PERISTIWA DI HARI RAYA

Bismillah. Assalamualaikum pembaca Fiksyen Shasha. Pertama kali membaca entri di Fiskyen Shasha membuatkan aku minat untuk terus menerus membaca entri tersebut dan pertama kali juga menulis cerita disini.
Dan sememangya aku juga seorang yang minat pada cerita cerita seram begini . Cerita yang aku ingin paparkan tidaklah seseram mana tapi peristiwa tersebut buat aku ingat sehingga kini. Nama aku Nazs, 26 dari Johor. Kisah ini berlaku sewaktu aku masih dibangku sekolah rendah lagi ( mungkin sewaktu aku darjah 4 atau 5 sekitar tahun 2004 – 2005) .

Kisah ini terjadi pada hari raya di kampung nenekku di Kota Tinggi, kampung sebelah ibu aku.
Malam tersebut adalah malam terakhir setelah tidur di kampung selama 2 hari (maaf penulis tak ingat raya ke barapa). Pada malam tersebut sekitar pukul 9 lebih, kami sekeluarga serta makcik pakcik menziarahi rumah saudara nenek yang tinggal berdekatan dengan menaiki kereta. Setelah memberi salam dan dijemput masuk oleh tuan rumah (aku gelarkan Tok ) kami mengambil tempat duduk masing masing. Tuan rumah berkata bahawa ahli keluarganya lain juga keluar beraya , jadi tinggal lah dia seorang di rumah.

Masa tengah duduk berborak sambil menjamu kuih muih oleh Tok, tiba- tiba terdengar seseorang memberi salam dari luar.
“Assalamualaikum” …. “Assalamualaikum”… lebih kurang 2 ke 3 kali memberi salam, aku berkata pada salah seorang makcik ku. “Eh, ada orang bagi salam, dengar tak” ? “Dengar dengar kata makcikku”. Semua yang berada dirumah tersebut mendengar salam dari luar. Jadi Tok pun bangun untuk melihat siapa yang datang kerana jam pada waktu tersebut sudah menginjak pukul 10 lebih jadi sudah agak lewat aku kirakan untuk orang datang beraya.

Malangya , Tok tergesa-gesa masuk dan terus menutup pintu. Kami bertanya kenapa Tok.
“Takde sape pun kat luar rumah tu”.. bilang Tok pada kami. “Pelik, padahal ada orang beri salam tadi , orang lain pun dengar. Tak mungkin juga ‘tetamu’ tu cepat sangat nak naik bukit jalan rumah Tok ni, dahlah tinggi, curam pulak tu. Mahu tergolek siapa yang pakai kasut tinggi. getus hatiku. “ Aku abaikan perasaan tersebut.

Kami sambung makan dan berborak sambil bercerita mengenai ‘tetamu’ misteri tadi.
Setelah lama bersembang dengan tuan rumah, maka kami pun meminta izin untuk pulang kerana jam sudah lewat. Namun permintaan kami ditolak lembut oleh Tok , “ Nantilah dulu, borak borak lah lagi makan kuih, minum air “ Seakan memahami perasaan yang tersirat di hati Tok, ketakutan barangkali . Kami tunggu lah sekejap namun tidak dapat nak tunggu sehingga anak beranaknya balik kerana jam memang sudah agak lewat.

Memandangkan kami harus pulang juga ke rumah sendiri malam tu. Kami meneruskan perjalanan balik pada malam tersebut . Hanya saudara mara yang lain sahaja yang tidur di rumah nenek. Perjalanan di Kota Tinggi ke Ulu Tiram mengambil masa antara 45 minit.
Setelah sampai di rumah dan mengambil bag serta barang seusai pulang dari kampung. Aku terus naik ke bilik utama, bilik tidur ibu dan abahku . Kerana terlalu penat dan jam pulak sudah menginjak pukul 12 aku terus terlelap tanpa menutup lampu bilik.

Namun aku tersedar dalam keadaan mamai kerana mendapati ada ‘seseorang’ meninjau ninjau dari belakang. Waktu tersebut aku tidur menghadap dinding. Dalam keadaan mamai dengan keadaan bilik terang benderang aku bertanya “haaa, kenapa” ? Sempat aku menoleh kearah belakang untuk melihat siapa ‘seseorang’ tersebut . Namun sikit pun aku tidak ingat wajah ‘seseorang’ tersebut. Aku ingatkan adik perempuan ku. Lalu aku terus tidur tanpa menghiraukan kehadiran ‘seseorang’ tu.

Keesokan paginya, aku bertanya pada ibu, adik dan juga abahku siapa yang naik atas semalam. Malangnya semua tidak mengaku. Tiada seorang pun yang bangun dan naik ke bilik semalam. Seboleh – bolehnya aku mengatakan ada orang naik atas semalam tengok tengok aku tengah tidur. Lalu aku menuduh adik perempuan ku yang naik atas.
“Weyh, kau naik atas kan semalam masuk bilik ibu lepastu tengok tengok aku. “
“Mana ada, aku tidur bawah lah dengan ibu abah, mana ada aku naik atas. Kau dah kenapa ?
Ahhh sudah… siapa sebenarnya yang tengok aku semalam masa aku tidur . Dah lah semua taknak mengaku . Memang aku ingat ada ‘orang’ tengok tengok aku walaupun dalam keadaan mamai waktu tu.

Beberapa hari lepas kejadian tersebut, ibu ada mengadu bila dia solat, Dia rasa seperti sedang diperhatikan oleh seseorang. Namun dia abaikan sahaja perasaan tersebut mungkin hasutan syaitan yang ingin melalaikan . Jadi ibu mengambil keputusan untuk bertanyakan hal tersebut pada salah seorang abangnya yang pandai dalam hal-hal begini. Pakcik aku ni sememangnya pandai hal hal mistik , mungkin kerana arwah atuk ku juga pandai dalam bidang ni. (pernah juga waktu raya masa maghrib ada orang datang ke kampung semata-mata mahu berubat dengan pakcik, waktu tu juga keluarga abahku , saudara sepupu papat serta kedua orang atuk ku datang baru pulang menziarahi besannya disini. Mengilai ngilai di tengah tengah ruang tamu rumah nenek. Aduhh, seram betul bila ingat balik)

Setelah di scan oleh pakcik dari jauh, pakcik cakap memang ada yang mengikuti kami sewaktu pulang dari kampung . Mungkin juga entiti tersebut yang beri salam dekat rumah Tok, mungkin juga ‘seseorang’ itu yang meninjau ninjau waktu aku tidur dan juga dia yang memerhatikan ibu solat. Wallahulam. Janji ‘dia’ tak mengacau kami sudah.
Sekian sahaja cerita daripada aku yang tak seram ini, sekadar menulis dan berkongsi pengalaman sendiri

XOXO
Nazs

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nazs

1 thought on “PERISTIWA DI HARI RAYA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.