Perhati Jin Dalam Gunung

Salam sekali lagi. Agak lama aku menyepi selepas cerita pertama disiarkan admin. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca dari bahagian satu sehingga akhir. Padahal ekspedisi dua hari satu malam sahaja… terpenggal-p*****l sehingga tiga bahagian. Poyo tak? Yang mengecam? Terima kasih juga diucapkan. Maksudnya kau sudah baca apa yang aku tulis. Semoga kau faham apa yang aku ingin sampaikan. Bukan sekadar ketakburan dan keujuban. Terpulang pada penilaian masing-masing. Baiklah. Ini kisah kedua yang aku rasa nak kongsi dengan semua. Stand aku masih sama… hijab aku tidak terbuka. Apa yang aku nampak hanyalah mainan dan usikan jin. Memanglah benar ada jin yang baik… tetapi macam yang aku pernah cakap.. jin yang baik itu pun sedang sibuk mengabdikan diri kepada Allah. Jadi mereka tiada masa untuk bersahabat dengan kau. Lainlah kalau bersahabat dengan kau dapat mendekatkan mereka kepada Allah. Lagipun, Al-Quran ada nyatakan, kita manusia biasa tidak boleh melihat alam ghaib yang sebenar. Melihat alam ghaib itu salah satu mukjizat. Manusia biasa seperti kita.. mustahil memiliki mukjizat. Kenapa? Nak jadi Nabi Palsu? Bukan marah.. Cuma peringatan bersama… Berhati-hatilah. Jangan membongak… jangan terpedaya dengan tipu daya jin yang bersekutu dengan syaitan.
.
Cerita.. selingan prolog. Panjang? Dipersilakan pilih cerita yang tidak ada prolog panjang macam cerita aku ini. Angkuh? Terpulanglah…
.
Prolog Yang tak seberapa panjang.
Direktori gunung aku memang tidak banyak. Tetapi ada… dan persamaan yang aku perhatikan di setiap gunung yang pernah pergi… seperti ini….
_Kita permudahkan bahawa semua gunung itu berbentuk segi tiga. Dan terbahagi kepada 3 bahagian. Paling bawah.. jin yang jahat, tidak bertamadun, jahil dan sangatlah bersahabat dgn syaitan – atau boleh jadi mereka ini jin yang sudah hilang pedoman sebab terlalu lama hidup. Bahagian tengah.. jin2 yang nakal, kaki buli dan suka bergurau. Bahagian ini yang selalu usik manusia.. sama macam pembuli yang suka membuli. di sini juga banyak yang suka bergayut di tubuh manusia.. Paling atas, banyak yang baik..nak kata semua Islam aku tak pasti.. tapi bahagian atas ini.. rasa tenang melihatnya… suka buat kerja sendiri… tak kacau orang.. tapi dia akan marah kalau kau buat benda yang dia tidak suka._
Beza tiga bahagian ini tampak pada wujud dan perangai mereka.
.
Gunung Kerbau dan Gunung Pencak. (Of course bukan nama sebenar). Memang sakitlah trek dia. Sesiapa yang pernah datang.. pasti tahu sakitnya menuju puncak. Lebih sakit berbanding kinabalu. Cerita dua gunung ini bagi aku biasa sahaja. Honestly, kisah yang paling menyeramkan bagi aku kisah Gunung Angin (kedua kisah gunung femes yang dah dapat tangga baru). Kisah di gunung-gunung lain.. aku rasa macam biasa je. Mungkin sebab aku dah ambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Gunung Angin. Jadi, persiapa dalaman lebih banyaklah kot. Sama macam kisah Gunung Kerbau dan Gunung Pencak ini… tidak terganggu sangat.. sekadar penampakan dan pengalaman yang aku cuba kongsikan. Ambil mana yang baik.. jadi taudalan.. yang buruk kita jadikan sempadan. Bacalah.. Santaplah. Maklum awal-awal… kisah ini agak bosan.
.
Ekspedisi ke Gunung Kerbau dan Gunung Pencak ini aku tidak pernah jangka akan berlaku kerana aku tidaklah terlalu eager untuk mendaki Gunung Kerbau dan Gunung Pencak ini. Tetapi, kebetulan, sebelum balik kampung. Ada member yang promote ekpedisi ini. Why not? Kita cuba daki. Walaupun sebelum ke sini.. pernah ada member cerita mistiknya beberapa laluan di sini. Lantaklah. “Kalau takut, jangan masuk hutan!” Lagipun.. “Kau lebih takut dengan apa? Allah atau jin…. atau syaitan? Dan aku memutuskan untuk turut serta dengan ekspedisi member itu. Trip kawan-kawan orang kata… dan bukan hanya kawan manusia yang ada.

