Penunggu Keladi

Sepi. Malam tu memang sunyi sepi. Tak macam malam yang sebelumnya. Langsung tak ada bunyi cengkerik. Iayalah, rumah kampunglah katakan. Suasananya agak sejuk tapi bukan disebabkan hujan. Tak tahu kenapa tapi waktu itu memang terdetik dalam hati ‘eh malam ni lain macam. Macam ada yang tak kena’. Tapi setakat di dalam hati sajalah, tak pula saya bercerita dengan keluarga yang lain. Takut kalau-kalau perasaan saya sahaja.

Petang itu emak dan sepupu keluar berdua mencari rumput untuk habuan kambing dengan menaiki motosikal. Bagai sudah menjadi kelaziman, jika tiada apa-apa.. Emak akan turut serta menjaga kambing. Kambing yang diternak pada waktu itu tidaklah banyak tetapi cukuplah untuk bermula berniaga secara kecil-kecilan. Kebiasaannya kami hanya mengambil rumput yang tumbuh meliar di tepi jalan. Namun pada hari tersebut, emak tidak hanya mengambil rumput untuk dibawa pulang.

Malam mula menjelma. Bila tiba malam, semakin terasa auranya. Entahlah, sukar hendak dijelaskan dengan kata-kata. Rasa seram sejuk pun ada. Waktu itu, saya sudah mula mengantuk. Setiap malam, saya akan pastikan pintu bilik dikunci sebelum tidur. Adalah sekali dua saja terlupa, itu pun bangun minum tengah malam, masuk terus kunci semula.

Disebabkan rumah saya hanya rumah kampung, kuda-kuda atap rumah hanya menggunakan kayu. Bilik pula dinding tidak bertutup hingga ke atas. Maknanya ada ruang diantara semua bilik. Tiba-tiba sedang saya berbaring, saya terlihat seekor burung kecil yang hinggap di atas dinding. Kedudukkannya betul-betul di atas kepala. Burungnya berwarna hitam kebiruan. Langsung tidak berbunyi, hanya menggerakkan kepalanya sekali sekala. Waktu itu saya tertanya juga, dari mana pula sesat burung seekor ni. Tiba-tiba saja ada. Tak nampak pula terbang ke sini sana. Hanya duduk diam sahaja. Kalau kata tersesat, tak senang duduk dibuatnya. Habis terbang merata. Tapi yang seekor ini TIDAK. Saya sedapkan juga hati, mungkin burung ini tersesat dan kepenatan. Nanti baliklah tu. Tidurlah semua orang.

Sedang saya lena tidur. Saya terdengar suara emak memanggjl, mengejut untuk minta menemaninya ke bilik air. Bila saya buka sahaja mata, saya terkejut kerana emak duduk di tepi kepala saya. Emak pula hanya bersuara ‘temankan mak pergi bilik air sekejap’. Waktu itu rasa nak luruh jantung. Satu, sebab saya pasti.. Pintu sudah pun dikunci sebelum masuk tidur. Bagaimana pula emak boleh masuk? Kedua, kenapa pula emak memilih saya sedangkan adik-beradik lain ada tidur berdekatan dengannya.

Saya masih ingat, waktu saya melihat emak.. Emak tidak menunjukkan muka. Malah hanya memandang kebawah saja. Cakap pun hanya sebaris saja. Saya yang mula ketakutan, bangun juga menemankannya. Tetapi waktu itu burung tersebut masih ada cuma sudah berubah kedudukan. Dia seakan menghadap emak.

Ahhhh… ini tidak boleh jadi. Jangan-jangan emak…. Waktu itu saya sudah mula tak sedap hati. Mula berfikir bukan-bukan. Apalagi bila berjalan melintasi ahli kelurga lain yang sedang nyenyak tidur. Hanya saya dan emak berdua di waktu begini. Sungguh, emak bukan jenis berteman. Jauh sekali penakut. Biasanya saya yang minta diteman. Hehe Badan saya waktu itu mula raaa sejuk. Rasa seperti ada ketulan ais di leher. Ikutkan hati, mahu saja menjerit minta semua yang lain bangun. Tapi dalam masa yang sama, takut juga jika saya yang tersilap mengunci pintu. Nanti tak pasal dimarahi emak pula.

