Terima kasih FS sebab publish kan cerita aku ni…
Nama aku Azrul Lebih dikenali sebagai Own cerita yang aku nak kongsi ni adalah dari pengalaman aku sendiri… OK MARI DENGARKAN…
Sebelum kehadiran e-hailing, banyak pemandu teksi yang ada pengalaman seram ni. Lebih-lebih lagi kalau bekerja syif malam macam pemandu ni…
Waktu telah menghampiri tengah malam ketika dia memandu di tengah kota raya yang sunyi. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan muda cantik berambut hitam panjang memakai baju berwarna putih sedang berdiri di tepi simpang lampu isyarat.
Aku pun hentikan teksi aku untuk bertanya sekiranya perempuan tersebut mahu tumpang. Perempuan tersebut kemudiannya menoleh dan merenung mata aku sebelum masuk ke dalam teksi tanpa berkata apa-apa.
Apabila perempuan ini masuk sahaja dalam kereta, bau wangi mula merebak sehingga menyakitkan hidung aku. Bila ditanya destinasi, perempuan ini hanya menghulurkan sekeping kertas yang ditulis nombor dan nama jalan.
Kerana kurang mengenali lokasi yang diberikan, aku telah meminta supaya penumpangnya itu tunjukkan jalan. Namun perempuan tersebut masih tidak menyebut sepatah perkataan dan hanya mengangguk sebagai tanda aku pun telah masuk ke dalam tempat tersebut.
Akhirnya kami tiba di satu jalan yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Jalan tersebut agak sempit dan gelap, hanya boleh memuatkan satu kereta. Bukan itu sahaja, jalan di sana juga sangat gelap hingga sukar untuk melihat bila hanya berpandu kepada lampu kereta sahaja.
Memandu perlahan, aku cuba melihat kiri kanan untuk melihat nombor rumah yang diberikan tersebut, tapi mengejutkan bila dia perhatikan betul-betul, tiada rumah yang ditemui sebaliknya hanya deretan kubur yang panjang.
aku mula rasa seram sejuk, bulu tengkuk juga tegak merinding. Tak berani melihat ke arah cermin belakang, lelaki ini bertanya jika ianya tempat yang betul. Namun, tiada jawapan dari kerusi belakang. Perlahan-lahan, lelaki ini memandu mengharapkan ada rumah di hadapan.
Tak lama kemudian, aku merasa sentuhan di bahunya. Tanpa berani menoleh, aku hanya berhentikan keretaku dan merasa tangan perempuan tersebut memberikan dia wang.
Ekoran terlalu takut, aku terus meletakkan duit tersebut di tepi pintu tanpa mengiranya. Sejurus aku mendengar pintu belakang terbuka dan tertutup, aku terus memecut laju pulang ke rumah tanpa menoleh ke belakang.
Keesokan harinya, aku memberanikan diri untuk pergi semula ke tempat semalam. Di kala waktu tengah memancar terik, memang jelas kawasan tersebut adalah tanah perkuburan cina yang besar. Dia cuba mencari nombor yang diberikan oleh gadis tersebut.
Ketika tiba di satu kubur, aku terkejut bila melihat perempuan di dalam gambar tersebut sama dengan penumpang semalam. Bila aku cuba melihat duit yang diterimanya semalam, ternyata ia adalah duit neraka Cina. Aku pun tanpa berfikir panjang terus membuang duit tersebut dan berlalu pergi.
Rupanya, perempuan itu telah meninggal seminggu sebelum di dalam satu kemalangan dahsyat di simpang lampu isyarat tersebut. Ia merupakan kemalangan langgar lari dan orang yang melanggarnya tak pernah ditangkap.
Itu saja lah cerita dari aku, sebelum itu aku memohon maaf dari hujung rambut hinggalah kekaki sekiranya cerita aku ini tidak menyeramkan, tpi bagi aku inilah kisah aku sehingga sekarang aku tidak pernah lagi membawa teksi dan aku mula kerja yg baru di insuran thailand sekian terima kasih…. PERCAYA ATAU TIDAK HANYA TUHAN SAHAJ YANG TAHU 🙂
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit