Meniti Usia Remaja

Salam admin dan rakan-rakan semua. Sekali lagi Ariff Budiman bersiaran. Kisah ini tidaklah menyeramkan tapi ia mempunyai nostalgia yang begitu tinggi zaman remajaku di sebuah kampung.

Zaman yang tiada gadget seperti sekarang namun remaja kami begitu enjoy., Ikutilah kisahnya……
Masih ingat ketika usia remajaku. Aku suka mencuba sesuatu yang orang lain tidak melakukannya. Aku suka mengejar hantu. Aku ingin bertemu Panglima Hitam. Aku ingin melihat apa yang orang lain tidak nampak. Bila aku suarakan kepada rakan-rakanku, mereka akan tertawa dan berkata yang aku hanya berangan-angan kosong.
Rakan-rakan aku banyak yang suka merempit. Setiap malam jalanraya pasti bising dengan bunyi lumba motorsikal. Ada yang mengubah suai motorsikal agar menjadi laju dan mengeluarkan bunyi yang sedap. Selekuh tajam menjadi tempat mereka membuat corner baring. Ada yang pernah tertiarap dan luka namun ianya tidak menginsafkan mereka. Kata mereka itulah jiwa rempit. Orang2 kampong sudah tidak boleh menegur lagi. Jika tegur maka siaplah akan di pukul. Akhirnya aku dan beberapa orang rakan bertemu dengan seorang tua.
Kami meminta nasihat dan pandangan bagaimana caranya untuk hindarkan gejala lumba motorsikal di tempat kami. Sudah banyak berlaku kemalangan. Tersenyum orang tua itu…
” Senang saja. Jampi tempat tu “. Ringkas jawapan orang tua itu
” Bagaimana caranya pakcik “. Aku bertanya
” Jika berlaku kemalangan jiwa, cepat-cepat perah limau dan baca jampi di d***h tu. Nanti adalah kesannya “. Orang tua itu memberi penerangan. Terus dia mengajar kami bacaan jampi serapah tersebut dan aku menulis agar tidak lupa.
” Sebelum nak jampi hangpa kena mandi limau dulu. Mai rumah aku “. Kata tok bomoh supaya jampi serapah nanti akan berkesan. Kami hanya menurut saja tanpa berfikir panjang.
Kami menanti saat itu. Seminggu berlalu dan tiba-tiba kami mendapat tahu telah berlaku kemalangan jiwa di tempat itu. Di takdirkan ia berlaku pada waktu malam. Cepat-cepat aku menghubungi rakan-rakan yang lain dan meminta mereka membawa limau. Bila sampai, terus rakan aku memerah limau sambil aku membaca jampi serapah. …
” Wahai jiwa yang tidur. Bangunlah kamu. Dari bumi ke bumi…dari tanah ke tanah..aku seru kamu……”. Terasa angin sejuk memukul badan kami. Terlalu seram ketika jampi serapah di baca. Selesai jampi kami menanti keputusannya namun tiada apa yang berlaku
” Jangan-jangan pakcik tu kelentong kita tak “. Kata rakanku
” Kita tunggu sampai esok “. Pujuk aku. Esok bila kami berkumpul maka terdengarlah bunyi orang bercerita.
Tempat kemalangan jiwa menjadi tempat berhantu. Ada pekerja kilang yang mendengar suara tangisan sakit dan lembaga yang berada di atas jalanraya. Kami berpandangan sesama sendiri. Kami telah berjaya. Malam itu sekumpulan mat rempit di dapati melanggar sesama sendiri. Mereka terkejut bila melihat sekujur tubuh berada di atas jalanraya dan badan di penuhi d***h. Kemudian terdengar pula tangisan…
” Hu..hu sakitt…sakittt…”. Cerita salah seorang dari mat rempit. Selekuh maut kini telah menjadi bualan penduduk setempat.
Kami dah mula gelisah. Ini semua kerja gila kami. Niat ingin menakutkan mat rempit tapi seluruh penduduk yang ketakutan melalui selekuh maut. Akhirnya tok bomoh telah di panggil.
” Ada yang jampi serapah tempat ni. Hangpa kena panggil bomba. Aku tawar jampi dan bomba siram air atas jalan “. Kata tok bomoh. Tarikh telah di tetapkan pada malam minggu. Ramai penduduk kampung telah berkumpul ingin melihat pemulihan selekuh oleh tok bomoh. Pihak bomba telah bersedia untuk menyiram air.
Tok bomoh lalu mengeluarkan sintuk lalu di rendam dalam air dan membaca sesuatu. Bila air terkena saja di atas jalanraya terdengar suara jeritan yang amat kuat dan kemudian hilang.
” Bomba boleh tembak air sekarang “. Tok bomoh memberi arahan lalu air memancut atas jalanraya membuang kotoran yang lepas. Bermula saat itu tiada lagi terdengar suara tangisan sakit dan kelibat lembaga di atas jalanraya. Namun kebanyakkan masyarakat masih takut melalui selekuh tajam itu. Kes mat rempit juga berkurangan. Aku tidak lagi mengamalkan amalan itu walaupun bait2 jampi serapah masih lagi ku ingat. Kata tok bomoh kalau nak buang amalan jampi serapah, kami kena mandi sintuk limau dan kami buat. Sebab kami tidak mahu lagi membuat perkara-perkara yang gilaa….…

