Assalammualaikum Admin Fiksyen Shasha yang dihormati dan pembaca sekalian yang budiman. Ini adalah kali ke enam sambungan dari episode ke episode kehidupan aku dari kecik sehinggalah dewasa. Aku dengan gelaran Puteri Bunian Bersepatu Emas memohon ampun dan maaf kiranya ada diantara butir penulisan aku yang mungkin mencuit hati pembaca sekalian dan menerbitkan perasaan tidak enak atau menyebabkan tidur mimpi indah kalian terganggu.
Tidak bermaksud untuk menakutkan, tetapi hanya mahu berkongsi rasa yang syahdu, berkongsi ilmu yang sedikit, pengalaman yang tak seberapa bernilai agar kita sebagai khalifah Allah swt didunia ini menghargai setiap makhluk yang Allah ciptakan… Apsal la aku rasa sedih apabila nak bercerita akan kisah ni, mungkin sebab pengalaman kali ni adalah pengalaman seram paling sedih dalam hidup aku.
Wan aku meninggal kerana KANSER.Kanser dalam diam yang tetiba meragut nyawa nya. Wan tak sakit, wan ceria, tetiba jer wan jatuh dan terus pergi meninggalkan aku selamanya. Aku rasa bila wan aku meninggal, semangat aku meninggal sekali. Aku jadi pengecut, aku jadi pendiam, aku jadi terlampau belas sampai aku penah di aniaya oleh kengkawan yang mengambil kesempatan di atas kelemahan aku.
Aku akan menangis setiap kali aku nampak makhluk halus, mereka cucuk aku, mereka sakiti aku, badan aku sakit sakit. Lepas waktu asar, aku mula demam mengigil sehinggala pukul 12.30 malam. Barulah aku boleh bangun untuk solat dan melakukan kerja rumah yang lain. Penyakit ini sampai aku jadi lali terhadapnya. Aku juga sering bertukar kerja. Aku tak tahu kenapa setiap kawasan, tempat yang aku pergi, mesti ada orang yang benci pada aku, padahal aku tak kenal dan tak pernah bercakap dengan mereka pun.
Aku dituduh mencuri, aku difitnah macam macam. Aku memang betul betul hairan…apa yang aku buat sampai orang sanggup fitnah aku macam tu. Aku pergi berubat, lepas satu, satu pengamal perubatan aku jumpa…ada makcik kata, pendamping dia suka aku, dia mandikan aku dengan air limau purut, rupanya, dia cuba letak belaan dia pada aku…tapi tak boleh..badan aku menolak, akibatnya, sakit aku bertambah. Mereka tak boleh masuk dalam badan aku, mereka bergaduh diluar, natijahnya aku yang sakit sakit badan. Ada pakcik kata aku disihir orang yang meminati aku, tapi aku tolak cintanya…ada juga ustaz kata ada manusia yang cuba nak amik kesempatan atas kelebihan penjaga keturunan aku..aku jadi pintu gerbang mereka. Dan yang last sekali sebelum aku bernikah dan masuk salah satu pondok terkenal di Kelantan, aku berjumpa dengan seorang ustaz, mudir sekolah tahfiz. Dia kata orang orang yang benci aku tu sebenarnya bukan salah aku, cumanya aku ni dekat dengan alam bunian, bunian islam ni jujur dan betul betul ikut syariat islam, jadi sesiapa yang mempunyai hati yang tak bersih akan benci bila melihat aku sampai kekadang mahu membunuh aku terus.
Entahlah, macam macam versi aku dengar, ada yang logic ada yang umpama cerita fantasi. Ilmu Allah swt tu luas. Dari situ aku berniat untuk mendalami agama. Aku mahu kenal Allah…aku mahu belajar kenal diri aku.
Rupa rupanya sebelum aku jumpa jalan lurus, Allah duga aku dengan kehidupan dunia. Allah jumpakan aku dengan orang orang yang akan mengajar aku erti sabar, orang orang yang menyebabkan aku kembali berani dan bersemangat seperti dulu. Allah mahu aku hanya cinta Dia…bukan makhlukNya.
