Rantaian Mimpi

Hai pembaca, kini aku kembali. Sekembalinya aku ke laman Fiksyen Shasha ni tak lain dan tak bukan kerana kembalinya gangguan-gangguan yang menghantui diri aku. Terima kasih Fiksyen Shasha kerana telah menerbitkan cerita aku yang terdahulu, Kolej 2B10, Wanita Tua dan Dirasuk Saka – Sambungan Wanita Tua. Kali ni, aku nak menceritakan sambungan kepada rangkaian cerita-cerita yang pernah aku kongsikan sebelum ni.

Cerita bermula begini…

Selepas dari kejadian dirasuk saka tu, aku ingatkan aku dah bebas dari segala gangguan ni. Ditambah pula selepas kena rasuk hari tu, aku dah berubat dan benda tu dah dibuang. Aku diberitahu benda tu dah dibuang. Jadinya, aku ingat aku dah selamat. Ternyata aku silap, sebabnya selepas beberapa bulan dari kejadian hitam tu, aku seolah-olah mempunyai satu kelebihan. Aku tak pasti nak cakap ni kelebihan atau apa tapi aku mula nampak benda yang tak sepatutnya aku nampak. Kalau dulu, aku hanya boleh nampak bayang hitam dalam mimpi, atau paling hebat pun aku dapat rasa kehadiran benda-benda tu bila di alam nyata. Tapi sekarang bukan sekadar dapat rasa atau nampak bayang hitam dalam mimpi, aku dah boleh nampak jelas di alam nyata ni. Figura yang aku nampak kali ni bukan wanita tua yang pernah muncul dalam mimpi aku tu. Figura yang aku nampak kali ni adalah figura seorang budak. Budak ni paling kerap muncul depan mata aku. Tak kira pagi ke petang ke atau malam, aku selalu nampak budak ni. Paling rungsing bila budak ni muncul dalam keadaan berlari macam nak terkam ke arah aku.

Selain daripada aku boleh melihat benda ni, aku macam dapat tahu masalah orang lain. Macam ni lah senang, aku cerita. Suatu hari tu, ada lah jiran aku ni datang rumah, saja nak bersembang. Jiran ni ada bercerita tentang seorang mak cik ni, dia tengah sakit. Jiran aku tak habis cerita lagi, tiba-tiba aku dengan tak semena-mena, menyampuk.

“Kamu kenal Cik Timah? Dia sakit sekarang ni. Kena buat orang rasanya. Katanya dia tak suka balik rumah, rasa panas je. Sekarang ni dia menumpang rumah adiknya,” jiran aku bercerita.

“Oh, betul lah tu. Ada benda dalam rumah dia, orang hantar. Tu sebab dia tak suka duduk rumah tu. Ada orang cuba nak pisahkan dia dengan suami baru dia tu,” cerita aku bersahaja sambil mencelup biskut kering ke dalam teh panas kemudian aku suakan ke arah mulutku dan aku makan penuh nikmat.

“Eh, mana kamu tahu?” Tanya jiran aku.

“Tahu lah, benda tu ada dalam bilik dia tengah bertenggek dekat bucu tu,” jawab aku masih bersahaja.

Jiran aku dah pelik tengok aku menikmati biskut kering bersama teh panas. Habis sekeping biskut kering tu, aku macam tersedar. Aku tak pernah tahu pun Cik Timah tu sakit. Lagi yang aku tak faham tu, macam mana aku tahu ada benda dalam bilik dia? Siap nak hancurkan rumah tangga dia lagi tu.

Beberapa minggu selepas kejadian ni, jiran aku datang lagi ke rumah aku.

“Aku nak tanya ni, macam mana kamu tahu pasal Cik Timah tu?” Tanpa salam tanpa apa, terus sahaja soalan tu diajukan pada aku.

“Entah lah. Saya tak ada jawapan untuk tu. Kenapa?”

“Betul apa yang kamu kata tu. Lepas balik jumpa kamu, aku terus pergi rumah Cik Timah tu. Aku bagitau laki dia suruh bersihkan rumah tu. Malam tu juga laki dia panggil ustaz dan bawa balik Si Timah tu. Ustaz tu pun kata ada orang cuba nak pisahkan mereka berdua tu,” panjang lebar jiran aku bercerita. Aku iyakan sahaja. Malas nak layan.

Ni salah satu dari ‘kelebihan’ yang secara tiba-tiba muncul dalam hidup aku. Perkara ni bukan selalu terjadi dekat aku, ada masa-masa tertentu. Dia macam bila aku rasa aku nak tahu sesuatu benda, aku akan dapat tahu kenyataannya. Sama juga dengan penampakan tu. Bila aku rasa aku nak tengok, haa muncul lah depan mata. Tentang penampakan ni, aku nak share satu benda. Situasi di tempat kerja.

