#nana- Bila Atuk Bercerita

– APABILA ATUK BERCERITA-

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Ada sedikit cerita yang ingin aku kongsikan lagi tentang abah dan arwah atuk. Berdasarkan kisah benar juga, kisah dulu-dulu. Kisah ini berlatar belakang tahun 70-an, di zaman abah sedang meningkat remaja. Harap sudilah membaca kisah ini. Kisah ini pernah arwah atuk ceritakan pada abah. Sebuah kisah misteri. Jadi, mari menyelusuri kisah itu.

…………………………………………….

Abah meletakkan basikal di bawah rumah. Lalu terus naik ke atas rumah sambil memberi salam.

“Assalamualaikum…..”

Masuk sahaja ke dalam rumah, arwah atuk sudah menanti sambil menggulung lenteng.

“Waalaikumsalam…. Lambat balik…?” Arwah atuk menjawab salam abah.

“Tak tidur lagi pak….?” Abah bertanya, ada sedikit kerisauan di hatinya, takut-takut arwah atuk marah.

“Tak mengantuk. Tengah tunggu kau le Jai. Risau pulak bapak dah malam-malam buta ni kau tak balik lagi….” sedikit perasaan bimbang yang menerjah di hatinya apabila memikirkan anak nombor duanya itu belum lagi pulang.

“Apa yang bapak nak risaukan. InsyaAllah… Jai boleh jaga diri. Apa gunanya ilmu persilatan yang Jai pelajari, kalau Jai tak boleh jaga diri…” Abah cuba untuk menenangkan perasaan risau arwah atuk.

“Itulah yang bapak risaukan. Sifat terlalu yakin itulah yang boleh memakan diri…” padu jawapan dari arwah atuk.

Abah? Hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak mampu untuk membalas kata-kata arwah atuk. Pada fikiran abah saat itu, siapalah dia untuk membalas kata-kata arwah bapanya. Lebih baik dia diam daripada terus menjawab atau membalas kata kerana abah akan selalu kalah kalau di ajak “berdebat” dengan arwah atuk. Mungkin disebabkan arwah atuk bijak saat melontarkan ayat disaat anak nombor duanya itu selalu mempunyai sifat memprotes atau membangkang sesuatu perkara.

“Mengantuklah….” bilang abah kepada arwah atuk.

“Dah solat Isyak….?” Soalan cepumas dari arwah atuk untuk anak kesayangannya.

“Sudah…, kat surau dengan Kassim tadi…” Alhamdulillah, jawapan selamat dari abah.

“Sebelum tidur, jangan lupa pergi minum air masak dulu….” pesan arwah atuk.

“Tak haus. Malas nak minum…” abah menjawab ringkas.

“Bapak pesan ni, apa salahnya kau ikut je. Bukannya kena duit pun. Tuang sajalah air dekat dapur tu, lepas tu minum…” volum nada suara arwah atuk semakin meninggi.

“Ya, ya… Nanti Jai minum….” suara abah sedikit kendur seakan mengalah apabila arwah atuk mula menggunakan kuasa vetonya.

“Bapak sebelum tidur pun minum jugak. Bukan apa cuma teringat kisah Wak Borhan dulu…..” arwah atuk tersenyum kelat.

“Kenapa dengan wak Borhan dulu…..?” Abah mula menghampiri arwah atuk, seakan berminat ingin ambil tahu kisah wak Borhan.

“Kisah ni semasa bapak remaja dulu. Walaupun bapak sudah beberapa kali khatam al Quran, bapak masih lagi mengaji dengan Imam Idris. Sebab tak sekolah, itu sajalah yang arwah nenek termampu nak hantar….” Arwah atuk memulakan kisah.