Selesai masalah suara dan lembaga atas jalanraya maka secara automatiknya selesai masalah mat rempit. Masing-masing sudah tidak berminat lagi merempit di selekuh tajam. Ada yang mencari tempat baru dan ada yang berhenti terus. Itulah kesan suara tangisan dan sekujur tubuh lembaga. Setelah sebulan perkara ini berlaku, umat islam telah masuk bulan Ramadhan. Bulan yang membuat kami anak remaja gembira sebab apa yang kami percaya bulan ini tiada hantu berkeliaran. Maka kami semua bersepakat….
“ Malam ni kita main acilut di atas pokok ciku. Siapa yang jatuh dia yang kena ligan kita. Siapa yang kena cuit dia pula akan cuit orang lain “. Kata sepakat telah di capai. Masing-masing sudah tidak takut dengan keseraman pokok ciku. Selepas maghrib kami semua berkumpul di halaman rumah lalu membuat undian. Akhirnya aku yang harus mengejar rakan-rakan yang lain. Aku di minta berada di bawah manakala rakan-rakan yang lain sudah berada di atasa pokok ciku.

“ Ok Diman. Kami dah ready “. Bila mendengar kata-kata itu terus aku melompat keatas pokok ciku mengejar rakan-rakan yang lain. Maka riuh dan bergegar pokok ciku. Terdengar bunyi suara ketawa keseronokan kami seperti sekawan monyet. Masing-masing melompat dari satu dahan ke dahan yang lain untuk melarikan diri dari di cuit aku.
“ Hoii…Hangpa main apa atas pokok ciku. Turun semua. Ya Allah habis buah ciku jatuh. Hangpa semua setannn “. Sergah tuan punya pokok yang sudah marah dan mencari kayu untuk menghalau kami. Apalagi terus kami melompat turun melarikan diri. Keesokkan harinya kami terdengar tuan pokok bising-bising bila melihat pokok cikunya yang rosak dan buah muda bertaburan jatuh.
“ Depa tak ada tempat lain nak main. Atas pokok macam monyet jugak depa nak main “. Rungut tuan punya pokok.

Petang itu kami berkumpul lalu berbincang untuk aktiviti malam. Ada yang beri cadangan agar kami main lagi acilut atas pokok ciku namun di tolak mentah-mentah oleh kami.
“ Kita main acilut sekampung. Kita bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan yang lari dan kumpulan yang mengejar “. Aku memberi cadangan dan di persetujui lalu kami membuat undian memilih kumpulan. Kumpulan kami melarikan diri dan akan di kejar oleh kumpulan yang lain. Masing-masing membawa diri untuk tidak di tangkap kumpulan lain dan di kurung. Tiba-tiba terdengar seorang rakan aku meminta tolong. Tercungap-cungap dia melarikan diri. Kami berkumpul di halaman rumah.
“ Aku laghi menyorok di dalam rimbun pokok hutan sebelah telaga yang ada pokok rambutan gading. Tengah aku duduk, tiba2 aku terdengar bunyi air berkocak dari dalam telaga. Aku nampak sorang wanita timbul dari dalam air. Tu yang aku cabut laghi dan menjerit minta tolong “. Cerita seorang kawan. Namun masing-masing kami berdebat sebab apa yang kami tahu iaitu pada bulan Ramadhan mana ada hantu.