Ada seorang perempuan ni, bila aku tengok dia, aku rasa macam nak tengok lagi. Orang kata macam terpesona la dengan kecantikan dia tu. Ye lah, dia tak lekang dengan senyuman. Tapi bila dah nak tengok lagi tu, aku ada rasa menyampah secara tiba-tiba. Setiap hari aku nak tengok dia. Sampai lah ada satu hari ni, aku macam tertanya kenapa aku nak tengok dia tapi dalam masa yang sama, aku menyampah. Jadi, bila dah terdetik pertanyaan tu, hari tu bila aku tengok dia, aku nampak rupa sebenar dia. Nak tahu apa aku nampak dekat muka dia? Ada asap-asap hitam dekat pipi, dahi, dagu, hidung, semua lah. Lepas aku nampak asap-asap ni, setiap kali aku berselisih dengan dia, dah tak ada dah senyum dekat muka dia dan… bau dia sangat lah busuk. Bau hanyir. Tak lama lepas tu, aku dah tak nampak dah dia dekat office. Dapat tahu dia dah berhenti.

Okay, itu adalah sebahagian dari cerita selepas kejadian rasuk. Yang ni pula, kejadian yang berlaku pada aku baru-baru ni. Aku kerap didatangi mimpi buruk yang sangat menakutkan. Setiap kali terjaga dari mimpi, mesti aku akan tercungap-cungap, berpeluh, jantung pun berdegup laju. Mimpi aku kali ni macam berantai, bersambung-sambung. Ada seorang perempuan, kali ni dia nampak muda. Aku anggarkan dia 28-35 tahun. Mimpi pertama tu, aku pergi berubat dekat mana aku tak pasti, tapi kawasan kampung. Tengah berubat tu, aku kena rasuk. Bila dah selesai, aku tak ingat sama ada aku diarahkan untuk ke sungai atau jalan aku nak balik tu memang kena melalui sungai. Tapi, waktu dekat sungai tu, aku ternampak seutas gelang. Aku sangat-sangat tertarik dengan gelang tu. Aku ada rasa nak ambil, tapi kaki aku tak nak bergerak. Jadinya, aku pandang je lah gelang tu tenggelam timbul dalam air. Tengah aku pandang gelang tu, tiba-tiba ada perempuan muncul dari dalam air dan dia ambil gelang tu. Aku pandang perempuan tu, dia datang ke arah aku. Bila dia dah betul-betul depan mata aku, dia hulurkan gelang tu pada aku sambil tersenyum. Aku pandang dia, aku pandang gelang tu, ada tulisan aku cuba nak baca tapi tak boleh dan… pap! Aku terjaga!

Aku tak pasti sama ada aku ambil atau tak gelang tu. Aku tak dapat nak ingat. Muka perempuan tu pun aku tak dapat nak ingat. Mimpi ni mengganggu konsentrasi hidup aku. Susah tau, penat dah perah otak untuk ingat. Tapi tak dapat. Ada lah seminggu selepas mimpi ni, aku mimpi lagi. Kali ni dekat kawasan paya kot. Tempat tu lembab. Dalam mimpi tu, aku tengok la keadaan sekeliling. Bila tengah perhati kawasan tu, aku nampak ada satu perigi dan ada banyak sangat ular dekat situ. Disekeliling perigi tu ada orang tengah kerumun. Tahu apa yang aku nampak? Aku nampak diri aku ada dekat tepi perigi tu. Yang paling best, aku nampak diri aku tengah pegang ular. Aku dah mula cuak. Tak semena-mena, diri aku tu pusing, pandang aku sambil tersenyum dan dia usap-usap kepala ular yang dia tengah pegang tu. Aku pun apa lagi, lari lah. Waktu lari ni, aku macam cakap pada diri sendiri, “cepat lah keluar dari mimpi ni, cepat lah sedar.” Agak lama juga aku berlari sampai satu tempat ni, aku berhenti nak ambil nafas kononnya. Tiba-tiba muncul perempuan yang dalam mimpi sebelum ni. Dia hulur benda dekat aku. Aku tak sempat nak tengok apa yang dia hulur sebab aku terjaga ada ular nak terkam aku. Bila aku jaga ni, aku dapat rasa yang perempuan tu marah aku.

Esok paginya tu, aku bangun badan aku dah mula sakit-sakit. Tulang-temulang ni rancak gila meletup sini sana. Sakit, serius sakit. Rasa yang aku rasa waktu ni boleh dikatakan sama dengan orang yang baru eksiden motor. Eksiden motor yang dilanggar kereta, badan tercampak jatuh dari atas kereta ke jalan tar tu. Sampai sekarang ni pun, hari ni, waktu aku tulis ni, badan aku masih sakit-sakit. Aku tak tahu kenapa. Buat masa sekarang, dua mimpi ni aku paling ingat. Aku tahu akan ada mimpi lain lagi. Tapi masalahya sekarang, kenapa aku? Dalam banyak-banyak orang yang ada dalam dunia ni, kenapa mesti aku yang kena. Dapat mimpi lah, boleh nampak benda yang orang tak nampak. Penat. Jujur aku cakap, aku penat nak hadap benda ni hari-hari. Soalan yang akan aku tanya setiap hari, sampai bila aku kena hidup macam ni?