Aku menikah dengan anak lelaki sulong sebuah keluarga kaya di Banting, Selangor. Aku nikah dengan nya bukan sebab cinta tapi sebab kesian dengan mak bapaknya. Dia penah belasah bapaknya depan mata aku akibat disihir oleh orang. Mereka pergi berubat sebelum hari pernikahan kami. Mak bapaknya kata anak nya dah sihat, dan minta aku untuk menasihati anaknya agar boleh berubah. Aku tak faham apa maksud berubah tu sehinggalah kami bernikah.Aku sara keluarga kecil aku ni sendiri sejak hari pertama kami bergelar suami isteri. Akulah suami, aku lah isteri.walaupun mak bapaknya orang kaya, tapi anaknya miskin. Tak bekerja, kerjanya hanya main computer di cc dan melepak bersama kengkawan nya yg lain.
Aku ni umpama tempat dia melepas geram pada keluarganya. Aku umpama punching bag. Aku tak melawan, aku diam, aku hanya menangis. Sejak aku menikah, aku tidak lagi berjumpa dengan perempuan berkurung putih dan lelaki jubah putih bermuka arab. Aku jadi lalai dalam solat. Satu hari aku di pukul teruk hanya sebab aku suruh dia mandi dan solat. Aku menangis sekuat hati. Aku panggil wan aku…Wannnn…anur sakit wann…Ya Allah…ini ker neraka dunia??..aku terlelap dalam tangisan, tetiba aku dikejutkan dengan pelukan dan tangisan yang kuat dari arah belakang ku. Tapak kaki ku terasa dijilat oleh lidah yang kasar. Aku perati hujung kaki, harimau putih memandang ku, bercahaya matanya, ada titisan umpama mutiara disebalik matanya itu..”Sabar anurr..kami tahu anur di seksa..sabar anur…ingat Allah…”, Perempuan ber kurung putih memeluk aku. Kami nangis bersama sama..
Tiada saat indah sejak aku bernikah sehingga lah aku disahkan mengandung kembar. Sebelum aku pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan, malam itu aku didatangi oleh aruah aruah dari keturunan ku yang terdahulu…wan aku pegang tangan aku…kau mengandung kembar anur, kau mengandung…jaga anakmu…bila aku terjaga esok pagi, aku lihat ada bekas jari pada tangan aku. Memang kuat genggaman nya malam tadi. Klinik mengesah kan aku mengandung 4 minggu, aku pergi hospital untuk buat buku merah, tapi malangnya aku ditahan di wad sebab bacaan gula aku tinggi. Bahaya untuk kandungan kata doctor. Aku cuti seminggu kerja, dan sejak dari itu aku sering keluar masud wad. Aku urus diri aku sendiri, sampai doctor tanya mana suami sebab selama ini aku sorang aja yang keluar masuk. Aku Cuma mendiamkan diri, termenung dan menangis, itu aje yang aku tahu.
Suatu hari aku keluar wad, aku naik bas dengan kandungan yang dah berusia 4 bulan, tapi perut ku besar, penat berjalan aku berenti tepi jalan mengambil nafas. Masa tu nak dekat maghrib, aku kena berjalan dalam 10 minit untuk sampai ke rumah. Rumah flat ketika itu, kena panjat tangga lagi. Dalam leka berjalan melalui satu lorong gelap di tepi flat, aku perasan ada benda yang mengekori ku dari belakang. Aku baca ayatul kursi, habis sekali, aku baca lagi sehinggalah sampai ke rumah.
Sampai di rumah suami ku dah menunggu, rumah bau busuk dengan bau badan dia jer. Dia jarang mandi, kadang kadang seminggu tak mandi. Dia menjerit suruh aku masak. Dia lapar katanya. Dia kata aku makan sedap di hospital. Aku cakaplah yang aku tak larat sebab baru sampai dan minta kebenaran untuk bersiap buat maghrib dahulu. Aku hulur duit suruh dia beli makanan di bawah. Dia jerit lagi katanya aku mengada ngada, kawan dia pun mengandung jugak, kenapa tak macam aku. Dia bangun dan menerajang aku di perut, aku cuba halang dan menadah tengkuk aku untuk di bantai. Gedebuk gedebak, aku hanya mampu menangis dan menahan setiap buah pukulan dia….Sehinggalah aku menjerit…Ya Allahhh…tolong lah aku ya Allah…tolonglah hamba Mu ini…tolong aku ya Allah..sesaat itu darah panas mengalir naik ke kepala, tangan dan badan aku terketar menahan geram…aku jerit padanya sekuat hati, suara ku bertukar garau….”Jika anak aku mati, engkau akan mati sama!!!!….”dia tergamam lalu dia capai bajunya dan keluar.
