Nyanyian

Assalamualaikum….selepas 7 tahun bekerja di kilang papan di keningau seperti yang aku cerita dalam Kucing Hitam 1&2, tiba masanya aku berhijrah. Ikut my older sis bekerja kilang di salah satu kilang di Shah Alam. Masa temuduga tu memang dah di beritahu awal yang kilang tersebut baru nak beroperasi, semua yang temuduga hari tersebut kalau di terima akan menjadi batch pertama.

Selepas temuduga, aku pulang. HR tadi beritahu kalau dapat syarikat akan call. Tak sampai seminggu dah dapat call…dapat kerja tu. Operator kilang saja. Dah dapat tarikh bila mula kerja, nombor plat bas kilang yang akan jemput. Harinya pun tiba, kami di bawa untuk melihat tempat kerja. Semua line dah sedia. Cuma tiada sesiapa yang berada di dalam line. Dapat tengok keadaan di dalam melalui skrin cctv yang di lekatkan pada dinding luar. Agak ramai juga yang lulus temuduga, semua dalam 30 orang untuk batch pertama.

Selesai melawat, pegawai HR bawa kami ke pejabat untuk urusan dokumentasi dan serahan uniform. Esoknya maka bermulalah tugas kami. Setiap orang di bahagikan ikut department masing-masing. Aku dapat line tingkat atas. Bahagian untuk isi susu tepung ke dalam tangki besar. Daripada beg besar kami tuang ke dalam tangki sampai penuh. Hanya 2 orang operator saja. Tingkat bawah yang ramai. Halim satu bilik dengan aku. Dia tua setahun dari aku. Baru seminggu kerja line semua kena stop untuk seminggu. Proses masukkan mesin baru pula. Bilik tingkat atas tak kena ubah apa apa. Jadinya aku dengan Halim lap semua part mesin sampai dah nak jadi tipis gayanya hehe….

Hari ahad tu semua tak di benarkan masuk ke dalam line. Kontraktor yang pasang mesin saja yang berada di dalam line. Kami bekerja dalam 1 bilik lagi besar yang bole memuatkan 50 orang. Kerja santai sangat. Banyak borak dari kerja. Line leader kakak india ni pun sporting dan kuat buat lawak. Meriah. Tepat pukul 12 tengahari masa rehat, semua keluar rehat. Aku malas nak keluar makan. Sebab hari ni balik pukul 3 petang. Tinggal 2 jam masa kerja. Tinggallah aku sorang dalam bilik kerja tu dengan keadaan yang gelap. Buat keputusan untuk baring atas palet. Best ni sejuk air cond hidup hehehe. Lepas susun 3 tingkat palet, terus baring terlentang.

Tak lama kemudian baring mengiring ke kanan. Mata masih degil nak pejam. Pandang kerusi beroda dekat meja line leader. Baru mata nak pejam tiba-tiba kerusi tadi bergerak sendiri bagai ada tangan yang tolak dan pegang. Bergerak dari meja ke dinding tepi….agak jauh juga. Bulat mataku bangun terkejut. Terus bangun berdiri capai kerusi tadi tarik semula ke depan meja line leader. Dalam hati berkata…nak main main pula la dia ni…..

Lepas dah pastikan kerusi berada di kedudukan asal, aku baring semula. Tapi mata tak lepas pandang kerusi tadi. Dah tak jadi apa sehinggalah habis masa rehat sejam kemudian. Tengah sibuk susun barang, aku bisik pada line leader kejadian tadi. Dia pandang aku lain macam.
” kenapa awak tak keluar tadi? Saya memang ada tanya Halim tadi awak kat mana…dia cakap awak tidur dlm line…ayoyo lain kali jangan la tidur dalam line lagi” dia mula cakap india yang aku tak faham sambil tepuk dahi hehehe….

Lagi 15 minit sebelum line tutup jam 3 petang, line leader kakak india tu ajak aku dengan sorang lagi pekerja wanita teman dia masuk line untuk padam semua suis dan lampu. Agak leceh sebenarnya sebab kena pakai baju bulan tu. Baju bulan ni yang nampak mata saja tu. Macam yang KKM guna sekarang sebab covid19.

