#nana- Kenangan Menghantui Jiwa

  • KENANGAN MENGHANTUI JIWA –

Assalamualaikum…, aku ada kisah yang ingin aku ceritakan berdasarkan 100 peratus kisah benar, InsyaAllah… Tidak ada yang benar melainkan benar. Mungkin ada yang sudah terbaca di facebook aku atau ditempat lain. Sengaja aku hantar di fiksyen shasha, mungkin masih belum ada yang membacanya. Harap sudi membaca dan ini kisahnya…..

……………………………………………..

Sebelum berpindah ke rumah baru, kami sekeluarga tinggal di perkampungan setinggan di pinggir Shah Alam. Sekarang setinggan itu sudah tiada. Jadi, di setinggan tempat tinggal aku tu, boleh dikatakan pelbagai kejadian mistik yang berlaku. Pelbagai penampakan atau entiti yang dapat dilihat penduduk di situ. Seorang nampak, maka hebohlah satu setinggan itu yang tahu. Almaklumlah, dulu sebelum tempat tu diteroka jadi penempatan setinggan, ia adalah hutan belantara pada tahun 70-an dulu. Jangan pula fikir sekarang. Sekarang tempat tu sudah membangun. Setinggan tempat aku tinggal dulu dengan pelbagai seribu kenangan pun sudah tiada.

Aku nak ceritakan serba sedikit entiti yang aku lihat dahulu sewaktu umurku dalam lingkungan 8 tahun. InsyaAllah, harap betullah umur tu. Waktu itu aku ditinggalkan sendirian. Abah dan emak aku bekerja manakala atuk dan nenek keluar sebentar. Rumah ku ada 2 bahagian, atas dan bawah. Tapi bukan rumah dua tingkat, rumah papan je. Dalam jam 5 petang, sewaktu aku menonton tv cerita kegemaran yang sedang di tayangkan, masa itu jugalah pundi kencing meronta-ronta minta untuk di kosongkan. Aku perlu turun ke tingkat bawah memandangkan bilik air berada di bahagian bawah dan perlu melepasi 2 bilik tidur yang berhadapan dengan dapur. Selesai dengan “urusan rasmi” tersebut, aku pun keluarlah dari bilik air dengan bahagianya. Apabila aku lalu sahaja di bilik yang pertama (bilik mak & abah) aku sudah rasa lain macam, masa nak ke bilik air masih tidak ada rasa apa-apa lagi, tapi bila hendak naik semula ke atas, aku terasa ada sesuatu di dalam bilik emak. Apabila berada di hadapan pintu bilik emak yang sememangnya sudah terbuka, aku terlihat ada susuk tubuh perempuan lengkap bertelekung dalam keadaan sudah selesai solat. Dia bangun sambil mengambil sejadah dan terus berlalu. Yang buat aku terkejut, dia terus berlalu menembusi dinding dan…., kiblat dia arah lain…!! Aku terus terpaku dan terkejut apabila melihat entiti yang menyerupai perempuan bertelekung tu.
Penampakan itu aku ceritakan pada abah dan atuk, kemudian abah mengatakan benda tu saja hendak menunjukkan diri, bahawa dia “ada”. Arwah atuk pula kata…

“Dia nak tumpang sembahyang….”

………………………………………………….

Ada lagi satu kisah, ketika itu semua orang tiada dirumah, aku baru sahaja pulang dari sekolah. Tetapi memang rutin aku kalau pulang dari sekolah, aku akan tidur dalam bilik emak. Sebab rasa selesa tidur atas katil queen mak, berbanding katil bujang aku, sempit. Selesai tukar pakaian sekolah ke pakaian biasa, aku dengan rasa mengantuk yang teramat sangat terus baring dan tidur. Tiba-tiba, dalam tidur tu kaki aku yang sepatutnya berada di atas tilam, boleh berada di atas peha emak…!! Terperanjatlah aku. Tiba-tiba sahaja mak sudah balik dari kerja, baru pukul berapa…? Lepas tu dia diam sambil mengadap aku. Tapi kaki aku masih lagi berada atas peha emak.

“Eh…! Bila mak balik?” aku bertanya hairan.

Dia diam sahaja. Kemudian terus emak senyum menyeringai dengan senyumannya yang lebar lain macam dan matanya bulat memandang tepat ke arah aku. Serius! Masa tu nampak sahaja emak dalam keadaan macam tu, terus sahaja aku…

PLAP!! Terjaga dari tidur!

Sambil terlompat jatuh dari katil sebab terperanjat yang amat sangat! Menggigil badan aku saat tu. Bermandi peluh aku, dek terperanjatkan benda yang aku sangka “emak” itu. Sepantas itu juga bulu roma tengkuk dan lenganku mencanak naik. Kesudahannya aku duduk diruang tamu sendirian sambil menunggu yang lain pulang. Takut kalau “emak” itu benar-benar menjelmakan diri dihadapan ku nanti.