Bila dia balik, dia minta maaf dan mendekati ku, dia cakap masa aku menjerit tadi, dia nampak harimau yang berdiri bukan aku. Seminggu dia baik pada ku lepas tu. Tapi hanya tahan seminggu sampai lah pada suatu malam, ketika itu kandungan ku dah capai 5 bulan. Aku tersentak seperti ada yang mengejutkan, jam di dinding depan mata menunjukkan pukul 2 pagi, aku toleh perlahan mengiring ke kanan, di kanan aku terpampang sebujur mayat yang berbungkus pocong. Dia bergerak perlahan menoleh memandang aku, muka kami bertemu, jarak kami hanya beberapa inci, aku hanya lihat wajahnya, aku tatapi matanya yang hitam mengelilingi berbola mata putih, dekatnya kami sehingga boleh kira ada berapa jerawat di wajah…mukanya pucat, tetiba dia senyum sinis pada aku…..owhhhh, ini lah wajah hantu yer, kata ku…badannya terapung…makin lama makin tinggi apungan dan dia hilang seperti kabut ditelan malam. Kenapa aku tak takut melihat dia…aku pun hairan, selepas itu aku bermimpi, aku bersalin. Orang tua yang menyambut anak anak ku, orang tua itu ditemani oleh seorang panglima yang berpakaian serba kuning, ikatan pada tombaknya juga kuning. Bilik bersalin , tilam dinding semua kuning..orang tua tu suruh aku susukan anak anak ku. Cantik wajah anak ku, putih melepak ikut ibunya, rambut kerinting hitam, hidung mancung, mata sepet macam aku…bila aku sedar sudah azan subuh. Aku bangun dan bersiap untuk subuh dan pergi 3d scan check up di hospital.
“Puan…tunggu sekejap ya, saya nak rujuk pada doctor Pakar, sementara tu boleh tak puan isi urine puan dalam botol ni…” aku ambil botol kosong ditangan doctor muda tu. Apa yang terjadi ni, apsal dia nak test urine aku lagi, kenapa muka nya berubah bila dia scan perut aku??..bermacam persoalan yang bermain dibenak fikiran. Hati ku dah tak keruan.
“Puan anur,…puan lihat di screen ni, kantung iugs masih ada, dan uri pun ada tu….ada dua kantung kan??”…aku mengganguk lemah…”tapi masalah nya puan, mana baby?..ini kes pertama bagi saya, kalau puan gugur, urine puan kuat menunjukkan puan mengandung dan kantung ini akan pecah. Tapi kantung ni elok aje dan bukaan Rahim puan tertutup rapat”….Doktor pakar menasihatkan aku untuk warded bagi tujuan cuci kandungan ku. Katanya kalau aku simpan, akan menyebabkan racun dalam badan.
Aku rasa dunia aku kelam, semangat aku hilang sekali lagi..aku jadi blur, aku tolak permintaan doctor untuk masuk wad. Aku nak cari second opinion. Aku pergi ke University Hospital di Petaling Jaya. Pemeriksaan doctor masih sama, lepas sorang, sorang doctor datang memeriksa. “ Adakah kerana saya ada diabetic doctor..?”, Tanya ku pada sorang doctor pakar ber bangsa cina. “Bukan puan, kalau diabetic, baby besar, ni baby hilang…”..
Aku melangkah longlai menaiki bas balik ke rumah. Sepanjang perjalanan air mata ku tak henti mengalir. Sampai nya di rumah aku ceritakan pada suami. Bukan pujukan dan pelukan yang aku dapat. Tapi senyuman sinis dan sindiran. “Padan muka kau, mengada lagi….” Air mata aku jatuh lagi kebumi, selama ni aku tak harap apa apa pun dari kau walau aku yang tanggung semuanya, aku cuma harap kau hormati aku sebagai isteri, aku cuma harap, kau peluk aku bila aku susah hati..Aku cuma harap kita berdua jalan bersama ke syurga. Di hari itu, api kemarahan mula menyala dalam diri.
