Hai! Maaflah penutup “Bangunan 10 Tingkat” agak rushing sikit. Syok sangat menaip sampai tak perasan dah pukul 11 malam. Masa untuk kemas-kemas balik rumah. Duduk seorang dalam ofis ni seram juga kekadang. Kes Bangunan 10 Tingkat tu jadi waktu awal sem 2. Cerita yang aku nak kongsikan kali ni berlaku waktu penghujung sem 2.
Waktu tu aku ada assignment berkumpulan. Half dari group aku duduk menyewa dekat luar poli and half lagi termasuk aku duduk dekat hostel Hi-10. So ceritanya, petang tu kita orang semua berkumpul dekat rumah sewa salah seorang group aku. Tik tok tik tak.. kerja kita orang siap waktu tu dah 10:30 malam. Kawasan rumah sewa depan poli ni banyak kes curi ragut dan sebagainya. Jalan kat situ pun dah malam agak sunyi dan gelap. Tapi terpaksa jugalah aku dengan kawan aku bertiga meredah malam tu nak balik hostel.
Hi-10 ni ada peraturan tau, pukul 11 malam semua students lelaki tak boleh ada dalam kawasan Hi-10 and pak guard akan tutup pagar lepas tu. Jarak dari rumah sewa teammate aku ni ke pintu pagar HI-10 makan masa dalam 45-50 minit jugalah kalau jalan kaki. So, aku, Nur dengan Wie rushing nak balik nak kejar curfew hoste. Hari dah malam, jalan dah sunyi, kedai pun banyak yang dah tutup, kereta pun dah kurang lalu lalang, so memang taklah kita orang nak lenggang kangkung jalan kaki bertiga je. Dari area perumahan tempat rumah sewa teammate aku tu lagi aku dah rasa lain macam. Macam ada something perhatikan kita orang. Nur pula tengah on period time tu so sepanjang jalan tu aku buka bacaan ayat Qursi.
Bila kita orang sampai dekat pintu masuk utama poli jam masa tu dah pukul 11. Masa tu fikir sempat je masuk hostel. Selagi belum pukul 12 pak guard akan bagi student masuk lagi sebab ada lagi student yang baru balik part time job or student yang baru habis aktiviti kelab. So kita orang perlahankan langkah kaki, cuba stabilkan balik nafas yang tercungap-cungap tadi. Bacaan ayat Qursi aku still buka lagi.
Nak ke Hi-10 kita orang ada 2 pilihan. Satu, ikut jalan dalam. Laluan student antara semua jabatan. Satu lagi guna jalan raya je sampai Hi-10. Sebenarnya mana-mana pilihan pun sama ja. Kalau ikut jalan dalam lagi gelap, sunyi sepi and dah banyak kali dah student nampak Cik Pon dekat tangga. Kita orang sendiri pernah nampak waktu on the way balik lepas Kelab Bahasa Isyarat. Kalau ikut jalan raya, kena lalu tepi padang. Ramai juga student lelaki pernah terkena dekat situ. Tapi lepas pertimbangkan pros and cons, malam tu sepakat ikut jalan luar je. Open space lagi selamat. Kalau ada yang pengsan pun guard akan lalu situ mesti nampak kita orang.
Jalan dalam poli ni berbukit sikit tau so aku boleh nampak dari dewan utama poli straight sampai ke simpang masuk masjid tak ada satu pun lampu jalan yang hidup. Maksudnya sepanjang jalan kat tepi padang tu bergelap, lampu jalan tak hidup. Padang tu sebelah kanan aku, sebelah kiri pula Wie lepas tu Nur. Waktu tengah jalan kat tepi padang tu tiba-tiba kita orang terdengar macam bunyi anak kucing. Kuat bunyi dia macam dekat sebelah je.
Wie: Kau orang dengar tak?
Aku: Dengar. Suara anak kucing.
Nur: Dari mana datang eh?
Aku: Dalam longkang agaknya.
Nur: Kesiannya.
Wie: Kau nak tolong ke?
Nur: Hesh tak nak aku. Buatnya bukan anak kucing macam mana?
Tiba-tiba..
Nur: Eh bau apa tu? Kau orang bau tak?