“Ada satu malam tu, masa sedang mengaji kat rumah Imam Idris dengan beberapa orang kawan, tiba-tiba isteri wak Borhan datang rumah Imam. Dia beritahu pada Imam, wak Borhan dari maghrib lagi tak bangun- bangun dari tidur. Sampailah ke Isyak. Sudah di kejut banyak kali tapi keadaan dia masih juga sama. Langsung tak bangun. Macam pengsan, tapi jirus muka dengan air tetap juga tidak bangun. Itu yang isteri wak Borhan buat keputusan datang ke rumah Imam Idris,” sambil bercerita sempat arwah atuk menyedut lenteng yang digulungnya tadi.

“Lepas tu?” Abah semakin berminat untuk mengetahui lebih lanjut kisah wak Borhan.

“Lepas tu… Imam Idris, bapak dan beberapa orang kawan datang ke rumah wak Borhan pada malam itu jugak. Sampai sahaja di rumah dia, bapak tengok dia terbaring dekat tilam dalam bilik. Bila Imam Idris periksa nadi dia, masih ada lagi. Dalam tidur tu badan dia habis lenjun basah, mungkin sebab berpeluh banyak agaknya. Kemudian Imam baca beberapa ayat hembus dalam air kemudian sapu dekat muka dia, tetap juga sama keadaan dia. Tak bangun-bangun!”

“Nadi dia masih ada, tapi tak bangun-bangun? Kalau pengsan, jirus air mesti sedar. Dia terkena buatan orang ke?” Abah seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. M**i bukan, pengsan pun bukan.

“Tak ada sesiapa pun kenakan dia. Mungkin atas kesilapan dia sendiri…” jawapan dari arwah atuk.

“Kesilapan diri dia sendiri?” Abah semakin pelik dengan jawapan atuk.

“Ya… Tapi lepas itu Imam Idris pegang dahi wak Borhan. Lama jugak dia pegang. Kemudian dia tanya dengan isteri wak Borhan, sama ada dengar atau tidak. Isterinya cakaplah tak dengar bunyi apa-apa pun. Bapak dengan kawan-kawan pun tak dengar bunyi apa-apa. Mungkin hanya Imam Idris saja yang dengar. Lepas tu, Imam tanya dengan isteri wak sama ada dalam rumahnya ada tempayan atau tidak, dia kata ada. Kemudian Imam Idris suruh bapak pergi dekat tempayan tu. Nampak sahaja sesuatu dalam tempayan yang berisi air tu terus ambil dan beri pada dia. Jadi, bapak ikut sajalah apa yang Imam Idris tu suruh buat. Isteri wak Borhan tunjukkan tempayan tu. Memang ada air dalam tempayan tu. Bapak hanya nampak seekor belalang tenggelam timbul dalam tempayan tu. Bapak pun terus ambillah belalang yang hampir lemas tu. Sebab belalang tu yang bapak jumpa dulu dan terus bapak bagi pada Imam Idris. Kemudian belalang tu terus sahaja Imam letak pada dahi wak Borhan. Selepas Imam baca beberapa p****g ayat dan surah, belalang yang berada di atas dahi wak Borhan tu terus ghaib masa tu juga. Terkejut bapak dengan kawan-kawan tengok. Selepas itu wak Borhan terus buka mata dalam keadaan termengah-mengah,” panjang lebar arwah atuk menyambung ceritanya.

“Ada wak Borhan cerita dekat Imam Idris kenapa dia jadi macam tu?” Abah mengajukan soalan bak wartawan Mastika.

“Ada. Dia kata lepas dia solat maghrib dia baring dekat tilam dulu sebab mengantuk sangat di tambah dengan badannya yang letih sebab ambil upah menebas rumput dekat kebun orang petang tadi. Tetapi, dalam masa yang sama tekak dia betul-betul kering. Dia terasa haus tapi malas nak bangun minum sebab mengantuk sangat. Lepas tu dia terus tidur dalam kehausan. Masa dalam tidur tu dia bermimpi, dia masih lagi rasa haus tapi puas dia cari air dalam rumah tapi tak jumpa. Kemudian dia ternampak ada tempayan kat dapur rumah dia, terus sahaja dia menuju ke tempayan. Tapi… masa dia nak capai air dalam tempayan tu, terasa jauh sangat. Tangan dah habis dihulur ke dalam, tapi tetap tak boleh nak capai air tu. Dalam wak Borhan sedang nak mencapai air tu, tiba-tiba terus dia termasuk dalam tempayan tu. Terkapai-kapai dia minta tolong, tapi seorang pun tak dengar. Itu yang bapak ternampak ada belalang dalam tempayan macam nak m**i lemas tu. Macam itulah ceritanya.”