Setelah aku sihat sepenuhnya. Aku minta izin untuk ke pejabat agama. Dia larang aku, dia bantai aku lagi, kali ni lebih teruk dari sebelum ni, dia hentak kepala aku dengan cawan porselin, tak cukup dengan itu, dia laga kepala aku ke dinding, aku meraung kesakitan, suhu badan aku makin panas, darah aku menyirap sampai ke kepala, aku berhenti menangis dan aku mula mendengus, aku rasa macam nak kokak je jantan depan aku ini, aku buka langkah silat, penumbok sulong aku melayang ke perutnya, aku lompat ke atas sehingga aku rasa kepala aku mencecah bumbung rumah, dan tendangan padu aku melibas ke pipi karatnya itu. Aku landing di atas ke empat kaki dan tangan ku, umpama kucing melompat dari atas bumbung iatuh ke tanah. Jantan tu panic dalam kesakitan, dia peluk aku dari belakang, dia azan dan suruh aku selawat. Pandai pulak kau ingat Tuhan yer…masa pukul bini kau, kau tak ingat semua tu. Aku bukan sengaja, tapi masa tu aku tak boleh kawal dah kemarahan yang meluap dalam diri aku. Selama ni, aku bertahan selama tiga tahun, dibantai, dihina, kena maki depan khalayak ramai….enough is enough !!!…kan dah keluar speaking London. Jangan buat pasai kalau pompuan naik angin, mau berputaq kepala hang..jantan kempret!!
Aku jejakkan jugak kaki ke pejabat agama. Aku ceritakan semuanya, aku Cuma minta hak aku. Pegawai agama teruskan permintaan aku, dia dipanggil dan dijemput oleh polis bantuan ke mahkamah setelah gagal hadir kali pertama. Aku pasangan terakhir yang dibicara. Hakim tu sergah dia, “betul ker awak buat macam tu pada isteri”…mengaku pulak dia dan menangis teresak esak dibangku defendan, kesian pulak aku tengok. Tapi hati aku dah kering. Sekali aku pangkah, aku takkan padam untuk selama nya, di waktu itu, mayat dia pun aku sanggup langkah. Aku dilepaskan selepas hakim suruh dia jatuhkan talak.
Wahai pembaca sekalian, bukan niat aku untuk menceritakan aib lelaki ini, tapi sebagai pengajaran pada lelaki diluar sana. Lengkapkan lah Ilmu sebelum menjadi suami. Jangan lah seksa isteri kamu dan pentingkan diri sendiri. Isteri bukan hamba, tetapi isteri adalah amanah Allah…Aku tak penah doakan yang tak baik untuk dia. Aku tak salah kan dia, dia hanya asbab untuk mendidik diri aku sendiri. Dia hanya asbab untuk aku kenal dan dekat dengan Allah. Moga dia Berjaya dunia dan akhirat..ada sebab kenapa Allah temukan aku dengan dia. Jangan kita kutuk dia, mungkin suatu hari nanti maqam dia lebih tinggi dari kita disisi Allah. Amiin.
Setelah selesai segala permasalahan yang aku hadapi, aku bukan lagi pengecut dan budak cengeng yang asyik menangis. Aku dah jadi makin berani, aku tidak akan sekali kali membenarkan orang lain mengambil kesempatan ke atas diriku. Aku jadi minah garang yang bermulut lepas. Aku bukan hipokrit, aku akan cakap tak suka jika aku memang tak suka. Aku tidak mengata kau kat belakang, aku akan kata kau depan muka kau dan perempuan berkurung putih, lelaki jubah putih muka arab kembali menampakkan diri. Anak kembar aku adalah perempuan. Di ambil oleh Jin islam yang menjaga aku kerana mereka tidak suka dengan bekas suami sebab itu mereka menjauhkan diri. Kadangkala anak anak ku bermain di sekitar aku..seorang berambut halus seperti aku, dan seorang lagi berambut perang dan kerinting. Kalau mereka masih hidup di dunia syahadah ni, mereka dah besar panjang, dah jadi anak dara dah kot. Nama mereka Aisya Humaira dan Fatima Az Zahra.
Aku berhenti kerja, aku tinggalkan dunia luar, dengan duit simpanan yang ada, aku masuk belajar di salah sebuah pondok yang agak terkenal di Kelantan. Disana aku berjumpa orang hakikat, aku jumpa orang yang gila menarik harta karun, aku masuk alam bunian, aku ikut tarikat, aku belajar secebis ilmu Allah swt yang bilangannya tiada had didunia ini, dan aku mula mengetahui segala rahsia penjaga keturunan aku. Aku akan ceritakan semua di sambungan terakhir dalam episode cerita aku nanti. Di dalam episode itu juga, aku akan perkenalkan 4 orang jin islam wanita yang menjadi kawan aku di pondok dan mengikut aku kemana saja sehingga kini dan bagaimana teruknya aqidah orang yang belajar ilmu hakikat di Kelantan dan dimana mana saja mereka berada. Dan bagi peminat keris kembar yang penah aku cerita kan di awal permulaan aku submit cerita aku di fiksyen syasya…aku dah tahu bagaimana untuk memanggil mereka.