Lebih kurang macam tulah perbualan kita orang. Lepas si Nur cakap macam tu je aku dengan Wie dua-dua terdiam. Aku rasa Nur ni tak perasan masa tu. Bunyi anak kucing tu tiba-tiba hilang. Seram sejuk pula bila menaip cerita ni. Dahlah aku seorang dalam ofis. Sambung balik. Keadaan jadi sunyi sepi balik lepas tu, tapi aku rasa sangat tak sedap hati so aku gesa Nur dengan Wie jalan laju-laju. Sampai dekat satu pokok tepi padang tu, serentak aku pandang Wie. Wie pandang aku. Wie ni penakut orangnya so dia terus genggam tangan aku kuat-kuat. Aku memang dah tak rasa darah mengalir ke tangan kiri aku. Nur perasan apa yang jadi tapi dia tak faham. Bila dia tak faham dia suka bertanya. Curiousity kills the cat bak kata omputeh. So dia berulang kali tanya kita orang dah kenapa tiba-tiba diam Nur ni baik budaknya tapi kadang-kadang bodoh dia tak ada limit and tak kena masa. So sebelum dia buka mulut dia tanya benda lain lagi aku terus cakap dengan nada keras, “Diam. Jangan cakap apa-apa. Jangan toleh kiri kanan. Tengok depan aje.” Start dari situ kita orang jalan selaju yang mungkin, tak bercakap sepatah pun sampailah kita orang masuk kawasan masjid.
Wie: Haa.. dia dah tak ikut dah.
Aku: Diam aja. Sampai bilik baru cerita. Dia ada lagi.
Kalau kau orang ingat, aku cakap tadi pukul 11 kita orang sampai pintu masuk poli. Jarak dari pintu masuk poli ke Hi-10 berjalan kaki dalam 15 minit. Tapi malam tu kita orang berjalan dari pintu masuk poli sampai ke pintu pagar Hi-10 makan masa dalam 6-10 minit saja. Bila aku masuk bilik jam baru pukul 11.15 malam. Bila dah selamat masuk bilik barulah aku rasa lega. Lepas selesai bersihkan diri, kumpul ramai-ramai dekat ruang antara katil aku dengan katil Nur. Maziah dengan Nana pun ada sekali. Mulalah Nura dengan muka blur bertanya kenapa. Aku dengan Wie mampu tahan diri je dari marah budak ni. Buat lawak hambar tak kena masa tak kena tempat. Siap tegur lagi, ya ampun.
Sebelum kita orang start bercerita, aku dah pastikan pintu berkunci. Tingkap langsir semua tutup. Barulah cerita apa yang jadi sebenarnya. Dalam 30 meter sebelum sampai dekat pokok tadi, Wie ni terpandang atas pokok tu. Katanya dia ternampak hujung kain putih berjuntai. Aku tak nampak pun tapi memang boleh rasa sangatlah ada benda dekat pokok tu sebab tu aku suruh Nur jangan toleh kiri kanan, pandang depan aje. Benda tu memang mengikut kita orang sampai kat kawasan masjid dia berhenti.
Malam tu Wie tak berani nak balik bilik dia so dia menumpang tidur dalam bilik aku. Bantal selimut dia pun memang ada lagi dalam bilik aku sebab buat kerja sama-sama sampai tengah malam hari sebelumnya. Itu sahaja cerita kali ni. Selamat malam.
pessss..
Pis itu utk Politeknik Ibrahim Sultan ke?
Yup. Poli Ibrahim Sultan.
Seram. Terima kasih kongsi pengalaman ya.
duduk sorang2 kat ofis pun berani lagi ye mengimbau kembali cerita seram.
aku sejak baca pengalaman orang kat FS ni jgn harapla nak stay lama2 kat ofis.
Bosan sorg2 duk dalam ofis ni. keje pun dah siap. so menaiplah acah-acah buat keje. padahalll… haha
ya
alhamdulillah lah. masa zaman aku 2008-2011 kat sane takda lah kejadian seram2. tp aku mmg boleh membayangkan suasana tu. haha. laluan susur gajah tu dr dulu mmg x berlampu walau sebutir. tapi selalunya berani je lalu situ malam2. mungkin sbb tak pernah nk pikir ape2 pun.
sebab cerita ni laa aku g google hi 10 PIS ni cmne rupenye..hahaha
Hantu yg sama dkt scientex kenari kot….
dalam ramai2 geng mesti ada sorang yg perangai pelik….payah nak faham kan…hahahah…kelakar pun ada ….next time crite lgi..
baru baca… aku ex student poli… student JRKV biasa kne kacau ms buat final project.. sbb dorang akan stay kt class smpai pukul 1-2pagi… huhuhu..