Pocong Menyinggah
Salam perkenalan kepada semua warga FS. Aku dah lama baca semua kisah seram dalam FS ni dan ini first time aku nak share pengalaman seram aku. So aku harap admin publish la story aku ni, baru semangat nak share story lagikan hehe. So enjoy ye guys.
Kisah yang aku nak share ni berlaku tahun lepas masa aku study di sebuah kolej terletak di Batu Pahat. Mesti korang tau kolej apakan. And bende ni jadi masa aku semester 2 which is aku dah tak duduk asrama dah sebab kolej provide asrama untuk semester 1 je. Aku duduk rumah sewa bersama 6 orang kawan aku iaitu miyul (aku), mirol, haziq, adam, eiman, raja dan Danish. Awal-awal okey je rumah tu tapi lepas 3 minggu kitorang dh start kene kacau. Tak teruk sangat pun kene kacau tapi seram la jugak sebab bende tu munculkan diri dia jelas ye. Kitorang semua pernah kene kacau. Aku akan story ikut urutan siapa yang kene kacau dulu.
CERITA 1: Aku dalam cerita ni adalah Mirol
Masa ni aku keluar pukul 6 petang macam tu gi bandar dengan kawan aku. Lepastu aku balik rumah dalam pukul 9 lebih. Bila aku sampai je depan rumah, gelap weyh dengan tingkap tak tutup, lampu luar yang dekat perking kereta tu pun x bukak. Bayangkan kau balik malam pastu rumah gelap gelita. Memang seram la kan. Aku terus call Miyul nak tanya kunci rumah kat mana.
Aku: Weyh korang keluar ke?
Miyul: Haah kitorang gi beli barang dapur kat Target.
Aku: Kunci rumah kat mana? Asal korang tak bukak lampu nih, dengan tingkap terbukak.
Miyul: Alah kunci rumah dalam kereta la, aku lupe nak letak dalam kasut. Kau boleh tunggu tak? Kitorang nak gerak balik dah.
Lepastu aku matikan call and tunggu je la sampai diorang balik. Aku ni jenis tak boleh duduk diam mata mesti meliar. Pastu aku pandang la kat tingkap. Kan tingkap diorng tak tutup so aku nampak la dapur sebab ruang tamu rumah ni bersambung dengan dapur takde penghadang tu. Gelap gile. Tapi sumpah aku cakap dekat hujung pintu dapur tu aku nampak pocong. Tapi separuh je and dia macam kabur kabur. Aku shock weyh tak boleh nak pandang tempat lain. Tetiba phone aku ade orang call. Aku pandang balik kat dapur tu terus takda dah pocong tu. Yang Ada plastik putih besar tergantung je belakang pintu dapur tu. Mustahil Aku salah tengokk.
CERITA 2: Aku dalam cerita ni adalah Eiman
Story aku ni lebih kurang je macam Mirol tapi lain sikit. Bende ni jadi lepas seminggu mirol nampak pocong kat dapur tu. Time ni aku keluar pukul 4 petang and aku balik betul-betul maghrib masa tu. Sampai je rumah budak-budak ni takde. Sama jugak rumah gelap gile. Aku terus call Miyul nak tanya diorang kat mana and kunci rumah kat mana.
Aku: Hello Miyul, kunci rumah kat mana?
Miyul: Kunci rumah aku letak dalam kasut yang warna biru tu. Try tengok.
Aku: Mana ada kuncinya…kasut putih yang mana ni?
Miyul: Ada la dalam kasut putih tu Adam kata dia letak dalam tu kunci rumah.
Lepastu aku cari lagi…5 kali aku check satu-satu kasut dalam rak tu memang takde kunci rumah. Pastu aku terus video call Miyul tunjuk kasut yang mana.
Miyul: Ha yang tu yang kau pegang tu…tengok la belah dalam tu ke.
Aku : Masalahnye memang takde ni haaaa.
Miyul: Aduhh kau bukak grill tu….adam kata dia tak kunci.