Untuk pengetahun pembaca semua. Pokok rambutan gading amat rendang menutupi perigi. Air perigi pula nampak kebiruan dan bersih. Airnya begitu dingin bila menyentuh tubuh badan. Tapi ia begitu suram sebab tidak ada yang menggunakannya. Masing-masing di rumah telah di bekalkan air paip. Bila datang musim buah, pokok itu akan di penuhi dengan buah yang berwarna kuning. Perigi itulah adikku jatuh, lemas lalu meninggal dunia. Berbalik pada kisah tadi, kami berbincang kembali
“ Apa kata esok kita menyorok di dalam belukar dan kita saksikan sendiri “. Aku berkata kepada rakan-rakanku
“ Aku setuju dan aku tak bercakap bohong. Aku nampak sendiri “. Kata rakan yang bertemu tadi
“ Ingat…Siapa pun jangan bawa lampu suluh “. Pesanku

Keesokkan harinya selepas berbuka puasa dan solat maghrib, kami berkumpul di halaman rumah. Cukup korum kami bergerak memasukki belukar dan mengadap perigi. Diam kami tanpa berbicara. Keadaan malam begitu terang dengan cahaya bulan. Kami nampak dengan jelas persekitaran perigi. Tiba-tiba rakanku mencuit. Kami melihat air berkocak dan menggelegak di dalam perigi. Timbul satu lembaga berbaju merah dari perigi tersebut. Tangan dia bergerak-gerak semacam menari. Kepalanya mendongak ke atas melihat bulan yang begitu terang. Dia terapung-apung di atas air. Terpegun kami semua melihat kecantikkan wanita tersebut. Dia begitu dekat dengan kami. Siapa pun tidak berani bersuara.
Setelah terapung di atas air selama beberapa minit, akhirnya wanita tersebut perlahan-lahan masuk kembali di dalam perigi. Bila tidak nampak lagi kelibat wanita tersebut, kami keluar dari kawasan belukar. Barulah kami bersuara..
“ Woi…tu puteri bunian la..”. Kata rakanku
“ Aku kata bukan. Kalau puteri Bunian dia di dalam hutan. Ni di dalam kampung “. Kata rakanku pula
“ Iblis kut “. Kata rakan yang lain
“ Iblis dan syaitan kan kena rantai bulan puasa “. Kata rakanku
“ Apa kata kita letak nama dia Puteri Rambutan Gading “. Masing-masing ketawa dan setuju dengan nama yang baru di beri. Walaupun lucu tapi ada kebenarannya sebab perigi itu berada di bawah pokok rambutan gading. Keesokkan harinya kami berkumpul lagi di dalam belukar menanti puteri rambutan gading namun ia tidak pernah muncul lagi. Selepas 2 bulan peristiwa itu adik lelakiku di dapati lemas setelah terjatuh di dalam perigi itu dan aku sendiri yang jumpa tubuhnya tersangkut di akar pokok rambutan di dalam perigi. Akhirnya perigi tersebut di tutup oleh penduduk kampung. Walaupun perigi itu telah tiada namun memori melihat wajah puteri rambutan gading dan sekujur tubuh adikku di dalam perigi tidak mungkin aku dapat melupakannya.

Ariff Budiman
FB Penulis
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

9 thoughts on “Meniti Usia Remaja”

  1. best cerita ni.. tp bulan posa hantu a.k.a jin ada ja lah.. yg xdak tu setan yg duk hasut2 org n timbulkn was2 kt kita tu kn.. apa2pn sronok baca pengalaman encik AB

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.