Rumah C02-03

Assalamualaikum dan hai for semua readers page FS 🙋🏻‍♀ Ha , nampaknya kita bertemu lagi di cerita kedua yang aku submit di page FS . Thank you admin 🌹 sedikit intro aku nak selitkan sebagai rujukan kepada pembaca pembaca baru . Nama aku kayy , aku seorang budak perempuan yang tinggal di sebuah pulau di Malaysia . Dalam cerita di page ni , aku gabungkan pengalaman aku dan juga ahli keluarga aku . Jangan risau , tiada yang bakal tergantung . Berikut beberapa watak yang aku perlu kenalkan : Aku (kayy) , adik aku girl (ayel) , dan sorg lagi adik aku boy (jaydee) . Dah faham ? So mari kita lanjut ke cerita ya . Cerita kali ni aku cuba untuk jadi formal sikit , jadi awal awal lagi aku minta maaf kalau ada bahasa yang kurang molek . Maklumlah , jarang mencoret .

Rumah C02-03 .

Ya , itu rumah aku . Rumah (apartment ) yang kami sekeluarga duduki baru kira kira satu tahun dan beberapa bulan . Pada mulanya semua aman . Sehinggalah segalanya berubah seminggu yang lalu .

[ Jun , 2020]
– Jaydee

Jaydee merupakan seorang yang suka gaming dari malam sampai kira kira jam 2 pagi .
* ML = SK FEEL

Pada hari kejadian , adik aku c Jaydee ni baru selesai gaming session . Biasalah , selepas berjam jam duduk mestilah badan lenguh lenguh kan . Dia pun meregangkan badan dan berehat sekejap sambil belai belai kucing . Tengah dia syok melayankan kucing tu , tiba tiba kucing tu lari . Laa dia tengah main rupanya . Dah tu , jaydee perhatikan kucing tu sampai lah kucing tuu menuju ke bilik aku .
“Ha sudah , tak boleh biarkan ni . Nanti kang bangun pula akak dgn ayel” katanya lalu bergegas masuk ke bilik ku . Dia ambil kucing dan dia pun pusing nak keluar . Dalam berkira kira nak keluar dan dalam keadaan gelap tuu , dia masih dapat menangkap satu susuk di tepi almari pakaian aku . Benda tu tengah focus tengok aku tidur , YA ! itu gula gula ! Tanpa berlengah walau sesaat pun , jaydee terus berlalu keluar dan tidur .
*korang tahu kan gula gula , ‘bunjut’

Esoknya ,

Jaydee pun cerita lah dekat aku . Aku mampu dengar dan hadamkan je . Yela , aku masa ni tengah h**d dan senggugut memang teruk . Kalau tidur tu , mana lah aku nak perasan keadaan sekeliling lagi . Jadi , aku pun biarkan je lah cerita tu berlalu macam tu je . Sehingga lah 4 hari lalu ….

[ Jun , 2020]

– Kayy (aku)

Macam yang aku dah sebut sebelum ni , aku sekarang berada dalam keadaan kotor . Tak boleh nak solat , jadi aku isi masa dengan sibukkan diri buat kerja di rumah . Kejadian ni berlaku waktu maghrib . Masa tu aku tengah sibuk angkat kain dari tempat jemuran , untuk pengetahuan korang semua lah kan . Di apartment tempat kami tinggal ni , jemur kain dalam rumah je . Jadi , tempat jemuran kain ni terletak berhadapan dengan bilik aku . Toleh je sebelah kanan , memang akan nampak bilik aku lah .

Okay , cerita dia macam ni . Dalam aku tengah focus angkat kain tu , tiba tiba aku rasa macam terpanggil panggil nak tengok bilik aku . Macam nak tengok sangat segala isi bilik tu . Mula mula aku abaikan perasaan tu , tapi lama lama aku tak boleh nak tahan . Aku toleh juga dan tahu apa aku nampak ? Aku nampak kepala guys . Dalam keadaan bilik aku gelap tu , aku cuma boleh nampak bayang bayang yang memang bentuk kepala berambut kusut menggerbang . Aku kaku kejap dalam 5 saat , dan terus alih muka . Aku tengok depan dan mengucap panjang . Bila aku tengok balik , benda tu dah tiada . Aku tak tunggu lama , aku simpan kain tu semua dan keluar ke ruang tamu .

