SALAM PERKENALAN

SALAM PERKENALAN

Hi, aku kembali lagi. Kali ni aku nak cerita keangkeran waktu aku bekerja pula. Semua orang tahu kalau dah namanya hospital, suasana angker itu tetap akan wujud.

Sedikit latar belakang kerja aku. Aku bekerja sebagai perawat di wad kanak-kanak di salah sebuah hospital terkemuka di semenanjung. Seronok tau kerja dengan kanak-kanak ni, cuma jadi pening sikit bila kita ‘deal’ dengan mak bapak atau penjaga diaorang.

Baiklah berbalik pada cerita asal aku. Kejadian pertama berlaku pada tahun terawal aku bekerja. Lokasi wad aku bekerja terletak dibangunan yang agak lama juga, sebelum berpindah ke bangunan baru 8 tahun berikutnya. Open layout, dan agak suram.

Pada tahun-tahun pertama bekerja kami akan bekerja syif malam seramai 3-4 orang staf termasuk Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Perlu diingatkan setiap hospital mempunyai layout, sistem dan pembahagian staf yang berbeza. Sambung balik cerita.

Biasanya bila kerja malam ni, keadaan akan tenang sikit bila dah nak masuk pukul 2 pagi. Doktor dah buat round, changes dah siap, ubat dah bagi, segala jenis IVI, TPN, IV Drip, dressing dah berganti, pesakit pun dah mula tidur. Maka masa untuk staf pulak berlunjur kaki. Jarang berlaku, tapi kalau dapat 10 minit duduk tanpa gangguan untuk duduk minum kopi panas adalah satu rahmat yang amat besar. Kekecohan juga selalunya akan berlaku waktu begini juga. Cliche, tapi itulah hakikatnya.

Satu malam tu masa kami sedang berehat, mula dengar mesin berbunyi dan semestinya tanpa sebab munasabah. Bayi mula nangis ‘high pitch tone’, dan berjangkit menangis pada yang lain tapi penjaga tidur dengan sangat lena. Untuk aku yang baru kerja dan tak ada pengalaman akan fikir kenapa la mak dia boleh tak dengar anak menangis. Naluri mak biasanya akan terjaga kalau anak dalam kesakitan atau ada yang tak kena. Itu ikut logik akal aku. Tapi bila bekerja dengan staf yang lebih senior ni, satu yang aku pandang tinggi adalah diaorang boleh tenang je bila hadapi situasi camni.

Ada sorang akak senior tu sambil dia cek apa yang tak kena, betulkan kedudukan baby nak bagi selesa sambil tu dia suruh aku kejut penjaga yang tengah tidur atas kerusi malas. Masa aku tengah tunduk nak mengejutkan diaorang, kelihatan sseorang ‘budak’ tengah duduk bawah katil budak yang nangis tu sambil jenguk aku yang cuba kejut mak budak tu bangun. Comel je dia muncul kan diri dia dari bawah katil tu sambil senyum, aku pulak macam kena pukau tengok ‘budak’ tu senyum kat aku.

Agaknya kakak senior tadi dah tahu ada yang ajak aku bergurau, dia tepuk bahu aku dari belakang lepas tu ajak aku duduk balik kat kaunter. Kakak PPK yang senior bagi aku minum air sambil baca bismillah dan selawat. Aku tak tahu betul ke tak apa aku baca sebab yang aku ingat diaorang kata ‘dia cuma nak bagi salam perkenalan je tu’. Sambil tepuk bahu aku senyum-senyum. Kau orang rasa senior aku tu sebenarnya makhluk yang sama spesis dengan ‘budak’ tu atau diaorang tu semua dah lali?

Bawak ke pagi masa nak passing report kat orang syif pagi, jadi panjang dan kecoh sebab aku kena kacau. Mujur juga aku cuma terkejut je tapi tak demam. Balik kerja pagi tu asyik terbayang je. Makan bermingu juga cerita aku ‘berkenalan dengan budak’ tu diaorang bualkan. Itu baru tahun pertama gaiissss..!!! Banyak lagi dugaan angker dan dugaan nyata yang aku alami. Nanti datang mood lain aku cerita lagi.

– d_salmah –

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

d_salmah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.