“Apen…. Kalau boleh ajaklah seorang lagi kawan. Ada kosong seorang..” member tu pesan. Oh, ya! Aku baru teringat.. ada member lain yang call-out aku sombong sebab dah lama tak ontrek dengan dia. Jadi, inilah masanya buktikan aku ni bukanlah sombong seperti yang di kata.. 555.

“Hilmi, nak join tak KerPen?” Hilmi pun setuju. (Macam biasa… bukan nama sebenar…hanya mana2 nama yang terdetik saat jari aku rancak menaip kisah ini). Dan ekpedisi ke Gunung Kerbau dan Gunung Pencak ini… disertai oleh Abe (dari Kelantan…) Mika, Maya, Una… nantilah.. baca… kelak aku sebut nama mereka. Jammed pulak otak fikir nama untuk member-member ni.

Carpool aku bermula berkumpul di Shah Alam. Jadi, motor merah dipecut laju membelah angin LDP dan ELITE sambil mengabaikan kerja hakiki yang belum siap. Sebab, aku dah lewat! Beg dan peralatan hiking pun aku tak sempat packing lagi.. dan aku belum sempat untuk buat apa-apa yang patut dibuat. Jadi aku hanya sempat amalkan yang mudah-mudah sambil memasukkan peralatan hiking ke dalam beg. Bacaan Al’anuka Bilaknatillah.. dan istiaadha sahaja yang jadi peneman. Kemudian aku ambil masa sedikit baca Yaasin. Ermm… macam takbur pula kongsikan apa yang aku buat… tak perlu diteruskan.. Sekadar ingin memaklumkan apa yang aku selalu lakukan kalau dalam keadaan genting seperti ini. Dalam kereta menuju ke KerPen (Baca: Gunung Kerbau dan Gunung Pencak), aku pasangkan ruqyah dan yaasin.. 3 kul.. Fatihah. Sehingga tidak ada langsung perbualan mesra dengan rakan sekereta. Nantilah, dalam hutan kelak kita beramah-mesra. Sekarang aku nak bersiap! Pendinding yang hanya boleh mengurangkan rasa mental apabila berhadapan dengan jin lapisan bawah. Dipendekkan cerita.. kami tiba di laluan masuk ke dalam gerbang pendakian. Sempat singgah menjamu selera di kedai makan yang ada penunggu di atasnya. Kedai mana? Rahsia. Cuma jangan lupa doa sebelum makan… dan baca…..

” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM “

… oh,ya! Bila baca bacaan seperti ini…. Dan juga mana-mana bacaan yang lain. Hati-hati memujuk iman. Jangan jadi hamba kepada Ayat! Yang berkuasa itu Allah – bukan ayat (walaupun Ayat itu dari Al-Quran). Siapa yang turunkan Al-Quran? Jawab sendiri.. pasti tahu mengapa berhati-hati… Minta perlindungan daripada Allah… bukan daripada ayat Al-Quran. Ayat itu hanya asbab.
.
1. Pendakian bermula… melalui Himpunan buluh sebelum Bukit Pandan.

Pendakian bermula dari Gunung Kerbau. Kelak kami akan bermalam di Gunung Kerbau. Perjalanan masuk ke Gunung Kerbau.. Alhamdulilah. Semua terlihat biasa. Gentayangan yang ada sekadar bergentayangan. Melihat keadaan aman seperti itu, aku turut berasa aman. Lalu dengan tenang. Tiba-tiba… Zahara terdetik untuk tangkap gambar di himpunan buluh yang melengkung…

“Cantiklah buluh ni.. jom tangkap gambar.. “ dan para gentayangan yang seperti kaola melekat di pokok menoleh ke bawah – memandang Zahara dengan senyuman yang menyeramkan. Makin galak warna merah kaola-kaola gentayangan ini.

