Sakit Tak Sembuh 2

Terima ksh FS kerana telah siarkan cerita aku yang pertama. Harap kali ni pun dapat disiarkan juga.
Aku rasa nak buat sambungan sedikit lagi berkenaan diriku. Terima kasih kepada yang ramai mendoakan. Alhamdulillah aku semakin sembuh. Ramai juga menyarankan aku supaya meminta petunjuk dari Sang Pencipta. Ya, semua itu sudah aku lakukan Cuma aku hanya ingin berkongsi cerita di sini. Kata-kata Cik Ina juga sudah aku turuti. Asbab itu aku semakin sembuh dengan izinNya tanpa pergi berubat di mana-mana tempat.

Penulisan aku yang lepas aku tidak menyatakan persoalan yang masih menjadi tanda tanya aku jaitu mengapa aku dapat melihat benda halus itu, mengapa aku boleh mengetahui sakit atau diri seseorang walaupun aku tidak mengenali nya. Aku juga dapat mengetahui niat seseorang yang berkunjung ke rumah ku. Buktinya, satu petang seorang saudara mengunjungi rumah aku dengan tiba-tiba bersama anaknya.

Setelah mengetahui gerangan yang datang aku terus dapat mengetahui kunjungannya kerana mahu meminjam wang. Aku tidak mengambil pusing hal itu tambah pula saudara ku itu hanya mahu bersembang di luar rumah dengan mak ayah ku walau sudah dijemput masuk. Setelah mereka pulang, aku bertanya kepada ibuku tujuan mereka datang ke rumahku. Jawab ibuku mereka mahu meminjam wang. Aku sekadar mahu bertanya apakah benar apa yang sudahku ketahui. Ternyata benar. Begitu juga dengan kunjungan orang lain. Tidak dikira lagi dengan kunjungan orang yang berpenyakit dan membawa benda halus. Dek itu aku sangat berhati-hati dengan kunjungan orang ke rumah ku.

Berbalik kepada aku yang dapat mengetahui tentang diri seseorang contohnya masa lalu nya, perwatakannya dan juga peribadinya. Dengan melihat wajah atau melalui nama nya sahaja aku boleh ‘membaca’ orang itu. Aku tidak meminta perkara sebegini terjadi dalam hidupku namun ia datang tanpaku pinta. Jika di awal aku boleh membaca orang aku tidak dapat mengawal apa yang aku ketahui, sekarang aku sudah mampu mengawal keadaan sebegitu. Aku membuat mindset bahawa setiap manusia ada masalah masing-masing dan aku tidak boleh masuk campur urusan mereka dan hanya mereka yang mampu menyelesaikan masalah masing-masing.

Kadang aku rimas dengan semua ini. Aku jenis kurang bercakap dengan orang luar dek perkara ini. Aku tidak ingin membaca seseorang namun dengan sendirinya aku dapat mengetahui nya. Bagi menghilangkan rasa rimas ini, atas nasihat keluarga, aku mengambil keputusan untuk menggunakan ilmu ini kearah kebaikan iaitu dengan menolong orang lain terutama orang yang kurang sihat. Tidak kira sakit berkaitan alam ghaib mahupun sakit yang memerlukan rawatan di hospital.

Aku menolong orang yang ingin mengetahui sakit apakah yang mereka hadapi. Walaupun pertolonganku tidak seberapa aku berharap mereka mendapat sedikit petunjuk yang juga datangnya dari Sang Pencipta. Setiap kali membantu orang aku berdoa semoga perasaan riak tidak menerjah hati kecilku kerana semua itu dengan izinNya bukan dari diriku.

Kisah terbaru aku membantu kakak ku yang mengalami sedikit masalah dengan keluarga mertua nya. Masalah nya sudah berlarutan sehingga bertahun lama nya kerana kakak ku dan suami nya menganggap mereka boleh menyelesaikan sendiri masalah mereka tanpa bantuan orang lain.. Sehingga Julai 2019 kakak aku sering mengalami pendarahan hidung namun apabila berjumpa doktor doktor menyatakan tiada masalah apa-apa dengan hidung kakak ku.