………………………………………….

Tapi ada lagi satu kisah…..

Ada satu malam kejadian tu, kiranya heboh satu kampung pada malam tersebut. Ada sekumpulan anak muda sedang mengawal kampung. Sebab ada satu kes, orang disitu ternampak penanggal. Jadi di sebabkan itulah perlu ada orang yang mengawal kampung (setinggan). Berbalik pada kejadian tersebut, sedang mereka berkawal salah seorang dari mereka ternampak ada satu kepala dengan rambut yang panjang mengurai sedang mengorek-ngorek tanah dengan mulut, di tepi sebuah rumah yang kebetulan isterinya baru lepas bersalin. Boleh pula dia terdegar bunyi penanggal tu masa benda tu sedang mengorek tanah.

KROHH… KROHH… KROHH….

Apalagi terus cabut larilah dia bagai tak cukup tanah, sehingga tinggalkan kawan-kawannya yang lain dan terus memanggil abah. Dengan tanpa membuang masa dia terus ceritakan kejadian tersebut kepada abah. Mendengarkan itu, tanpa berlengah terus abah pergi ke tempat kejadian. Sampai sahaja tempat yang dituju…

……………………………………………..

**Ini diceritakan oleh abah…

Abah terus membaca beberapa ayat pendinding sepanjang berlari untuk ke tempat yang dituju. Sampai sahaja, penanggal tu dah terbang. Sebab aktiviti tidak bermoralnya yang menyakitkan hati tu sudah dapat dikesan penduduk setinggan. Masa dia sedang terbang umpama hendak menunjukkan kehebatan tu, abah dan beberapa orang lagi ternampak secara langsung keseluruhan usus perut serta paru-paru dan jantung yang masih berdegup. Serta mengalir beberapa titik d***h segar disetiap organ dalaman yang dapat di lihat secara live ketika itu. Baunya tidak usah diungkap betapa busuknya! Sehingga menerpa di segenap ruang udara dan rongga hidung. Dengan sedikit keberanian yang ada abah dan beberapa orang lagi terus mengejar penanggal tu. Ada yang sempat baling batu dengan penanggal itu untuk tujuan menjatuhkannya atau mencederakannya. Namun tidak berani untuk lebih dekat kerana penanggal ni manusia yang menggunakan ilmu hitam untuk kepentingan diri. Malah d***h dan lendir yang mengalir di organnya itu pun umpama racun kalau terkena pada tubuh badan kita. Hendak m******h dia pun tidak boleh guna sebarang senjata seperti parang ataupun senjata tajam yang lain, kerana dia tidak akan lut apabila ditakek. Umpamanya penanggal tu bersifat kebal kerana dilindungi oleh ilmu hitamnya.

Melihatkan rupa dan keadaan penanggal yang tidak berapa cun dan tidak berapa nak cantik, ada antara mereka yang melihat lari lintang pukang entah ke mana. Mungkin sebab terlalu takut agaknya. Hanya 2 orang yang berani tampil membantu. Tetapi nasib penanggal itu pada malam tersebut sungguh baik sebab dia terlepas. Selepas dari kejadian itu, kelibat penanggal langsung tidak kelihatan. Mungkin sudah serik dikejar dan dibaling dengan batu pada malam itu. Mungkin juga aktiviti tidak bermoral dan tidak berfaedahnya itu berlangsung di tempat lain.

Di sebabkan abah banyak membantu menyelesaikan beberapa kes di setinggan dulu, maka adalah pihak yang tidak berpuas hati menabur fitnah kepada abah. Orang tu mengatakan abah membela hantu raya dan hantu-hantu di setinggan yang selalu mereka lihat itu kesemuanya belaan abah. Namun abah tidak melatah, kerana kebenaran akan terbukti jua. Sebab niat abah membantu adalah kerana Allah, dengan sedikit ilmu yang dipinjamkan oleh Nya.

Oklah, ini sajalah perkongsian yang aku dapat ceritakan. Ada seru, aku tulis lagi kisah terbaru di masa yang lain.