Begitulah arwah atuk mengakhiri ceritanya sehingga menganga abah mendengar kisah yang baru pertama kali didengarnya itu.

“Ini kisah betul ke bapak?” Abah masih lagi belum berpuas hati akan kesahihan cerita tersebut.

“Ya, betul. Terpulanglah kau nak percaya atau tak, Jai. Sebab mata kepala bapak yang menyaksikan semua tu,” arwah atuk tetap dengan pendiriannya.

“Habis tu, Imam Idris dengar apa masa dia pegang dahi wak Borhan tu?”

“Imam tu cerita, dia terdengar suara minta tolong; “tolong! Aku lemas! Tolooong!” Beberapa kali. Itu yang Imam Idris syak ada kena mengena dengan air.”

“Risau pulak tidur dalam kehausan. Habis tu, bulan puasa kalau kita nak tidur macam mana? Dah letih puasa mesti tidur waktu siang?” Abah bertanya lagi sambil tergelak kecil.

“Pernah ke dengar orang yang sedang tidur ketika sedang berpuasa di bulan Ramadhan juga satu ibadah?”

Pap…!!!

Bagai satu tamparan bila abah terdengar ayat itu. Bukankah sudah dibilang. Abah pasti akan kalah apabila ‘berdebat’ dengan bapaknya.

Alhamdulillah… Sampai sini kisah abah. Ambil yang positif sahaja apabila membaca kisah ini. Kisah anak dan bapak yang suka bercerita. Sehinggalah sampai ke cucu-cucunya.
Sekian terima kasih.

Insan yang suka menulis

#cerpen
#berdasarkankisahbenar
#suhanamatlazim
#nana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

NANA
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

116 comments

  1. lepas ni bole laa cu buat kisah “Bila Nenek bercerita” pula… hehehe…isi nya ialah akibat tidak membasuh kaki sebelum tidur, lalu muncul nenek kebayan di dalam mimpinya….zassssss!!
    **kriuk kriuk..(adeh nenek sakit pinggang)

      1. atuk ko da takde fazz! ko ni..ubat da mkn? hahaha..jaga2 faz, sekarang banyak cik2 ponti dok mengejar ko..nenek risau akan keselamatn ko cu…ingt, selalu baca ayat pendinding diri yg nenek ajar tu k…zassss!

          1. Tah nye..nenek kene adil bahagi kasih kt cucu2..mentang2 faz tu ramai cik ponti minat..cikbambam nenek abaikan..

            i hate u nenek

          2. cucu nenek ni ramai..tp yg plg nek ingat fazz laa..sebab dia yg plg nakal! ah kau cu tembam, cu singkong ada bole jaga kau… fazz tu bahaya sikit, sbb banyak cik ponti kejar…bergetar tulang p******g nenek baca komen dak2 pompuan..aihhh…budak skrg, tak mcm budak dlu..hilang santun dan makin pudar ayunya….

          3. hahaha..begetar tulang p******g nenek tau cucu die kene kacau..hahaha..laka2 la nenek ni..alaa..cu singkong bizi la skg..nenek,nak pinjam penyapu blh?

          4. Pinjam tak bole..api kalau nak naik sama2 bolr..kang nnt cu naik sorg tak oandai olak nk control kelajuan penyapu ni…lagi satu, nak naik penyapu ni ada syarat…

          5. berat tak leh lebih dari 45KG…kalau rasa membadak lebih 45 kg tu, kim salam je laa…kihkihkih….