“Jangan!… “ tindakan luar jangka aku. “Tak lawa pun buluh ni.. depan lagi banyak lawa… kan Mika?” sambung ku. Coverline punya pasal. Nasib baik member-member yang lain kurang berminat untuk tangkap gambar. Mungkin sebab ais tak pecah sangat (Ice Breaking). Akhirnya kami tiba di Bukit Pandan. Di Bukit Pandan.. tidak ada benda seram melainkan pendakian bertanah yang menyeramkan. Memacak sehingga rasa ingin mencarut. Awal pendakian sudah dihidangkan dengan laluan pacak seperti ini. Sakitnya terasa di betis…. Beg yang digalas. Memang berat. Okey.. di sini pewai (terlalu penat) bersepai).

2. Sungai sebelum Air Terjun Kayu – menaik.

Selepas Bukit Pandan, perjalanan ke tapak perkhemahan agak mudah. Kami hanya perlu meranduk banyak sungai. Kerana laluan seterusnya terletak di seberang sungai. Abaikan kasut dan stokin yang basah. Yang penting misi kita berjaya. Entah sungai yang ke berapa.. sebab aku tidak kira berapa anak sungai yang kami seberangi… dan mungkin juga kerana keamanan dan ketenteraman yang aku alami. Sekadar melihat keindahan setiap sungai yang ada. Yang pasti.. sungai ini susah sikit hendak di seberangi – airnya dalam.. dan aku tak nak beg basah.. Mika yang menjadi pandu arah (Abe dan beberapa yang lain kami sudah tinggalkan di belakang.. jahatnya jadi member..)

Sungai ini.. bukan sahaja airnya yang dalam… penghuninya juga seram… Seekor akak sedang berendam. Hanya bahagian mata sehingga ke rambut kelihatan (dahi tanpa kedut juga ada) – yang lain seperti tenggelam.. hidung ke bawah semua dalam air.. Seramnya, apabila tiada badan dan bayang dalam air.. sedangkan air sungai itu jernih. Aku sempat terhenti memandang kepala akak itu. Makin gerun hendak menyeberang sungai yang dalam. Badri, Najwa, Mika dan Hilmi menyeberang dengan aman. Aku masih over mencari kekuatan dalam sebentar. Ah, tak pe! Selagi akak itu tak kacau.. selagi itu kita jangan kacau.. Masalahnya kau berendam di tengah laluan kenapa?. Nak kena langgar? Tiba-tiba mata akak itu memandang aku.. seperti dia mendengar getus hati. Rambutnya menggerbang-gerbang di atas air. Mula menunjukkan kelincahannya. Aku macam boleh rasakan dia berkata…’jangan risaulah.. aku boleh elak…’ – ya.. memang akak itu boleh elak. Setiap kali Mika, Badri, Najwa dan Hilmi hampir terlanggar dia…. Akak itu mengelak… ke kiri kanan seperti labah-labah air yang lincah. Oh, okeylah! Dia pun tak nak kena langar.. Jadi aku pun masuk dalam sungai.. beg diangkat tinggi sikit… dan.. akak hanya yang hanya mata sehingga rambut datang mendekat. Air keliling akak itu menggelembung sedikit… aku biar.. dan cuba jalan macam biasa… Aku pula yang kena elak akak itu… sehingga akhirnya.. aku panjat batu untuk menyeberang. Hawau sikit punya akak.