Sambil Video call Miyul aku pun bukak la grill tu. Memang tak kunci. Sampai je aku nak bukak pintu yang ade tombol besi tu, tetiba tombol tu bergegar kuat..macam ade orang cuba nak bukak dari dalam. Aku terkejut la…pastu aku tanya Miyul.
Aku: Weyh sape kat dalam…ada yang tak ikut ke?
Miyul: Kitorng semua kat luar…mana ada orang kat rumah…
Terus cuak muka aku.. lepastu aku dengar macam bunyi cakar kat pintu utama tu..bunyi dia slow tapi jelas…last-last aku tunggu je diorang balik and aku tak bagi Miyul matikan video Call teman aku.
Aku dalam cerita ni dalah Miyul
Aku memang pelik la kan bila Eiman kata kunci rumah takde dalam kasut tu. Padahal aku sendiri nampak yang Adam letak kunci tu dalam kasut putih….lepastu aku perasan time video call tu muka Eiman ni cuak habis…pucat.. Bila aku tanya kenapa dia tak jawab..dia tak bagi aku matikan call. Sampai je kat rumah aku turun kereta pergi kat Eiman…menggigil member….dia tak cerita lagi time tu tau. Lepastu aku terus pergi dekat rak kasut tu nak cari kunci rumah…And yes kunci tu takde. Terus kecoh ye time tu kitorang dah la maghrib. Then aku dapat idea suruh diorng guna batang penyapu amik kunci kat belakang pintu masuk tu….Cuba punya cuba finally dapat. Masuk je rumah aku tergamam….korang tau aku nampak ape….aku nampak kunci rumah yang sepatutnya ada dalam kasut boleh ada dekat atas meja makan. Time ni semua pelik gile….lepastu baru Eiman bukak cerita pasal tadi……kitorng tido berhimpit ye malam tu.
CERITA 3: Aku dalam cerita ni adalah Miyul
Ni ape yang Mirol & raja cerita kat aku.Masa ni yang lain tkde kat rumah just tinggal Mirol & Raja…..Btw rumah sewa kitorang 2 tingkat…Aku ngan Raja lepak kat bawah which is ruang tamu la…. Then Raja nak naik atas sebab nak amik fon dia… masa dia masuk bilik nak amik fon posisi dia membelangkangkan pintu tau.. lepastu dia nampak dari hujung mata dia Mirol masuk bilik tengah (bilik Eiman)… macam mana dia tau tu mirul sebab dia nampak kain pelikat… kat rumah ni mirol sorang je yang pakai kain pelikat… pastu dia panggil la nama Mirol tpi xde orang nyahut… dia masuk bilik tengah tu tapi takde orang… dia pelik la kan… dia turun bawah terus terkejut sebab dia nampak mirol kat ruang tamu…
Raja : Eh bile kau turun.. bukan kau kt atas ke…dah la aku panggil kau tak dengar…
Mirol: Eh aku dari tadi kat sini… bile pulak aku naik atas ni..
Raja: Habistu kalau kau kat sini sape yang aku nampak kat atas tadi?
Mirol terus senyap…Dia panggil Raja duduk sebelah dia suruh tunggu kitorang balik baru dia cerita.
CERITA 4: Aku dalam ni adalah Miyul
Okay now aku nak cerita part aku pulak… masa ni pukul 12 malam and aku kat ruang tamu buat assignment… buat atas lantai je…adam dekat ats sofa belakang aku tapi dia tido…hampeh…pastu aku kusyuk la buat assignment aku tu… tetiba aku dengan bunyi melompat..bunyi tu kat atas…aku positif jela mungkin ada yang tak tido lagi kat atas… lepastu aku perasan dekat hujung mata aku belah kiri ada bende putih tinggi ye lompat dari tangga atas turun ke tangga tengah…aku tak pandang tapi hujung mata aku still jelas ye nampak berbungkus putih tinggi…aku tak boleh gerak weyh nak bangun pun tak boleh… pastu aku terus chat si Haziq suruh dia turun… dia pun turun and automatik pocong tu terus hilang… Haziq turun je aku terus cerita kat dia.
Okey la sampai situ je dulu…nanti aku sambung story Haziq ngan Adam pulak tu pun kalau story yang ni Admin publish…Thank you guys…