        1. Ubat mana pulak ni? Kenapa cu kena makan ubat? Cik Ponti tu dia usha faz je tu dan dia berani lambai je tak berani kacau lebih nenek tak usah risau k? Ayat pendinding mana satu pulak ni. Lupa ah nek. Nek o nek nak tanya siket ah zasss tu nenek cabut pergi pakai penyapu sampah ke mcm mana? Tertanya tanya ni.

          1. aihh ko ni cu…sekranag ni nenek nak tanya dlu, ko yg Alzheimer atau nenek? ish berkali2 di tanya nya atok mana atok..sebat guna penyapu nenek ni nak? ayat pedinding nenek ajar tu lupe ke? ni la anak2 muda skrg,hmm..pi gugel, nenek malas nak ulang2, kang menyembur2 nenek cakap nnt…

            zasss tu maksudnya nenek da terbang naik penyapu di tengah kegelapan mlm, dan hanya meninggalkan bunyi zaaaaaasssssss ~~

          2. aihhh cu maiza..biar betol cu tggu komen nenek…berdebor pulak rasa hati nenek ni…hikhikhik…

  2. Hi Nana. Cuma nak cakap yang aku suka baca pengalaman pasal abah kau dan masa kau kecik2 lagi waktu ada atuk kau lagi tu. Kelakar weh dan aku selalu ulang baca bila bosan. Btw not bad cerita kali ni. Jangan tTidur dalam kehausan? So sebelum tidur memang kena minum air masaklah ceritanya ni nanti jadi macam wak Borhan. Nasib aku setiap setengah jam nak tidur akan minum air masak dulu hehehe. So ceritanya ni belalang tu adalah……

          1. EH ASAL GEDIK SANGAT KAU NEY EK, TK YAH LA OVER SGT SIS..TK SALAH NAK MINAT PON TAPI TK YAH LA SAMPAI CITA ORG LAIN PON KAU NAK KOMEN..NPK SGT DESPERATE, ASAL SBB SI FAZ TU HENSEM KE..

    1. lagipon sunnah nabi kan minum air segelas sebelum tidur.. bukan ape dik supaya tengah malam terjaga nak buang air senang tahajud sekali..

  3. Dulu masa kecik-kecik memang orang tua slalu pesan jangan tidur dalam keadaan lapar atau dahaga.
    Nanti, roh kita merayau-rayau cari makanan.
    Wallahualam.

    1. ye..betul..dulu pernah mak atau ayah bgtau mcm tu ..jgn biar air terdedah dlm bekas tak bertutup..masa nak tidur malam..takut2 roh keluar ms tidur terjatuh ke dalam air..tak taulah betul ke tak..Wallahualam..

      1. bukan gitu.. kalau tak tutup makanan atau minuman tu nnt syaitan/jin dok kencing dalam minuman n makanan yg terdedah n tutup pon kena dengan lafaz bismillah.. roh kita ni makanan dan minuman nye adalah amal ibadah kita.. mana maunye dia makan nasik n minum air dik..

    1. satu je aku nak komplen.. gambar natang ijau tu aku x brapa b’kenan la.. panas sejuk je tengkuk aku nengok.. haha

      1. knp beraku kau dgn cikbambam?? sebelum ni bersayang abg singkong bagai? mana kesweetan korang? why “aku kau” lepas cikbambam tukar gambar nampak muka?? tak berkenan di hati kah?

        #tanye jer
        #senyum

        1. makk aii..puaka betul ayat ko ni..hahaha
          kalo x bekenan di ati pun ape ko kisah..aku tau aku x secantik selena gomez..puii
          lgpun si singkong ni bkn nk crk jodoh pun..
          jap lagi aku tkr gambar aku yg paling cantikkk..siap ko..
          ktorg mmg dari dulu aku-kau kott..ko je x pasan..
          kang buat sweet2 kene kecam pulakkkk..puii..
          kahkahkah

          #jawabje
          #adeakukisah

          1. Ok je aku tengok ko. Cantik je. Kalau ko make up sure kalah selena gomez. aku just tanya singkong je. jgn marah ye cikbambam. sorry ya.

