Rusa

Assalam…..kali ni cerita pengalaman berburu di salah satu hutan di keningau. Bekerja dan bergaul dengan berbagai etnik muslim dan non muslim adalah pengalaman yang amat berharga bagiku selama bekerja di Keningau. Kadazan…murut…dusun…om hehehe….semua boleh masuk. Juga belajar beberapa adat yang tidak pernah ku ketahui. Antaranya salah satu yang tidak boleh di lupa. Ikut majlis kahwin adik kepada seorang kawan yang berbangsa ****. Masa aku datang ke majlis semua nampak meriah. Macam kita melayu juga kalau ada kenduri kahwin. Tapi ada satu kejadian yang tidak boleh lupa sampai sekarang. Bila di jemput naik ke atas rumah, belum sempat duduk tiba tiba tuan rumah ambil jag air dan simbah tempat yang aku nak duduk. Tuan tuan rasa, kalau tuan berada di tempat saya apa yang akan tuan puan lakukan?

Aku sempat pandang mata kawan yang jemput aku ke majlis tersebut. Dia senyum saja tapi mata beri isyarat yang seolah olah berbunyi – ko jangan lari…DUDUK!!! Yes…akhirnya aku duduk di kerusi buluh panjang yang di simbah air tadi. Lepas duduk dengan muka kelat, tiba tiba pakcik merangkap ayah pada temanku tadi datang jabat tangan dan peluk. Temanku ikut rapat. Rupanya itu adalah test nak tengok samada aku marah ke tidak…atau pindah cari tempat duduk lain. Jika aku berpindah ertinya aku adalah seorang yang sombong dan tamu sedemikian tidak layak di terima. Hmmmm…

” jom berburu lusa nak? Tapi kita keluar malam” Kelvin temanku yang ku hadiri majlis kahwin adiknya tadi pelawa.
Ku garu dagu yg ada jambang sejemput. Letak pen buku atas bundle kayu.
” lusa? Malam? Kan ke tu malam minggu?” Pandang Kelvin lama.
” ya jadi kenapa? Takut ka?” Senyum dia. Pekat loghat murut melayunya hehe.
” eh mana takut. Aku takut Tuhan saja hehee….cumanya aku mana pernah berburu kelvin” berdiri peluk tubuh depannya. Kelvin ni satu department denganku. Dia pemandu forklift. Tak nampak langsung iras iras wajah murut pada kelvin. Mirip wajah kemelayuan.
” kita pegi berempat saja. Bapaku dengan kawannya lagi satu. Campur kita berdua 4 la” sambung kelvin tunggu jawapanku.
” ok….kita pegi….” ketusku. Girang kelvin.

Malam tersebut pakai baju dua lapis, stoking panjang. Kelvin dah pesan awal-awal. Banyak nyamuk, pacat semua. Rumah kelvin di luar kawasan kilang. Di bina atas tanah sendiri tapi dalam kebun getah. Selepas tunggu di pondok gate hampir 15 minit, kereta kancil ayah kelvin sampai. Segera naik. Muat-muat kami berempat dalam kereta.

Agak jauh juga perjalanan ke lokasi yang di tuju. Mula- mula ada lagi kelihatan rumah di tepi jalan. Tidak lama kemudian terus tidak kelihatan 1 biji rumah pun. Gelap malam hanya di terangi malap cahaya bulan. Mereka berborak dalam bahasa ibunda yang aku langsung tak faham. Kadang saja mereka selit.bahasa melayu bila ajak aku borak. Perjalanan semakin jauh ke dalam hutan tebal. Gerun pula. Macam-macam bunyi kedengaran menyambut kehadiran kami. Tinggal bunyi pak belang saja yang belum ada. Hish! Simpang.

Sebaik sampai destinasi semua keluar kereta. Lenguh pinggang duduk lama. Ayah Kelvin dan rakannya keluarkan senjata Bekako. Aku perhati penuh minat. Ini kalau kena payau ni, mau berlubang badannya. Selepas terangkan serba sedikit mengenai hutan dan apa yang di buru, kami berpecah. Aku dengan Kelvin. Ayah kelvin dengan rakannya ambil arah bertentangan. Ku mulakan langkah kanan dengan bisik bismillah assalamu alaina ibadis salihin. Jalan perlahan saja. Oleh sebab aku hanya pemerhati saja, kami tidak di bekalkan sebarang senjata. Kelvin cakap kami berdua hanya pemberi maklumat jika ternampak apa yang di cari. Sekali sekala terdengar siulan bagai bunyi burung yang mana ia sebenarnya adalah isyarat dari ayah Kelvin. Kelvin membalasnya. Kagum aku. Tak perlu jerit jerit dalam hutan.

