Balik Dari Midnight Movie. Tak Sangka Benda Ni Tumpang

SEBELUM BACA, JEMPUT SUBSCRIBE DAHULU CHANNEL FS

Pertama sekali, terima kasih kepada admin kalau cerita ini dipublish. Aku memang peminat setia fiksyen shasha, suka cerita cerita mistik dan seram ni, walaupun penakut kadang kadang.

Lama jugak aku fikir nak kongsi atau tak cerita seram aku yang tak seberapa ni. Tapi bukan semua orang ada pengalaman seram, diganggu oleh makhluk alam ghaib ni kan.

Ok cukup mukadimah, aku mulakan ceritakan. Kepada kawan kawan aku yang macam pernah dengar cerita ni, or cerita ni macam familiar je, kemungkinan besar aku dah cerita kat korang. senyap senyap okay.

Okay, ceritanya berlaku lebih kurang tahun 2015 kalau tak silap. Aku dengan dua orang lagi kawan aku, kita panggil diorang S dan H. Aku, S dan H baru lepas tengok midnight movie, kiteorg tengok cerita Maze Runner masa tu. Wayang tu habis dalam around 2 pagi macamtu. So, jalan keluar drpd panggung wayang tu, pergi kencing, bayar tiket and berjalan pergi ke kereta dalam setengah jam lah macam tu. Then, around 2.30 pagi tu kiteorg pun gerak lah balik. Masa tu bawak kereta aku, tapi entah kenapa malam tu aku malas gila drive, bukan malas drive je, aku nak sangat duduk belakang, nak layan perasaan la konon.

Masa on the way balik tu, kereta banyak je lagi walaupun dah pukul 230 pagi. Mungkin esok public holiday jadi ramai orang tengok midnight movie malam tu. Oh ya, kiteorang belajar kat Melaka time tu, tak payah la aku cakap kiteorang belajar kat mana tapi nak balik ke rumah sewa kiteorang tu kiteorang kena lalu amj. Masa mula-mula gerak tu kereta banyak, tapi masa dekat-dekat nak sampai merlimau, kereta dah mula kurang. Dengan jalan yang gelap, kiteorang terus bergerak walaupun rasa macam lama sangat dalam kereta tak sampai-sampai ke rumah sewa.

Aku, S dan H sangat terkejut bila tiba-tiba kiteorang dah nak sampai muar, kiteorang terlepas jauh (sangat jauh bukan terlepas 1 simpang je) simpang nak ke rumah sewa kiteorang. Benda ni macam mustahil padahal kiteorang 3 orang sangat alert dengan jalan, bukannya kiteorang mengelamun. Dalam masa yang sama kiteorang sedar yang hanyan kereta kiteorang je atas jalan masa tu.

Tapi nak sedapkan hati, kiteorang fikir yang mungkin kami tak perasan simpang tu, yelah jalan gelapkan. So kiteorang pun u-turn, dan masa u-turn tu, aku pelik gila sebab jalan gelap gila, tak Nampak apa-apa and jalan berfoggy, macam dalam cerita hantu tu. Berasap – asap.

Hati aku dah tak sedap dah tapi still aku senyap je sebab tak nak takutkan member aku 2 orang ni. Then I saw it. Sebelah aku, aku tengok cermin pandang belakang tu, aku Nampak seorang perempuan bertudung duduk sebelah aku. Menggeletar kepala lutut aku. Aku duduk dekat dengan “dia” sebab aku duduk tengah – tengah. Benda tu putih, muka putih, bertudung pandang luar tingkap. Aku tak berani nak toleh, so aku pandang straight kedepan, dengan harapan “Dia” tak tegur aku. Bila masuk je simpang nak ke rumah sewa kiteorang, aku cuba toleh. Nasib aku baik, “dia” dah tak de. Mungkin dia Cuma menumpang.

