Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Rumah Sewa 10-05

Hi semua, saya nak share 1 kisah benar yang terjadi sekitar tahun 2021. Saya ketika itu ibu tunggal bersama anak lelaki berusia sekitar 5 tahun sy nama kan Fateh. Fateh adalah anak istimewa, beliau autism dan non verbal. Saya ingat lagi masa itu ada PKP, and masa yang sama saya giat mencari rumah sewa untuk kami tinggal berdua.

Hasil pencarian membawa saya ke sebuah apartment yang cantik dan sangat tenang, malahan terdapat tasik didalam kawasan apartment tersebut. Rumah tersebut tidak didiami selama 6 bulan sahaja, malahan kadar sewa juga rendah berbanding harga pasaran.

Memandangkan ketika itu PKP, jadi saya beranggapan harga sewa rendah kerana PKP siapa yang nak berpindah randah sedangkan tidak dibenarkan merentas sepadan kan? Oh ya, rumah ini adalah dekat degan bilik sewa yang kami diami ketika itu, Jadi tidak perlu merentas sempadan.

Aku memang sangat sukakan rumah ni, kebesaran sedang elok untuk aku dan anak aku diami, iaitu 2 bilik dan 2 bilik air. Hari berlalu dengan tenang, dan pada masa ini kebanyakan masa aku adalah dirumah kerana Syarikat telah memulakan system bekerja dari rumah. Memandangkan aku kerja shift jadi adalah normal aku berkerja pada waktu tengah pagi hingga ke tengahari.

2 bulan berlalu tiada berlaku apa- apa masalah mahupun perkara pelik. Malahan hari-hari aku lalui sangat gembira bersama anak kerana ada banyak aktiviti kami boleh lakukan bersama-sama, bagi ikan makan di tasik, ada kolam itik, gym, naik basikal atau ke playground yang disediakan.

Setelah 3 bulan berlalu, perkara aneh mula berlaku. Sekitar jam 2 pagi, aku sedang berkerja sambil melayani youtube penceramah Syamsul Debat bagi menghilangkan rasa mengantuk. Aku ketawa mendengar isi yang disampaikan beliau, dan ketika itulah aku menyedari aku tidak ketawa bersorangan. Ini kerana setelah aku habis ketawa, benda itu masih ketawa, dan suara itu seolah-olah benda tu berdiri dipintu bilik aku, 3 langkah dari kedudukan aku. Anak aku ketika itu sudah pasti telah ke alam mimpi.

Namun aku tidah endah dan hanya biarkan. Tetapi bila setiap kali aku ketawa dan akan diikuti dengan ketawa benda tu juga, mulalah aku berasa panas hati, lalu aku jerit “kau diam boleh? Kau nak gelak sekali apa masalah kau?” oh ya, aku memang kasar orangnya. Gangguan terus berhenti disitu.

Ada 1 hari, aku shift siang jadi dapatlah aku tidur dengan aman pada malamnya. Namun sekitar pukul 3 pagi aku terjaga dan meraba-raba mencari telefon bimbit untuk melihat jam pukul berapa, dalam mamai aku meraba tilam, tiba-tiba ada satu suara perempuan menegur aku “cari apa tuuuu”. Ya Allah, aku betul-betul terkejut kerana otak aku belum bersedia untuk disergah sebegitu rupa dalam keadaan bilik yang gelap gelita. Namun aku buat-buat tak dengar dan sambung tidur.

Masih aku ingat suatu malam aku terjaga kerana aku dengar ada sebuah keramaian di ruang tamu, Bunyi seakan-akan ada majlis sedang berlangsung. Bunyi pinggan-pinggan berlaga, suara orang-orang bersembang namun aku gagal menangkap butir perbualan mereka. Seolah-olah ramai orang diruang tamu dan mereka saling bersembang sesama mereka. Aku diamkan diri dan sambung tidur kerana untuk aku terjah ruang tamu ketika itu bukanlah satu idea yang bernas. Kalau seekor sahaja mungkin aku berani, tapi kalau dah ramai lebih baik aku diamkan diri sahaja.

Ada ketika aku sedang lena dan terjaga, aku melihat ada benda sedang mengintai aku disebalik pintu, hanya menampakkan sebahagian wajah dan kemudian melarikan diri setelah menyedari aku terlihatnya di balik pintu. Aku mula mempersoal sewa yang begitu murah adakah sebab PKP atau perkara lain. Walaupun gangguan sering berlaku, aku masih mampu menetap dirumah sana selama hampir 3 tahun. Malahan ibubapa turut mendesak agar aku berpindah, namun tidak aku endahkan kerana pada aku itu hanyalah gangguan kecil dan tidak menjejaskan rutin harian aku bersama anak.

Pengakhiran kepada semua gangguan-ganguan ini adalah apabila benda tersebut telah mula memerhatikan rutin harian malahan turut membantu mengejutkan aku bangun untuk berkerja. Pada ketika itu, aku dijadualkan untuk mula berkerja pada pukul 4 pagi. Sekitar pukul 3.30 pagi, ada suara perempuan mengejutkan aku dari tidur “bangun.. bangun.. dah nak mula kerja dah”. Aku yang ketika itu masih lagi mamai, terus bangun dan cuci muka.

Seusai itu, aku buka laptop untuk mula berkerja dan online chatting dengan rakan-rakan sekerja. Apabila otak dah segar, baru aku terfikir siapa yang kejutkan aku tadi? Sedangkan hanya aku dan anak sahaja dirumah tu.

Pada aku hal itu hal kecil, aku teruskan kerja seperti biasa. Namun apabila perkara itu diketahui oleh ibu dan ayah mereka bertegas untuk panggil ustaz dan memagar rumah tersebut. Ustaz pun sampai, beliau kata semangat aku kuat kerana masih bertahan begitu lama dirumah tersebut. Kata ustaz, dalam bilik tidur aku ada 3 ekor benda tu, mereka telah lama berada disana. Oh ya ustad ni hijab terbuka jadi dia boleh nampak benda-benda tu.

Seusai ustaz pulang, aku terus jalani hari aku seperti biasa. Namun pada malam hari, ketika sedang menonton TV, aku dengan tangisan pilu di luar tingkap rumah aku. Mungkin benda tu sedih kerana sudah tidak boleh masuk setelah dipagari ustaz. Namun aku buat macam biasa dan sambung makan maggie.

Kini aku dah berpindah ke rumah lain, insyaAllah jikalau ada rezeki, aku nak beli rumah disana. Moga-moga Allah bantu urusan aku. Aamiin

Popie
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram