Penunggu Stesen Minyak

Aku sejenis yang suka layan cerita seram kisah benar samada video kat youtube atau pun dari bahan bacaan seperti FS ni. Kalini aku nak share sendiri pengalaman aku yang benar-benar terjadi dalam hidup aku.

Pada usia 27tahun aku bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati dari negeri yang sering disebut dalam Malaysia ni. Aku sendiri berasal dari Selatan Tanahair tapi menetap di KL sejak usia bayi kerana ibubapa ku memang bekerja disini.

Jujur, selama hidup dewasa perkara seram ni belum penah terjadi dalam hidup. Kecuali masa bersekolah asrama perempuan dulu adala.

Dipendekkan cerita selepas kahwin aku ikut suami ke negerinya, masa tu da mula aku nampak macam2 benda aneh. Mak mentua aku tuduh aku, katanya akulah yang bawak benda2 pelik ke sana. Aku terdiam taknak panjangkan cerita. Walau hakikatnya selepas aku berkahwin dengan anak lelakinya lah aku jadi nampak macam-macam benda.

(satu masa kalau aku rajin nanti aku cerita la apa yang aku nampak) Sampai lah aku pregnant dan nak bersalin, aku balik rumah ibu bapaku sehingga habis pantang, suami datang amik balik pantai t…. Suami sejenis yang suka gerak malam ,katanya tiada la berpanas dengan perjalanan jauhnya.  Lepas Isyak dia jemput aku. Sebelum bertolak berhenti makan kat sebuah kedai makan berhampiran rumah org tuaku.

Dipendekkan cerita. Dalam perjalanan, naik kereta seperti biasa on aircond yang sampai satu tahap terasa sangat sejuk. Terpaksa off aircond dan buka tingkap. Mula tu tiada apa pun yang pelik berlaku. Tapi dalam perjalanan sampai satu kawasan tu ada bau busuk aku pon tak tahu bau apakah tu sampai terkeluar perkataan dari mulut suami. “ Eeee busuknye, bau apa ni”(dalam slang negeri itu) Aku hanya diam. Dalam hati bercakap kenapala lakiku tegur, dah la malam buta. Ada baby lg ni… Bau busuk tu takdela lama sangat, sebab tutup balik tingkap dan on aircond semula.

Sampai la satu kawasan ni suami nak isi minyak kereta, lepas isi minyak katanya nak tidur kejap. Mengantuk sangat katanya. Parking kereta berdekatan tandas stesen minyak dan stesen minyak memang pasang kaset mengaji. Jadi mengharapkan tiada apa la yang ganggu.

Kereta dibiar hidup sebab tak nak buka tingkap takut nyamuk gigit anak. Suamiku parking je kereta, letak kepala terus berdengkur… Aku sempat tengok jam ditangan dah pukul 11.55malam. Aku pon terus tidur. Tiba-tiba aku boleh terjaga. Anak ku tidur lena.

Dalam mamai tu tertengok tingkap side mirror sebelah aku. Dari dalam cermin nampak ada makhluk berwarna putih pendek paras side mirror. Pantulan cermin nampak makhluk tu botak licin yang terkena cahaya lampu jalan. Mujur tak nampak muka. Yang pastinya seakan2 rupa alien workshop (brand lama) tu. Dalam hati Istighfar terkejut. Tanpa pikir panjang, aku sambung tidur. Sempat jeling jam kereta, dah pukul 1pagi.

Tengah sedap tidur aku terjaga lagi. Sebab terdengar macam orang berbisik bisik dalam kereta seat belakang… Berderau d***h aku. Tengok seat belakang tiada apa-apa. Tengok jam dah pukul 2lebih pagi… Aku sambung tidur semula sebab masih terasa mengantuk sangat. Tangan kanan aku letak atas riba suamiku yang lena tidur tu. Terasa lebih selamat. Syukur anak ku lena tidurnya… ‘

Sekali lagi aku terjaga bila aku terasa tanga ku yang diletak kat riba suami disentuh siap ada suara “Aku tak marah kau Ayda” dia sebut nama aku gais… Terus aku bangun, tak boleh tidur lagi. Waktu pun dah pukul 3lebih. Aku terus kejutkan suami, minta dia sambung perjalanan.

Aku dah tak sanggup nak hadap lagi kena kacau. Mujur makhluk tu tak kacau anak aku… Jalan dah jauh dari stesen minyak tu, barulah aku buka mulut… “Keras stesen minyak tu bang”. Sampai je rumah mak mentua (kami memang menetap rumah mak mentua:) selesai bersihkan badan dan solat. Barulah aku cerita kan kat suami apa yang terjadi…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ayda
Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 2.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.