Kami terus berjalan ke dapur. Mujurlah waktu itu bilik air sudah berpindah dihujung dapur. Kalau masih di luar, entahlah. Mungkin terpaksa pura-pura pitam untuk elak meneman. Saya putuskan mahu duduk dikerusi sementara menunggu emak di bilik air. Ajaibnya, belum pun sempat saya meletakkan p******g.. Emak sudah membuka pintu. ‘Dah, siap’. Inilah ayat emak sejurus keluar bilik air. Ibarat kita kunci dan buka semula pintu. Mana mungkin sekelip mata boleh siap. Langsung tak dengar bunyi air. Satu-satunya bunyi yang saya dengar, bunyi emak mengunci pintu dan membukanya kembali.
Bulu roma saya terus meremang. Meremang sehinggakan kaki terus lemah, tak mampu berjalan. Saya tak rasa itu emak! Walaupun jasadnya masih emak, saya yakin yang berdiri di hadapan saya bukanlah emak! Wajah emak tak seperti biasa. Kelihatan sedikit kusam, sedih dan pandangannya tajam. Bagai tepat memandang mata saya. Dan ya, waktu keluar bilik air. Emak berjalan laju. Seakan mengejar saya.
Saya yang terkejut dan ketakutan, berlari ke hadapan sambil menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Dalam hati berdoa moga ada sesiapa terjaga. Emak masih dibelakang mengejar! Mujurlah waktu itu sunyi jadi bila terdengar jeritan, semua terus terjaga! Masing-masing terpinga-pinga. ‘Emak dah kena rasuk!!! ‘ Jerit saya beberapa kali. Hinggalah mereka juga terkejut melihat kelibat emak,

Waktu itu, saya perasan burung tersebut telah tiada. Mungkin ‘ia’ datang bersama. Emak yang mula meracau ditangkap dan dipegang. Kuatnya emak meronta hanya Allah yang tahu. Emak hanya bertubuh kecil. Mana mungkin mampu melawan kudrat lima ke enam orang. Waktu itu rasa seperti menonton wayang. Tetapi kali ni versi rela di hadapan mata menyaksikan sendiri orang dirasuk!
Mujur ada arwah maklong. Emak yang dipegang erat, kini mula bersuara minta dilepaskan. Disebabkan kami berdarah Banjar, emak tiba-tiba bertutur bahasa Banjar tetapi sedikit pelik kerana ada tutur katanya yang tidak kami fahami. Kata maklong, ini bahasa Banjar lama! Allah.. Allah.. Entah apa yang emak mahu sampaikan. Ayah juga turut membantu. Sepanjang sesi bersoal jawab, sesekali hendak tergelak juga bila kami tak dapat terjemah. Berkali-kali emak mengulang hinggakan nada emak sedikit berang.

Keadaan saling tak tumpah seperti bermain teka-teki dan soal jawab. Ada satu tahap, kami macam blur.. Tak tahu apa yang emak mahukan. Kami kerah maklong untuk berfikir! Ingat lagi kata ayah, ‘cakaplah bahasa melayu, senang nak faham!’. Hehe
Rupanya, waktu emak mengambil rumput disiang hari.. Emak ada mengambil ‘sesuatu’ yang bukan haknya. Katanya, emak mengambil datuknya. Rumah datuknya sudah tiada. Mungkin disebabkan kelam kabut dan terkejut. Kami sangkakan emak mengambil atuk sesorang. Pelik juga sebab siang tadi tak nampak orang, saya hanya nampak rumput, kata saya kepada ‘emak’. Emak pula seakan berang. Katanya lagi, emak ada memetik sesuatu. Dan dia mahukannya kembali. Puas juga kami bertanya sepupu, ada ambil apa lagi tetapi beliau hanya menggelengkan kepala tidak tahu. Selepas seketika, dia berkata bahawa emak ada mengambil sepokok keladi. Pokok keladi tersebut adalah rumah datuknya. Ya Allah.. Sakit dada waktu itu. Sudahlah pokok keladi, ada atuk pulak didalamnya. Entah mahu ketawa atau marah bila mendengar. Tetapi melihatkan emak yang semakin mengganas, kecut perut juga.

Beliau mahukan pokok itu kembali, jika tidak habis badan emak akan dipatah-patahkan! Seingat saya, waktu yang diberi sangat singkat. Iaitu sebelum subuh. Sudahlah tidak tahu pokok keladi jenis apa dan dimana… bagaimana pula mahu mencari di dalam gelap. Sudah tengah malam ni. Dalam banyak-banyak benda, kenapalah berumah dipokok keladi bentak hati saya. Ingat lagi ugutan mahu mematahkan badan emak?? Ya, dia tidak hanya bercakap kosong. Waktu itu kaki kiri emak tiba-tiba terlepas dari pegangan dengan perlahan tiba-tiba kaki emak seakan dilipat ke belakang. Terbengkok. Dan waktu ini emak menjerit kesakitan. Begitu juga pergelangan tangan emak. Seperti mahu dibengkok, dipatahkan. Saya mula menangis. Buntu mahu buat apa. Ayah pula sudah puas membacakan itu dan ini tetapi tidak berkesan.

Dalam gelap itu juga, kami beramai-ramai mencari pokok keladi. Allah.. Sudahlah kesiankan emak, tak pasal kesakitan. Pokok keladi pula langsung tidak kelihatan. Hinggalah tiba-tiba ternampak seperti pokok keladi kecil di atas tanah. Pokoknya nampak biasa tetapi mempunyai jalur-jalur merah. Punyalah puas mencari, mujur Allah ketemukan. Waktu tangan emak dipulas, sebiji seperti kita bermain lawan tangan. Lihat siapa yang tangannya tumbang dahulu. Haa.. Begitu keadaanya. Emak seakan melawan tetapi dalam masa yang sama, tanggannya bergerak melawan arah. Tak sanggup ingat. Terasa seperti tangan sendiri pula yang dipulas. Selepas itu, kami terus membawa pokok keladi tersebut kepada emak. Kami sangkakan sudah selesai. Namum sangkaan kami meleset!
Ia mahu pokok keladi tersebut diletakkan ditempatnya yang asal. Ahhh.. Sudahlah hanya emak yang tahu dimana, tetapi emak pula sudah tidak sedarkan diri. Sepupu pula walaupun pergi bersama tetapi langsung tidak tahu-menahu bila dan di mana emak mengambilnya. Masa semakin suntuk. Tanya pun tidak berjawab. Dia terus mengugut mahu mematahkan lagi badan emak. Waktu itu punyalah takut kalau-kalau dipulasnya leher emak. Disebabkan emak yang semakin kesakitan, kami membawa pokok tersebut kepada orang yang pandai mengubat. Mujurlah beliau ada dirumah. Sudahlah waktu awal pagi begini. Tiada pilihan, cuba sajalah.

Dengan bacaan ayat al Quran, beliau cuba berinteraksi dengan ‘penguhuni’ di sana. Katanya, disana adalah penempatan mereka. Pokok yang emak cabut dan bawa balik itu adalah rumah datuknya. Dan emak membawa datuknya sekali pergi. Tidak hanya membawa pokok keladi semata-mata. Atas sebab itulah mereka berasa tersangat marah dan mahu mencederakan emak. Bila dipujuk dimana mahu diletakkan kembali.. Akhirnya mereka memberitahu ditempat sekian, sekian.. Terus tanpa berlengah, sepupu terus membawa pergi pokok tersebut. Seingat saya, beliau hanya pergi seorang diri kerana yang lain sibuk memegang dan menenangkan emak dirumah. Waktu mahu bertolak, motor seakan berat. Berat yang teramat sangat! Tak boleh pergi senang cerita. Walaupun sepatutnya sudah terbang melayang, motor itu hanya bergerak seperti motor cabuk sahaja.