Dah masuk rumah baru aku cerita dekat kawan kawan aku. Oh and kiteorang sampai rumah dekat nak pukul 5. Then diorang yang tak boleh tidur dan aku tidur dengan nyenyaknya. Hahah sekian sahaja cerita pertama aku di fiksyen shasha. Kalau ada yang nak lagi atau aku ada masa aku kongsikan lagi cerita aku di Melaka. Bye.

B
Balik Dari Midnight Movie. Tak Sangka Benda Ni Tumpang
3.5 (34.55%) 11 votes

16 comments

  1. Alhamdulillah tkde ape2 yg bahaya. Moga penulis berhati-hati la selalu lagi2 kalau balik pagi2 buta atau lewat malam. Sentiasa amalkan pendinding diri tau.

  2. Wait..im a bit confused. Penulis yg drivekan so camne hantu boleh duduk sebelah? Member lagi dua org duduk belakang ke camne?

  3. Hahaha.. AMJ ok lagi dik.. aku kalau dari KL nak balik Masjid tanah, lalu Pedas-Linggi.. Ramuan cina besar, Ramuan cina kecik.. 2 kali oii aku terjumpa hantu cina.. pakai baju merah. Berdiri, tundukkam muka mengadap tepi jalan. Kabus2 tu selalu sgt dah jumpa. Lombu jgn kire lah 😂 Biase aku keraskan je hati ni. Niat aku, nak pegi keje, nak balik rumah jer.. Anggap ni ajaran utk kamu, anak dara jgn ler keluar mlm sgt kalau setakat nak berlibur..

    1. First time aku lalu situ mlm around 11mlm..dh aku yg drive.xsangk jln tu scary mcm tu.sbb slalunya plg lewat pon akn lalu around 8mlm untk blk kl.ptt la bpk aku ckp xyh la g bandar melaka jaoh pdhl die kias2 yg jln tu scary.so degil sgt hamik redah jela.time nk blk dr banda ke masjid tanah tu around 3am aku soh adik aku drive aku tido dkt blkg je.
      .scary

    2. Kat situ mmg keras..napa x ikut simpang pilin keluar ke ramuan china besar selamat sikit walaupun cuma lampu jalan je yg ada..

  4. Kalo terserempak ngan hantu takper lg…hbs kuat dikacau nyer komer…jgn pulak terserempak ngan perogol bersiri…hbs komer dikekah nyer…jd anak dara tu pandai2 lah jg diri…usah kuar memalam buta…jd apa2 kan ssh emak bapak…cr nahas jer komer ni

    1. “Wayang tu habis dalam around 2 pagi macamtu. So, jalan keluar drpd panggung wayang tu, pergi kencing, bayar tiket and berjalan pergi ke kereta dalam setengah jam lah macam tu. Then, around 2.30 pagi tu kiteorg pun gerak lah balik”

      ala bodohnya kau ni takkan si penulis nak cerita details timeline kuar dari wyg dia pergi kencing smpai pukul 2.10 lepas tu perjalanan pergi parking 2.20 gituuuu alaaa bangangnya la hai tak sekolah ke apa bodoh sangat ni ada je nak condemn org, bodoh tu jangan bolot sorang2 ye simpan sikit untuk anak cucu lahabau!

  5. CITER PSL LEBUH AMJ, SAPETAU ADE 1 KISAH TIME SEPANJANG JLN NI DIBUAT, .. ADE 1 RUMAH N POKOK BESAU YG XDPT KONTRAKTOR ROBOHKAN.. EVEN PIHAK JAB AGAMA & ORG KAMPONG PN DPANGGIL WAT MJLIS BACAAN YASSIN BAGAI TP STILL XLEH JUGAK NK ROBOHKAN.. SAMPAI LA OTAI2 DARUL SYIFA’ SDRI TURUN KASI SETEL BARU LA RUMAH & POKOK TU DAPAT DROBOHKAN N JALAN DARI SG UDANG DAPAT BSAMBUNG DGN JLN DR BELAH MERLIMAU..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.