Mimpi Satu Malam

Hai readers. Aku ni kira fanatik jugak lah baca FS ni. Kira tiap hari kalau free time aku mesti carik page FS. Tapi selalunya aku baca waktu tidurlah. Cerita aku taklah seseram cerita korang, tapi cukuplah buat aku demam esoknya. Okay aku start cerita, tapi pendek jelah. Tak lah panjang macam cerita yang lain. But please enjoy reading okay?

Okay aku memang akan baca FS tiap-tiap malam. So macam biasa, aku log in fb and scroll lah newsfeed yang ada before aku bukak page FS. Macam sebelum ni aku baca sambil ditemani dengan bunyi seperti orang baling pasir dan batu diatas bumbung. Cuma aku anggap tu semua agenda pokok tepi tingkap bilik aku *positivekan*.  So malam ni lain dari yang lain. Aku baca cerita2 yang ada sambil ditemani musik2 yang menyeramkan. Dan kebetulan aku memang berseorangan di rumah masa tu, so aku pun buka la cerita yang aku belum baca lagi.

Tengah baca part seram, tiba-tiba aku terdengar seperti duit syiling jatuh sekeping. Then jatuh lagi sekeping. Lama kelamaan bunyi seperti 1 tabung duit syiling jatuh atas lantai. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku baca sekerat je cerita tu, aku tutup fb dan buka youtube. Surf la cerita kelakar nak bagi perasaan takut tu hilang. Tapi tak, dia berlari pula dari ruang tamu ke dapur dan ruang tamu balik. Aku tahu sebab aku dengar seolah2 bunyi seseorang pakai gelang kaki yang ada loceng. Tu sebab aku tak suka dengar bunyi loceng2 ni, sebab dia menyeramkan. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Aku cari earphone and pasang surah2 untuk bertenang. Aku tutup muka aku dengan bantal. Tak sedar pun, tiba-tiba aku terlelap.

Aku seperti berada di sebuah rumah usang dikelilingi orang. Ada yang aku kenal, ada yang tidak aku kenal. Kawasan sekeliling gelap dan semak. Aku mula berdebar. Dalam mimpi aku ternampak bayangan sepupuku. Tiba2 sorang demi sorang kena rasuk. Ada yang agresif, ada yang sedih ada yang termenung. Aku cuba untuk bertenang. Aku perhati sekeliling. Ada beberapa orang yang tidak kena rasuk. Orang yang berdiri sebelah aku dah menjerit sambil menarik rambut. Tiba2 terdengar suara hilaian dari dalam sebuah bilik gelap.

Dan tiba2 orang yang berdiri belakang aku tu menarik tangan aku dan cuba untuk mencekik aku. Tiba2 suara yang mengilai itu berkata, “aku akan menganggu keturunan anak adam sampai dunia berakhir. Kau jangan risau. Aku datang ke rumah kau cuma untuk berdamping dengan kau”. Aku pun terus tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi. Habis basah baju aku dek kerana peluh. Jantung aku pun berdebar seperti baru lepas berlari. Lalu aku cuba tengok phone aku. And dari surah2 yang aku pasang mula2 bertukar jadi lagu ku seru – misha omar. Okayyyy.

Aku off youtube. Aku cuba tidur balik. Kali ni aku mimpi benda yang sama, ayat yang sama, kejadian yang sama. Aku tersedar lagi and aku cakap, “aku taknak kawan dengan kau. Aku taknak berdamping dengan kau. Aku taknak kau duduk dengan aku”. Guess what. Pintu bilik aku macam ade orang terajang. Kuat sungguh, marah la tu. Aku cuba untuk tidur tapi tak berjaya, sebab dia berada atas bumbung rumah aku. Hentak2 bumbung, berlari, ketuk, baling benda berat. Macam2 lah dia buat. Aku tutup muka dan berselubung dalam selimut. Esoknya aku bangun untuk pergi kerja, aku terus demam. Walawehh, penangan mimpi ke apa ni.

Okay gaiss. Thanks sebab sudi baca cerita pendek aku ni. Jangan kecam okay ? Bye bye..

Leave a Reply

4 Comments on "Mimpi Satu Malam"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

Jumpelah org yg arif utk rungkaikan kot2 ade yg betol2 berhajat…

Langsat

takyah la citer kalau mimpi…..setakat mimpi semua orang pernah

No Name

Tak payah la baca kalau tak suka..banyak lagi cerita seram lain..admin dah approve pun..ko nak kecoh2, pegi bukak page cerita hantu ko sendiri..

sakaratulmaut

tak ada la mimpi sgt pun sbb masa bangun tu ada kesan kena cengkam kat tangan.. btw thanks la sudi baca..

wpDiscuz