Waktu sepupu memulangkan, kami dirumah tidak berhenti berdoa, membaca ayat suci.. Mudahan emak dapat bergerak dan bebas seperti biasa. Sudah mahu masuk waktu subuh. Emak sesekali kelihtan mengerang kesakitan. Berkerut seribu dahi emak. Mulanya pokok itu dicampak sahaja ditempat yang disebutkan. Tetapi akibat risau dimarahi dan pokok itu m**i, sepupu mengambil kembali pokok dan meletakkannya perlahan di atas tanah sambil memohon bantuan Allah. Sebaik sahaja selesai, beliau terus memecut kembali ke rumah. Hairan, motor kembali ringan. Tak lagi seperti terikat dimana-mana sehingga tidak boleh berjalan! Emak juga dengan tiba-tiba berhenti meracau dan mengamuk. Tak ubah seperti baru tersedar dari lena. Emak Cuma bertanya apa sudah jadi kerana sakit-sakit badannya.

Azan subuh pun mula berlumandang. Masing-masing kepenatan. Usai solat subuh, kami bercerita dan bertanyakan kepada emak. Mengapa mengambil keladi tersebut. Pakej pula dengan penjaganya. Hinggakan hampir bergadai nyawa! Kata emak, pada mulanya memang emak ada terpandang pokok keladi tersebut. Tetapi emak abaikan sahaja. Kata emak, tiba-tiba macam terdengar satu suara yang menyuruh mengambil keladi tersebut. Dan emak pula bagai dipukau. Ambil secara sembunyi dan curi-curi pula membawanya pulang. Itulah sebab kenapa sepupu tidak sedar bagaimana pula emak boleh memetik keladi sedangkan tidak nampak langsung emak memegangnya.

Sejak dari itu, emak tidak lagi kami benarkan ikut mengambil rumput. Takut pisang berbuah dua kali! Risau nanti dipukau ambil yang lain lagi. Nahas kami. Sebelum pergi sudah dipesan, jangan ambil sembarangan. Ambil rumput sahaja. Tetapi itulah. Benda nak jadi. Kadang memang ada jenis yang memang gatal tangan suka ambil. Kadang ada juga jenis tak kisah tetapi seperti dipanggil-panggil untuk diambil. Nasib tak baik, lepas itu tanggunglah akibatnya!

Beringatlah. Dan kalau boleh biar berteman. Tambah lagi ke tempat-tempat seperti kebun dan hutan. Kurang-kurang kalau kita terleka, ada orang yang menegur. Kecualilah kalau ambil curi-curi ni. Lepas tu tak sedar. Tahu-tahu sudah membawa sesuatu pulang! Selamat berteman! Hmmm… kebun pun boleh jadi juga. Lain masa saya cerita ya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Raina'S

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.3]

7 thoughts on “Penunggu Keladi”

  1. cerita ni bestt… Allahu dh kenapa keladi jugak dbuat rumah. keladi kan mmg org ambik dan tanam atau makan…… dh kite plk salah sb ambik keladi. adoi.

    Reply
  2. wow.. x sangka pokok keladi kecil pun ada penunggu. dulu pun arwah ayah selalu bwk balik pokok keladi, pokok langsuir atau pokok2 yg hidup kat kebun dan hutan kalau dia jumpa masa ke kebun atau memikat burung.. mujur Alhamdulillah xde jadi apa2 yg mistik..

    Reply
  3. Ada hikmahnya. Tambah2 kalau pokok tu jenis nak pupus macam Rafflesia tu. Bila ada penunggu kuranglah ‘tangan gatal’ yg nak mencabutnya. Ada pokok tak boleh dipindahkan sbb nak persekitaran semulajadi yg unik. Tak pandai jaga, m**i. Ada juga yg curi bawak keluar negara. Bila pupus dah rugi tak boleh tengok,

    Reply
  4. Mcm kisah org semenanjung yg beli bunga hutan di sebuah pasar sarawak.Tp yg sedihnya dia meninggal sbb nk pulangkn pn jauh lgpn makhluk tu mrh sbb anknya m**i mksdnya pokok yg dbeli ada 2 telah dipisahkan tp ank pokok yg satu tu kering.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.