Penanggal Berdarah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin kalau kisah aku disiarkan. Ini pertama kali aku menulis sebuah cerita seram disebabkan aku pun penulis baharu yang nak berjinak-jinak dalam penulisan.

Cerita ini seram dan realiti yang aku lalui bersama ibuku di sebuah kampung. Kampung ini aku letakkan nama Kampung Melati (bukan nama sebenar) di Melaka. Ya, aku anak jati Melaka. Baik. Pernah dengar penanggal? Kau tahu penanggal ? Ya, aku pernah tengok penanggal dengan jelas dan jauh BEZA dengan penanggal yang ada dalam televisyen. Mulanya aku pun bukan percaya sangat hantu dan penanggal, aku tak percaya langsung. Tapi lepas aku tengok sendiri. Aku betul-betul percaya dan tak tahu nak kata apa.

Kejadian ini berlaku ketika aku berumur 17 tahun ketika tahun 2011. Aku masa itu degil dan semua tahu waktu remaja sememangnya d***h muda yang membuak-buak inginkan kebebasan, jadi aku dan rakan-rakan membuat satu idea nak menaiki motor tanpa lesen berjalan ke bandar. Untuk pengetahuan, aku ada motor dan aku yang mulakan pelan. Aku minta rakan aku bawa ketika itu dan rakan lain menaiki dua buah motor lain. Kami puas, kami ‘berjimba’, kami muda dan bebas. Kami menaiki motor lebih kurang pada pukul 3 petang. Tapi aku lupa, ibu aku melarang aku menaiki motor jauh-jauh dan disebabkan aku ini perempuan. Semua tahu dan jelas anak perempuan perlu dijaga rapi ketika muda supaya tak terpesong. Aku degil dan nekad lupakan nasihat ibu, aku keluar juga. Aku pun lupakan juga tentang tuisyen malam itu. Biasalah tingkatan 5 dah nak SPM. Tuisyen aku pada pukul 8 malam tapi aku nekad aku tak nak pergi. Ibu telefon dan terus telefon. Aku kata aku pergi dekat sahaja. Aku tipu.
Nak jadikan cerita. Motor aku rosak dan rakan-rakan aku cuak. Rosak pula jauh dari rumah. Terpaksalah menipu ibu lagi katakan motor rosak dan ada pak cik betulkan dan lambat lagi. Ibu marah aku dan kata dia tak percaya. Akhirnya motor tersebut berjaya dihidupkan. Aku pun pulang dengan berat hati dan nampak ibu aku di salah sebuah rumah kawan ibu (rumah dia dekat dengan pintu masuk kampung). Ibu suruh aku turun motor dan waktu itu dah senja. Ibu pula bebel panjang depan rakan aku semua, nasihat apa patut dan mereka pun akhirnya minta izin untuk pulang serta mohon maaf. Motor itu aku letak di rumah kawan ibu dulu. Waktu itu ibu suruh aku masuk kereta dia dan mula marah aku lagi.

Waktu dah gelap. Pukul 7.15 malam. Kau tahu jelah waktu maghrib kan.

Ibu pun mula memandu kereta dengan keadaan marah dan aku asyik melawan kata dia. Sebab aku ni degil dan malas nak dengar. Aku banyak pandang luar dan tengok langit. Itulah, menipu lagi kan, inilah padahnya. Masa aku tengok-tengok langit itu, mata aku melilau dan terhenti pada satu cahaya merah yang terang dari arah depan. Merah menyala dan berapi. Mulanya aku ingat bola api ke mercun atau percikan bunga api. Tapi aneh tak ada bunyi letupan. Kau bayangkan, mata kau tengok langit gelap tiba-tiba ada objek bercahaya merah bulat bergerak perlahan. Aku gosok aku banyak kali. Tak berkelip sampai ibu kata “Dengar tak apa ibu cakap, kita dah lambat pergi tuisyen ini”. Aku tak endahkan apa ibu kata lagi dah. Persoalannya apa yang merah menyala tu? Ibu aku pun apa lagi, dia berhenti bercakap dan memandang ke arah tempat yang aku tunjuk. Aku cuma cakap ” Ibu apa itu?”. Untuk pengetahuan semua, ibu aku mata hijab dia terbuka. Dia boleh melihat benda halus.

Ibu memandu dekat dan berhenti. Kami nampak objek itu dengan jelas dan akhirnya berhenti di atas satu bumbung rumah. Kau bayangkan, aku nampak bola api tapi lama-lama aku perasan tu penanggal. Macam mana aku tahu tu penanggal? Aku nampak rambut dia yang hitam mengerbang kusut, usus kemerahan berdarah bergantungan, mata yang putih dan tengkorak berdarah. Semuanya jelas merah menyala. D***h memenuhi penanggal. Aku yakin mesti menitik d***h itu. Ya, ini benar terjadi dan aku masih ingat walaupun dah 8 tahun berlalu. Ibu minta aku tutup tingkap cepat sebab mengikut orang dulu, penanggal boleh masuk ke dalam pintu atau tingkap yang terdedah kalau orang nampak dia. Aku tak tahu penanggal tu nampak kami tak. Pastinya “dia” berada atas bumbung rumah jiran kami dan menjatuhkan sesuatu. Kau tahu apa dia jatuhkan? Usus atau sesuatu yang “dia” bawa sepanjang perjalanan tu. Ya dia jatuhkan d***h dan usus ke atas rumah itu. Lama. Dalam masa 5 minit kami lihat. Keadaan penanggal sangat ngeri dan menakutkan. Bukan dalam televisyen yang ada kulit muka lagi atau hanya rambut dan kepala sahaja. Aku terpaku. Aku geli. Rasa loya. Ibu aku tak habis mengucap. Dia minta aku bacakan ayat kursi dan apa-apa surah. Aku baca. Akhirnya penanggal itu hilang lepas selesai buat kerja “dia”. Tak tahu hilang mana. Risau aku “dia” muncul secara tiba-tiba depan aku. Buat muncul di tingkap. Habis lah aku.

Selepas kejadian itu, kami pulang dengan segera dan aku tak pergi tuisyen. Ibu aku pesan lain kali jangan menipu dapat dah balasan. Haha. Itu lah. Aku sampai takut tidur malam. Sebab asyik bayang betapa ngeri. Demam? Tak. Aku tak demam. Cuma takut nak keluar maghrib lagi. Baiklah sampai sini sahaja. Cerita ini memang realiti dan aku akan simpan sampai bila-bila. Nanti rajin-rajinlah tengok langit mana tahu nampak “dia”. Sekian sampai sini. Terima kasih baca !

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Khalilah Anum
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

32 comments

  1. Pernah juga nampak masa ke kelas malam dulu..
    Hampir 10 tahun dahulu..
    Masa tu ramai2 kena kejar naik basikal..
    Memang lain dari yang dalam filem..

    1. Erkkkk…. x takot ke kejar penanggal?tgk kt tv pun dah seram kalo jupe kat lua sure da lame pengsan..

  2. emmm , Datang mat Sabah la …. penanggal in tu biasa ja nampak … aku siap nampak couple times

    1. kwn sy from sabah pn ckp bnde sama..siap boleh pegi cari penanggal tu lg..pocong pn sama..bley pl die pegi kejar…tp ramai2 ler..sorg2 dia takut jugak..hehe

  3. Seumur hidup aku ni.. memang tk prnh lagi nmpk penanggal.. dulu mak aku pnh citer, biasanya org yg jd penanggal ni rmh dia ada tempayan bsr buat simpan cuka.. nth btul nth tk, itu aku tk pasti.. tp dia suka sgt kat perempuan mngandung yg dh dkt hari.. maksudnyer dh dkt nk beranak la tu.. aku tak tau la plk apa motif penanggal tu.. citer tu pun aku dgr dr mak aku..

  4. penanggal mmg scary..salu dgr org ckp kalau kena semburan d***h ke air liur dia tu bley bwk m**i..huhu..scary..

  5. sama lah dgn apa yg sy pernah nampak dulu.. sy lah target dy.. depan mata beb..! suara dy macam ayam yg menjerit.. nasib baik tingkap bertutup.. lagi satu.. penduduk percaya makhluk tu takut api dan duri.. jadi kene lah pasang pelita letak kaktus kat rumah kalau ada yg mengandung.. Tapi yg penting bacaan surah dan yasin..

  6. Dy tjk diri sbb nipu mak tu… skali npk tros x kua mgrib…kalo aq dari dulu x serik2..pnh jupe hantu pun kua jgk tgh mlm 😂

  7. Blhla seram, cuma nk nasihat awk, patuh dan taatlah perintah ibu selagi xmlnggar syariat, marah ibu krn sygkn anak, derhaka pd ibu ayah ni blasan di ats dunia lg Allah tunjuk.Bunyi mcm cliche kn, tp klu dh kna bala sbb derhaka ni, pnggil tok wali doakn pun x jd ap. Huhu, syg ibu ayah ya dik.

  8. Saya pernah terserempak dengan bebola api semasa dalam bas ekspress nak balik KL. Ketika tu saya kat area Alor Setar…kat hiway yang kiri kanan di kelilingi sawah padi. Bebola api yang saya nampak tu sangat besar, dan dia terbang slightly tinggi sikit dari bas saya dan sangat laju. Dia terbang betul2 lalu atas tingkap bas saya… terkejut jugak la nampak benda tu… semasa ternampak saya toleh ke kawan saya yang duduk di sebelah saya. Nak tanya dia nampak ke tak, pusing2 nak tanya, rupanya tak perlu tanya sebab mata dia terbeliak terkejut tengok. Dah type saya tertanya juga, bebola api tu is Flying head or magic yang orang hantar?

  9. Aku penah nmpak jugk mcm ni . Masa tu mlm dlm 10 lebih kira dekat² nak msok 11 malam . Masa tu aku kelaut ngn ayah aku ( Nelayan tngkap ikn ) . Jenis aku ni tgh² mlm suka tngok bintng . Kdng² ada rezeki nmpk taik bintng . Mmng tmpt aku ni bila mlm bintang tu berterabur bnyk. Nk jdikn cerita tmpt yg ayah aku lalu tu mmng kerass kt pulau kecik. Aku smbil tngok tu terperasan benda berapi jalan atass kepala . Dia terbng tak terlalu tinggi dri kepala dn tak terlalu rendh dri kepala . Pstu aku tekejut la x pernh aku nmpk taik bintng dekt2 mcmni . So aku tnya la ayah aku . Ayah nmpk x taik bintng tdi tu . Pstu ayah aku marah aku jgn tegur . Tu bukn taik bintng . Hg buat x tau ja kt dia . Bahaya . Hahahaha . Aku pon diam jelha dh x tau plak tu dia . Okay hbis sory klau tulis ni berterabor .

  10. Ada jugak orang panggil dia tuju-tuju

    kalau ternampak tuju-tuju, tunjuk, dan sebut ‘tuju-tuju’, objek itu akan hilang. tunang aku pun buatlah macam tu masa dia pergi mancing kat sungai bila nampak objek tu.. Dan, selang beberapa saat, objek itu semakin mengecil dan menghaib dari pandangan.

    Kalau kau tak buat macam tuu atau takde orang ternampak, dikhuatiri mengenai sasarannya. Nauzubillah. Minta dijauhkan Allah sihir macam tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.