aku. Aku malas nak ambik kisah dah, aku bukak kunci terus chaw masuk bilik.

Sampai ja aku terus tukar baju, aku nampak si Arin ni masok tandas. Lama jugak. Aku diam jelah lepastu aku keluar lepak ruang tamu, aku nampak dia keluar dari tandas, dia panggil aku ajak masok toilet. Tudiaaa korang nak tahu apa aku nampak? dia muntah keluar rambut naa. Sumpah masa tu aku rasa meremang semacam. Rasa nak nangis pon ada. Aku suruh dia cuci semua apa yang patot. Aku terus call Lily suruh balik rumah sebab aku dah tak sedap hati. Masa dekat ruang tamu tu aku rasa semacam je. Seram sejuk. Rasa macam ada benda yang ada dok perati kami. Arin tanya aku “Wei Elle, kau ada simpan apa-apa surah tak dekat laptop kau? Kau pasanglah sebab aku tak sedap hati lah” “Ada tu ada tapi kan Arin aku bukan taknak pasang cuma kat rumah ni kita berdua je, kalau aku pasang buatnya kau kena rasuk macam mana, kot kau kokak aku nanti naya je”.

30 minit lepastu Lily pon balik, terus Lily ajak pergi jumpa ustaz belakang rumah kitorang. Arin ni pon setuju sebab dia dah cuak semacam. Rasa macam ada aura seram dalam rumah tu. Kitorang bertiga pon pergilah rumah ustaz dekat belakang tu dengan ditemani jiran sebelah. Penat jugak bagi salam tapi tak da orang jawab pon. Agaknya ustaz pon dah tidur sebab dah lewat sangat, jadi kitorang memutuskan nak pergi esok je.

Malam tu kitorang tidur satu bilik ja sebab takot punya pasal. Tapi kami kuarantin si Arin ni tidur jauh sikit dari kami. hahaha . Lily siap bukak pintu bilik luas-luas takut apa-apa jadi tengah pagi senang dia nak cabut dulu (tak guna punya Lily). Malam tu kitorang tidur lah macam biasa. Dalam 3-4 pagi macamtu si Arin ni terjaga. Muka dia pucat gila. Aku dengan Lily pon bangun sekali. Aku tanya kenapa dia cakap dia dengar bunyi macam ada kuku cakar dekat dinding. Ahh sudah buat hal lagi. Aku bajet lah cakap tak ada apa apa tu kucing kot. Seminit lepastu bunyi pinggan mangkuk jatuh dekat dapur. Kalini memang aku tak boleh cool dah. Aku terus baring tekup telinga dengan bantal. Diorang pon dah takut sangat. Dengan bunyi perabot kena alih. Lagi aku rasa nak pengsan, rumah aku mana ada perabot. Kitorang terus selubung sampai ke pagi.

Keesokan paginya aku terus kejut Arin dengan Lily bangun. Tak sabar dah nak pergi rumah ustaz tu, tak tahan oii kena kacau . Baru 1 malam macam macam benda jadi bayangkan kalau bermalam malam, mahu gila aku jadinya. Dalam pukul 11 macamtu kitorang bertiga pon pergi lah rumah ustaz tu.

Kitorang pon cerita lah apa yang jadi malamtu. Ustaz tu pon baca-baca dekat air lepastu bagi si Arin ni suruh minum dan bawak mandi. Selesai semua ustaz ni cakap Arin ni kene keteguran sebab kitorang berhenti dekat satu pondok buruk dekat bawah bukit. Tapi seingat aku tak da pulak berhenti dekat pondok. Dekat tepi jalan adalah. Tapi ustaz tu cakap pandangan mata kasar memang tak nampak. Haa yang tu aku meremang. Ustaz tu cakap lagi ada yang menumpang dekat korang malam tu. Bertenggek dekat Arin sebab tu Arin sakit pinggang, tak da kena mengena pon batu karang tu semua. Sebab apa?? Sebab kitorang gelak kuat sangat malam tu, kira macam dah ganggu tempat “dia” lah tu yang “dia” marah sangat. Tapi ustaz tu cakap jangan risau lah sebab benda tu saja menyakat bagi kitorang sedar sikit jangan nak “galok” sangat tengah tengah malam (galok tu macam seronok sangat).

Alhamdullilah dalam 3 hari lepastu Arin pon dah sihat macam biasa, dah tak sakit lagi dan kitorang pon dah tak dengar gangguan lagi benda benda pelik dekat rumah sebab ustaz tu dah tolong pagarkan rumah kitorang sekali. Pergi hospital buat check up pon doktor cakap mana ada batu karang, sihat je. So moral of the story, kalau keluar tengah malam tu jaga adab, jangan nak suka sangat, jaga tingkah laku semua. Dan yang penting jangan keluar lewat malam. huhuhu

Oh ya, berbalik pada mamat dua orang yang tanya aku pasal roadblock tu, baru aku terfikir beberapa hari lepastu, macam mana diaorang boleh tanya aku sedangkan diorang sepatutnya kena redah roadblock tu sebelom sampai kat tempat aku. Sebabnya tak ada mana mana simpang selepas roadblock tu. Nak tak nak memang kena redah jugak pak polisi tu. Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya dan aku pon berhuhuhu .

-LAVIENDAJASMINE

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

LAVIENDA JASMINE

4 thoughts on “Midnight Dobi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.