Sekian terima kasih kerana sudi membaca…

#karya
#nana
#suhanamatlazim
#berdasarkankisahbenar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Nana Lazim
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

86 comments

  1. cerita dari nana dah masuk dalam list bacaan maira. hihih

    cerita best nana. teruskan berkarya. nanti compilekan buat buku tau.

    maira bagi 9.2/10

  2. Nice..cite tentang rumah setinggan nana nie mngingat kan aku ngan kampung aku dulu..rumah setinggan juga tapi rumah batu..flat dan telah lama d tinggal kan..sepanjang menetap kat situ banyak perkara mistik juga yg terjadi terhadap kami penduduk kampung..kira nya kampung kami tu bekas ada peperangan berlaku..sebab kawan aku ada terjumpa pedang yg suda berkarat tertanam belakang reban ayam dorang..aku pula terjumpa mahkota d belakang tandas..haha..(time tu tandas kan kat luar)..
    Tentang cite hantu kat kampung kami tu..x paya lah cite..haha..banyak sangat..baik buat kisah kat fiksyen shasha nie..tp x nak lah..haha
    **First time komen panjang berjela jela..

    1. uiikkk…
      Share ar sesikit kisah serem yg ade kat situ…
      Best gak tuuu…

      Mahkota yg ko jumpe tu laki ke pompuan punye???
      Kot antar ke muzium loaded gak tu dpt imbuhan…
      Ko buat ape dgn mahkotak tu??
      Elok lg atau dh serpih2…???

      1. Klau jari² nie rajin menaip kisah aku kat kampung tu..aku tulis..haha
        Mahkota tu pelik sikit lah kak yulie..sebab mahkota tu ada ukiran kepala tengkorak..sah lelaki punya kan..tapi mahkota tu dah rosak..mungkin sebab terlalu lama tertimbus bawah tanah..

        Alaa..mahkota tu aku buang dah..haha..time tu kan masi budak..x tau apa² lagi..klau tau bole dpt imbuhan..dah lama tpapar kat muzium negara..haha

  3. Penanggal tu kan kalau siram air panas mendidih yg dirukyahkan kat segala isi dalaman tu agknye die m**i tak ekk???
    X pon klu x m**i tuan die terseksa ke sbb organ dalaman tu dh melecur…
    Boleh tak ekk???

    1. m**i aku ase kak.. sbb dia tu orang.. bukan antu.. die menuntut ilmu supaya leg jadi tetanggal cmtu.. ni yg aku drngo la dari macik aku kak..

  4. Penanggal ni hantu ke manusia yg mengamalkan ilmu hitam?

    Btw 7/10.

    Best dan mudah difahami

    today you are an enemy, tomorrow you are a lover

    anna

    1. penanggl ni orang jurifs.. macik kak mami penah jumpa.. dia baca ayat kursi penanggal tu gelak.. biadap tak? tak tau la macik kak mami tu sembang je ke ape.. tapi uma dia blakang spital mmg angker sket..

          1. terbaikk..aku yakin ramai lelaki nk masuk minang ko dgr ko ckp camni..hahaha

            **abang singkong dikecualikan ye..hahaha

          2. tersentuh hati cikbambam..kalo tgk cikbambam boleh kenyang mata je..kalo perut lapa kite g umah mem besar la kenyang kn perut..hahaha

          3. Ok..cukup pakej da..mata telinga perut da kenyang..haha..telinga kenyang da biasa da..ibu cikbambam pun selalu bg ceramah free kalo balik kg..hahaha

          4. hebat cikbambam.. haha tp mem besar ni kadang bila mood ceramah dia datang tp audience x de.. dia akan bg ceramah thru phone.. hahaha

          5. Hahaha..sama la ngn ibu..tibe2 call igtkan nape..rupe nye nk bg sesi ceramah free..bos cikbambam da bg jelingan maut da tu..hahaha

            **kirim salam kt mr.koh?

  5. ‘Aku terus terpaku dan terkejut apabila melihat entiti yang menyerupai perempuan bertelekung tu.’

    Kakak pernah nampak dulu. Bila tanya mama, mama tak boleh solat! Glup!

        1. Hahaha..marah bebeno kak mami ni..

          Oii sajat..ko da kenape arini..lain mcm bebeno plk aku tgk ko komen..selalu bg pendapat bernas..hahaha

  6. kisah orang dulu2 memang best2. dulu memang ilmu hitam jadi mainan. tp sayang xde orang dulu2 lak dalam ni nak share cerite mereka.

  7. ringkas tp mcm tergantung je.

    lps mimpi tak cter ke emak psl mimpi tertidur kat peha ’emak’ tu?

    kisah penanggal habis mcm tu je? so ape jd ngn org yg baru lps bsalin kat rmh tu? at least update sb penanggal tu dh fokus nk ke rumah si bersalin tu. takde perbincangan lanjut n pakatan org kg kat setinggan utk cari sape penanggal? (yelah even dh x jumpa dh lps tu at leastttttt ade kesinambungan pencarian, takkan syp gtu je). last, ape yg org tuduh kat abah dan mcm mne dpt leraikan fitnah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.