3. Air Terjun Kayu…

Lebih kurang 15 minit dari sungai yang ada akak tadi.. kami tiba di Air Terjun Kayu… Cadangnya regroup dan lunch di sini. Awal sampai.. tiada anomaly (keadaan yang tidak lazim). Sehinggalah Zahara sampai.. Dia mula tangkap gambar. Ini aktiviti biasa… Air Terjun Kayu memang selalu muncul dalam socmed. Kira macam mercu tanda KerPen lah kot.. Tiada gambar di sini.. macam tak pergi KerPen rasanya. Jadi ini hotspot untuk berfotogenik. Apabila Zahara dekat kepada kayu di tengah air terjun… muncul satu lembaga yang panjang macam ular dari puncak air terjun – mendekati Zahara. Aku hanya perhatikan je. Hujung lembaga panjang itu mula berubah bentuk – jadi macam tapak tangan – berwarna hitam… hendak mencapai tudung Zahara. Tapi entah… tangan tu tak sampai-sampai. Macam seolah-olah terikat di puncak air terjun. Agaknya, tangan hitam yang besar itu berputus asa… kemudian bertukar arah ke kayu di tengah air terjun. Menyentuh sahaja kayu tersebut… bertukar wujud lagi menjadi seperti monyet.. tetapi again.. berwarna hitam… Oh, depa ni xdak kaler lain selain hitam ke? Monyet-monyet (ada tiga) jelmaan itu terjun-terjun ke dalam jatuhan air terjun yang deras.. lalu hilang…muncul lagi di atas kayu. Berulang-ulang. Jujurnya aku tak faham mengapa mereka seperti itu. Rasa macam nak tanya je.. Apa masalah kau terjun-terjun macam tu? Tetapi… namapak macam gila pula.. Lagipun. bagi aku, ini tiada apa-apa pun. Malah tidak seram. Mereka sekadar bersuka ria di kayu… dan buat hal sendiri. Mandi manda. Tu pun nak kecoh ke?

4. Tapak Perkhemahan – Kem Teratai.

Selepas Zohor, kami bergerak meninggalkan Air Terjun Kayu. Menikmati kepacakan laluan yang tak pacak sangat sehingga tiba di Kem Teratai. Tepi jalan tiada apa-apa selain pokok dan batu.. tanah juga ada… ada gaung juga… Mika, Badri, Najwa,Malik, Hilmi, Abe dan aku jadi orang yang terawal. Kebetulan di Kem Teratai ketika itu ada kawan sepergunungan Abe.. dan kami pun macam penat dah nak berjalan… Perancangan untuk bermalam di kem seterusnya dibatalkan. Abe dan Mika selaku kepala ekspedisi memutuskan untuk kami bermalam di situ. Baru best.. ramai orang.
Sementara menanti yang lain tiba, kami mula mendirikan khemah. Aku, Hilmi dan Malik bercadang untuk tidur dalam buaian (hammock) je. Hasil diskusi cadangan Hilmi, hammock diikat di hujung tapak perkhemahan (kalau menghadap trek ke kem seterusnya.. hujung yang maksudkan adalah di sebelah kanan). Terjengket-jengket kami mengikat fly.. kekurangan manusia pendek seperti aku… macam tu la… akhirnya fly terikat rendah.. Buka ikatan semula… dan cuba ikat lebih tinggi.. dan tetiba jin bersisik/berduri muncul – Badan warna hijau pucat. (jin dah tukar warna). Dari atas pokok merangkak ke bawah – betul2 ke arah aku yang sedang meninggikan diri ikat fly. Empat tangan. Tangan kiri yang paling hadapan dihulurkan (mungkin dia nak tolong ikat fly?) – jarinya tiada kuku. Mata? Cuba lihat mata b**i.. macam tu lah. Ah, sudah! Aku pindah. Biarkan Malik dan Hilmi di situ. Alibi dah ada… Fly rendah.. so aku cari port lain untuk tidur.
.
.
Bosan tak? Aku pun macam agak bosan taip cerita ni. Hehehe.. Mungkin sebab sekarang aku agak sibuk… so macam tak fokus sangat nak tulis cerita ni. Maaf ye. Aku terpaksa pecahkan cerita Gunung Kerbau dan Gunung Pencak ini kepada dua bahagian. Next part.. aku habiskan cerita.. Cerita kami menuju puncak… sehingga turun dan balik… salah satu watak One Piece ada muncul. Apa yang aku boleh simpulkan… kisah Gunung KerPen berbeza sikit… sebab ini apa yang ada di gunung ini… sangat berbeza berbanding gunung lain. Maksud aku.. dari fizikal mereka (walaupun mungkin itu hanya samaran jin ini).

Kongsi kisah anda:

fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

6 thoughts on “Perhati Jin Dalam Gunung”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.