            #ikhlas

          2. Hahaha..xla..aku x marah pun la..aku mmg ganas & kasar mcm ni..hehe..mmg xla aku nak mekap2 kan..x kene ngan jiwa beb mekap2 ni..hahaha..

            Oo..aku igt ko geng2 kecam tu..bebelan aku tu utk geng2 kecam je..hahaha

          3. hahaha. kelakar ko ni. Happy go lucky. tapi serious, tukar ler gambar ko ni. seriau aku tengok. huhu

          4. hahaha..aku mudah terhibur..
            xnak..bia je gambar ni..kan cantik tu..huhuhu
            ko jgn amek ati plk eh cara aku cakap td..aku kalo becakap mmg mcm nk crk gado je..huhuhu

    2. Belalang besa nak mkn ko??
      Terasa comel plk ayat ko tu..hahaha???
      Jgn risau..skg ko da cukup besa da utk mkn belalang tu balik..

    3. aiiihh jangan la.. aku nak tgk gmbr natang tu pun aku x bole.. mcm mna nak mkn balik.. kang dia panggil keturunan dia serang aku pulak.. hahaha

        1. ehh sorry bro.. x prasan.. haha aku kalau nampak komen cikbambam je mmg x prasan yang lain.. kalau bercik dan berabang karang..ada yang tebako mata.. kesian cikbambam nnt kena kecam..

          #Singkongdancikbambamberpisahtiada

        2. hahaha..takpe..cikbambam kalis kecam..
          nak kecam pun kecam la..bukan ko kenal aku pun..hahaha

          tau xpe..bile sweet2 dilabel gedik..bile kau-aku dilabel kene reject plk..
          kang aku panggil papa-mama kang kot ko muntah ijau plk..kahkahkah

          #singkongdancikbambamberpisahtiada
          #kandakenebebel

          1. taklah, aku takde kecam ko. aku tanya je. aku takde pon rasa ko gedik. aku baca je komen2 ko sebelum ni. kalau jadi ko dgn singkong jgn lupa jemput ahli2 pengomen dlm FS.

            #tanya je
            #jgnmrh
            #jgnkecikhati
            #soalanakusebenarnyauntuksingkong

          2. X de hal.. Aku x marah pun.. Aku paham sangat tu. (Merenung ke luar tingkap tingkat 7 opis aku) Cuma bg space kat anti singkong&cikbambam bernafas lega dlu.. Sok2 bila mood drama tu timbul aku teruskan lg drama kmi..

            **mekaseh x kecam2

          3. Hahaha..jadi ape tu??aku kenal singkong pun x weh..?

            apesal aku rasa ayat ko ni comel sgt gems oii..haha ?

  4. Okay Nana..well done. Maira suka baca cerita Nana. Minum sebelum tidur bagus untuk jantung. Tapi orang-orang tua kan banyak kiasannya…

  5. Betul la tu, kena minum dulu sebelum tidur πŸ˜› tapi cane plak boleh jadi belalang ye? hairan bin ajaib πŸ˜€

  6. eh, betul. arwah nenek pun ada cerita macam ni. sepupu dia alami macam ni.
    tapi semut..tergapai-gapai dalam air teh. arwah moyang dgr suara juga. air tehnya bertutup. dikeluarkan semutnya. ghaib. terus sepupunya sedar.

    wallahualam. tak tahu la ni mitos org jawa ke apa. tapi kalau family saya sendiri pun pernah alami. cuma mungkin kebetulan. entahlah

  7. Masa kecik2 ibu selalu pesan sblm tido minum air dulu..setori nye sama mcm ni tp bkn jadik belalang..tp jdk rama2..smpai skg pun still minum air sblm tido sbb perasaan takut jdk rama2 tu..?