Masuklah kami bertiga selepas kenakan baju bulan tu. Macam angkasawan. Mula mula naik tingkat atas tempat kerjaku. Padam semua suis termasuk bilik lab. Baru pijak berapa anak tangga, line leader depankan tangan tahan kami. Dia letak jari telunjuk di bibir isyarat diam. Aku dengan kawan kerja perempuan tadi saling pandang. Cuba pasang telinga. Tiada sebarang keganjilan. Leader turun lagi beberapa anak tangga. Spontan kawan kerjaku peluk lengan kananku. Leader naik beberapa anak tangga peluk lengan kiriku. Cakap india bisik pelan yang aku tak faham. Semuanya jelas kini.

Sebelum sampai anak tangga yang hubungkan tingkat bawah terdengar jelas suara wanita menyanyi. Tapi tidak jelas bahasa apa. Nak kata melayu bukan india bukan cina apa lagi. Tak dapat faham bahasa apa. Suara datang dari dalam bilik line yang sepatutnya tidak bole kami dengar jelas. Untuk masuk ke bilik yang mana di lakukan pengisian susu tepung ke dalam tin, mesti melalui 2 buah pintu lagi. SOP ketat syarikat untuk kebersihan. Sebab susu tepung ni untuk bayi. Jadi amat mustahil suara tu dengar jelas. Untuk berhubung dengan pekerja luar saja kami gunakan walkie talkie. Aku bergerak perlahan turun tangga sambil telan liur. Kiri kanan dah kena apit. Aduh semua pun dah jadi takut.

” jangan lari ya…pelan pelan saja kita keluar..” line leaderku berbisik. Matanya bulat perhati pintu bilik line. Kawan kerjaku memang umpama jalan seret. Bukan melangkah lagi. Semakin menghampiri pintu keluar yang juga menghampiri pintu line semakin jelas suara nyanyian tersebut. Badanku rasanya kebas. Dengan lenganku di apit kena cengkam pula tu. Aku pandang dari sudut dinding suis utama. Alamak jauhnya la!!!
” kita keluar saja la…tak payah off suis…” suara leaderku bergetar. Memang itu la yang ku harapkan. Tiba tiba suara nyanyian berhenti di gantikan suara ketawa yang nyaring.

Dalam hatiku mampu sebut Allahu akbar saja sambil melangkah keluar perlahan. Kami langgar SOP. Baju bulan yang tak sepatutnya terkena udara luar, kami pakai sampai luar. Pintu keluar yang hanya beberapa meter dari kami terasa bagaikan sebatu jaraknya. Dengan rasa takutnya dengar suara ketawa yang semakin galak bagaikan mengekori kami. Capai saja pintu barulah lenganku di lepaskan….semua bertempiaran keluar. Bagaikan watak Teletubbies kami bertiga versi warna putih. Berlari ke bilik loker, buka baju bulan masukkan ke dalam loker. Dengar suara leader jerit dari bilik loker perempuan CEPAT CEPAT. Selepas ambil beg dan sumbat baju bulan bergegas keluar. Rupanya bas kilang tunggu kami berdua saja. Suami leader dah sampai. Aku naik bas tergesa gesa. Kawan sekerja membuntutiku naik dan terus duduk di sebelahku. Urut dada beberapa kali sambil mengucap.

Malam tu dapat sms dari leader, dia dah sms semua orang yang esok kilang shut down. Manager nak buat sembahyang ikut cara kaum Cina nak halau gangguan yang kami alami petang tadi. Last sekali leader call….dia ceritalah sebenarnya kilang tu dah lama ada cuma tak di gunakan. Dulu ada kejadian perempuan m**i kena rogol di lokasi belakang kilang. Patutlah. Yang perogol larikan diri. Tak tahu ke mana. Mayat perempuan tu saja yang di temui.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fozan Hadi
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.