Dengan cerita kakak ku yang menyampaikan bahawa dia kerap bermimpi pelik, aku scan penyakit kakak ku. Dari pengetahuan ku, aku tidak tergamak memberitahu kakak ku bahawa dia telah dihantar sihir. Aku hanya menyuruh nya pergi berubat. Selepas beberapa hari kakak ku mendapatkan rawatan dari seorang ustaz dengan beberapa kali rawatan. Namun kakak ku masih tiada perubahan dan badannya sudah mulai sakit-sakit. Ustaz yang mengubatinya juga tidak memberitahu kakak ku apa-apa dek mahu menjaga nama keluarga. Setelah tiada jua perubahan aku mengambil keputusan mahu mengunjungi rumah kakak ku. Misj ku Cuma satu mahu membantu kakak ku.

Petang itu aku tiba di rumah kakak ku. Setelah banyak benda kami bualkan aku memberitahu kakak ku aku mahu ‘melihat’ sekeliling rumahnya. Seakan faham dengan niatku kakak ku mengizinkan. Aku terus menjalankan kerja ku. Kelihatan beberapa ekor makhluk mendiami rumah kakak ku.. Ada yang menyinggah dan ada juga yang dihantar. Setelah memberitahu kakak ku tentang makhluk yang mendiami rumah nya, dia mahu berubat lagi namun dengan ustaz yang lain.

Julai 2019

Setelah beberapa hari kunjungan ke rumah kakak ku, aku mulai berasa tidak sedap badan tambah pula dengan cutiku setiap bulan. Beberapa hari kemudian aku dapat solat kembali dan malam itu seusai solat isyak aku tiba-tiba histeria. Sudah beberapa hari aku menahan sakit di badanku namun malam itu aku sudah tidak berdaya mahu melawan lagi.

Dengan keadaan aku berteriak lantang dan kuat keluarga ku terus meminta pertolongan ustaz yang sering merawatku. Dek aku separuh sedar aku masih dapat melihat makhluk yang menyerangku. Kelihatan seekor ular besar berwarna hitam dan wajah seseorang ku kenali. Sementara ustaz itu tiba di rumah ku, aku sudah sedar dan telah mengetahui benda yang memasuki badanku.

Ketika rawatan dijalankan, aku mendapat tahu guna-guna telah dihantar oleh seorang yang kukenali yang aku sebut bersama ular berwarna hitam tadi. Dek sihir guna-guna itu, sihir yang dihantar kepada kakak ku juga menyinggah kepadaku. Berkenaan guna-guna yang dihantar kepadaku,sudah ku ketahui sebelum kejadian histeria itu lagi namun aku masih bersangka baik kepada manusia itu dan tidak mempercayai dia sanggup membuat perkara sebegitu kepadaku. Sekarang masalah itu sudah beransur pulih dan aku semakin sihat dengan izinNya.

Jika mahu bercerita tentang pengalaman ku melihat makhluk halus bagaikan hari esok tidak bertemu penghujungnya. Maaf jika tulisan ku pada kali ini tidak padat dan agak membosankan. Aku hanya mahu bertanya tentang persoalanku mengapa aku dapat melihat makhluk halus dan mengapa aku dapat ‘membaca’orang lain. Jika dikatakan saka sepanjang aku berubat masih tiada seorang pun yang mengatakan saka penyebabnya malah menyuruh aku berubat orang pula.

Kepada yang mengikuti Roy Kiyoshi aku juga mengikuti nya dek rasa ingin tahu apakah benar yang sering aku lihat dan ketahui. Kepada yang pakar boleh menjawab persoalanku kerana aku amat memerlukan pendapat kalian. Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Iz Izzah
FOLLOW FB KAMI.

7 comments

  1. sebaiknya awak rajin2lh baca al-quran & bangun mlm.. solat sunat tahajjud.. minta Allah S.W.T bg jawapan & perlindunganNya..

    akk sendiri hadapi masalah berat ni dgn banyak2 baca quran & bangun mlm utk berzikir serta solat tahajjud…

  2. Roy Kiyoshi tu betul2 ke dia tolong org hilang kan setan? ke dia bersekongkol dgn setan ? sbb tgk kat rumah dia mmg banyak belaan yg dia simpan. mcm2 patung yang punya penunggu nya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.