    Cikbambam bg 6.5/10 ?

        1. kan..menggangu tdo je..nak jln ke tandas tu rasa malas betol…nak mengengsot kang macam pelik pulak…hukhukhuk…

  8. content cerita ringan je tapi mudah faham, straight to the point. Suka ayat “kisah ini berlatar belakangkan tahun 70-an” (aku pun x terpikir ayat mcm gini. lol~)

    Thanks #nana sebab make it simple and understandable. Anda ada bakat, teruskan.

  9. rase nk ambk gmbr binatang ijo tu buat wallpaper kat pc aku je ni ha…buat ubat ilang ngntok di kala cuaca sejuk2 ni…huhuhuu
    #akungntok

  10. Belalang hijau tu sejenis jgk dgn belakang pelesit la kan? Selalu dgr org cerita pasal pelesit belaan ni menyemar jadi belalang mcm cover tu la.

    1. Aihh..cikbambam da penat la jadi cantik..sekali sekala nk jadik seram plk..hahaha

      **malam nnt sblm tido tgk kt tingkap ye..cikbambam tgu kt tingkap..hihihihihi

        1. hahaha… kut tetibe terlebih berani. Sekali tengok muka yg jawab salam tu macam muka dp cikbambam… Maira cari cikbambam esok…

          #janganlariea

  11. Makcik suka cite ni..tp mkcik tak berapa nak paham.
    Wak tu bertukar jadi belalang?
    Dia ada menuntut ilmu apa2 ke sampai ada 2 Wak.satu belalang ,1 manusia?

    Ni 1st time makcik dengar manusia bertukar jadi belalang,semut or rama2 berdasarkn cite Nana dan komen2 semua.tak tercapai dek akal makcik nk memikir..

  12. aih makcik..kira macam roh yg tebgah tdo tu belalang tu rasanya..bukan wak tu sebijik manusia bertukar seekor haiwan bernama belalang…yg tu mmg kelako n tak masuk akal…hahahahahha…adoiiii..kelakor laa

    1. Terima kasih nenek..tp mkcik mmg benak gamaknya..walaupun wlau nek dh xplain tu bukan wak, tp roh, masih tak paham mcmana roh manusia boleh bertukar jd belalang/serangga..

      How nenek?
      Masa kecik2 dulu ada jugak org tua pesan kena tutup bekas mlm2..jd mkcik ikut tu pun sbb ada hadis nabi bukhari & muslim y suruh..standardize kt situ gitu..

      Nsb baik depa tak menambah pesanan :kena tutup bkas takut bila roh jd serangga nanti tggelam …..mistiknya

      1. makcik.. ni pendapat Maira je ye. Mungkin belalang tu perantara untuk imam tu tolong wak. Yelah, macam mana imam nak masuk alam mimpi selamatkan wak dari lemas. Tu pendapat logik yg Maira faham dari cerita ni la…

        Kalau tak betul… wallahua’lam.

      2. kita sedia maklum bahawa roh kita merayau2 masa tgh tdo…mngkin belalang roh tu jd belalang ke, atau termasuk dlm belalang ke..hah, tak tahu laa nenek..ibarat gitu ler cu…jgn mcm2, kang nenek sebat ngn penyapu..

          1. Eh , engko jgn buek fitnah cu maira oi..si fazz tu da puas nenek piat telinga dia..takdenya nenek belai2 ngn penyapu canggih nenek tu.. ekau nak penyapu nenek ni hinggap kat ko?

          1. Ni lagi sorg cu tembam ni…bila masa plak nenek pilih kasih..si faZ tu tak penah lagi nek bawak naik penyapu terbang ni…kalau penyapu ni hinggap kat badan dia ada laa..

