RUANG JEMURAN

Masa tu aku baru pindah ke sebuah rumah flat lama di tingkat 5. Rumah ni murah, tapi keadaan dia memang uzur. Tangga sempit, cat dinding mengelupas, dan setiap malam lorong jadi sunyi macam tak berpenghuni. Walaupun seram, aku tak kisah, sebab aku kerja malam dan jarang duduk rumah.

Di belakang rumah, ada satu ruang jemuran berkongsi dengan jiran lain. Tempat tu gelap, hanya diterangi satu mentol kecil yang berkelip-kelip. Aku jarang guna sebab jarang basuh baju sendiri. Tapi malam itu, aku terpaksa jemur baju sebab kerja siang tak sempat. Jam tunjuk 11.30 malam.

Aku bawa bakul baju, masuk ke ruang jemuran. Ruang tu panjang, dikelilingi pagar besi, dan ada beberapa tali jemuran berderet. Angin malam meniup baju-baju jiran yang tergantung, bergoyang perlahan. Aku mula rasa tak sedap hati. Tapi aku teruskan jemur

Masa tengah sidai, aku perasan ada baju putih tergantung di hujung, tapi peliknya tak basah, tak berbau sabun. Macam terlalu lama tergantung, berdebu. Aku cuba periksa, tapi bila aku dekat, baju tu hilang.

Aku berhenti sekejap, pandang sekeliling. Sunyi. Tiada orang. Tapi aku rasa macam ada mata memerhati dari celah baju-baju yang bergoyang. Aku cepat-cepat habiskan kerja, masuk rumah.

Malam kedua, aku mimpi. Dalam mimpi tu, aku berdiri di ruang jemuran, baju-baju kering berterbangan macam ditiup angin kencang. Di hujung jemuran, aku nampak seorang perempuan berdiri membelakangi aku. Rambutnya panjang, basah menitis, baju putih koyak rabak. Dia perlahan-lahan pusing, dan muka dia… kosong. Tiada mata, tiada hidung, hanya mulut besar yang senyum panjang.

“Kenapa kau jemur baju malam-malam…”

Aku terjaga dengan nafas tersekat. Peluh basah. Bilik aku berbau hapak, macam bau baju lama yang basah tak kering.

Esoknya, jiran bawah rumah tegur aku.

“Kau guna ruang jemuran belakang ke malam tadi? Jangan buat macam tu. Orang sini dah lama tak berani jemur waktu malam.”

Aku tanya kenapa. Dia cerita dulu ada kes orang jatuh dari tingkat atas ruang jemuran. Katanya perempuan tu terjerut dengan tali jemuran, mayatnya tergantung sampai pagi baru orang sedar. Sejak tu, ramai nampak kelibat perempuan berbaju putih merayap di celah jemuran malam-malam.

Malam ketiga, aku terpaksa guna ruang jemuran lagi sebab mesin basuh rosak, jiran pun sibuk. Kali ni aku bawa lampu suluh. Semasa sidai, angin tiup kuat, baju-baju lain terbang macam hidup. Dari celah baju, aku nampak bayang perempuan tadi, merangkak di lantai perlahan-lahan.

Aku cuba lari, tapi tali jemuran melilit kaki aku kuat, macam ada tangan tarik. Aku jatuh, bakul baju terbalik. Dari celah baju-baju, dia muncul merangkak, kepala senget, rambut basah seret lantai, mata hitam kosong, mulut koyak sampai ke pipi.

“Aku pun jemur dulu… tapi aku tak sempat ambil…”

Dia dekat, terlalu dekat. Aku jerit sekuat hati, dan tiba-tiba semua jadi gelap.

Aku tersedar di bilik, badan penuh kesan calar. Aku cuba yakinkan diri semua itu mimpi. Tapi bila aku buka pintu belakang, baju-baju yang aku jemur semalam tergantung basah dengan air merah. Bau hanyir menusuk.


Sejak kejadian itu, aku tak berani lagi guna ruang jemuran malam-malam. Aku beli mesin pengering. Mungkin sampai di sini saja penulisan aku kali ini, sampai jumpa di lain cerita.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.