Pontianak Ikut Melepak di Stor

Assalamualaikum dan salam sejahtera, aku pernah menghantar satu cerita, dan alhamdulillah di siarkan juga oleh admin.terima kasih banyak aku ucapkan.kali ni aku nak kongsikan serba sedikit cerita di tempat aku bekerja tatkala aku membuat kerja lebih masa(ot).

Aku seorang penjawat awam yg bergaji ciput dengan jawatan yg agak macai,tanpa overtime sumber kewangan utk menyara diri dan keluarga agak terbatas.Syukur kepada allah diberi peluang membuat kerja lebih masa.

Aku bertugas di sebuah institusi yg telah lebih 100tahun beroperasi.korang faham je lah kan,kalau tempat yg lama, penghuni nya juga sudah lama menetap disitu dan mungkin mereka juga mempunyai bank negara sendiri disitu untuk mencetak wang dan pergi ke pub berhampiran..hihi

Aku akan habis bekerja dalam pukul 10.30 malam setelah mengunci semua bilik dan memeriksanya.pada satu malam yg kurang tuahnya,aku dan rakan2 sekapalKu melepak didalam bilik stor untuk berehat dan merokok sambil menunggu bilik untuk dikunci.

Sebelum itu beberapa rakan ku pernah bercerita kepada kami yg dia pernah terserempak dengan puan ponti dan seorang orang tua yg bongkok memegang tongkat serta sebilah parang.Bagi kami itu perkara biasa di situ kerana org2 lama juga selalu bercerita dan tibalah giliran kami kali ini kerana terlalu poyo mempersendakan cerita sahabat kami.

Pada malam itu,sebelum memasuki stor kami asyik membasuh motor,tiba2 dtg seorang polis bantuan memanggil kami kearahnya. Kami agak pelik dan hanya mengangkat tangan tanda ingin menyiapkan basuhan. Setelah dia beredar kami pun masuk kedalam stor. Malam itu kami agak gembira dan bergurau senda serta ketawa yg agak kuat. Mana tak nya diantara kami ada juga pengetum berani m**i..disebabkan itu keadaan menjadi semakin ceria di dalam stor akibat pengaruh herba.

Tiba2 terdengar seperti ada orang berjalan diluar pintu stor..mundar mandir bunyinya.kami fikirkan polis bantuan ingin memeriksa buku. Lain pulak jadinya ketika tiba2 angin diluar bertiup agak kencang serta diikuti bunyi seperti burung berkicau.lantas salah seorang dari kami bingkas bangun untuk memeriksa dan membuka pintu.

Setelah pintu dibuka,tiada sesiapa berada disitu kecuali kegelapan yg hening.Setelah dalam 5 minit berlalu,bunyi yg sama kembali kedengaran.Kali ini kami sudah berasa hairan,dan kami pergi membuka pintu bersama,setelah pintu dibuka satu lagi episod malang berlaku.Apabila kami toleh ke sebelah kiri pintu stor dan ternampak satu makhluk berpakaian putih sedang bertenggek diatas dahan pokok.Mukanya tidak kelihatan oleh kerana dia memandang kebawah.Rambutnya mengurai sampai cecah diatas tanah.

Betapa panjangnya rambutnya mungkin dibela sejak kecil lagi dengan rapi.Terkedu kami melihat makhluk tersebut, kaki terasa lemah dan terasa bagai nak perah top speed ysuku.Tetapi apakan daya waktu tu bagaikan terpaku.Dalam sekelip kata makhluk itu tiba2 hilang dan menjelma dihadapan kami dalam jarak 6 meter tetapi kami masih jelas melihat kelibatnya.Sambil berjalan menuju ke satu tiang bangunan yg besar, matanya merenung tajam kepada kami.ya allah,merah menyala matanya bagaikan sedang marah dan memberi amaran.

Setelah makhluk itu melewati tiang besar itu dia terus menghilangkan diri.Tiang seperti pintu gerbang itu sehingga kini kami gelarkan gerbang kayangan,kerana setiap makhluk dari alam lain yg lalu disitu akan hilang apabila melewati tiang besar itu.Mungkin disitu lah sempadan antara alam kita dan alam mereka.Kami yg masih terpinga2 dengan cargas terus mengemas barang2 dan beredar dari stor itu sambil masing2 membuat muka macho kerana ingin coverline kononnya tidak gentar dengan kejadian sebentar tadi.Padahal semuanya penakut,tetapi masih nak menunjukkan kelelakian sejati takut menjadi bahan ketawa nnti.Sampaikan pada malam itu aku bermimpi dikejar oleh makhluk berambut rebonding itu.

Sejak dari hari itu,kami masih melepak di stor itu tetapi kami menjaga adab kami dan tidak membuat bising.kalau ketawa pun ibarat melepaskan batuk ditangga.tetapi kadang2 terlepas juga.hihi.biasalah kalau dah lepak ramai2 salah sorang mesti ada buat lawak yg masuk air kan.

Bagi kami,mungkin makhluk tersebut rasa terganggu dan marah kerana bunyi bising yg kami lakukan.itu tanda amaran dan ingin memberi tahu yg dia ada disitu dan perlu dihormati kerana mereka juga seperti kita,mempunyai keluarga dan anak2.

Pengajaran yg kami dapat adalah jaga adab tak kira dimana saja kita berada kerana bukan kita saja yg tinggal di bumi allah ini,tetapi
Kita berkongsi dengan makhluk allah yg tidak kita sedari dan tidak mampu untuk kita melihatnya.

Rupanya setelah kami bertanya kepada polis bantuan itu, tujuan polis bantuan itu memanggil kami ketika membasuh moto adalah kerana dia sudah nampak makhluk itu sedang memerhatikan kami betul2 diatas
kepala kami sambil bertenggek di dahan pokok.

Mungkin dia iri hati kerana dia tak mempunyai moto di alamnya..hihi.maaf jika tidak seram beri peluang untuk aku belajar dan improve cerita2 aku.

Terima kasih kerana sudi membaca.nanti aku kongsikan lagi
Kisah lain ditempat kerja.Ada beberapa kisah lagi yg aku alami kerana aku sering balik lewat malam kerana mencari rezeki.walau aku sebenarnya takut diganggu tetapi demi keluarga aku harus membuat kerja lebih masa dan yg paling aku geruni jika bini aku mengamuk kalau perbelanjaan bulanan tidak cukup.hihi wassalam jumpa lagi.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Barubotak

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

2 thoughts on “Pontianak Ikut Melepak di Stor”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.