      1. oi, berzaman da haa KWSP atok ko tu kluar..sejak dr zaman atok ko pakai vespa..ko tak ingt ke? tu belanja ko mkn kepsi aritu tu ape? lebihnya nenek guna wat kepok n nisan baru utk atok ko…pastu modify sikit penyapu nenek ni..pasang sport rim..handle pon tukar..pergh….bergaya! zaassss~~

        1. eh ko ni..sekarang nenek yg Alzheimer ke ko? bila masa nenek kawen dua…
          #jgn sampai nenek sebat ngn penyapu

      2. hahaha..adoii lawak..siap ungkit duit kwsp..

        nenek lanje cu singkong kepci??nape cu tembam xdpt pape pun..
        tengokk..nenek pilih kasih lg..sentap i..huhu

          1. aik..banyak nya mengaku cucu aku yek…mentang2 la aku baru dpt pencen n kwsp atok ko..huh..

          1. eh..x mungkin..cikbambam da lahir da..
            kite kan kembar x seiras..cume singkong sado sikit je dr cikbambam..
            hahahaha..

            #hyeabangsingkong

  13. Raya ri tu blk kg naik bas…lupa nk beli air mineral….tgk org sebelah minum…dahaganya….bas lak gerak slow jln jem…tertido…bleh plak mimpi minum air…memula dr gelas..air ada ais lak tu….x hilang dahaga terus minum dr jug huhu….citer kt adik gilew2 dia gelak…dasyat kan tdo kalo dahaga ..tol la atuk penulis nasihat tu huhu…

    1. Lg bahaya kalu dh x tahan sgt haus ko buat2 ilang ingatan g sebat air mineral org sebelah tu…
      Mmg bikin gadoh tu…
      Hahhahahaha…

  14. nasib baik haus mimpi cari air.. akak paling takut kalau mimpi kencing.. nak2 jumpa pulak tandas dalam mimpi tu.. perangkap habis.. nasib dah tua2 ni rasa nak kencing mimpi tandas tapi tak masuk tandas tu.. masa kecik2 dulu harus la mimpi masuk tandas.. pagi2 malu je kena kecam gn adik beradik sebab hancing satu bilik..

    1. masa kecik2 dulu cikbambam mimpi mandi air terjun ulu bendul..
      cikbambam x tahan nk kencing lalu kencing la dlm air tu..
      pastu rasa sejukkk je..bgun2 tilam da basah..hihihihi..

        1. hahaha..kelaka la..siap hapuskan bukti yg da tekencing atas tilam..
          pastu buat muka tak paham je..siap tuduh adik yg kencing..

    2. Uiissshhh…
      Akk smpi skrg cukup ngeri ble mmpi x tahan nk buang air kecik…
      Bagusnye bernasib baek nnt walau ade berpuluh toilet, satu pn xleh gune…
      Dan akk kena remind diri sdri “bgn Yulie bgn… Ni semua mmpi…”
      Terus terjaga dan mencicit cr toilet woooo…

  15. Duhh… Cikbambam pnya gambar seram sangat laa..
    Dah tertengok kang x pasal malam nanti dia mai dok “psstt.. psst..” ngan cek.. T.T

  16. Apa kata admin fs ni tutup je ruangan komen ni. Brbulu mata pok ni tgok ank muda gatal kat sni. Nyampah pun kdg ada jugak. Tp ada yg eloknya. Elok tutup je lah ruangan komen ni. Baca fs snyap-snyap je

  17. Sebab tu kalau ada belalang masuk rumah jgn d*****h, usir jer. Kata orang2 tu jelmaan ghaib atau roh. Tp kadang2 i spray bg pening2 trus buang kat luar. Sbb geli btul bnda tu slalu suka masuk blik terus besar2 lg?.

  18. nasib baik mimpi haus kalau mimpi nk buang air kecil naya beb… kang terbuang atas katil, basah la tilam.

    *komen takde kena mengena psl mimpi yg dahsyat kat atas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.