Rumah Sewa Sabak Bernam

Rumah Sewa Sabak Bernam

Tahun 2012, Alhamdulillah aku dapat kenaikan pangkat walaupun gaji yang bakal diterima kurang daripada yang aku dapat waktu tu.. tapi memikirkan masa depan aku redah.,..
Berpisah la aku dengan isteri..dia terpaksa menyewa bilik di Shah Alam, aku menyewa di kawasan Sabak Bernam.

Dalam 10 minit dari tempat kerja aku di Sg Besar. Rumah yang aku sewa adalah projek terbengkalai yang baru siap dalam 2 tahun sebelum tu. Jadi waktu tu tak ramai lagi orang tinggal kawasan itu. Owner rumah aku ni duduk di Shah Alam dekat Kuarters Guru aku tinggal. So senang la kalau ada apa apa.

Berbalik pada rumah tu..lot rumah sewa ni belakang sekali menghadap kebun kelapa dan tebu. Jenis rumah ni bertemu dapur 4 biji rumah…namun. lot 4 biji tu aku seorang je duduk.. kira mcm berjiran dengan dinding dapur rumah lain.

Kiri rumah sewa aku selang 6 biji rumah baru ada orang. Belah kanan 5 biji rumah.. kedudukan agak jauh. So aku pun duduk je la situ sorang sorang. Bilik rumah ni ada 3 atau 2 aku dah lupa. Tapi satu pun aku tak guna. Aku duduk ruang tamu saja….

Nak jadi cerita boleh kata tiap malam aku ada tugas tugas khas bersama agensi lain.. dekat jam 1 atau 2 am baru balik.. so korang boleh rasa sunyi dia mcm mana….

Seingat aku ganguan bermula malam minggu kedua aku duduk situ. Lepas mandi waktu balik kerja dalam jam 2 am aku rasa macam ada orang lain dalam rumah. Tapi aku anggap macam perasaan aku saja kot. Sampai siap semua aku nak tido dalam jam 2.30 macam tu aku dengar macam orang main wayar penyidai luar rumah.. penyidai tu betul betul tepi tingkap nako rumah. Untuk makluman rumah aku ni tak pasang pun langsir..ya la aku duduk pun bujang dan week days je.

Terus aku jaga.. aku on tv.. biar je terpasang.. baru nak lelap mata dengar pula ada sesuatu cakar tingkap. . dan yes aku nampak jari dan kuku panjang tengah cakar.. aku tak tutup lampu masa tido..ye la takut..
Masa tu nak baca ayat kursi pun aku dah tak ingat.. Nasib baik ada fon Galaxy W waktu tu.. aku buka la yassin dan surah surah.. nasib la simpan dlm memory kad.. kalau nak buka youtube line pun macam siput haha. Aku cuba pejam mata.. tpi aku dapat rasa benda tu dalam rumah aku dan perhatikan aku.. Cuma dia tak tonjol diri. 

Start malam tu aku cari alasan nak berulang dari Shah Alam.. ada la seminggu berulang Shah Alam ke Sg Besar.. koyak wehhh naik kancil 850 je kot hahaha. Tapi bila tak mampu aku terpaksa duduk juga rumah sewa tu.. Malam pertama lepas aku seminggu tak balik.. Dari maghrib aku kat rumah.. pasang semua lampu yang ada.. mandi pun buka pintu hahaha aku risau tutup kang buka dia muncul depan mata…

Nak tidur aku pasang ayat quran dan tv on.. sumpah malam tu aku tak boleh tido. Malam tu pintu bilik kena ketuk dari dalam.. kat luar rumah pula macam ada suara perempuan menangis. Aduhh aku tak tahan.. dulu kat Jelebu aku pernah berhadapan juga tapi benda tu kacau awal awal lama lama dia kenal kot terus dia tak kacau.. tapi ini lain.. aku rasa yang ini jenis aggresif.. aku tak tido malam tu aku duduk diam je peluk bantal… nak gi toliet pun aku tahan sampai subuh.. aku tak sedar aku terlena..

Esok aku try call pejabat kerajaan lain kat sana.. tnya ada tak bujang nak sewa sama sama. Alhamdulilah ada budak budak agensi penguatkuasa juga kosong satu bilik..

Tanpa membuang masa petang tu jga aku cabut. Abis kerja aku tekad ambik barang kat rumah sewa ni.. punya kelam kabut aku angkat barang sumbat kancil aku.. sampai terlupa tertinggal ubat gigi berus gigi tikar getah dalam salah satu bilik.. tikar tu 10 meter kau.. tpi lantak la aku tekad tak nak masuk lagi.. lagi pun nak maghrib dah masa tu.. elok aku kunci pintu depan aku dengar hilai tawa perempuan dari dalam rumah… meremang bulu roma.. cepat cepat aku blah.. aku sempat duduk 1 bulan je.. tu pun dalam berapa hari je sebab aku lagi rela berulang dari ShahAlam…

Alhamdulillah lepas petang tu tak ada lagi gangguan..duduk la aku dgn kawan baru pun sebulan jga sebab bini aku dpt pindah kuala selangor.
Aku tak cakap dgn tuan rumah pun…bgi kunci tpi hampeh depo tak dapat balik sebab tak cukup sebulan..lantak laa.. Aku dapat tau kawasan tu projek terbengkalai dah dekat belasan tahun..baru siap dan dijual..jadi tak mustahil ada benda yang menumpang..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FAIZ
Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.9]

4 thoughts on “Rumah Sewa Sabak Bernam”

  1. Kalau ada Kebun tebu tu, lama terbengkalai memang Taman Air Manis la…yang pelik kenapa la perumahan situ dijual pada orang luar Daerah Sabak Bernam.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.