Kami berjalan perlahan. Aku ikut saja belakang Kelvin bagai anak ayam di tengah gelap malam. Kelvin jarang hidupkan lampu suluh. Tidak mahu ganggu perhatian haiwan dalam hutan. Sudah sejam berjalan. Masih belum temui apa-apa. Kelvin bersiul sekali lagi. Nyaring sungguh.
” kita rehat sekejap.” Kelvin isyarat duduk di batang balak yang telah reput. Aku angguk pandang sekeliling.
Baru labuhkan p******g tiba-tiba bulu tengkuk berdiri. Sapu tengkuk, mata melingas pandang belakang. Bangun tegak berdiri. Kelvin ikut berdiri. Aku pandang dia. Kelvin letak isyarat jari telunjuk di bibir. Isyarat minta mencangkung. Dari balik lalang tebal, kami melihat seekor rusa bermain-main di bawah pohon besar. Tak perasan pokok apa. Besar bagai payung. Berlari-lari keliling pokok. Bagai umpan kami. Aku mula tak sedap hati. Kelvin bersiul sekali lagi. Terdengar balasan siulan. Aku tahu ayah Kelvin pasti tengah membidik rusa tersebut. Tak semena-mena terdengar dentuman kuat di tengah malam. Suasana sunyi terpecahkan. Segera kami berempat berlari ke arah rusa yang kena tembak. Terpelanting di sebalik akar besar pohon tersebut. Sebaik sampai di tempat rusa terpelanting, kosong!!!

Kami cari sekeliling. Sah hilang!!! Aku dah agak. Ini bukan sebarang rusa. Ayah Kelvin mula bercakap bahasa ibunda mereka semula. Kedengaran cemas.
” jan, jom balik. Ayah minta kita balik sekarang!!” Kelvin keluar perintah.
” ya nak jom balik. Lagi lama kita di sini lagi bahaya” ayah kelvin bersuara depanku. Aku angguk. Kami berempat bukan lagi berjalan malah berlari. Kalau ikutkan aku pasti dah sesat. Dalam gelap malam mana boleh cam jalan pulang. Mereka bertiga memang pakar. Terdengar dengus nafas kami berlari saja. Sebarang perbualan terhenti sama sekali.
” lekas!!!” Ayah kelvin bersuara bila langkah kami bagai di ikuti 1 platun askar sedang berlari. Aku? Jangan cakaplah. Jantungku ni saja tidak melompat keluar. Mengucap saja dalam hati. Jangan harap aku toleh ke belakang. No way!!!!!

Sampai saja depan kereta terus masuk. Masa ini terdengar suara monyet sekeliling kami bertempik. Terdengar dari jauh suara pak belang. Ah sudah!!! Kelvin berbisik. Bila suaranya jauh, ertinya ia ada berdekatan. Semakin panik aku pandang sekeliling. Nasib baik sekali pulas kunci kereta dah boleh start. Bagai menghalau kami penghuni hutan tempikannya.

Semua berdiam diri sepanjang jalan pulang. Bermain dengan fikiran masing-masing. Masih terbayang rusa tadi bermain-main keliling pokok.
” besok cerita” akhirnya Kelvin bersuara sebaik aku keluar kereta depan pondok guard. Aku angguk saja dan angkat tangan pada ayah Kelvin dan rakannya. Semua angkat tangan balas. Melangkah longlai ke hostel. Penat ya ampun. Lain lagi pengalaman seperti itu yang baru pertama kali ku alami.

Besoknya Kelvin datang lepak bermalam di bilikku. Aku apa lagi memang inilah kesempatan yang ku tunggu-tunggu. Lepas makan malam, lepak bilik. Dengar lagu dari radio. Khusyuk Kelvin baca majalah kartun. Ku perlahankan suara radio duduk bersila depannya.
” Kelvin, semalam tu apa yg ayah kamu tembak? Boleh pula hilang depan mata kita semua” aku bersuara perlahan.
” oh itu? Itu penunggu hutan…pandangan kita saja di kelabui nampak rupa seperti rusa. Agaknya kita kena test semalam….kadang ada lagi teruk. Berani lagi ke kalau ku ajak berburu?” Kelvin main mata. Aku angkat dua tapak tangan goyangkan yang bermakna NO! Hahahahaha….
” ko bagi aku seguni duit pun aku takkan ikut” selorohku. Ketawa terbahak Kelvin. Aku sengih saja pandang dia.
” tapi kan, ayahku bagitau ko kuat semangat juga. Tak cepat panik….ok lah tu dia puji. Jarang ayahku puji orang” kelvin sambung bicara. Heh dia tak tau jantungku ni macam mana. Kalau jantung buatan dah lama kiok hehee. Itulah kali pertama dan terakhir aku ikut berburu. Kadang ayah Kelvin ajak lagi tapi….no way!!!

Hantar kisah anda : \

Fozan Hadi
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2]

2 comments

  1. Haha,macam datuk saya & bapa berburu dulu dia ada nampak rusa putih memang cancel terus berburu malam tu. Kat hutan tebal memang senang jumpa benda begini sebab memang tempat tinggal segala makhluk juga bah kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.