As salam…jumpa lagi.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Salam An Nur. Saya doakan agar semua urusan AnNur sekeluarga dipermudahkanNya. Saya juga percaya Allah SWT works in a mysterious way. Segala ujian dan dugaanNya adalah utk panggilan halusNya utk kita kembali mencariNya. Well that depends on how we perceive the issues. Alhamdulillah saudari AnNur faham apa yg perlu dibuat. What doesn’t kill you makes you stronger.
salam kak annur, boleh tak bg list cerita yg akak pernah submit dekat FS. sy baru je join FS ni..so dah tertinggal cerita2 akak
search je puteri bunian bersepatu emas.. nnti jumpalh.. sme ii
haah. search ja nama dia. tapi ada entry je..
Ex laki tu mngisap ke?emosi dia mcm cepat naikturun2..tu antara effect ngisap [email protected] kecil pn dia bleh naik baran..tak leh nk jangka tindakan takhir masa baran dia kemuncak
sebelum part ni ade part lain ke.sebab aku cari xde atau tajuk lain..pliss kalau ade part lain buatla tajuk yg same
mengarut lol
Xyah baca badul
@lol ko kne ingat dunia ni bukan kite je yg wujud , Allah maha besar!!
Orang kaya Banting???
Banting kampong mane satu tu dik?
Akak kampong pn kat Banting gaakkk…
Kire kuajor tau mak pak mertua tu…
Ko sendiri xleh handle anak yg dididik sejak lahir, ni ko harapkan seorg isteri yg tetbe kawen ngan anak ko utk didik die…
Pastu buta2 jer serah anak camtu, kate org kaya ko sngkanlah menantu tu…
Antar anak kat nursery setgh hari pn kena bayar taauuu…
Inikan plak nak nanggung biawak idop mcm anak ko tu…
adoi kak yulie. geram aje kita baca ek. padahal dia yang menanggung.. ahaks
Tak faham
Banyak sisi yang tak dpt dilihat dengan mata kasar. dengan baca pengalaman orang, barulah boleh tahu apa yang ada dan jadi di sekeliling. terima kasih berkongsi.
Alam bunian tu macam mana ya? Ad ustaz cerita die mcm alam kita, ada bank, semua. ada yang cerita mcm perkampungan lama
Talbis Iblis itu dahsyat, sampai glgn alim ulama juga tidak terlepas. Wallahualam bab tariqat yg ckp ilmu pelik2 tu kita x dengar je la, percaya jgn.
Nama anak kembar akak sama mcm adek saya…..Nur Fatima azzahra
assalammualaikum, saya dah search seperti saudara di atas katakan tapi x jumpa la list dari karya penulis… saya pun baru je join fs ni… please ada alternatif lain x untuk cari cerita yang sebelum ini,
https://fiksyenshasha.com/saka-harimau-dan-raja-bunian-akhir/
Cuba rujuk sini
https://fiksyenshasha.com/keturunan-raja-dan-keris-emas/
https://fiksyenshasha.com/keris-dan-berjumpa-pocong/
https://fiksyenshasha.com/harimau-jadian-dan-histeria/
https://fiksyenshasha.com/training-di-pulau-pangkor/
https://fiksyenshasha.com/gangguan-di-melaka/
https://fiksyenshasha.com/saka-harimau-dan-raja-bunian-1/
Ya Allah kak , dari mula cerita akk sy baca sampai lah kat sini..sy asyik ketawa je dgn cerita akk bukn tak dak unsur seram , ada tu ada , cuma tergelak la bila ada part dimana akk geram kak kak limah, part kwn akk yg kaki pendek tu hahah .. tapi bila baca part ni Allahhu tak sangka dalam gembira ada duka .. semoga akk sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT ❤️❤️
Sy alami seperti sis ni….jln cerita sy sama dgn sis ni….allahuakbar…..sy tak pulih lg ni…..boleh ke sy hubungi penulis nya ni?