Di ruang tamu , aku tolong mak aku sediakan makanan . Aku susun makanan atas meja makan , bila dah siap aku rehat kejap . Aku tengah duduk selesa atas kerusi meja makan tu , tiba tiba aku dengar namaku dipanggil . Suara perempuan , tapi dia menjerit . Macam ni “KAYY!!” , ewah ewah terkejut aku tau . Aku pusing kiri , takde sesiapa pun . Adik adik aku takde , ayah aku takde . Cuma mak aku dengan aku je dekat ruang tamu .

Disebabkan aku ni seorang yang tak suka ambik tahu benda benda kecil , aku pun abaikan . Malam tu takde apa apa jadi . Esoknya pula , awal pagi tu aku di dapur . Macam biasa , memang rutin aku tiap hari , aku mulakan dengan masak sarapan . So masa aku akan banyak di dapur , yela mak ayah aku kerja . Masa tu , aku tengah p****g ayam di sinki . Tiba tiba aku dengar ada suara lelaki , suara tu garau tau . Dia bagi salam , terasa di sebelah telinga je suara tu . Dia jerit macam ni “ASSALAMUALAIKUM!!” , jadi aku toleh ke kiri . Di sebelah kiri tu terletaknya pintu masuk ke rumah , aku tunggu dalam 3 minit . Tapi takde sesiapa pun yg masuk atau keluar dari pintu tu . Jadi , siapa yg memberi salam tadi ? Untung saja aku tidak jawab , yela sudah tentu bukan suara manusia kan . Aku abaikan je lah . Dan petang tu , mak ayah aku balik dari kerja . Aku tak tunggu lama , aku terus bagitahu dekat mak aku tentang benda yg jadi tadi pagi . Mak aku kata dia minta atok aku tengokkan aku . Takut sihir katanya , aku pun tak nak benda lama berulang balik . Sakit tau disihir ni .

*siapa siapa yg tak baca lagi cerita pertama aku . Korang boleh pergi di page yg bertajuk ‘S I H I R’ .

Kira kira lepas isyak , atok aku call dan dia pun cerita perkara sebenar . Sedangkan aku pun bergetar mendengarnya apa tah lagi anda semua . Ceritanya macam ni ,

Dalam rumah ni ada dua benda yg tinggal bersama . Satu yang hijau (toyol) dan satu lagi kepala (penanggal) . Atok kata , c hijau tu peliharaan orang yang tinggal di apartment ni juga . Tak tahu apa tujuan dia biarkan c hijau tu berjalan jalan . Atok aku cakap , c hijau tuu dah puas round rumah orang . Dan untuk pengetahuan korang semua juga , dia lah yang tengok aku tidur tu . Cuma dia menyamar jadi c bunjut , mungkin sebab dia tahu aku tengah kotor . Dah tu atok cakap lagi , penanggal tu pula bukan peliharaan siapa siapa . Dia datang dekat aku sebab dia tahu aku tengah berdarah , dia nak d***h aku . Tapi aku bersyukur sangat sebab aku jenis yang kuat semangat . Jadi dia tak dapat nak buat apa apa dekat aku , begitu juga c hijau tu .

Kalau korang semua nak tahu , bilik aku sejuk dia lain macam . Dan orang selalu cakap , “tempat yang sejuk , pasti ada sesuatu” . Dan kalau aku masuk pun pergh aura dia lain macam . Lagipun sekarang , kami masih dalam usaha lagi perbaiki rumah ni . In sha allah , dengan doa anda semua juga keadaan akan kembali pulih . Terima kasih para readers sebab sudi baca cerita aku walaupun panjang berjela . Maafkan aku juga sebab buat coretan panjang macam ni . Sekian , assalamualaikum .

– Komen yang murni² ja na 🌸

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kayy

9 thoughts on “Rumah C02-03”

  1. Hmmm..ceritanya ringkas, padat dan tepat !! Mudah difahami dan seronok dibaca. Tahniah kawan. Teruskan menulis 🙂

    Reply
  2. Umur kamu 16 ke Kayy? Pandai menulis, citer best tapi kurangkan lah ayat “kalau korang nak tau” tu. Pembaca mmg tk tau apa2 pun tu sbb kami baca…. Hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.