-korang yang tahu sebab penyebab aku jadi macam ni, tolong lah komen. Aku nak tahu benda apa yang menghantui aku ni dan macam mana cara nak hilangkan benda ni. Tolong aku ye?

Sekian,

RJ

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

RJ
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

49 comments

  1. Assalamualaikum,
    Nampak gaya ni adalah gangguan jin. Dan untuk menjawab persoalan sampai bila, sy suggestkan awak pergi berubat rawatan islam. Usaha kena berterusan, selalunya banyak sesi sampai lah nak betul2 pulih. Sy pernah tengok satu perawat islam ni kata, usaha untuk membuang gangguan jin, termasuklah sihir ataupun saka, usaha tu tidak cukup sekadar pergi berubat, tapi kena datang dari diri dengan meningkatkan amal ibadah, solat jaga dan diperbanyakkan, banyakkan membaca alquran dan cuba memahaminya, dekatkan diri kepada Allah, kuatkan dinding diri. Kalau yg saudari cerita ni saudari boleh berfikir dalam mimpi, cuba dalam mimpi tu baca ayat2 alquran sebagai senjata pelindung diri. Saya sendiri pernah diganggu mimpi2 gangguan dan sy cuba baca ayat dan surah untuk melawan dalam mimpi, biiznillah dengan izin Allah, Allah tolong. Mungkin kes saudari lebih rumit sebab berkaitan saka, maka usahanya kena lebih lagi. Yakinlah pada firmanan Allah ‘La yukallifullah hu nafsan illa wus’aha” ‘Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya’ . Saudari insan yang kuat, sebab itu cubaan yang kuat mendatangi saudari. Allah adalah sebaik baik pelindung dan pemegang segala penawar kepada penyakit. Yakin akan kuasaNya. Pergilah berubat, ini semua tidak akan terhenti sendiri, sabar, usaha dan tawakkal.

    Allahualam.

    1. InshaAllah saya akan cuba bersabar. Sebagai manusia, sy tahu hanya doa dan tawakal yg mampu sy lakukan. Apa-apa pun, terima kasih atas pandangan dan nasihat yg diberikan. Mohon doakan kesembuhan saya. Terima kasih 🙂

  2. Owh.. mmg ada jadi gini..

    ko kan, jgn cite sembarangan bab mimpi ko ni kt org. even FS pon. cari Ustaz n amalkan minum air bacaan yasin.

    Sebab klu ko cite, t ‘die’ tuko care ‘tackle’ ko. Jangan tinggal solat 5 waktu ok. 😊

  3. xnk komen apa2. acik perati je si lara hati nie. dok komen byk kli. kesian betul. punya nakkam tropy. alolo cian. kah dey nk tropy tuh baca lah byk2 cita. bkn satu cita kau komen smpai 5. bijaksana btul.
    #donemgupasbawang

  4. gangguan tu baik pergi pusat rawatan islam..sy pun pernah mimpi mcm tu mcm ada org nak bg benda..siap dia cakap lagi yang terbang ada..yang mengesot pun ada huhuhuh yang paling ekstrem keluar mata pisau kat alat sulit…skrg tgah berubat alhamdulillah ada positif..yang penting diri kita kena kuat banyakkan bacaan 5 bismillah…ayat manzil baca pagi dan petang…

  5. keluarga saya semua pernah mengalami benda yang sama. gangguan jin, mimpi, penampakan dan macam2 lagi. kisah saya macam awak jugak boleh tahu sesetengah benda. ada satu kejadian ni, org tu memancing dkat tepi longkang besar dengan duduk atas kereta pajero dia, pastu kete dia meletop. n masuk suratkhabar. masa tu saya taktahu pasal kes tu. esoknya tengahari buta saja jalan naik motor dengan kawan2 dekat situ, saya je nampak keadaan tu biasa, ada orang cina baju putih tengah mancing, ada ikan n kereta tu. pastu kawan2 cerita lepas lalu tempat tu. eh saya terkejut la, saya pusing balik, nampak kesan terbakar, tapi tadi takde pun kesan, orangnya ada je. rupanya mayat jatuh dlm tu, mungkin dia nak mintak tlg saya kot. jadi penyelesaian nya utk awak berubat cara islam. saya syorkan dekat darul syifa’. ibu saya pun pergi situ. insha allah membantu 🙂

    1. ramai yg cakap kalau hulur barang tu ad kaitan dgn saka. tapi kalau ular tu saya sendiri tak pasti. ada yang kata saka, ada yang kata sihir. entah lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.